CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-12-2015 02:59 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 20-12-2015 03:08 PM

Dear honorable Students :
@ayushuhada04 @MellyNad @naqibnasuha @anissa_kyra @rukiaichigo @zanierpk @YoonArang  @WeAiNe  @ichi  @plain  @runaway_dida @nohas @thafly@masdiana-ana   @spankee_fili  @Blueberri  d  @plasterhati

Disertakan jadial kalendar aktiviti untuk korang merangka aktiviti.
Panduan research project juga sudah dijelaskan di dalam LEC  03 manakala MIDTERM akan dibuka di classmarker bermula selasa ini (postponed).
Have nice day!


KALENDAR AKTIVITI




Download Calendar: LINK 1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 03:03 PM | Show all posts
harap2 student tak stress sgt sbb jadual dh lekat kat Kim Soo HYun Lecturer Hall
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by plasterhati at 20-12-2015 03:49 PM



Quiz:
1. Selain cabang kdrama, elemen lain apakah yang membantu mengembangkan Hallyu?
Elemen lain yg membantu mengembangkan hallyu ialah;
  • 1.KPOP

             Industri muzik korea berentak catchy dan pop dalam gruop, band, idol atau kpop sememangnya membantu dalam perkembangan kwave atau hallyu. Dengan penampilan personal appearance yg menarik sama ada muka dan berpenampilan menarik yg cantik, cute , jambu, hensem atau seksi. Contohnya SNSD terkenal serata dunia kerana dikatakan cantik, dulu membawa penampilan cute, skrg lebih kpd seksi. Wonder Girls walaupun dgn one hit wonder utk pasaran antarabangsa dgn lagu nobody tetapi masih berada di tempat sendiri dlm hati peminat kpop. Ini terbukti, dgn kehadiran lagu PSY yg berjaya memecahkan rekod bilion klik dan like di youtube sememangnya membantu dlm peekembangan hallyu kerana kpop dan kwave semakin diterima antarabangsa. Bermula dgn drama2 ditonton, peminat mula mencari penyanyi latar ost drama tersebut kemudian membawa meminati dan mengikuti industri muzik kpop yg menyediakan juadah untuk mata dan telinga peminat hallyu. Semakin lama, semakin ramai hallyu star dan semakin berkembang melalui elemen KPOP sehingga wujud istilah fashion KPOP




    • 2.MASAKAN KOREA


Elemen yang harus diambilkira dalam mengembangkan hallyu. Pelbagai jenis juadah sinonim dgn budaya dan cara hidup org korea dipaparkan di dalam kdrama dan kfilem sehingga menimbulkan fenomena korean dishes. Makanan yg mempunyai unsur kelainan drpd makanan negara lain yg menimbulkan rasa ingin tahu dan menarik minat peminat hallyu untuk mencuba makanan tersebut sehingga ada yg sanggup belajar membuat dishes dan side dishes tersebut. Royal banquet sememangnya nampak menarik dan berwarna warni, jajangmyun dan jampong yg terkenal sebagai delivery food spt pizza di kebanyakan negara, bibimbap dan pelbagai jenis bubur sememangnya membantu menarik minat dan perkembangan hallyu. begitu juga dgn variasi kimci dan side dishes yg sememangnya rare jika dibandingkan dgn makanan di negara lain. Kelainan inilah yg menimbulkan minat para peminat dan pemerhati hallyu.
Sehingga skrg, makanan korea semamin mendapat tempat dan perhatian masyarakat dunia dan dikatakan antara makanan yg sihat, semakin byk cawangan franchise makanan korea dibuka di seluruh dunia termasuk malaysia. Yg plg glemer ialah seoul garden yg boleh ditemui di serata negeri menunjukkan makanan korea sudah boleh duduk sebaris dgn makanan jepun yg telah lama bertapak dlm kelasnya tersendiri.


        3.PELANCONGAN
        industri pelancongan Korea sememangnumya bijak menggunakan hallyu dan kdrama dalam mempromosikan negara korea. Kementerian pelancongan mereka telah mengambil langkah bijak dgn menaja bbrp drama mereka. Pada lebih 10 tahun dulu, kerajaan korea telah menggalakkan pwnggunaan lokasi tarikan pelancongan sbg lokasi penggambaran dan ia telah berjaya dan sampai matlamat jangka panjangnya. Berapa ramai pelancong masuk ke korea untuk melawat jeju, pulau nami, namdaemun, goong, dan utk melihat cara hidup artis pujaan mereka.


