|
Kalau lah benar ilmu2 ni semua maka tak payahla kerajaan keluar duit berbilion2 ringgit beli senjata byk2. kat Malaysia ni tak yah byk, kalau ada 10 org camtu pun dah cukup untuk mempertahan kan tanahair. |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar ilmu persilatan adalah tak salah malah baik untuk pertahanan diri dan kesihatan, tapi kalau dah sampai ada jampi serapah dan perkara yg di luar adat dan fitrah kejadian manusia, tolonglah hati2 sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Seni Silat Sendeng Malaysia
Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.
Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari.
Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim.
Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat.
Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar'.
Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al - Fatihah.
Pemergian Allahyarham Hj.Hamid dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi keluarga sendeng seluruhnya. Perjuangan, pengorbanan dan jasanya terhadap Seni Silat Sendeng Malaysia mempunyai erti yang amat bermakna sekali terutama di dalam memperkembangkan SSSM ke beberapa negeri di tanahair.Berbagai cabaran,onak dan duri direntasi, ombak serta badai diharungi.Namun yang pergi tetap pergi, yang tinggal sebagai pengganti. Perjuangan memartabatkan SSSM harus diteruskan. kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti'.
Hj.Ismail bin Hj.Hamzah, kemudiannya telah menerajui dan meneruskan perjuangan abangnya dan ditabalkan sebagai Guru Utama.Sebagai adik kepada pengasas (Hj.Hamid) dan dibesarkan di kalangan keluarga pendekar, sudah pasti memperjuang dan menyambung amanah SSSM tidak menjadi keberatan terhadap beliau.
Kebolehan dan ketokohan semulajadi berkat bimbingan ibubapa, datuk-datuk dan abangnya, menambahkan lagi kekuatan dan semangat beliau untuk melayari bahtera sendeng mengharungi samudera yang penuh dengan seribu satu macam rintangan dan halangan.
Sejak kepimpinan Hj.Ismail, SSSM telah didaftarkan pada 1992 dan kini bergerak dengan cergas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kelantan dan WP Labuan.
PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG
Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.
Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani. SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata. SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak atau menyerang berposisi mengiring.
Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya 'Sendeng' terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.
' SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi. ' DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi.
Dengan cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.
Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".
| | | |  | PEMBELAJARAN SENI SILAT SENDENG
Pemakaian rangkaikata Seni Silat Sendeng yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajran yang terkandung di dalamnya.
Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajarannya ialah SENDENG ; kerana setiap perlakuan, pergerakan dan penggayaan yang diaksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secara menyendeng atau mengiring.
Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan 'Seni Silat Sendeng' atau 'Silat Sendeng'.
Pembelajaran Sendeng dibahagikan kepada tiga tahap iaitu :-
Peringkat AsasKemahiran AsasJurulatih
Setiap tahap ini mengandungi pelajaran; belebat (pelebat), kuntau (pecahan / langkah) ,tarian dan permainan alat silat serta buang pukul yang diajar secara berperingkat.
MATAPELAJARAN SENI SILAT SENDENG : PENGENALAN
Seni Silat Sendeng terbahagi kepada kepada empat bahagian yang utama iaitu :-
Belebat (Pelebat)
Kuntau (Pecah)
Tarian dan Permainan Alat Silat
Buang Pukul
Belebat terpecah kepada dua iaitu belebat lurus dan belebat sendeng.Ahli baru haruslah memahirkan 5 jenis belebat lurus yang akan diajar dalam jangkamasa 3 bulan.
Kuntau atau Pecah pula terdiri daripada 8 jenis iaitu Kuntau Pecah Empat, Pecah Enam, Toya, Pecah Lapan, Pecah Dua Belas, LEAN, Pecah Enam Belas dan Pecah Dua Puluh Empat. Setiap Kuntau mempunyai tafsiran dan gerak yang tersendiri.
Tarian Silat adalah tari atau bunga silat yang terkandung dalam pergerakan Seni Silat Sendeng.Antaranya ialah Lela Sembah, Tenteng Anak Murai, Lebah Mengurap, Lipat Pandan dan lain-lain.Permainan Alat Silat pula terdiri daripada dua, bunga dan gelut di mana bunga ialah tari dan langkah manakala gelut ialah permainan di antara dua orang.Seni Silat Sendeng mempunyai 10 senjata utama dalam matapelajrannya iaitu keris, parang, pedang, tekpi, persai, dan lain-lain.Termasuk dalam alat silat ialah gendang,gong dan serunai.
Buang Pukul pula ialah cara menangkis serangan lawan.Ianya terdiri dari peringkat kuntau, sendeng, dan tujuh hari.Dalam Seni Silat Sendeng kemahiran dalam ilmu Buang Pukul adalah sangat penting dan diutamakan dalam pelajarannya
|
|
|
|
|
|
|
|
|

machonyer muka pakcik nih...teruja jiran aku si makcik timah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matamata at 26-10-2007 08:34 PM 
Assalamualaikum Bro Amin. aku baru kat sini dan tak sempat nak baca semua post kat sini. aku tak pernah belajar silat, cuma jadi pemerhati kat kwn2 aku yg belajar. Aku dah lama pikir ttg ilmu2 ba ...
