CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
Post time 21-8-2010 10:33 AM | Show all posts
adilla tenggelam timbul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 11:20 AM | Show all posts
aper jd seterunya nie...., lega byk n3..., bila lagi nak sambung nie..hehehhhe
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 08:41 PM | Show all posts
checking time
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 05:11 PM | Show all posts
ingat dh ada rupanya lum lg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:25 PM | Show all posts
aik tak der n3...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:26 PM | Show all posts
aik tak der n3...hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2010 09:27 PM | Show all posts
aik tak der n3...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:28 PM | Show all posts
aik tak der n3...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 01:28 PM | Show all posts
belum ada n3 baru lagi ke??
nak lagi nexttt
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:11 PM | Show all posts
baru habis rempit...berbaloi2 tggu lama...n3 byk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 06:52 PM | Show all posts
round2 umah kak syah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:20 PM | Show all posts
Salam... tak de sambungan lagi ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2010 05:56 PM | Show all posts
BAB 11

Subuh itu aku sujud pada yang Esa. Lama aku berteleku di sejadah. Menadah tangan pada yang Satu, mengadu segala keluh kesah ku.Hari ini akan bermulalah penghijrahan ke rantau orang.

“Ya ALLAH berkatilah perjalanan ku ini. Permudahkanlah susur jalur jalan hidup ini. Berilah aku ketabahan dan ketenangan dalam dugaan yang kau turunkan ini. Berilah aku hidayah dan tunjukkanlah jalan yang benar. Kuatkanlah keimanan dalam jiwa ini. Aku juga memohon diperlihara kebajikan kedua ibu bapa ku. Berilah kesihatan yang baik kepada mereka. Lindungilah mereka dari segala kejahatan didunia ini dan murahkan rezeki kami. Aku tidak betah untuk melupakannya. Bantulah aku Ya ALLAH. Aku mohon pada mu.”

Airmata ku gugur lagi disubuh hening ini. Merintih pada Yang Satu. Aku kalah dengan dugaan ini. Aku kalah dengan jalan cerita ini. Aku mahu bangun untuk membalut kesakitan ini.

Setelah selesai aku mengemas beg pakaian dan memeriksa jika ada barang yang tertinggal. Janji dengan Kelly kami akan bertolak jam 10.00 pagi. Mata ku leka memerhati sekeliling taman kecil ini yang akan ku tinggalkan sebentar lagi. Bilik seumpama taman bagi ku. Penuh dengan keindahan dan ketenangan. Ketika aku tenggelam dalam kenangan, pintu bilik ditolak perlahan. Kelihatan wajah mak memberi senyuman. Senyuman yang ku impikan selama ini. Aku membalas dengan teragak-agak.

“Min buat apa?” tanya mak sambil duduk dibirai katil berhadapan dengan ku.

“Min tengah kemas apa yang patut mak. Kasihan pula anak patung Min ni nanti. Dahlah kena tinggal pastu dok sendirian dalam bilik ni.” Aku mencapai anak patung pingu yang setia menjadi bantal peluk ku selama ini. Anak patung yang dibelikan oleh abang Zamrie kerana jejaka itu tahu aku gemar dengan karaktor cerita kartun tersebut. Arhh…nama lelaki itu memang sukar untuk ku hapuskan dan tahu saja apa yang aku suka.

“Biarkan saja disitu, bukan bernyawa pun.” Tersentap sedikit bila mak berkata demikian. Mungkin mak tahu dari mana anak patung itu datang.

“Iyerlah!” aku menjawap sepatah sambil meletakkan diatas meja belajar.

“Kalau Min dah ke Penang, mesti mak akan sunyi.” Aku berpaling bila mak berkata demikian. Sayu aku terasa bila mak berkata tetapi apakan daya. Antara tanggungjawab dan kasih sayang, aku tidak sanggup berada dipersimpangan.

“Alah mak, Min akan selalu telefon mak. Nanti kak long, kak ngah, alang dan abang mesti balik jenguk mak selalu.” Pujuk ku.

