CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

~ LIVERPOOL FC : You'LL NeVeR WaLK aLoNe ~

   Close [Copy link]
Post time 15-10-2010 11:10 AM | Show all posts
Jutawan Singapura tidak mahu miliki Liverpool

15/10/2010
10:42am

SINGAPURA 15Okt. - Jutawan Singapura, Peter Lim menarik diri daripada mahu membeli kelab gergasi Liverpool dengan nilai $512 juta (RM1,578 juta).

``Sudah jelas kepada saya kini bahawa pihak bertanggungjawab dalam Liverpool lebih berminat untuk menjual kelab itu kepada NESV(New England Sport Ventures) sekali gus menutup ruang pihak lain untuk membida.

``Dalam keadaan ini, saya merasa seperti tidak berminat untuk memiliki kelab itu,’’ kata Lim dalam satu kenyataan. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 11:11 AM | Show all posts
Penjualan Liverpool: Injuksi mahkamah Texas tidak sah


2010/10/15

LONDON: Pemilik kelab Liverpool dari Amerika Syarikat berdepan kekecewaan apabila Mahkamah Tinggi London semalam memutuskan usaha mereka mendapat perintah mahkamah dari Amerika bagi menghalang penjualan kelab itu adalah tidak sah.

Hakim Christopher Floyd mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Tom Hicks dan George Gillett mendapatkan injuksi daru mahkamah Texas kelmarin dan berkata ia sebagai tidak 'berpatutan'. Keputusan Mahkamah Tinggi London itu membuka laluan bagi penjualan kelab Liverpool kepada New England Sports Ventures (NSEV), pemilik kelab bola lisut terkenal Amerika, Boston Red Sox. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 11:15 AM | Show all posts
Penjualan Liverpool: Injuksi mahkamah Texas tidak sah


2010/10/15

LONDON: Pemilik kelab Live ...
along3746 Post at 15-10-2010 11:11 AM



    bende simple camni pun T&G xtau.. benar benar terdesak..undang2 pun dia nak putar belit..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 12:17 PM | Show all posts
Liverpool mahu lupakan kemelut


2010/10/15 Pertemuan dengan Everton peluang buat The Reds elak zon penyingkiran

LONDON: Liverpool perlu mengetepikan pertikaian di dalam bilik lembaga pengarah dan mahkamah menjelang pertembungan tetangga menentang Everton di Goodison Park, Ahad ini.
Juara 18 kali Liga Perdana Inggeris itu menjadi tumpuan minggu ini apabila pemilik Amerika, George Gillett dan Tom Hicks berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka di Anfield tetapi Ahad ini, untuk 90 minit sekurang-kurangnya, pemain jersi merah dan biru harus menjadi tumpuan.
Liverpool dan Everton masing-masing bermula hambar musim ini apabila hanya mengutip enam mata daripada tujuh perlawanan dan kedua-duanya tiada pilihan selain mencatat kemenangan.

Aksi terakhir Liverpool sebelum liga berehat untuk perlawanan antarabangsa menyaksikan mereka tewas kepada Blackpool di gelanggang sendiri, keputusan yang menyebabkan ia kekal di zon penyingkiran.

Everton hanya sedikit lebih baik, keluar dari kelompok tiga terbawah hasil kemenangan di Birmingham City.

Liverpool akan beraksi tanpa penyerang Belanda, Dirk Kuyt yang cedera ketika tugasan antarabangsa tetapi pengurus, Roy Hodgson berharap penyerang Fernando Torres akan cergas untuk perlawanan itu.
Pemain Sepanyol itu banyak beraksi sebagai pemain gantian musim ini dan menarik diri dari skuad Sepanyol kerana ketegangan otot ‘adductor’ tetapi kian pulih menjelang pertembungan Ahad ini.

“Dia menerima rawatan intensif sejak 10 hari lalu dan memberi tindak balas baik terhadap rawatan,” kata ketua sains dan perubatan Liverpool, Peter Brukner kelmarin.

Sebelum perlawanan hujung minggu di Goodison Park, Chelsea yang berharap mengekalkan kedudukan pendahulu berkunjung ke Aston Villa bagi saingan esok.

Manchester United yang menduduki tempat ketiga melayan pasukan tangga keenam West Bromwich Albion dan Arsenal menjadi tuan rumah kepada Birmingham. Manchester City, yang menduduki tangga kedua beraksi di Blackpool pada Ahad. – Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 11:07 PM | Show all posts
takeover of liverpool by NESV is a done deal............
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 11:40 PM | Show all posts
Liverpool FC sold to NESV

New England Sports Ventures announces that it has completed the purchase of Liverpool Football Club. NESV wishes to extend its sincere gratitude to the Board of Liverpool FC for their diligence and their efforts on behalf of the Club and its supporters.