          4. FASHION
            sememangnya KFashion mempunyai kelainan berbanding major fashion dunia. Masyarakat di sana atau kdrama berani memaparkan kelainan dan bermain dgn details terhadap attire dlm drama terutamanya. Sehinggakan syarikat fashion line terkemuka dan baru nak up berlumba2 menaja pakaian, bag, kasut, aksesories kpd pelakon2 dlm drama terutanya yg mempunyai rating tinggi. kfashion yg nampak chick, elegan, dan mempunyai kelainan drp lain selain berani bermain dgn rekaan mendapat tempat di hati peminat fashion. Model dan jenama dari korea semakin memdapat perhatian dunia contohnya produk penjagaan diri dan make up semakin berkembang. Di malaysia sendiri etude house, face shop elianto dan byk lg semakin tumbuh mcm cendawan lps hujan. Belum lg jenama laneige yg sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa. Fashion line spt uniqlo, beyond closet plk antara yg femes. Fashion brand jessica ex snsd BLANC & ECLARE pn bakal ada kt malaysia.


       5. VARIETY SHOW
  • antara variety show yg boleh diiktiraf hallyu ialah runningman, 2days 1night, invincible youth, family outing, dan bbrp rancangan audition lain berjaya mengembangkan hallyu. Elemen ini tidak boleh dinafikan kerana runnningkan telah membawa hallyu ke another level sehingga mengangkat jong kook, jihyo dan gwangsoo menjadi icon hallyu. Bermula dgn zaman xman, pada waktu itu hanya peminat tegar yg skrg dah suam2 kuku kertu dek kesibukan anak2 dan kerjaya telah menimbulkan fenomena sehingga bbrp scene spt jong kook dan eunhye, segmen dangyunhanji kemuduan membawa kepada fenomena baru variety show korea bermula dgn family outing yg memulakan format tanpa variety berformat reality show yg tidak berpandukan skrip utk sehingga fenomena runningman yg di malaysia bdk umur 3tahun pn kenal gwangsoo a.k. girin a.k.a zirafah.




2. Jika anda terlalu ketagihan menonton kdrama, apa yang anda akan buat biasanya untuk mengurangkannya?
kalau ketagih kdrama, susah nak buang ni..cara utk kurangkan ialah jumpa kawan2 ( tak ramai kdrama addict antara kwn2 me. Bila dah sembang, duduk kepak2 smbil tukar2 cerita, haruslah x dpt tgk drama kan..

Cara ke 2 bunyi mcm klise tp sibukkan diri dgn aktiviti harian.
Masak, basuh baju, kemas rumah, siapkan kerja2 dan kertas kerja..lama2 kurang laa addict. Dah duduk masak, takkan nak tgk drama korea, ddk sibuk siapkan kerja cari sesuap nasik, kalau tgk drama jgk mmg kena jumpa pakar lah kan..hihi

@dauswq  dah siap kuiz 1










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah dah dpt jadual...stress plk tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts


Quiz 2:
1. Nyatakan pendapat anda apa kebaikan/kelebihan wujudnya Cari Kdrama Award.?
    Kebaikannya ialah para forumer dan peminat kdrama yg memahami bahasa melayu berpeluang mengundi dan merasai sendiri mengambil habagian dlm K Awards dengan cara kita sendiri. Peminat drama berpeluang memberi komen, reviews dan pendapat masing berkaitan drama tertentu bukan hanya sekadar berforum di benang2 drama sahaja. Selain itu jg, kewujudan kdrama awards turut menambah suasana atau demam awards akhir tahun di korea yg akan berlangsung setiap hujung tahun. Tak lupa jgk, CARI  kdrama awards blh melatih peminat drama atau filem mengetahui elemen2 yg diambilkira utk penganugerahan sesuatu filem dan drama sama ada dari segu teknikal, pengarahan, skrip, lakonan dsb kerana pernah mengambil bahagian sendiri dlm pemilihan hasil seni terbaik. Dan x lupa jgk, cari kdrama awards turut memeriahkan kembali bod yg agak nmpak suram semenjak akhir2 ini. Akhir skali, peminat kdrama berpeluang mengimbau kembali drama yg mereka tonton sepanjang tahun.

