CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: icelemontea

All About Pasangan Popla - Tok Ti.. poo Situ Sana Sini & Tok K..ertu

 Close [Copy link]
Post time 2-8-2006 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 2-8-2006 08:50 PM
gilosss....aku x  percaya artikel itu dibuat oleh fan ct yg x mahu nak terima hakikat kejatuhan CT


Jayz, saya tak pahamlah? artikel tu dr NST

[ Last edited by  eddysheddy at 2-8-2006 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by eddysheddy at 2-8-2006 08:57 PM


Jayz, tak pahamlah? artikel tu dr NST



ye ke??aku assume itu bukan dari NST:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 09:02 PM | Show all posts
or mmg penulis artikel tu peminat CT...huh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:09 AM | Show all posts
TAJUK LOYA kat METRO

Kadi gemuruh
nak nikahkan
pasangan alim nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:11 AM | Show all posts



aku terasa nak berbual2 lagi dgn PA si Che Mat nih laaa

tu ari aku berbual2 sambil melaser pasal kes ayah nasha tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:12 AM | Show all posts
ala wartawan kena bodek..biasalah...mcm tak tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2006 09:14 AM | Show all posts
metro ni mmg suka mengorek laa...padanla jd akhbar tabloid no 1...dia takder citer lain yg leh jual paper dia..no wonder..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:14 AM | Show all posts
cehh.....kapel mcm nih pun dorang gemuruh

mcm mana lah nak handle masalah negeri/semasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 09:15 AM | Show all posts
Edisi KL : Kadi bimbang

Oleh Mohd Razlan Salleh

KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini.

Kebanyakan tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis ?Wedding Of The Year? itu.

Ini disebabkan majlis berkenaan bukan sahaja menjadi tumpuan jutaan rakyat negara ini dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Justeru, upacara akad nikah pasangan terbabit di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, kemungkinan diambil alih Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Difahamkan, Jawi masih gagal mencari calon kadi sesuai untuk menikahkan pasangan terbabit kerana 21 Ogos adalah hari bekerja selain kemungkinan diserang darah gemuruh akibat majlis itu menjadi tumpuan ramai serta media massa.

?Buat masa ini, hanya pengarah (Che Mat) yang layak memikul tanggungjawab itu.

?Bagaimanapun, perkara ini hanya satu kemungkinan dan siapa sebenar bakal menikahkan mereka akan diketahui selepas Jawi menerima permohonan pernikahan pasangan berkenaan,? kata sumber Jawi kepada Harian Metro, semalam.

Sehingga semalam, menurutnya, Datuk K belum menyerahkan borang permohonan pernikahannya dengan Siti, termasuk memohon kebenaran menggunakan masjid tercantik di ibu kota itu bagi majlis berkenaan.

?Usahawan itu masih sempat berbuat demikian selewat-lewatnya minggu depan,? katanya.

Sumber itu juga menyatakan, Datuk K sendiri hadir di pejabat Jawi, Jun lalu, untuk mengambil surat pengesahan cerai dengan bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ditanya mengenai permohonan pasangan berkenaan bernikah di luar kariah, katanya, ia tidak menjadi masalah kerana Siti bermastautin di Kuala Lumpur.

Walaupun orang ramai mengetahui Siti dari Pahang (Kuala Lipis), dia sudah lama menetap di Kuala Lumpur iaitu di Alam Damai, Cheras, manakala Datuk K menetap di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Hanya Datuk K perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana bermastautin di Selangor,? katanya.

Sumber berkenaan memberitahu, jumlah mas kahwin hantaran Datuk K kepada penyanyi nombor satu negara itu belum diketahui meskipun ada media sebelum ini melaporkan sebanyak RM22,222.22 atau RM88,888.88.

Jumlah itu mungkin hanya rekaan atau andaian pihak tertentu dan pihak Jawi tidak menetapkan sebarang jumlah hantaran.

Jumlah sebenar hantaran pasangan popular itu hanya dapat diketahui apabila borang permohonan kahwin mereka diterima,? katanya.

Datuk K, 47, dan Siti, 27, mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan mereka pada sidang media khas di sebuah hotel di sini, 17 Julai lalu.

Majlis pertunangan dan pernikahan akan diadakan 21 Ogos manakala persandingan bakal berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tarikh 28 Ogos juga hari ulang tahun ke-38 perkahwinan ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.

Pasangan berkenaan akan diraikan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis pada 3 September.

Sementara itu, seorang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang permohonan secara rasmi untuk majlis pernikahan pasangan berkenaan.

Sebaik menerima permohonan secara rasmi, kami akan mengadakan perbincangan bersama Datuk K dan Siti bagi mengetahui aturcara majlis supaya dapat diadakan dengan lancar,? katanya.

Kemungkinan besar, dewan solat utama akan ditutup untuk orang awam dan hanya jemputan khas, termasuk petugas media dibenarkan masuk,? katanya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid itu memberi jaminan penutupan dewan solat utama tidak mengambil masa lama, sebaliknya sekitar antara satu hingga dua jam sahaja.

Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah sememangnya dilarang sama sekali memasuki dewan solat utama, begitu juga dengan pengunjung yang tidak menutup aurat.