The transaction values the Club at £300m and eliminates all of the acquisition debt placed on LFC by its previous owners, reducing the Club's debt servicing obligations from £25m-£30m a year to £2m-£3m.

New England Sports Ventures is committed to winning and currently owns a portfolio of companies, including the Boston Red Sox, New England Sports Network, Fenway Sports Group and Roush Fenway Racing.

NESV Principal Owner John Henry said:

"On behalf of the entire NESV partnership, I want to express how incredibly proud and humbled we are to be confirmed as the new owners of Liverpool FC.  We regard our role as that of stewards for the Club with a primary focus on returning the Club to greatness on and off the field for the long-term.  We are committed first and foremost to winning.  We have a history of winning, and today we want LFC supporters to know that this approach is what we intend to bring to this great Club."

Liverpool FC Chairman Martin Broughton, said:

"I am delighted that we have been able to successfully conclude the sale process which has been thorough and extensive. The Board decided to accept NESV's offer on the basis that it best met the criteria we set out originally for a new owner. NESV is buying Liverpool in order to put it on an excellent financial footing and continue to develop it internationally. This is a good deal which comprehensively resolves the pressing issue of the Club's debt and should give staff, players and fans great confidence regarding the future of Liverpool FC."

NESV Chairman Thomas Werner said:

"We recognize that Liverpool Football Club is an historic institution ultimately grounded in the community and the fans.  Our first step as new owners will be to listen.  We want to hear from the Manager and the  players and those who are part of the daily operation of the Club.  We will be visible at Anfield and will embrace and listen to those who have stood by this Club and who are the rock on which its future success will be built.  We want to hear from the fans, local leaders and the local community.  We want to hear from those who know LFC best, who have made it the best and share our desire to return to a culture of winning.

"NESV is committed to creating a long-term, financially strong foundation for the Club and dedicated to ensuring the Club has the financial resources to be successful again and attract the best players.  To that end, the transaction has been structured in such a way as to eliminate all of the acquisition debt on the Club.

"In the coming days and months, NESV will work closely with the LFC executive team to listen and learn about every facet of the organization. During this time, the new owners will begin to look at areas for greatest opportunity to increase the appeal of the Club nationally and internationally. NESV wants to once again create a culture and environment to allow people to excel at the Club on every front.  During this period, NESV will also begin to examine opportunities to enhance the matchday experience in the short-term, while also carefully studying the various long-term options that may be possible."

Mr Henry and Mr Werner added:

"We are eager to commence with our plan, spend time with the organization, its leadership, its supporters, and the local communities.  We will take these steps alongside the Club's executives with a shared objective of stabilizing the Club and ultimately returning Liverpool FC to its rightful place in English and European football, successful and competing for trophies."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2010 01:51 PM | Show all posts
Liverpool mahu pulih trauma

FERNANDO Torres (kiri) masih belum tentu dapat diturunkan menentang Everton dalam saingan Liga Perdana England, esok. – AP



LONDON – Perlawanan tumpuan hujung minggu ini antara dua musuh setempat, Liverpool dan Everton, begitu getir buat pengurus The Reds, Roy Hodgson untuk menghilangkan trauma sekiranya memenangi perlawanan tersebut.
Kekalahan 1-2 kepada kelab kerdil, Blackpool di Anfield bulan lepas mungkin menyebabkan sokongan penyokong Liverpool merosot memandangkan kelab kesayangan mereka itu telah memenangi gelaran Liga Perdana England (EPL) sebanyak 18 kali dan juara Liga Juara-Juara Eropah sebanyak lima kali, namun berada dalam keadaan huru-hara sejak 12 bulan lepas.
Namun, keadaan menjadi lebih buruk apabila perebutan untuk menguasai kelab Merseyside itu terpaksa dibawa ke mahkamah tinggi, minggu ini.
Pergelutan kuasa antara pemilik, Tom Hicks dan George Gillet menentang pengerusi kelab, Martin Broughton, yang memberi pandangan masing-masing untuk mencari pembeli baru telah menyebabkan kedudukan Liverpool terancam.
Broughton bersetuju untuk menjual kelab kepada pemilik New England Sports Ventures, John w. Henry tanpa persetujuan Hicks dan Gillett menyebabkan pemilik berbangsa Amerika itu marah.
Kes itu telah ditetapkan pada hari ini untuk mencari jalan penyelesaian, namun pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menegaskan pengurus dan pemain perlu lebih bertanggungjawab terhadap pasukan yang berada dalam kedudukan bahaya.
“Kami telah menukar pengurus dan pengurusan. Jika perkara ini tiada perubahan, maka pemain juga akan turut pergi.
“Semua perkara yang lain juga sudah berubah, hanya pemain sahaja yang perlu kekal sama,” kata pemain pertahanan England itu.
Hodgson mendapat khidmat penyerang, Fernando Torres dan bek kiri, Paul Konchesky yang telah pulih dari kecederaan, tetapi Everton tidak akan memberi laluan mudah kepada musuh setempatnya itu memandangkan mereka memerlukan mata selepas permulaan musim yang hambar. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 02:00 PM | Show all posts
Mampukah Liverpool keluar dari dasar zon penyingkiran

