|
Originally posted by blackpurple at 21-2-2006 04:23 PM
.....jeti muor pd 2004 berlatarbelakangkan Jambatan sultan Ismail
O.. kat sini jeti yg asal nye ek..
kat sebelah pasar muar kan?
achu pernah dok tepi sungai satu family petang2 kat tempat perahu2 nelayan,
yg dekat perhentian bas pagoh atau kubu bentayan..
best.. dgn angin tiup.. nyaman jer..
kubu bentayan tu pun ada sejarah nye..
nampak situ pun dah byk berubah.. dulu ada kubu, tp skrg macam dah tak de.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat bot nelayan berlabuh ker?
yg aku tau... jeti feri tu ade 2 kalo kat sebelah bandor..
satu yg kat restoran/kedai makan bebetul sebelah jambatan..
lagi satu (skang dah roboh/takde) kat ngan persatuan kayak muor...
satu jeti untuk ke seberang/tanjung agas
lagi satu untuk masuk ke bandor
betul ker? betulkan yer kalo salah
ade lagi 2 jeti...dulu tak tau lah fungsi dia sebagai tempat ape
1 kat kastam.... skang nih tempat org pi dumai/indon naik feri..
1 lagi kat belakang bustand batu pahat kat.. ni tak tau fungsi dia ape.. skang nih ade lagi ke idak... tak tau lah.. mase zaman sekolah aku selalu lepak kat sini, tengok orang mancing, kalo ade hari polis diorang letak bot polis laut kat sini untuk orang ramai naik/tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Ada info sikit nih..
The Muar river bank around the area of the town's taxi station is also known as Medan Bentayan (Fort of Bentayan) - said to be the last fotress of the Melaka Sultanate before it falls to the Portuguese in 1511.
Back in the old days, Muar used ferry services to get across Muar river which connects Tangga Batu to Tanjung Agas since 1884. In 1967, the Muar's Sultan Ismail Bridge replaced the ferry service. This bridge was officially opened in 15th April 1967. It is being used until today. This bridge is quite a prominent structure. It looks old and retro. In the evening and night, you will see locals fishing on the bridge.
Sumber : http://www.virtualtourist.com/tr ... o_Do-Muar-BR-1.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Perasan tak... masjid lama dgn yg baru tu serupa kan design dia.... tu sbb ada orang panggil 'masjid cermin'.... 'masjid kembar'...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blackpurple at 22-2-2006 05:07 PM
Perasan tak... masjid lama dgn yg baru tu serupa kan design dia.... tu sbb ada orang panggil 'masjid cermin'.... 'masjid kembar'......
perasan hehee mana tak perasan.
tp la ni dah cat warna biru tak silap aku masjid lama |
|
|
|
|
|
|
|
ade sesape tau?
aku ade terbaca masjid parit keroma dibina oleh sultan ali-waris akhir kerabat johor yang sebenarnya....
betul ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 23-2-2006 12:47 PM
ade sesape tau?
aku ade terbaca masjid parit keroma dibina oleh sultan ali-waris akhir kerabat johor yang sebenarnya....
betul ker?
Masjid Pt Keroma sebelah kubur tu kan?
dulu ada ex schoolmate duduk situ..
muor76 maybe gak le.. sbb Muor dulu mmg Bandar Diraja.. tengok kat sejarah muor, achu ada boldkan...
History
Muar is rich in history but due to the absence of proper historical record and archeological evidence, Muar's history mostly remains in oblivion. It is believed that the history of Muar started much earlier than the Malacca empire. In 1361, there was an account that claimed Muar as part of the Majapahit empire. Another account had also stated that Parameswara, founder of the Malacca empire, had established a settlement at Pagoh, Ulu Muar upon his exile from Temasik before proceeding to Melaka. Muar is also the home for the one and only tomb of the Malacca Sultanate, Sultan Alaudin Riayat Shah 1 (1477 - 1488). Other tombs were brutally destroyed by the Portuguese during their occupation of Malacca. Muar played a role in resisting the Portuguese occupation of Malacca in 1511. In response to attacks from the Portuguese fleet, the Bentayan fort was built by the Sultan of Malacca to repel seaborne invasions.
Muar, during the Portuguese era, had been a site for a Portuguese fort named Fortaleza de Muar to defend the colony against the Dutch and Acheh attack.
Muar was the Royal town of northern Johor and had in fact been an independent kingdom ruled by Sultan Ali. Some sources claimed that he was the real heir of the Johor Sultanate. An uprising had prompted an invasion by Johor and it was later annexed as part of the Johor state. Muar was also known as 'Bandar Maharani' (Empress'Town), a name given by Sultan Abu Bakar in 1884. Muar for many years has been the second largest town in Johor but that spot has now been taken over by the neighbouring town of Batu Pahat. Nonetheless, Muar still remains the second most important town administratively after the state capital, Johor Bahru.
sumber http://www.answers.com/main/ntqu ... 1&linktext=Muar |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar tempelan sahaja.... surat dari warta malaya
Warta Malaya, 13 Jan 1934, p.8
Rampaian2.