“Mari sini Min.” gamit mak. Lantas aku bangun mendapatkan mak yang masih duduk dibirai katil. Mak menyapu pandangannya pada tiap wajah ini.

“Dah besar anak mak.” Tangan tua itu membelai pipi pulus ku. Aku hanya mendiamkan diri. Hanya menanti tindakan mak seterusnya. Rasa sebak perlahan-lahan menghampiri. Makin cuba ku hinder, makin dekat ia datang.

“Mak minta maaf atas apa yang berlaku ni.” Aku terpempan bila mak bersuara. Kenapa mak perlu merendahkan martabatnya yang terlalu tinggi ini?

“Mak jangan cakap begini. Mak tak ada salah apa-apa dengan Min pun.” Pinta ku. Serta merta sebak hilang, airmata pula bergenang.

“Mak tahu, mak dah halang kebahagiaan anak mak ini.” Airmata jua meleret dipipi kedutnya.

“Min tak salahkan mak! Mak jangan cakap macam ni.” Pinta ku lagi. Sendu mula berlagu.

“Hati mak terseksa bila melihat Min nak pergi tinggalkan mak.” Luah mak sayu.

“Kalau mak tak bagi Min pergi. Min tak pergi mak!” ujar ku.

“Pergilah sayang, cubalah balut hati yang luka itu walaupun Min tahu luka tu datang dari mak.” Keluh mak lagi

“Mak!!” pinta ku lagi. Berhentilah menyentuh perkara ini. Aku tidak mahu meninggalkan mak dalam keadaan menyalahkan dirinya sendiri.

“Tidak sayang! Biarlah mak bercakap sekarang. Biarlah mak terangkan agar Min tak salahkan mak sampai bila-bila.” Bertambah sayu hati ini bila mak berkata demikian.

“Mak! Jangan mak cakap apa-apa lagi. Min dah redha semuanya.” Kedua tangan ku memegang kedua pipi mak. Aku tatap penuh kasih sayang.

“Min marahkan mak kan?” sekali mak menebak hati ku.

“Tidak mak! Tidak! Min percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya.” Pantas aku memujuk mak dan terus menyembamkan wajah ku kepangkuaannya. Aku menangis dan menangis.

“Mak tahu Min suka dengan Zamrie. Tetapi entah kenapa mata ni rasa sakit setiap kali mak terpandang Zamrie tu.” Luah mak lagi. Aku masih menangis. Airmata ku biar tanpa ditahan. Biarlah ia mengalir untuk hari ini dan tidak akan mengalir lagi. Itu janji ku. Rambut ku diusap berkali-kali oleh tangan tua itu.

“Mak rasa bersalah sangat dengan Min. Baru Min nak kenal bahagia dah ada yang menghalangnya. Yang menghalangnya pula ada mak. Orang yang sepatutnya memberi kebahagiaan untuk anaknya.” Mengogoi mak dengan sayunya. Lantas aku bangun dan
memeluknya erat.

“Mak! Jangan cakap apa-apa lagi. Min tak nak dengar. Min dah tutup hati Min untuk abang Zamrie. Cinta boleh dicari mak! Bila-bila masa! Tapi Min hanya ada seorang mak sahaja.” Ku luahkan walaupun berat. Biarlah ku buang segala rasa dalam jiwa ini asalkan mak tersenyum bangga.

“Terima kasih sayang.” Ucap mak sambil menyapu airmata yang laju turun ini.

“Mak jangan susah hati yeh!” pinta ku lagi. Ku kucup tangan mak berkali-kali.

“Min nak bertolak jam berapa?” tanya mak sambil jari jemari mengenggam jemari ku kemas.

“Kelly kata jam sepuluh.” Jawab ku mengalih topik perbualan.

“Kalau begitu sempat mak masak rendang ayam.” Luah mak sambil cuba tersenyum.