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]

TUMPUAN kembali terarah pada aksi Liga Perdana England (EPL) selepas terhenti hampir dua minggu ekoran kelayakan Kejohanan Eropah 2012.

Dijangka perlawanan Everton berdepan Liverpool di Goodison Park mendapat perhatian utama.

Pertemuan itu dilihat bukan masa tepat buat Liverpool yang baru merasai kekalahan 1-2 di tangan Blackpool di Anfield pada 3 Oktober lalu dan ramai pemerhati meramalkan satu lagi derita kekalahan bakal dirasai oleh Roy Hodgson dan anak-anak buahnya.

Everton yang merakamkan kemenangan pertama dengan menumpaskan Birmingham 2-0 berada di landasan terbaik untuk mengatasi seteru utama mereka itu selepas kembalinya Tim Cahill daripada kecederaan.

Pertembungan kedua-dua pasukan juga menarik perhatian kerana selain diketahui mempunyai permusuhan yang ketat, Everton dan Liverpool terikat dengan kedudukan enam mata dan perlawanan itu jelas merupakan medan terbaik untuk keluar daripada kedudukan dasar liga.

Bagi Hodgson, dia tiada jalan lain kecuali mencari kemenangan ke atas Everton dalam usaha memulihkan kepercayaan penyokong The Reds terhadap kredibilitinya mengemudi Liverpool dan jika gagal, nyanyian lagu tema kelab itu mungkin akan bertukar daripada You Will Never Walk Alone kepada You Will Walk Alone yang ditujukan khas kepadanya.

Ditambah dengan krisis penjualan kelab itu yang masih belum selesai ekoran kedegilan dua pemiliknya, George Gillett dan Tom Hicks yang enggan menjual kepada New England Sports Ventures, moral pemain Liverpool jelas amat rendah untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Kehilangan Fernando Torres dan Dirk Kuyt juga memberikan tamparan hebat kepada Hodgson dalam merencanakan taktikal terbaik, malahan dia sendiri masih belum meletakkan kepercayaan terhadap kemampuan penyerang Serbia, Milan Jovanovic untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Selain pertembungan Everton-Liverpool, aksi Aston Villa dan Chelsea wajar dipandang serius kerana pada musim lalu, Villa berjaya mengalahkan Chelsea di Villa Park.

Walaupun Chelsea masih segar dengan kemenangan penting 2-0 ke atas salah satu pencabar utama, Arsenal, Carlo Ancelotti sebenarnya harus berwaspada dengan apa yang boleh diberikan oleh Aston Villa.

Jangan terkejut jika Aston Villa berjaya menyekat Chelsea daripada meraih tiga mata penuh walaupun kehilangan khidmat Martin O’Neill sebagai jurulatih dan James Milner ke Manchester City.

Manchester United dan Arsenal pula wajib mencatat kemenangan selepas gagal mencari tiga mata penuh dalam dua perlawanan terakhir yang membuka pintu kepada Chelsea menjarakkan diri ke angka tujuh mata.

Di kem United, penyerang sensasi England, Wayne Rooney kembali dengan kontroversi baru apabila mendakwa Alex Ferguson menipu kepada media bahawa dia mengalami kecederaan buku lali sepanjang musim ini sedangkan dia mengakui dia sebenarnya boleh diturunkan bermain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 09:55 AM | Show all posts
John Henry and NESV at Anfield






















































Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 09:49 PM | Show all posts
dh kena 2-0.... makin hina tim niii
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:32 PM | Show all posts
bye bye hogdson...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 10:41 PM | Show all posts
menang 1
seri        3
kalah     4

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:46 PM | Show all posts


antara pnghuni tetap otel keningau ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 07:37 AM | Show all posts
Sengsara Liverpool bermula

PENYERANG Liverpool, Joe Cole tidak dapat menahan kesedihan selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Everton dalam saingan Liga Perdana England semalam.