Waalaikumusalam....
susah gak nak jawab persoalan lu ni sebab ia melibatkan hal agama... lebih-lebih lagi wa yg sememangnya dah jahil ni memang ler payah skit nak menjawab persoalan lu ni kan...
apapun... pada pandangan wa bukan silat jer ada ilmu kebal... malah martial art yg lain seperti tomoi...kalaripayat... karate...capoiera...savate...aikido ada gak ilmu kebal dorang yg tersendiri... dan ada lah mentera-mentara kebatinan yg dorang amalkan... dan martial art yg lain dah sah-sah la salah ilmu kebal dorang sebab mentera entah apa-apa lah yg dorang amalkan...
tapi amalan ilmu kebal utk silat melayu nampak lah sikit mcm halal sebab katanya amalan ayat yg di baca dari al-quran... tapi sejauh mana kebenarannya wa tak pastilah sebab ada yg kata salah...ada yg kata boleh... lain tok guru silat lain jawapannya...
bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi apa yg wa tahu... ada byk ayat dari al quran yg selalu diguna pakai dlm ilmu persilatan... antara yg wa tahu...
1- pergerakan boleh jadi sepantas kilat...
2- tumbukan batin (tumbukan maut)
3- KIPAS SENANDUNG...
4- larak salak
5- langkah bersifat
dan byk lagi lah...wa tak ingat dahhh...
ayat al quran untuk buah nombor 1 boleh dikatakan popular jugak la diamalkan oleh pesilat tegar di mana kelebihan pengamalnya... seseorang akan boleh bergerak sepantas yg mungkin ketika bertempur dgn musuh di mana musuh langsung tidak berpeluang utk mengunci pergerakan si pengamal ini tadi...
buah yg ni wa pernah nampak dengan kepala mata wa sendiri...wa nyer kawan merupakan cucu kepada tok guru silat utama...dia ni ada byk ayat... dan dia ni kaki samseng... keje dia tarik keter org tak bayar...ada satu kes tu dia fight dengan samseng-samseng yg bleh dikata taraf-taraf otai la jugak sampai kan wa dan yg lain-lain memang tak berani nak masuk campur... kita org hanya bleh tgk jer...
dan kalau wa bagitahu lu org... mesti lu org tak percaya nyer laa.... percaya tak kalau wa katakan dia fight lebih dari 10 org tapi kesemuanya tumbang...diakhir pertarungan dia sorang jer macho duk berdiri megah melihat samseng-samseng yg lain tumbang rebah menyembah bumi...
dan cara dia fight memang membuatkan kita org rasa terpukau sedangkan dlm training dia ni biasa-biasa jer... bila di selidik ada ler org senior bagitahu yg dia ni ada ayat utk kasi pergerakan boleh jadi sepantas kilat...
tapi salah atau tak salah ayat ni wa tak tahu laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi haruslah di ingat....
org yg takde ilmu seni mempertahankan diri takkan dapat apa-apa walaupun dorang baca ayat ilmu yg bagai-bagai nih... itu yg wa rasa laa...
sebab wa rasa... ayat yg ilmu-ilmu kebatinan boleh dijadikan pelengkap kepada org yg ada ilmu seni mempertahankan diri...
tapi seperti yg wa katakan tadi... betul atau salah itu wa masih musykil... baik jgn amal... belajar silat biasa-biasa dahh laa... tak yahhh arrr pakai benda-benda batin... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi wa terpikir... kalau di eropah... martial art yg terkenal adalah kickboxing...
di amerika latin dorang ada capoiera...
kalau di asia belah-belah jepun korea china dorang ada wushu tae kwan do karete...
kalau belah-belah myanmar thai vietnam ada savate...muay thai tomoi...
dan kalau malaysia indon singapore brunei... ada silat....
tetapi belah arab ilmu mempertahankan diri apa yg ada kat sana? yg ni wa musykil... |
|
|
|
|
|
|
|
benda neh kena yakin ja..
kalo yakin..
baru jd..
tp.. kena berilmu..
so.. kena r belajar..
aku nak cari Silat Cemandi r..
katne ek yg ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
allah akan makbulkan apa saja permintaan hambanya samada yang baik atau tak baik . . . kerana tu ada orang menggunakan ayat alquran untuk berbuat maksiat sebagaimana firaun diberikan kelebihan tidak pernah sakit walapun derhaka |
|
|
|
|
|
|
|
kroit pernah gak dengar pasal ilmu2 purba neh.. tentang parang or keris terbang..