“Mak masak untuk Min ke?’ teruja bila mendengar rendang ayam. Aku ni memang pantang mendengar perkataan rendang. Mesti terliur.

“Iya! Mak dah siapkan bahannya malam tadi. Ni tunggu nak jerang saje.” Terang mak sambil mencuit hidung ku. Walau dalam persekengketaan kecil ini mak tetap mengutamakan kesukaan ku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2010 05:58 PM | Show all posts
“Terima kasih mak! Sayang mak!” ucap ku. Aku gembira bila aku berjaya kembali dalam pelukan mak semula.

Kelly datang bila jarum jam menginjak ke angka 10.00 pagi. Ketika itu abah dan mak masih didalam biliknya. Bila mendengar hon kereta swift barunya, aku segera menjenguk dari tingkap dan mengarah Kelly menunggu sekejap. Beg pakaian yang agak besar ku heret sama.

“Mak! Abah! Kelly dah sampai ni. Min nak pergi dah.” Jerit ku agak kuat. Aku segera mengatur langkah ke kereta Kelly dan meletakkan beg pakaian di sebelah begnya di dalam bonet kecil itu.

“Kau okey ke?” sempat Kelly bertanya.

“Aku?” tanya ku kembali.

“Mata kau tu sembablah.” Terang Kelly. Aku segera meraba mata ku berulang kali.

“Nampak sangat ke?” lagi sekali aku bertanya.

“Yup!” sepatah Kelly menjawab.

“Patutlah pedih. Alamak malunya.” Luah ku ragu.

“Tak mengapa. Dalam kereta aku tu ada sunglasses, kau pakailah.” Sua Kelly.

“Malulah, lama tak nak hilang sembab ni?” tanya ku jujur.

“Tu lah, kau kalau menangis tak ingat dunia.” Ejek Kelly. Aku hanya tersenyum.

“Min, dah bertolak ke?” abah bersuara dari pintu dapur. Aku kembali mengatur langkah ke arah abah dan mak.

“Iyerlah mak, abah.” Jawab ku sambil memandang wajah kedua orang tua agak lama.

“Masuk dulu, abah nak cakap sikit. Ajak Kelly sekali.” Perintah abah dan aku memandang Kelly memberi isyarat. Kelly mengangguk.

“Duduk!” tegas abah berkata. Bagai anak kecil, aku dan Kelly duduk di sofa berangkai dua.

“Yasmin! Kelly! Abah harap nanti bila sampai sana pandai-pandailah kalian berdua jaga diri.” Nasihat abah lembut. Mak hanya tersenyum.

“Yasmin, abah harap Min tak tinggal solat dan sentiasa menjaga adat sopan kita yang sentiasa terdidik dengan adapt dan agama. Setiap keputusan harus berlandaskan dengan jalan yang betul. Jangan buat perkara yang tidak senonoh.” Tambah abah.

“Min ingat bah!”janji ku.

“Kelly pun begitu. Pakcik dah anggap Kelly macam anak pakcik sendiri. Ingat! Ayah dan mak Kelly berharap anak dia pandai bawa nama mereka. Dan pakcik minta tolong tengok-tengokkan Min kat sana. Pakcik percaya dengan Kelly.” Pinta abah pada Kelly pula.

“Saya tahu uncle. Saya akan ingat dan akan bertanggungjawab menjaga Min disana.” Akur Kelly dan tersenyum pada ku. Aku mengangguk untuk menyatakan yang aku pun akan menjaganya juga.

“Terima kasih pakcik ucapkan.” Luah abah.

“Sama-sama pakcik.” Kelly bangun dan bersalam dengan abah dan mak. Diikuti pula aku.

Abah menarikku dalam pelukkannya dan mengusap kepala ku lembut.

“Tabah iyer nak.” Hanya itu yang sempat ku dengar. Terasa kucupan di dahi ku.
Hati ku sebak dan aku bergerak kearah mak. Belum berkata apa-apa, mak sudah menarik ku dalam pelukkannya. Erat sekali.