LONDON — Zaman sengsara Liverpool bermula dan pasukan itu dilihat berpotensi untuk turun ke liga divisyen satu musim depan. Hajat kelab itu untuk memulakan era baru dalam Liga Perdana England terus terencat.
Semalam, skuad kendalian Roy Hodgson itu mengalami kekalahan 0-2 kepada Everton dalam pertemuan dua kelab jiran setempat Merseyside tersebut.
Dua gol daripada Tim Cahill dan Mikel Arteta menjamin tiga mata penuh buat Everton yang berjaya melonjak ke tangga ke-11, manakala Liverpool jatuh ke tangga kedua tercorot liga.
Dengan pemilik baru kelab itu dari Amerika Syarikat, John W. Henry hadir untuk menonton perlawanan di Goodison Park itu, Liverpool tetap gagal menghadiahkan kejayaan yang amat dinanti-nantikan peminat mereka selepas isu pengambilalihan kelab tersebut sudah diselesaikan.
Kekalahan semalam juga menyaksikan skuad kendalian Roy Hodgson itu hanya mengutip enam mata daripada lapan perlawanan musim ini.
Ia memberi gambaran mengenai tugas sukar yang menanti pemiliknya, Henry dan Kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk membina semula reputasi The Reds selaku pasukan elit yang kini semakin tenggelam. Apa yang pasti, kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad dari Anfield itu boleh dikatakan sebagai landasan untuk mereka turun ke liga bawahan. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 07:38 AM | Show all posts


Everton players celebrate Tim Cahill's opener at Goodison Park





Scoring Summary
Everton Liverpool
Tim Cahill (34)
Mikel Arteta (50)


Match Stats
Everton Liverpool
Shots (on Goal) 13(4) 21(6)
Fouls 10 10
Corner Kicks 8 7
Offsides 0 0
Time of Possession 33% 67%
Yellow Cards 2 3
Red Cards 0 0
Saves 6 2


Match Information
Stadium: Goodison Park, England
Attendance: 39,673
Match Time: 12:30 GMT
Referee: Howard Webb


Teams
Everton Liverpool
24 Tim Howard25 Pepe Reina
15 Sylvain Distin37 Martin Skrtel
6 Phil Jagielka16 Sotirios Kyrgiakos
3 Leighton Baines3 Paul Konchesky
18 Phil Neville23 Jamie Carragher
10 Mikel Arteta4 Raul Meireles
5 John Heitinga21 Lucas
17 Tim Cahill8 Steven Gerrard
21 Leon Osman10 Joe Cole
23 Seamus Coleman17 Maxi Rodríguez
22 Yakubu Aiyegbeni9 Fernando Torres
Substitutes
2 Tony HibbertFabio Aurelio 6
7 Diniyar BilyaletdinovRyan Babel 19
37 Jose BaxterBrad Jones 1
19 Magaye GueyeDavid Ngog 24
1 Jan MuchaJay Spearing 26
30 Shkodran MustafiMartin Kelly 34
16 Jermaine BeckfordMilan Jovanovic 14
Substitutions
Diniyar Bilyaletdinov for Leon Osman (45)
David Ngog for Lucas (71)
Tony Hibbert for John Heitinga (72)
Ryan Babel for Joe Cole (79)
Jermaine Beckford for Mikel Arteta (74)
Milan Jovanovic for Maxi Rodríguez (84)
Yellow Cards
Tim Cahill (28)
Maxi Rodríguez (18)
Jermaine Beckford (76)
Raul Meireles (31)
Fernando Torres (88)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 08:16 AM | Show all posts
Apa nak jadi ni Liverpool? Adoii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 09:27 AM | Show all posts
sehina2 rafa benitez takde buat team pool sampai cam ni....in RAFA we trust...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:47 AM | Show all posts
Boleh lagi nih....
Masih ade chance.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:26 AM | Show all posts
jgn risau..season ni bak kata pak roy..nak lepas dari relegate je..
cukup januari..kene sack la itu pak roy..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:12 AM | Show all posts
Mungkossssssssssss lagikkk







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071656 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list