|
nonton konser yuk!!! Letto/Tompi/Maliq&D' Essentials/Dewa19/Project Pop/
[Copy link]
|
|
Originally posted by isabel at 8-1-2007 10:14 AM
kurungan tu hanya khas utk pemenang yg menjawab kuiz under celcom...
betul2 kat depan stage...
tapi yg pastinya masa tu x ada seorg pun jerit nama Bams semua hanya Eric..Eric..i love you ...
eric tu hensem ker? aku kenal bams dgn irfan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QueenLove at 8-1-2007 08:40 PM
eric tu hensem ker? aku kenal bams dgn irfan je..
rambut afro tu kot yg hensem..
kekekekek:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer_snow at 8-1-2007 08:54 PM
rambut afro tu kot yg hensem..
kekekekek:nyorok:
kaka slank pon afro kn? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QueenLove at 8-1-2007 09:19 PM
kaka slank pon afro kn?
haah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikap penganjur punca konsert Samsons gagal?
09-01-2007 10:41:42 AM
Radin Sri Ghazali |
"Kami tidak apa-apa. Walaupun jadual kami packed banget namun kami berjanji untuk memberi persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat kami di Malaysia," begitulah kata-kata Bams
(Foto The Star Oleh Azlina Bt Abdullah) Penganjuran serta sikap profesional pihak penganjur, Duago International Group yang membawa kumpulan jazz/rock tersohor dari Indonesia bagaikan punca kepada semua kelam-kabut yang dihadapi sepanjang 24 jam kumpulan tersebut berada di Malaysia.
Sebelum kemuncak konsert pada 6 Januari lalu, pihak penganjur bagaikan tenggelam timbul dan ini menyukarkan tugas pihak wartawan yang mahu membuat liputan konsert tersebut.
Kesemua informasi mengenai jadual konsert Samson hanya didapati sehari sebelum ketibaan mereka di Malaysia.
Namun apa yang dirasa tidak profesional ialah menjelang hari konsert tersebut yang bertempat di The Loft, pihak media hanya diberi lima minit sahaja untuk menemubual Samsons yang terdiri daripada Bams (vokal), Erik (gitar), Aldri (bass) dan Chandra (drum). Manakala Irfan (gitar) pula tidak dapat berkunjung ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab tertentu.
Bams selaku vokalis utama band tersebut mengembalikan suasana dengan lebih energetik dengan mendendangkan yakni Dengan Nafasmu dan ini diikuti dengan lagu yang membawa sukses mereka di Indonesia serta Malaysia iaitu, Kenangan Terindah
(foto The Star) Jelas pada raut wajah menunjukkan mereka penat gara-gara kesibukan jadual sejak tiba pada awal pagi.
"Kami tidak apa-apa. Walaupun jadual kami packed banget namun kami berjanji untuk memberi persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat kami di Malaysia," begitulah kata-kata Bams apabila ditanya jika keupayaan mereka untuk memberi persembahan yang bertenaga di sebalik muka yang lesu pada malam tersebut.
Sekali lagi pihak penganjur membuat kejutan kepada pihak media apabila gelaran konsert itu bagaikan tipu helah untuk mendapatkan para penonton untuk membeli tiket yang mahal yakni RM42.
Samsons yang hanya mempunyai sebuah album sahaja iaitu 'Kenangan Terindah' dikatakan akan mendendangkan sepuluh buah lagu pada malam tersebut.
"Ini merupakan sebuah konsert bukan showcase semata-mata. Walaupun mereka hanya mempunyai sebuah album sahaja, Samsons akan mendendangkan beberapa buah lagu baru dari album kedua mereka" kata Amin Jamadi, Ketua Eksekutif Duago apabila pihak waratwan membidas penggunaan 'konsert' untuk sebuah persembahan yang hanya berlangsung kira-kira satu jam dengan dendangan sepuluh buah lagu sahaja.
Konsert Samsons dilanda hujan
Konsert yang bermula satu jam lambat daripada jadual diserikan dengan persembahan daripada pendatang baru dunia hiburan tempatan, Sofaz. Mereka menyanyikan beberapa buah lagu seperti Janjiku dan Cintaiku.
Namun, apa yang memalukan adalah pemilihan lagu kumpulan itu yang menyanyikan lagu-lagu Indonesia seperti Madu dan Racun serta Singkong dan Keju
(Foto The Star)
Sejurus sahaja persembahan Sofaz, kumpulan underground popular, Gerhana Ska Cinta pula diberi mandat untuk menghiburkan kira-kira 3,000 orang penonton yang hadir pada malam tersebut. Namun, apa yang memalukan adalah pemilihan lagu kumpulan itu yang menyanyikan lagu-lagu Indonesia seperti Madu dan Racun serta Singkong dan Keju.
Malah, vokalis utama mereka telah berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Indonesia kepada penonton-penonton yang majoritinya terdiri daripada orang Malaysia
Kenapa perlu bertutur dalam bahasa Indonesia kepada orang sendiri?
Seperti yang dijangkakan, band-band pembuka tirai konsert tersebut bagaikan ditugaskan untuk memperlengah-lengahkan masa untuk memberi ruang kepada Samsons berehat.