?Pengunjung yang ingin melakukan sembahyang sunat, boleh berbuat demikian di perkarangan masjid ini,? katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 1-8-2006 04:28 PM



: : (buat2 tekejut, padahal x terkejut pun...:kant
Low nya neck line... seb baeik x tersembul keluar!!!



:::: adusssss ... kasi tunjuk lagi ahhhh ... lurah tu mesti tersembul nyer!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 3-8-2006 09:14 AM
cehh.....kapel mcm nih pun dorang gemuruh

mcm mana lah nak handle masalah negeri/semasa...

muahha..tu tak settle byk masalah tuu...elok kasik tok kadi yg muda skit dr dk tuu...biar dia sedaq skit...pastu kasik khutbah pjg2 skit...

ntahla..tp aku rasa mcm saja2 di tambah2 perisa nak kasik kekonon suspen habihla citer diorg..:siok:
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:30 AM | Show all posts
nak kasik saspen ker?

atau NAK KASIK TUNJUK PASANGAN NIH HOLY?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:40 AM | Show all posts
kesian tok kadi..bukan berdebar nak nikahkan pasangan..tp berdebar sb ramai org..ngan wartawan..jurugambar lgg....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 3-8-2006 09:30 AM
nak kasik saspen ker?

atau NAK KASIK TUNJUK PASANGAN NIH HOLY?

dua2 bulehh...ahahhaa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:46 AM | Show all posts
kasi bapak dia la nikahkan..
tak yah panggil tok kadi yang DG..

bapak lagi afdhal -- tapi................
maybe cuz bapak tak berapa ma ras  tu.....i..
(macam dia cakap dalam pc dulu.. - gagap cam gitu)
but then who knows...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 09:51 AM | Show all posts
amik berkat tangan pengarah JAWI
nikahkan dorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 09:58 AM | Show all posts
pasal kadi bimbang dan gemuruh ni - macam so ---
entah la - cerita cam gini pun kadi nak cakap --

dun think it is positive news -- at all..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:06 AM | Show all posts
21 OGOS (penyanyi asal: Sudirman)

Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan, dua ribu enam
Berkuda! Di kota!
Nak dara dan duda
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan, dua ribu enam
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan Khalid Md Jiwa

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari berkuda (Berkuda!) Dua satu bulan lapan, dua ribu enam Siaran langsung oleh TV3


AIYA CIK SITI (dari filem Ali Baba Bujang Lapok)

Datuk K:
Aiya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak susah sebab sudah tua
Uwang dan ringgit ana tak tak heran
Nanti kawin naik kuda tutup semua jalan

Siti:
Marilah Datuk, oi mari sayang
Ikutlah ana, Datuk jangan bimbang
Mata tak nampak, Siti tunjukkan jalan
Kaki melangkah, oi perlahan-lahan

Datuk K:
Atuk tak nak bimbang Atuk tak nak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Misai hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab

Siti:
Oh Datuk sayang, oi jangan susah
Habis kawin wang mas Siti upah
Marilah jalan, Datuk cepatlah cepat
Awas Tuk longkang oi kaki melompat

Datuk, jaga depan ada wartawan

Mana?
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat Atuk lompat

Haiyaaaaaa..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:32 AM | Show all posts
cayalah syd!..hahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:34 AM | Show all posts
PATUTLA REPORTER LUAR DUK KUTUK AKHBAR KAT MESIA....SBB NI RUPANYA.....ANYWAY,PASAL KORG KATA CITER CT TU LAGI ORG NAK TAU TUE KAN....MMGLA,GENG2 YANG MINAT SITI YANG BUAT.....DAN ,KALU BETUL SEKALIPUN TAK MUSTAHIL SOMETHING YANG BURUK WOULD HAPPEN  DGN MUDAH KAT MESIA BECAUSE ORG MESIA TAK PENAH NAK AMIK TAU DUNIA LUAR...BILA DAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH.....SORRY TO SAY.....


P/S:ZIANA2006 SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN DAN KEAMANAN KAT MALAYSIA SBB TANAH AIR ZIANA2006.TAPI,PASAL ISI KAWIN SITI NIE,ORANG MALAYSIA SEOLAH2 KURANG PEKA TENTANG NEGARA LUAR YG DISERANG.KITA KAT MALAYSIA SBB AMAN DAN KITA PATUT BERSYUKUR DAN KENE SENTIASA BANTU NEGARA LUAR DAN SEKURANG2NYA AMIK TAU APA YANG BERLAKU DAN DOA....INGATLAH,ALLAH ITU MAHA KAYA,KEAMANAN YANG DIA KASIK TUE DIA BOLEH AMBIK BILA2 MASA JIKA KITA TAK BERSYUKUR KEPDANYA DAN MENGUTAMAKAN ISU2 LAIN YANG KURANG BERFAEDAH LANGSUNG.....ZIANA2004 SEKADAR NAK MENGINGAT....SO,TERPULANG KALU SAPER2 NAK HENTAM ZIANA2006.....:tq:

[ Last edited by  ziana2006 at 3-8-2006 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074716 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list