CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syahoney

★Cerita Seram/Misteri Pengalaman Syahoney Kitty ★ UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 10-7-2015 12:00 PM | Show all posts
dah PM ..dah PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2015 05:11 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Hi,
Rasanya sejak kebelakangan ni tak berapa nak konsisten update. Bukan apa sejak jadi 'mak anak 2' ni punyalah busy.

Kisah yang ai nak cerita ni sememangnya dah dekat 70 hari berlalu. Ye la sesungguhnya tak de masa nak menaip. Ianya berlaku pada hari bidadari dilahirkan, memang bukan ai la yang alaminya sebaliknya my family.

Selepas my family ziarah ai kat HSJ, derang pun amik keputusan nak jalan penang sekejap dan bermalam di Bukit Merah. Ceritanya pun bermula....

Seperti selalu tak kirala cucu yang mana pun ayah ai adalah orang yang akan bertanggung jawap menanam URI. Kali ni kononnya URI bidadari nak disemadikan di tanah peninggalan arwah nenek di Bukit Merah. Malang sekali URI tertinggal dalam kereta dekat sebuah hotel kat bukit merah. *sigh*

Dekat bukit merah tu ada rumah arwah Tok Long, rumah arwah nenek dah tak ada lagi dah. So,alang-alang dah ke sana, the whole family plan untuk ziarah keluarga Tok Long (Tok Long pun dah lama meninggal yang ada anak-anak beliau). Masa sampai tu la ayah ai sedar yang URI tertinggal dalam kereta lagi satu (sebabnya my family naik 2 kereta ke penang, p rumah tok long naik kereta my brother).
Selesai menziarah hari dah hampir tengah malam, so beransur pulang la ke hotel. Dalam perjalanan balik ke hotel, kalau sesiapa yang fimiliar dengan jalan bukit merah ni tau la jalan dalam tu kecik aje lalu tepi tasik yang besar tu. Kereta my bro diikuti oleh sebuah kereta dengan jarak dekat. Kadang-kadang dia cucuk angin, kadang-kadang macam nak potong tapi tak jadi. Lama-lama my bro, panas hati dia terus berhenti tepi jalan nak kasik ruang kat kereta belakang tu. Berhenti je...tup tup kereta tu tak ada (ada ke tak kereta tu sebenarnya?). Tak ada lorong ke kiri atau ke kanan pun kat situ. Masing-masing dah berpandangan sesama sendiri. Tak nak fikir panjang, terus je blah dari situ.

Sampai hotel, ayah ai pegi amik uri dalam kereta bawak masuk hotel simpan dalam peti ais bilik. Malam tu dengarlah bunyi cakar-cakar kat pintu, tingkap. Bunyi orang lalu lalang depan bilik, bunyi mendengus, mengilai. Adik lelaki ai tido dekat ngan tingkap...memang bertuah badan dia nampak 'benda' dok ngintai dalam bilik.

Esok paginya adik ai tanya kat ayah ai, ayah ai cakap memang benda tu ikut sebabnya masa ayah ai pegi amik uri dia memang dah tunggu dekat kereta. Well.......

Akhirnya uri bidadari disemadi dekat KL, jauh perjalanan URI tu. Apa-apa pun yang penting selamat semuanya.

Bila tanya my brother pasal hal ni dia cakap "tak yah panjang cerita" - ceh! Kedekut cerita dia tu! Mesti dia tau/nampak sesuatu tapi tak nak cakap. Blah la!


Ok..habis! Hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 10:54 AM | Show all posts



Assalamualaikum & Hi,
Ni nak cerita sikit bukan pengalaman ai tapi pengalaman adik ai. Dulu dia kerja posmen tapi dah berhenti sebab dapat kerja dekat salah satu institusi perubatan yang terkemuka kat Malaysia ni.

Sebenarnya kalau nak ikut banyak betul cerita pengalaman dia sejak 4 bulan dia kerja kat sana. Tapi ni cerita paling terbaru - semalam dia cerita.

"Opis" Adik berdekatan dengan bilik mayat. Kejadian semalam tu tak de la jadi kat bilik mayat tu, sebaliknya dalam tandas. Waktu dah nak Maghrib semua orang dah nak balik termasuk adik la. Sebelum balik nak la singgah tandas. Dia ngan member dia masuk tandas buat macam biasa. Sampai dalam tandas nampak sorang budak kecik tengah main paip air. Derang berdua nampak ye budak yang sama - tapi nampak bahagian belakang je la.




Rules yang derang sendiri tahu - JANGAN TEGUR! Sambil main paip sambil ketawa budak tu. Lastly derang pandang sesama sendiri, tak cakap banyak terus beredar la dari dalam tandas. Waktu nak keluar tu makin kuat pulak budak ni ketawa..apa agi jalan laju-laju la. Balik!

