CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
 Author| Post time 17-4-2022 09:38 PM | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2022 05:44 AM
Rezeki tu...buffet kelmarin ada gak...

selepas tepung pelita, dah teringin nak popia sira pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2022 09:47 PM | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2022 02:06 PM
Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)         ...

beberapa hari lepas terbaca shanghai lockdown. virus mcm dah mutant.janganlah sampai ke sini lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 17-4-2022 09:30 PM
salam ramadan miss black. tu lah tengok harga ke main harga beratus2.

Bukan harga buffet je yang mahal, harga baju raya pun boleh tahan jugak. Hari tu iols saje je masuk mall nak tengok baju raya. Baju kurung cotton simple pun 200++
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 17-4-2022 08:38 PM
selepas tepung pelita, dah teringin nak popia sira pulak

Haha...kalah time mengidam ni pestaim dengar yg sira ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 17-4-2022 08:47 PM
beberapa hari lepas terbaca shanghai lockdown. virus mcm dah mutant.janganlah sampai ke sini ...

macam macam...baru nak menormal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 19-4-2022 09:09 AM
BlackOpium replied at 17-4-2022 09:13 AM
Banyak jugak tu kes berkurang. Negara luar pun dah ada yang tak wajibkan mask kan kaka?

Ni semlmnyee...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 01:39 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
18 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 17 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Perak (58%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 76 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 10%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 17 April 2022, sebanyak 241 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 106 kes (44.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 135 kes (56.0 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 April 2022:
  • Kes sembuh: 11,233 kes [4,249,704 kes kumulatif (96.8%)];
  • Kes baharu: 6,623 kes (4,389,025 kes kumulatif);
  • Kes import: 13 kes [11 warganegara (84.6%); 2 bukan warganegara (15.4%)];
  • Kes tempatan: 6,610 kes [6,351 warganegara (96.1%); 259 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 126 kes (66 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (43 kes disahkan COVID-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan pada 17 April 2022:
  • Kategori 1: 2,768 kes (41.79%);
  • Kategori 2: 3,813 kes (57.58%);
  • Kategori 3: 15 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 8 kes (0.12%); dan
  • Kategori 5: 19 kes (0.28%).
Daripada 42 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:
  • 11 kes (26.19%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 14 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 17 kes (40.48%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 25 kes (59.52%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 23 kes (54.76%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,990 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 6;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,870 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 120 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 17 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor0.89
Negeri Sembilan0.89
Perak0.85
Terengganu0.84
Melaka0.84
WP Kuala Lumpur0.81
Johor0.79
Pulau Pinang0.75
Sabah0.73
Kedah0.70
Sarawak0.69
Pahang0.68
Kelantan0.65
WP Putrajaya16 kes
Perlis13 kes
WP Labuan4 kes
MALAYSIA0.86
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam







Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 18-4-2022 07:47 AM
Ni semlmnyee...

Lega jugaklah tengok angka tu. Sekarang ni yang masuk Malaysia memang tak perlu kuarantin ya kaka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2022 09:39 AM | Show all posts
seribulan replied at 18-4-2022 07:45 AM
macam macam...baru nak menormal ni...

saya tetap rasa risau nak pegi tempat yang crowded
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2022 09:43 AM | Show all posts
seribulan replied at 18-4-2022 07:45 AM
Haha...kalah time mengidam ni  pestaim dengar yg sira ni...

sedap tau popia sira. kuih ni pun saya tak nak share dgn sesiapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2022 09:51 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 17-4-2022 10:25 PM
Bukan harga buffet je yang mahal, harga baju raya pun boleh tahan jugak. Hari tu iols saje je masu ...

lagi satu ada yang sanggup beratur berejam sebab makanan. tak dapat beli nak marah2. macam tak boleh nak tunggu makan lepas puasa. mahal nya baju kurung cotton sampai RM 200. cotton gred apa lah yang dipakai tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 18-4-2022 08:44 PM
Lega jugaklah tengok angka tu. Sekarang ni yang masuk Malaysia memang tak perlu kuarantin ya kaka?

Haah kot...pra Endemik dah
Ni melaundri layan diri...duit siling x keluar habis...tunggu tauke mai
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-4-2022 08:39 AM
saya tetap rasa risau nak pegi tempat yang crowded

Memang pun...ada je yg x jaga SOP
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-4-2022 08:43 AM
sedap tau popia sira. kuih ni pun saya tak nak share dgn sesiapa.

Wah wah wah kena cari ni yg sira pedas ke manis ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:06 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 19-4-2022 09:07 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2022 10:10 AM | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2022 10:01 AM
Memang pun...ada je yg x jaga SOP

dah kat mana2 orang dah tak hirau sop. dah tahap kalau kena covid atau tak kena covid, redho ajelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-4-2022 09:10 AM
dah kat mana2 orang dah tak hirau sop. dah tahap kalau kena covid atau tak kena covid, redho ajela ...

Cam kena denggi je...cuma kena kuarantin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2022 10:19 AM | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2022 10:02 AM
Wah wah wah  kena cari ni  yg sira pedas ke manis ni

saya suka dua2. tapi prefer yang pedas. tepung pelita dah dapat tapi popia sira belum lagi dapat makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2022 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-4-2022 09:19 AM
saya suka dua2. tapi prefer yang pedas. tepung pelita dah dapat tapi popia sira belum lagi dapat m ...

Oh sira yg pedas my favourite too
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 6.063473 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list