orang tua2 citer, zaman dulu2, especially zaman penjajah, pahlawan2 ni akan bawa keris yang bilangannya 6-7 di badan mereka.. selalu maksimum kita tengok 2 je kan.. ni 7 bilah.. mak aii.. pastu bila mereka dirompak ke, nak dibunuh ke, kena kaco ke, diorang akan baca ayat2 dan.. ZUUPP! keris2 tu semua akan terbang ke udara dan melayang2 di sekeliling empunya keris tu, sementara tu pahlawan tu akan terus menggumam ayat2 tanpa henti sambil bersilat di tengah2 keris terbang tersebut.. dia kalo tumbuk, tumbuk dari jauh jek, nanti keris tu akan terbang laju dan menikam2 musuh.. musuh lak tak dapat dekat.. ntah camner nak lawan kan..  |
|
|
|
|
|
|
|
elee...kroit...dongeng sumer tuhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 29-10-2007 08:48 PM 
kroit pernah gak dengar pasal ilmu2 purba neh.. tentang parang or keris terbang..
orang tua2 citer, zaman dulu2, especially zaman penjajah, pahlawan2 ni akan bawa keris yang bilangannya 6-7 di ...
mmg ada ilmu yg sebegitu..
tp.. skang neh susah nak cari..
bukan mudah nak menuntut suma ilmu macam 2..
perlu ada pengorbanan |
|
|
|
|
|
|
|
Sori sbb tak repky kama sbb saya demam 4 hari, skrg dah kebah. setau saya ilmu yg dikuar adat fikrah manusia ialah mukjizat (nabi dan rasul), kashaf dan qaramah(wali dan ahli sufi), itupun (saya lebih suka membahasakannya sebagai 'kurniaan') kurniaan ni hanya utk siaorang sahaja bjn untuk diajar atau diturunkan pada org lain.
saya juga suka melihat atau mengkaji sesuatu melalui fakta atau keterangan sahih sepertimana kita belajar ugama berpandukan kiyab (Al Quran), hadis (yg sahih), san sunnah (yg perawinya adalah ulama mukatbar).
bagi saya apa sahaja yg kita buat tdk boleh lari sari Islam itu sendiri kerana Islam itu Ad Din(cara hidup), ia tak blh diamalkan separuh2.
Saya byk membaca tentang perjuangan para rasul dan sahabat (terutamanya ttg perjuangan para Khulafa ArRashidin) dan semuanya berkisarkan ttg kekuatan mental, tatktikal, kebijaksanaan, keyakinan, ketekunan dan ilmu sains (kemajuan sains Islam zaman tu jauh meninggalkan tamadun lain), tiada satu pun fakta mengenai ilmu ghaib ni berada dlm catatan para sahabat dan ulama muktabar.
saya juga suka membaca dan mengetahui ttg para saintis zaman Bani Abbasiah, mereka begitu tekun belajar dan membuat kajian ttg semua cabang sains.
Pada zaman Turki Othmaniah pula terjenaj dgn kekuatan tenteranya, masih lagi mengamalkan perjuangan dan cara para sahabat berjuang. puas saya cari catatan ttg ilmu batin yg di amalkan oleh diaorang tapi tak dpt jugak. semuanya berdasarkan apa yg saya dah sebutkan kat atas tadi. Kesudahannya saya hampir membuat rumusan bahawa ilmu2 mcm ni hanya blh dimiliki olh org Melayu dan tiada pada zaman Rasul dan sahabat . Kalau benda2 mcm ni ada pd zmn tu, saya percaya ianya akan dicatat dan dijadikan rujukan sehingga sekarang.
Ttg sorang pukul 10 orang tu saya pernah dengar tp tak pernah tgk. dan yg jadi persoalannya siapa yg mendampingi org tu sampai jadi begitu kuat? ada org ckp benda tu ialah jin Islam, setahu saya nabi pernah bersabda masudnya: SEBAIK-BAIK JIN ITU ADALAH SEJAHAT2 MANUSIA (Abu Jahal/ Lahab-Sehingga dilaknat dlm AlQuran), jadi sanggupkah kita bersahabat dgn Jin?
Mungkin kenyataan dan soakan saya kat atas ada menyinggung hati sesetengah pihak, tp percayalah saya tak bermaksud mcm tu, saya cuma nak ajak forumer bertukar2 fikiran/ pengalaman secara ilmiah dan hujah2 yg berlandaskan Ad Din kita.
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #477 matamata's post
betul2.. jangan kawan dengan jin walaupun itu jin islam..
sekarang ramai orang silap, ingat mende tu baik je, terus dibuat kawan.. jangan lupa hukum dan larangan Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuh laaa....jangan berkawan dengan jin.....cuma ada satu jin kita kene respek....dia jugak banyak menyumbang jasa di negara kita........jin itu ialah...........
JINS SHAMSUDIN!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|