Perkhabaran Sungai Mati Muar.
Oleh al-Musafirin.
Sungai Mati sebuah kampung yang besar juga di dalam daerah Muar yang patutnya dinamakan Sungai Idrus atau Bandar Idrus, tetapi penulis hairan mengapakah dinamakan demikian (Sungai Mati) dan apakah muslihat bagi pihak yang berkuasa menamakan begitu? Wallahualam.
Sungai mati kelihatan banyak pemuda-pemuda (yang digelar orang-orang bijih getah) yang jauh daripada berpuasa, kasihan! Agaknya masing-masing tak mengerti hikmat Puasa yang difardhukan oleh Allah Ta`ala dijadikan Rukun Islam yang ke tiga. Dan tidaklah juga menjadi begitu hairan, kerana di Muar pun lebih-lebih lagi kedapatan orang-orang yang tak berpuasa. Kalau tak percaya, cubalah naik di bilik atas kedai kopi yang berhampiran dengan panggung wayang "Central Cinema", di Jalan Meriam, dari pukul 8 pagi hingga ke petang, nescaya dapat dilihat dengan mata kepala tiap-tiap bilik di situ penuh orang-orang yang daripada bangsa Melayu.
Penulis harap hal ini bagi pihak yang berkuasa mengambil sedikit berat bagi menjalankan kewajipannya.
Khabarnya dengan kehendak Yang Amat Mulia Tengku Temenggong Pesuruhjaya Kerajaan Muar, segala fitrah-fitrah dan zakat-zakat orang-orang kampung dikehendaki Imam-Imam atau penghulu-penghulu di tiap-ditiap kampung menyerahkan ke Muar bagi makluman Kadhi; entah apa hendak dibuatnya. Wallahualam kasihan! Longgar kepala lutut Imam-Imam dan Bilal-Bilal Pak-Pak Haji dan Lebai-Lebai daripada mengecap fitrah tahun ini. Teristimewa melihatkan hal Imam-Imam dan Bilal-Bilal masjid yang tak bayar gaji daripada kerajaan, hanyalah berharapkah fitrah sahaja, yang boleh menjadikan peluang kebeliannya setahun sekali. Kemudian daripada penat bekerja selama itu.
Penulis percaya kerajaan akan menimbangkan dengan halus perkara ini; harap bersabar Pak-Pak Imam dan Pak lebai, ya?
Kampung Bukit Kangkar, Sungai Mati dan Serum, di masa sekarang telah ada nampaknya terdiri kedai-kedai Melayu syarikat daripada orang-orang kampung untuk menjual barang makanan (perkakas dapur dan lain-lainnya). Demikian juga sebuah kedai kopi Melayu yang di gelar "Benih Kemajuan", yang duduknya di penjuru pekan Sungai Mati itu, hingga di masa sekarang ada berjalan dengan baik.
Tetapi penulis berasa sedih bila melihat sebuah kedai kopi Melayu di pekan serum yang dinamakan "Lunas Kemajuan" telah tiada lagi, entah apa penyakit atau lalat merahnya. Tak dapat penulis beritanya, tetapi dipercayakan tafsir anak-anak kampung juga dengan kejatuhan kedai itu, harap kedai-kedai yang mana ada pada hari ini jalan terus usaha pedulikan rakan-rakannya yang telah meninggal itu supaya membangkitkan nama Melayu dan kampung jua. Allahuma Amin!
Tempat perhentian motokar yang bertentangan dengan sekolah Melayu di pekan sungai mati telah terpandang seperti belukar lalang (tak ada motokar-motokar yang berhenti) kebanyakan kereta-kereta berhenti di jalan raya dihadapan kedai jua, tidak menggunakan tempatnya yang sedia. Harap bagi pihak penulis mengambil berat perkara ini.
Di kampung sungai mati, kelihatan jua anak-anak mudanya yang tak bersembahyang Jumaat, asyik bermain meja bola. Tetapi tidak jua begitu pelik sebab kebanyakan anak-anak muda yang tiada bersembahyang itu tidak mengerti hikmat hari Jumaat, apatah lagi sembahyang. Sedangkan khutbah Jumaat di tiap-ditiap kampung lain; Imam atau khatibnya membaca secara setengah Melayu dan setengah lagi arab.