Kat area tu dulu kata Adik adalah wad kanak-kanak. Tapi wad sekarang dak tukar ke tempat lain. Anak siapa la tu ye agaknya. Heheheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


p palang s : Next nanti kita share cerita lain pulak ye

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 05:31 PM | Show all posts

sya..pm i sekali.. kot2 ter check in hotel tu..naya jah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2017 08:47 AM | Show all posts
myakayina replied at 23-8-2017 05:31 PM
sya..pm i sekali.. kot2 ter check in hotel tu..naya jah..

hahahahahahhahahaahahahahha..adakah anda merasa takut?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 11:43 AM | Show all posts
syahoney replied at 24-8-2017 08:47 AM
hahahahahahhahahaahahahahha..adakah anda merasa takut?

takut tu tidak lah ..tapi malas nak kena kacau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2017 12:36 PM | Show all posts
myakayina replied at 24-8-2017 11:43 AM
takut tu tidak lah ..tapi malas nak kena kacau..

hahahhaha...tak pe la janji lepas ni p la cari hotel2 baru yg meriah..yg kat brinchang semua makin suram lepas pasar p pindah tmpt lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 01:58 PM | Show all posts
syahoney replied at 6-9-2017 12:36 PM
hahahhaha...tak pe la janji lepas ni p la cari hotel2 baru yg meriah..yg kat brinchang semua makin ...

oh, dah nak pindah?
pindah ke mana?
harap ada tempat parking luas sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2017 08:39 AM | Show all posts
uori replied at 8-9-2017 01:58 PM
oh, dah nak pindah?
pindah ke mana?
harap ada tempat parking luas sikit

dah pindah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 03:06 PM | Show all posts

Pindah ke mana? Dah lama tak pi CH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2017 09:07 AM | Show all posts
hatikudus replied at 12-9-2017 03:06 PM
Pindah ke mana? Dah lama tak pi CH

kat golden hills dekat ngan padang golf nak pergi hala tanah rata..dengarnya tahun depan tukar lokasi lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2018 10:39 AM | Show all posts
Lama sungguh ai membiarkan therd ini nak semak hutam belukar segalam. Cerita ada je tapi malas nak taip. Setakat share mulut je.

Disebabkan hari ni ai rasa macam agak bosan dan rasa macam nak menaip sikit, so jom ai cerita ngan korang kisah yang jadi kat ai dekat 2 bulan lepas.

Lebih kurang 2 bulan lepas ai ada dapat 'mild' gangguan yang mana mulanya memang ai tak perasan langsung gangguan tu. Sampailah satu hari setiap kali ai masuk toilet mesti toilet akan flush sendiri sebelum ai sempat tutup pintu toilet. Toilet opis pun sama, toilet rumah pun sama. 1st day ai kena ai budak dekk je, sampai hari ke-2 ai rasa macam nak test ada toilet error ke apa ke ai masuk toilet yg ai tak biasa masuk kat opis. BENDA SAMA JADI!

So, ai diamkan je diri lagi.

Sebelum tu ada 2-3 malam dah anak ai yg kecik dalam umur 2 tahun dok merengek tak boleh nak tidur. Sampailah satu petang ai jemput dia kat rumah baby sitter. Baby sitter cakap anak ai cerita dia ada hantu dalam bilik usik-usik dia.

Dalam kereta ai tanya anak ai yang kecik tu. "Cha...ada hantu kacau Cha ke malam-malam?"

Dia angguk.
"Hantu tu buat apa kat Cha?"
Anak ai tunjuk la aksi macamana hantu tu buat. Dia jelirkan lidah sambil goyang-goyang kepala macam ala orang india.
Hmmmmmmmmmmmmm..ai pun cuba berfikir dengan kuat.

Sampai rumah ai suh anak ai tunjuk kat mana 'hantu' tu duduk dalam bilik. Terus dia tunjuk kat penjuru bilik dekat ngan katil. Ok....dalam hati ai kata kena tunggu malam ni nak test tengok apa jadi.

Malam pun tiba, waktu nak tidur memang terganggu la dek sebab anak ai merengek lagi. Automatik dengan ai sekali tak leh tidur. Incik Pinky ngan Mimi memang tidur mati dah la. Ai banyakkan berzikir dan baca ayat Al-Quran diam sekejap la anak. Udahnya tidur-tidur ayam.

Sampai opis gangguan di toilet masih berlaku.
Hari yang sama tetiba kawan baik ai tanya "Sya, i nak tanya u, u ada kenal sesiapa nama Mala?"
"Mala? Kawan kerja dulu ada la nama Mala, kenapa?"
"Rambut pendek-pendek ke acaner?"
"Tak de la pendek sangat, tapi kerinting"
"Oh..salah orang kot" dia kata

PELIK! So ignore je la. Kenapa teiba tanya pasal kawan India ai pulak kan? Selama ni tak pernah tanya pun.

Esoknya..........
Disebabkan ai nak tahu, teringin nak tanya dan gangguan toilet masih berlaku. Ai jumpa kawan ai ni.

