|
DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan
[Copy link]
|
|
Sultan Perak Berkenan Rasmi Sekolah Tahfiz, Masjid Di Pulau Pangkor
LUMUT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Daerah Manjung, Pulau Pangkor, pada Khamis.
“Dengan Bismillahirahmanirrahim, Beta dengan ini suka cita merasmikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung, Teluk Baharu, Pulau Pangkor”, titah Baginda.
Hadir mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Exco-exco kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Yusop Husin.
Pembinaan sekolah tahfiz ini menelan kos sebanyak kira-kira RM 10 Juta.
Dahulu dikenali sebagai Maahad Tahfiz Pulau Pangkor, Sekolah Menengah Tahfiz ini mula mengabil pelajar pada Januari 2010.
Namun, pada ketika itu, seramai 30 orang pelajar menumpang di Sekolah Agama Kampung Masjid.
Bangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung yang siap pada 2016 ini menempatkan 40 kaki tangan dan 150 pelajar.
Selepas perasmian, Baginda memperkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Masjid Al-Badr Seribu Selawat Teluk Gedong,
Masjid yang dibina pada pada Mac 2014 ini dilihamkan sendiri oleh Menteri Besar Perak dan mengetengahkan 1,000 selawat dan identiti negeri Perak pada hiasan dalamannya.
Sultan Nazrin juga dan berkenan menghadiri majlis berbuka puasa di perkarangan masjid. Kira-kira 1,000 orang tetamu menghadiri majlis berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bagus Sultan Nazrin ni...salute sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Betul Tak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=380740182357901&id=100012657674061 |
|
|
|
|
|
|
|
i perhatikan, lately ni, ramai / sesetengah org yg non-muslim dan non-malay, tiba2 je sokong raja2 melayu, contoh dalam kes kedai dobi itu baru2 ni
kenapa diorg sokong? sedangkan sebelum ni diorg secara terang2 kutuk raja2 melayu, now tiba2 sokong, pasal contoh kes dobi tu, diorg yg up kan benda tu, dan in the same time seorang sultan menegur kes dobi tu, so apa lagi, diorg2 ni kiranya menangguk di air keroh la kiranya
i sedih, pasal disebabkan kes remeh temeh cam isu dobi, isu speaker ceramah agama, sesama Islam dari istana ke rakyat jelata jadi huru hara... yg sesetengah non muslim ni hanya gelakkan kita je...
|
|
|
|
|
|
|
|
betol.sya sokong.tapi serahkan sumua kpada allah yang maha mengetahui.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|