sejarah adalah fakta masa lampau...jadik kalau sejarah telah dipesongkan maka ia bukan sejarah..ia a ...
Lloni Post at 8-1-2004 14:05
Mustahil untuk membetulkan sejarah apatah lagi apabila ianya berkaitan dengan instituisi kesultanan yang seelok-eloknya tidak disentuh bagi menjamin keselamatan diri. Kita cume boleh mencari jawapan, tetapi untuk membetulkan semula agak mustahil. Kenapa perkara ini terjadi?
Semenjak kekalahan perang salib, puak2 kristian menaruh dendam yang membara dan merancang strategi bagi menewaskan islam. Penjajahan ke atas negara2 yang lemah adalah salah satu medium melupuskan islam dari muka bumi ini (strategi ini masih berlansung sehingga ke hari ini melalui penjajahan minda). Maka para-para pendokong islam yang teguh pada masa itu seperti raja2 dan sultan2 islam yang menerima pendidikan dan asuhan agama secara terus dari pendakwah2 dari tanah arab turut merasa benci dan waspada dengan setiap gerak geri penjajah. Mereka ini dilabel sebagai pengkhianat dan pelbagai cara dilakukan bagi menghapuskan mereka atas dasar nasionalisme.
Maka adalah logik apabila, pemimpin yang tinggal (diangkat kemudiannya) adalah mereka yang sanggup bersekongkol dengan musuh islam ini apabila dijanjikan dengan pangkat kuasa dan wang.
Itu cerita dulu, sekarang zuriat2 mereka ini yang meneruskan tampuk pemerintahan ada yang adil, bertimbang rasa, dan beriman. Ambil contoh, Sultan kelantan sekarang, sultan Muhammad ke-V.
Bagi mereka yang meragui perlu atau tidak seseorang pemimpin itu dipatuhi,jawapannya ada pada surah An-Nissa ayat 59 "Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
I |