|
sambung sikit lagi
Selepas meletakkan telefon aku bersiap-siap utk menghadiri perjumpaan dgn isteri2 pegawai utk membincangkan ttg majlis makan malam amal yg dijadualkan lagi 2 bulan. Makanan tgh hari tdk ku sediakan sbb Azam telah memaklumkan awal2 lagi yg dia akan keluar utk bermesyuarat di luar, jd dia akn makan di luar saja.
Berbagai cadangan yg diberi utkmelancarkan mlm amal utk mengitip derma bg anak2 anggota yg akan melanjutkan pelajaran, juga utk balu anggota yg baru kehilangan suami. Ada yg mencadangkan pertandingan ratu cantik, pertandingan menyanyi, fasyen show dan mcm2 lagi. Aku pula mencadangkan diadakan jemputan utk syarikat2 korperat yg ingin menyumbang melalui persatuan, tentu jumlahnya lebih besar.
Selain itu ada juga yg mencadangkan diadakan lelongan barangan terpakai yg masih baik spt pakaian dan perabut rumah. Dari dibuang lebih baik dijual dan didermakan. Aku rasa cadangan itu amat baik, bolehlah aku mengosongkan almariku yg padat dgn pakaian itu.
Petang itu aku sampai di rumah agak lewat, kereta Azam sudah di tempatnya. Selepas memberi salam aku mencari-carinya, rupanya di dalam bilik meneliti pakaiannya. Ada beberapa helai yg telah diletakkan di atas katil. Aku terkejut, dia marahkan aku sampai nak keluar rumah? Perlahan2 aku masuk dan melihatnya bagai hilang kata2, tak tahu di mana nak bermula.
"Abg ambil baju2 ni nak ke mana?" Hatiku mula risau dan berdebar kencang.
"Lambat balik?" tegurnya tanpa melihat diriku.
"Hmmph biasalah, bila wanita2 glamour berkumpul sblm meeting bergossip dulu" sengaja aku melawak begitu. Akhirnya dia mula tersenyum kembali.
"Abang nak pergi mana?" Tanyaku lagi
"Abang nak pergi Melaka esok, tiga hari, gantikan Datuk utk acara tauliah. Abg balik hari Khamis petang. Ijah jgn pergi mana2 pulak, duduk aja kat rumah" matanya masih lagi dgn baju2nya tp sempat lagi membebel kpd ku. Macamlah aku tak pernah ada di rumah. Aku menjeling tajam dan keluar ke dapur meninggalkan nya seorg diri.
Setelah meletakkan air dan sedikit makanan utk minum petang aku kembali ke bilik melihatnya.
"Abg tak nak minum? nanti Ijah siapkan baju2 abg ni" perlahan suaraku spt terasa rindu itu akan menyelubungiku beberapa hari ini. Sambil menarik tangannya keluar ke ruang depan aku bercerita ttg aktiviti yg persatuan kami bincangkan. Dia tergelak mendengar idea2 pelik dr ahli kami.
"Jgn pulak Ijah masuk pertandingan ratu tu sudah" katanya sambil ketawa lagi.
"Kenapa pulak? Bukannya pakai bikinipun, nak kutip derma tu?" kataku sengaja mengusiknya.
"Ijah jadi ratu utk abg sudah lah, pakai aja bikini kat dlm rumah ni kalau teringin sgt" katanya lagi masih ketawa tanpa henti. Aku tak merasakan itu satu kelucuan, tp pelik bila tgk dia ketawa begitu.
"Abg tahu tak ada anggota yg meninggal baru2 ni, anak dia lima org. Duit insuran berkelompok tu tak dpt lagi, pencen suamipun belum masuk, anak2 nak sekolah, isteri tu tak bekerja mcm mana dia org nak hidup? Masa hari tu ada kutipan tp banyak manalah sgt. Tak boleh ke bhgn admin cepatkan sikit hal2 kewangan tu? Kesian tau abg." ceritaku panjang.
"Itu bukan bidang kuasa abg, kalau sama satu jabatan ok lah, blh abg tolong, isternya pun kenalah rajin follow up, jgn diam2 ja kat rumah" jawab Azam pula.
"Habis suami meninggal, tentulah tgh sedih, abg ni mcm tak ada perasaan" aku merengus dgn caranya bercakap.
Azam tersenyum memandangku dgn mengusik pula. "Kalau abg mati sekarang, Ijah tak payah susah2, abg dah tinggalkan duit utk Ijah hidup senang lenang tp dgn satu syarat, jgn kahwin lagi" aku mencebik muka tanpa memandang wajahnya. Teringat kata2 mertuaku pagi tadi. Dlm hatiku merungut2 bukannya aku inginkan duit dia pun. Tp mulutku terasa berat utk bertengkar bila teringat esok aku terpaksa bersendirian. Aku mahu bergembira, begitu juga dia, biarlah dia bertenang utk bertugas di sana. |
|