“Maafkan mak nak!” aku menangis sekali lagi bila mak berkata demikian. Aku sudah membulat tekad. Aku pasrah untuk kesekian kali. Ya ALLAH terima kasih kerana menduga aku begini. Sudah ternampak kenikmataannya. Kasih sayang mak dan abah. Itu permata yang tidak nilainya.

“Dahlah. Min dah bertolak tu.” Pujuk abah bila mak masih memelukku.

“Ohh! Mak terlupa pulak. Ni ada bekal untuk Min dan Kelly. Sampai sana panaskan. Kalau tengah jalan nanti terasa lapar, ada cekodok ikan bilis mak letak dalam Tupperware hijau.” Terang mak dan menyerahkan satu beg plastik berjenama Top Ten Supermarket. Sempat aku menjeling Kelly dan terbias senyuman dibibir anak cina tu. Sukalah ada cekodok untuk dia.

“Min pergi dulu mak! Abah!” lantas tangan tua abah ku kucup lagi dan mak pula. Aku terus melangkah masuk ke kereta Kelly. Tak sanggup hendak memandang ke belakang. Kelly terus menghidup enjin kereta dan memasukkan gear. Kereta bergerak perlahan-lahan.
Akhirnya tingkap ku turunkan dan lambaian terakhir ku untuk kedua orang tua yang amat ku sayangi dunia dan akhirat.

        Ketika kereta kesayangan Kelly menghampiri tol Sungai Besi, jantung ku tidak duduk diam. Berlari laju entah berapa kilometer.  Aku tahu jejaka kesayangan ku itu ada di Kuala Lumpur. Bagaikan angin dirinya bertiup menyapa ku. Sejuk. Mungkin angin itu juga menyapanya sebelum ku. Wahai angin kirimkan salam sayang ku pada jejaka hati ku. Bisikkan padanya aku rindu dan hati ku tidak akan menyapa hati sesiapa selain dia. Jodoh bukan milik kami angin. Pinta ku wahai angin , tiupkanlah rasa sepoi kedalam dirinya agar dirinya tidak kepanasan untuk menempuh hari-harinya tanpa aku disisi selamanya.

“Kelly! Boleh bawa laju sikit tak?” pinta ku pada Kelly.

“Kau gile ke? Nak kena saman. Kalau kat Melaka bolehlah merempit sikit. Tapi KL kau jangan nak main-main. Lokap kita.” Terang Kelly sambil memandang aku sekilas.

“Tak boleh ek?” tanya ku bodoh.

“Tak boleh!” garang suara Kelly. Marahlah tu.

“Okeylah, aku nak tidur.” Aku memberi alasan.

“Tak payah tidur. Kau hayatilah permandangan Kuala Lumpur ni. Jangan takut. Kau tak akan berjumpa dengan Zamrie pun. Dia pun tak tahu rancangan kau ni kan.” sindir Kelly lagi. Aku mengeluh. Memang rancangan ini tidak diketahui oleh abang Zamrie. Tidak pernah aku menyentuh hal ini pada setiap perbualan kami. Memang abang Zamrie kenal Kelly dan Ah Fai tetapi kenal begitu sahaja.

“Dahlah, aku tak nak cerita lagi hal ni. Tapi aku nak minta satu.” Pinta ku pada teman baik ku ini.

“Apa dia?” Kelly masih menuruskan pemanduan yang cermat.

“Kalau sampai kat R&R Sungai Perak, kita berhenti rehat.” Terang ku.

“Kenapa jauh sangat. Kat KL je lah.” Pujuk Kelly.

“Kau jangan nak mengada-gada.” Ujar ku geram dengan budak ni.

“Okey! Okey!” Kelly setuju dalam terpaksa.