Tetapi sungai mati tidak semata-mata arab sahaja, maklum semuanya bahasa arab tak diertikan Melayu. Demikian jua pada petang-petang hari kelihatan pemuda-pemuda berbasikal sekurang-kurangnya 15 atau 20 buah berjalan ke timur -- ke barat -- ke utara dan ke selatan, kononnya hendak melupakan puasa. Bukankah lebih baik duduk di rumah membaca wirid-wirid dan Quran, supaya dapat pahala daripada berjalan yang tiada berfaedah semata-mata mendatangkan musibat mata sahaja. Tambahan pula jadi susah kepada kereta-kereta yang hendak lalu lalang yang bersegera sedikit.
Dengan ikhlas Tuan Penguasa Warta Malaya telah menurunkan harganya mulai daripada awal tahun 1934, daripada harga 10 sen kepada 6 sen senaskah. Harap dengan kemurahan harganya itu, dapat berganda-ganda pembaca-pembacanya daripada segenap ceruk dan rantau, terutama sekali ketua-ketua kampung, hendaklah menggalakkan anak-anak buahnya perasaan kuat: gemar membaca akhbar-akhbar dan berlanggan supaya tidak jadi sia-sia pengarangnya mengeluarkan suara dengan melarikan penanya untuk mengkhidmatkan kaum bangsanya Melayu di dalam medan kemajuan.
Adapun akhbar Warta Malaya ini jika ditilik pada zahir dan batinnya, nisbah pada isi kandungan rupa helai dan harganya, amatlah taraf serta sepadan pula dengan akhbar-akhbar Inggeris. Penulis berani berkata inilah sebuah akhbar yang mula-mula memakai aturan seperti akhbar-akhbar Inggeris di semenanjung tanah Melayu.
Harap umurnya yang sudah 4 tahun itu akan berpanjangan beberapa lama hingga berkurun-kurun adanya di alam wujud yang fana ini. Amin! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 23-2-2006 12:47 PM
ade sesape tau?
aku ade terbaca masjid parit keroma dibina oleh sultan ali-waris akhir kerabat johor yang sebenarnya....
betul ker?
in the first place... cane dapat nama Pt Keroma... tak nampak pun pokok keroma kat situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 23-2-2006 01:52 PM
sekadar tempelan sahaja.... surat dari warta malaya
Warta Malaya, 13 Jan 1934, p.8
Rampaian2.
Perkhabaran Sungai Mati Muar.
Oleh al-Musafirin.
Sungai Mati sebuah kampung yang bes ...
kat belah mana lokasi 'sungai' kat sg mati tu ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
parit keroma? maybe org yg bukak tempat tu dia seorang peniaga keroma kot.. atau dulu ade kot pokok keroma.. cume dah kene tebang... macam kat roundabout jalan arab- dah kene tebang.. tinggal lah satu kat tepi sungai bentayan/jln bakri...
kalo sungai mati tu.. maybe dulu ade sungai kot.. skang dah jadik parit.. macam kat sebelah umah arwah atuk aku.. dulu sungai (dr sungai bentayan), skang dah jadik longkang kecik...
aku terjumpe lakaran gambar sultan ali
ni dia...
sultan ali? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 22-2-2006 10:04 AM
kat tempat bot nelayan berlabuh ker?
yg aku tau... jeti feri tu ade 2 kalo kat sebelah bandor..
satu yg kat restoran/kedai makan bebetul sebelah jambatan..
lagi satu (skang dah roboh/takde) kat ...
慣angga batu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muor76 at 23-2-2006 01:52 PM
sekadar tempelan sahaja.... surat dari warta malaya
Warta Malaya, 13 Jan 1934, p.8
Rampaian2.
Perkhabaran Sungai Mati Muar.
Oleh al-Musafirin.
Sungai Mati sebuah kampung yang bes ...
klasik tul ayat2 dia... rasanya penulis berbangsa Jowo..
tapi memang di era 1930-70an.. pendekatan agama bg org2 melayu kureng sikit..
waalahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.. keroma dgn kurma tu sama ke?
org muar panggil buah kurma dgn keroma ye..
mungkin gak kat situ org2 Arab sampai dulu kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by achu at 23-2-2006 05:49 PM
hehehe.. keroma dgn kurma tu sama ke?
org muar panggil buah kurma dgn keroma ye..
mungkin gak kat situ org2 Arab sampai dulu kot..
kekadang keroma tu 'masak keroma'......or jawa panggil masak kormak...hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by muor76 at 28-2-2006 12:15 PM
mane p org |
|
|
|
|
|
|
|
xde ker yg p ke laut? ke pegi ke darat? heheehe |
|
|
|
|
|
|
Camel_JB This user has been deleted
|
Originally posted by blackpurple at 28/2/2006 03:29 PM
ada ni.... ada yg turun bando...ada yang ke baruh.....hehehe....
ahaks... black, baruh tu ape...:stp::stp::stp:
aku mcm penah dgr tp lupe menatang ape tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|