Ketika menyanyikan lagu popular mereka yakni Bukan Diriku, para penonton bagaikan 'hanyut' dengan vokal Bams serta terikut-ikut menyanyikan lirik lagu tersebut
(Foto The Star) Ini terbukti ketika persembahan OAG di mana vokalisnya, Radhi terlepas cakap bahawa mereka diamanahkan untuk 'membazir' masa yang ada sementara menanti kehadiran Samsons di pentas utama tersebut.
Hanya pada jam 10.05 malam, kumpulan Samsons muncul di hadapan ribuan peminat mereka yang bagaikan tidak sabar menantikan kehadiran mereka.
Kumpulan yang berasal dari Jakarta itu memulakan persembahan mereka dengan beberapa buah lagu rancak seperti Kehadiranmu, Penghujung Muda dan Akhir Rasamu.
Ketika menyanyikan lagu popular mereka yakni Bukan Diriku, para penonton bagaikan 'hanyut' dengan vokal Bams serta terikut-ikut menyanyikan lirik lagu tersebut.
Kesyhaduan lagu itu turut mengundang hujan yang turun secara renyai-renyai.
Walaubagaimanapun, semangat kesetiaan yang ada pada peminat-peminat Samsons membuatkan mereka tidak berganjak sedikitpun daripada kedudukan mereka.
Bams selaku vokalis utama band tersebut mengembalikan suasana dengan lebih energetik dengan mendendangkan yakni Dengan Nafasmu dan ini diikuti dengan lagu yang membawa sukses untuk mereka di Indonesia serta Malaysia iaitu, Kenangan Terindah.
Namun, malang tidak berbau. Hujan yang turun secara renyai-renyai bertukar menjadi lebat. Ini membuatkan para penonton bertempiaran lari untuk mencari tempat berteduh.
Memandangkan tempat yang berbumbung tidak dapat memuatkan ribuan mereka yang hadir, majoriti penonton mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja.
Ketika mendendangkan lagu 'Naluri Lelaki', hanya segelintir peminat yang sudi berdiri di dalam hujan untuk melihat Samsons yang semakin tidak bertenaga.
Dengan hanya menyanyikan sembilan buah lagu dalam masa kira-kira 45 minit, Samsons mengambil keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saki-baki penonton yang ada di The Loft.
Perancangan yang dilakukan oleh Duago bagaikan tidak rapi serta menunjukkan sikap tidak profesionalisma mereka untuk membawa artis luar ke dalam negara sendiri.
Terdapat banyak kesilapan daripada segi audio seperti kerosakan mikrofon serta bunyi yang bercampur aduk ketika persembahan Sofaz dan Gerhana Ska Cinta .
Pemilihan tempat konsert juga antara faktor ke arah kegagalan konsert sulung Samsons.
Lokasi yang dikatakan strategik itu tidak mempunyai sebarang bumbung dan gagal melindungi ribuan penonton yang hadir daripada hujan lebat.
| summer amik dari mstar |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik muka aku tak kuar...:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
meet n greet
|
|
|
|
|
|
|
|
artis jemputan
SOFAZ
OAG
|
|
|
|
|
|
|
|
Gerhana Ska Cinta
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #481 QueenLove's post & summer_snow's post
Eric tu mmg hensem banget biarpun rambut dia afro....kekekeke
tgk gambar x brapa tapi bila berdepan mmg terpikat terutama bila dia senyum...:nyorok:
nasib baik ler bel x terikut2...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrincessFiona at 10-1-2007 09:25 AM
nasib baik muka aku tak kuar...:nyorok:
macam pernah tgk budak baju itam angkat tangan tu... tapi kat mana yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by isabel at 10-1-2007 03:25 PM
Eric tu mmg hensem banget biarpun rambut dia afro....kekekeke
tgk gambar x brapa tapi bila berdepan mmg terpikat terutama bila dia senyum...:nyorok:
nasib baik ler bel x terikut2...hehehe
Erik!Erik! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #494 luv_boril's post
luv,
gambar solo bams takde ker
huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #487 PrincessFiona's post
Prince,
meet n greet tu sblum diorang buat konsert ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer_snow at 11-1-2007 08:29 AM
Prince,
meet n greet tu sblum diorang buat konsert ker?
yelah aku ni sampai awal kat klsentral tunggu Bel pastu kwn aku suh meet n greet aku pun join jelah....Meet n greet n khas tuk Celcom customer....aku cuma shake hand ngan Bams jer sbb lain aku tak kenal :nyorok: plus mcm segan lak sbb aku sorang jer...pas meet n greet semua staff amik gambar ngan Samsons... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrincessFiona at 11-1-2007 08:37 AM
yelah aku ni sampai awal kat klsentral tunggu Bel pastu kwn aku suh meet n greet aku pun join jelah....Meet n greet n khas tuk Celcom customer....aku cuma shake hand ngan Bams jer sbb lain ...
kalu aku pun..
bams je la yg aku kenal
hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer_snow at 11-1-2007 08:11 AM
luv,
gambar solo bams takde ker
huhuhu..
ada,tapi dia tak tgk kamera..hehe..kredit kepada kawan aku..gambar waktu gathering Samsons FC Malaysia.
[ Last edited by luv_boril at 11-1-2007 11:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #499 luv_boril's post
sempat yer ade gath?
aku baca paper kata samsons smpai pagi tu jugak..
heheheh
anywhere,
thanks for the picture.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|