Ketika kami menghampiri Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak hari hampir mengenjak petang. Perjalanan yang memakan masa hampir lima jam dari Melaka amat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2010 05:59 PM | Show all posts
memenatkan. Apatah Kelly yang tahan memandu. Tiada rasa penat diwajahnya. Nak tolong aku tak mampu. Nak pegang streng kereta pun tak berani.

“Aduhhh!!! Penatnya.” Kelly meluruskan tangannya.

“Kasihan kau. Kalau nak suruh aku bawa memang tak bolehlah. Nanti lain tempat yang kita sampai.” Ujar ku simpati.

“Aku lebih rela bawa 40 kilometer dari suruh kau bawa.” Ejek Kelly mengusik. Aku mencebik geram. Baru nak simpati dah kena sindir. Benci. Takpe nanti aku dah pandai bawa kereta tau lah Kelly siapa aku. Nanti aku ajar pergi race kat Sepang.

“Menyampah dan berlagak.” Cebik ku. Kelly hanya tertawa.

“Aku nak sana jap.” Pesan ku pada Kelly yang mengatur langkah ke medan selera. Tupperware yang berisi cekodok masih setia ditangannya.

“Kau jangan bunuh diri pulak.” Jawab Kelly bila melihat arah ku tunjukkan.

“Aku masih ada iman tau.” Ujar ku. Kami berpisah dan langkah ku atur ke kerusi yang ada di tembok sungai. Cantik sungguh disini. Pokok-pokok bunga di tanam teratur dan ada pondok rehat dibina berhampirannya. Aku duduk di kerusi yang kosong lantas mengeluarkan telefon ku. Butang off ku tekan dan terpadamlah lampu di skrin biru itu. Bateri telefon itu ku keluarkan dan sim card ditarik.

“Kau nak buat apa ni Min?” tanya Kelly yang tiba-tiba ada disebelah ku.

“Apasal kau kat sini?” aku pula bertanya pada Kelly.

“Aku takut kau buat yang tak betul.” Jujur anak cina ni menyatakan resah hatinya.

“Insyallah, aku masih sayang dengan mak bapak aku lagi.” Luah ku untuk menbuang rasa resah dihati sahabat ku ini.

“Tu sim card tu nak buat apa?” tanya Kelly dan bibirnya mengunjuk pada sim card telefon ditangan ku. Tanpa berkata sim card itu ku lontar ke dalam sungai.

“Heiii! Kau buat apa ni Min?” marah Kelly. Aku hanya diam membisu. Tangan kanan ku seluk dalam poket jeans dan sekeping sim card lain ku keluarkan dan dimasukkan ke dalam telefon. Setelah dihidupkan, aku terus menekan mata-mata nombor dan terdengarlah deringan dipoket seluar Kelly.

“Itu nombor baru aku. Jangan bagi sesiapa tanpa kebenaran aku.” Ujar ku tegas dan melangkah meninggalkan Kelly terpinga-pinga.

“Yasmin, tak perlu sampai begini sekali harus kau buat untuk lari dari Zamrie.” Hanya itu aku dengar dari bicara Kelly. Aku pasrah dalam terpaksa. Hati ku sebak sebenarnya. Tetapi untuk memutuskan perhubungan ini aku harus kuat. Moga abang Zamrie tak akan menelefon ku sehingga tamat tranningnya. Tetapi sanggupkah lelaki itu menahan rindu jika tidak menghubungi ku? Belajarlah menahan sayang, jika itu akan bisa membantu mu untuk melupakan ku.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 06:37 PM | Show all posts
yeahhh akhirnya..
thanks kak syah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2010 07:37 PM | Show all posts
yuhuu ada n3
bersabarlah min,mungkin ada hikmah disebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 09:04 PM | Show all posts
dah smpai ke pinang nnti min dapat kehidupan yang baru...., sedih gak n3 kali nie..
nak lagi..., sapa la hero min nnti....
nak n3 lagi....................
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 08:15 AM | Show all posts
Selamat Berpuasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 09:19 AM | Show all posts
semoga MIN sentiasa tabah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.683718 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list