"I nak tanya u la..kenapa sebenarnya u tanya pasal Mala tu ye?"
"Tak ada apa-apa..kenapa?"
"Ni..i nak citer something kat u ni"
So, ai pun bercerita la kat dia apa jadi kat ai dia terkejut jugak dengar. Terus dia cakap :
"U nak tahu tak? Pasal apa i tanya u pasal Mala tu?"
"Haaa...kenapa"
"Mala ni datang jumpa ai, dia kata dia adik u"
"Ahhh sudah...patut la seminggu ni pelik-pelik je"
"U pergi mana haritu?"
"Last sebelum jadi p Balai Polis la..kan teman adik report accident tu"
"U ada lalu kuil ke apa ke"
Ai pun cubalah re-cap mana ai jalan malam tu.

Parking - memang tempat gelap
Balai Polis - memang dekat ngan kuil
Tempat mesin beli air - tepi toilet kawasan gelap

Itu antara tempat yang disyaki kemungkinan ai terlanggar si MALA nih. Adeyh la...
Part paling best Mala ni siap kacau kawan ai sekali sebabnya dia kata dia minat kat kawan ai tu...EHHHHHHHHHHHHHHHH sangat.

Kawan ai cakap boleh ke dia hapuskan or halau si Mala tu?
Ai cakap silakan...(kawan ai  ni pandai jugak la halau benda-benda tak elok ni)
Balik rumah ai pun buat air penawar, azan penjuru bilik.
Alhamdulillah tak de dah yang ganggu sampai hari ni.

Mujur tak nampak...
Bukan kali pertama kena ikut, tapi tu la...berhati-hatilah bila melangkah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2018 02:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2018 08:59 AM | Show all posts
dok terjegil mata pasai apa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2018 09:08 AM | Show all posts
Ni satu  kisah yang ai tak ingat ai pernah cerita ke tidak...tapi tgk macam belum tak pe la ai cerita balik ek.

Ni kisah adik ai yg last yg kerja kat Institut perubatan tu....





Kali ni ai nak cerita pada uolls kejadian awal bulan Ogos baru-baru ni waktu adik buat OT lagipun ada sorang member bahagian maintainence mintak teman kejap sebab dia tengah nak check lif.

Masa tu dalam bilik maintainance. Tiba-tiba ada dengar bunyi orang picit loceng kecemasan lif. Kawan adik tadi kena la amik tindakan cepat sebab dibuatnya orang pengsan ke apa ke pulak nanti.


Dua tiga kali penggera bunyi. Kawan adik pun intercom la tanya siapa?
Tapi tak de jawapan. Tanya lagi siapa? sekali dengar macam bunyi "krooohhh....krohhhhh" ala-ala suara Darth Vader gitu.

Kawan adik cakap jom la p tengok siapa dalam lif takut intercom pulak masalah. Sambil tu dia contact jaga sama.

Derang sampai kat tempat lif sangkut...ketuk pintu lif. Dapat balas. Jerit dari luar. Siapa kat dalam? Dengar ketuk-ketuk lagi. FYI, dalam lif tu tak de cctv pulak sebab lif blok lama.
Tanya lagi siapa dalam lif? Tak de jawapan. Kali ni ketuk-ketuk pun tak de.

Guard sampai derang cuba bukak pintu. Tapi tak boleh. Nak dijadikan kisah ajaibnya, kemudian pintu lif terbukak. Tapi tak de orang!!!
Lepas dari tu terus dengar suara menyerigai ketawa........................

Bertempiaran budak-budak ni lari termasuk guard tadi.
Esoknya p check lif tu memang lif tu tak rosak pun.

So...............heheheheheheheeeeeeeeeeeeeeeeee

HABIS.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 05:05 PM | Show all posts
syahoney replied at 17-10-2018 09:08 AM
Ni satu  kisah yang ai tak ingat ai pernah cerita ke tidak...tapi tgk macam belum tak pe la ai cerit ...

nape lif selalu menjadi pojaan hantu2..padahal..lif selalu ada org guna

















































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2018 08:40 AM | Show all posts
puteribaya replied at 17-10-2018 05:05 PM
nape lif selalu menjadi pojaan hantu2..padahal..lif selalu ada org guna

entah la...sebab derang pun guna la kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 09:27 AM | Show all posts
aku mmg phobia klu naik lif sorang2..lagi2 klu nak naik tingkat yg tinggi lebih dari tingkat 10 ni..rasa nak cepat sampai jer tapi selalu rasa mcm lambat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:55 AM | Show all posts
syahoney replied at 18-10-2018 08:40 AM
entah la...sebab derang pun guna la kot

dorang kan ke bole terbang..melunsur bagai..nape nak masuk lif gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2018 11:39 AM | Show all posts
myakayina replied at 18-10-2018 09:27 AM
aku mmg phobia klu naik lif sorang2..lagi2 klu nak naik tingkat yg tinggi lebih dari tingkat 10 ni.. ...

pulak dah......cuba try office tingkat 44 ..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065703 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list