Edited by Geng_Satrika at 5-1-2015 03:23 PM
Sekadar hiburan ye, jangan ambik serius.
Saya dah buat analisa tentang bahasa badan (body language)Hanis Zalikha masa menerima lamaran Hairul Azreen semalam. Berdasarkan gambardi bawah, saya memang meragui keikhlasan Keknis. Analisa saya:
Analisa 1: Orang kata, dari mata turun ke hati. Tapi darigambar di bawah ini, kita boleh lihat, mata Hanis Zalikha tidak memandang kepada Hairul Azreen, sebaliknya memandang ke bawah. Kalau dia ikhlas, tentu matanya meliar, bersinar-sinar seperti tidak sabar ketika memandang ke arah kekasihnya itu, kan?
Analisa 2: Jika diperhatikan senyuman Hanis Zalikha dalam gambar ini, senyuman dia mendatar dan tulang pipinya juga tidak menaik. Itu bermaksud samada Hanis gementar, atau Hanis kurang selesa.
Reaksi Hanis yang sepatutnya jika dia gembira menerima lamaran Hairul Azreen adalah:
Analisa 3: Jika diperhatikan dalam gambar ini, gaya tangan Hanis Zalikha adalah pelik atau kelihatan awkward. Nak kata nak tepuk tangan,pun tak. Nak kata buat tangan seperti bersyukur, pun tak. Tangan dia kelihatan seperti seseorang yang baru cuci tangan selepas makan. Adakah maksudnya, Hanis Zalikha mahu cuci tangan dari semua ini?
Kami pasti, tentulah Hairul Azreen mengharapkan reaksi paling kurang seperti ini:
Analisa 4: Sementara itu, Hairul Azreen di dalam gambar ini juga kelihatan tertekan dan juga ‘kurang’ gembira. Kita boleh lihat ini pada ketegangan di lehernya, seolah-olah dia tercekik sesuatu. Bukan itu saja, saiz lubang hidungnya juga membesar sedikit seperti ingin memudahkan dia bernafas, atau mungkin seperti menahan marah. Mungkinkah Hairul Azreen tahu ketidak-ikhlasan Hanis menerima lamarannya?
Analisis 5: Cuba perhatikan reaksi penari latar di belakang ketika Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha, mereka kekal tenang seperti tiada apa-apa berlaku dan tak kisah kalau Hanis terima atau tidak lamaran Hairul Azreen.
Kalau penulis, dah terlompat-lompat tumpang gembira agaknya.Macam ni:
|