2. Apakah faktor utama sesetengah pihak production memberi peluang kepada idol-idol korean pop untuk membawa watak utama dalam sesebuah drama/movie tersebut.?
Antara faktor utama pihak produksi memberi peluang kpd idol ialah
1. Faktor utama ialah rating. Untuk menarik minat sesetengah golongan tertentu menonton drama/filem, idol yg mempunyai ramai pengikut dan fans dipilih dan byk yg telah berjaya membawa penonton ke panggung seperti T.O.P ( Tazza, the commitment) , jaejung (Jackal is Coming), Kim Dong Wan (Deranged) adalah antara filem box office yg mempertaruhkan idol sbg pelakon utama. Yoochun (Sungkyunkwan Scandal, Rooftop Prince, 3 Days), Yook Sunjae (School 2015, Achiara), Lee Seunggi (My Girlfriend is Gumiho, Brilliant Legacy), Yoona (You Are My Destiny, Love Rain) antara drama laku keras.

2. Selain rating tinggi, PPL produk sponsor jgk meningkat jika ada idol yg popular membintangi drama atau filem mereka. Pelbagai filem dan drama yg berjaya menarik fashion line, make up, beverages dan lokasi ditaja hanya kerana pelakon yg menjadi duta mereka berlakon dlm drama / filem tertentu. Cthnya, dlm drama lakonan Seunggi, terdapat bbrp peralatan elektrik yg kelihatan dlm drama lakonan beliau.

3. Faktor merchandise. Walaupun mungkin bukan faktor utama, tetapi ia turut menyumbang kpd perolehan hasil drama/filem tersebut. Contohnya hasil jualan merchandise drama You're Beautiful, Sunkyunkwan Scandal adalah tinggi kerana popularity pelakon utama iaitu idol yg mempunyai ramai peminat dan market besar iaitu Lee Hongki dan Yonghwa (telah femes walaupun belum debut dan bertambah femes bila berlakon dlm ni) dalam You're Beautiful dan Park Yoochun dalam Sunkyunkwan Scandal dan Kim Hyun Joong bagi drama Boys Over Flowers.

4. Pasaran luar negara. Terdapat bbrp filem dan drama yang telah berjaya dijual sebelum ditayang di korea, malah ada yg telah berjaya dijual di bbrp negara sblm penggambaran dibuat spt drama Kim Hyun Joong walaupun akhirnya penggambaran tidak dpt diteruskan akibat faktor slot dan sebagainya, Love Rain lakonan Yoona. Walaupun drama Love Rain flop di korea, tetapi market luar negaranya amat memberangsangkan. Semakin luas pasaran drama/filem tersebut, semakin tinggi kutipan tiket, atau pendapatan (perolehan) drama tersebut. Means poket makin tebal..

5. Promosi tidak berbayar. Diketahui umum bahawa artis idol mempunya pengikut dan peminat yang ramai. Ada jgk yg mempunyai beratus ribu atau jutaan followers dan likers SNS mereka. Sekali idol ini mewar2kan drama baru mereka, berlumba peminat kipas susah mati terpacak dpn tv waktu tayangan utama lalu mencanaklah rating. Ditambah lula kalau idol ini lakonannya mantap, ajumma dan housewife pn turut sama follow drama tiap2 minggu. Tak lupa jgk kebanyakan idol mempinyai fan club dan fan caffe mereka sendiri. Mereka sesama sendiri turut memainkan peranan mempromot drama /filem idol kesayangan dgn pelbagai kaedah sama ada melalui SNS masing, buat parody, fanvideo dsb. Inilah contoh promosi tidak berbayar kerana fans sendiri sgt rajin tolong promot dan membeli tiket berkali2 atau create poster yg cantik2 utk artis idola mereka.

@ismaha



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ismaha at 20-12-2015 08:15 PM
plasterhati replied at 20-12-2015 06:17 PM
Quiz 2:
1. Nyatakan pendapat anda apa kebaikan/kelebihan wujudnya Cari Kdrama Award.?
    Keb ...


Vahhhvahhh....quiz no 2 faktor no 3 paling is suka
Dan faktor tu jugk is tggu kot2 ada student nak jwb dlm lecture 1 quiz no.1

Thanks jwb quiz....mata anda dimasukkan dlm assignment
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ismaha replied at 20-12-2015 08:14 PM
Vahhhvahhh....quiz no 2 faktor no 3 paling is suka
Dan faktor tu jugk is tggu kot2 ada stu ...

Haah kan..element jgk tuh..gigih ms zmn br nk up dl kumpul menda2 alah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:18 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 17-12-2015 04:23 PM
Quiz 1:
1. Selain cabang kdrama, elemen lain apakah yang membantu mengembangkan Hallyu?

Kaedah sama laa kita.. tp ada jgk yg awl2 surrender terus tgk mcm reply 1988
. Jika anda terlalu ketagihan menonton kdrama, apa yang anda akan buat biasanya untuk mengurangkannya?

- Kebiasaanya saya akan pastikan drama itu sudah berakhir baru saya akan download dan buat marathon menonton drama tersebut pada hujung minggu. Dengan itu pada hari bekerja saya tidak akan ketagih untuk menonton drama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 09:50 PM | Show all posts
wonto replied at 20-12-2015 02:25 PM
sama la..
lucky prize jamuan ari tu tv ko tau
xdpt pn..x lucky btui

jamuan mana plak nih....

tu psl suh ko rgster kot berlucky plak kan kali nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:52 PM | Show all posts
wonto replied at 20-12-2015 02:38 PM
oitt...
dh la tgh frust ni

igt ko sorg je ke... aku pon ler

terus drop nama unni dari list
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:55 PM | Show all posts
wah la weii terernye ayat2 bebudak ni smua... rase nak drop je final exam tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
plasterhati replied at 20-12-2015 09:18 PM
Kaedah sama laa kita.. tp ada jgk yg awl2 surrender terus tgk mcm reply 1988

ai kalu da start tengok kena tau ending jugak...hihi
kalau cite tu sendu kena fast fwd ke ending jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 20-12-2015 09:59 PM
ai kalu da start tengok kena tau ending jugak...hihi
kalau cite tu sendu kena fast fwd ke ending  ...

Cerita sendu plg sakit hati kan..

rs mcm sia2 donlot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 10:29 PM | Show all posts
plasterhati replied at 20-12-2015 09:18 PM
Kaedah sama laa kita.. tp ada jgk yg awl2 surrender terus tgk mcm reply 1988

citer reply tu tak leh tgk straight
prof sudah alami dulu semasa layan reply 1994
kena tengok seminggu sekali lebih kurang gituh
sebab satu epi pun sudah dekat 2 jam panjangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-12-2015 10:29 PM
citer reply tu tak leh tgk straight
prof sudah alami dulu semasa layan reply 1994
kena tengok  ...

Produk reply mmg x berjaya nk donlot saja lps tu tgk straight marathon..cerita semua best.

Reply 1994 tu tgk skali aje..sbb frust najong dgn ssreuki sbb iolls team chil bong..

reply 1988 ni ada potensi gak camtu sbb nmpak pesen mcm jung hwan jah laki dia..sian taek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
x fhm tang jadual tu..18/1-30/1 study break..pastu 17/1 - 31/1 final exam confuse ni!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2015 11:18 PM | Show all posts
naqibnasuha replied at 20-12-2015 11:17 PM
x fhm tang jadual tu..18/1-30/1 study break..pastu 17/1 - 31/1 final exam confuse ni!!

mksdnye tak de kuliah mase tu
hanya waktu exam jek
waktu exam tu jugak waktu belajar..

kita tak fix date utk final exam sbb tak sume org free hari yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-12-2015 10:29 PM
citer reply tu tak leh tgk straight
prof sudah alami dulu semasa layan reply 1994
kena tengok  ...

citer reply dua siri ni mmg lama....lm dah x lyn drama marathon ni...suka lyn citer fresh psl lbh fokus jln cerita..nanti x psl2 nk fast forwad cpt2..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-12-2015 11:18 PM
mksdnye tak de kuliah mase tu
hanya waktu exam jek
waktu exam tu jugak waktu belajar..

ok faham2..20 hingga 23 mmg time bz....nasib sblm tu...dh nk stat nz membz...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-12-2015 11:18 PM
mksdnye tak de kuliah mase tu
hanya waktu exam jek
waktu exam tu jugak waktu belajar..

ok..dh fhm..tq daus..nasib bkn awal 20hb..time bz..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.280198 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list