|
Astro Oasis pikat sejuta penonton - B.Harian 30-10-2007
Oleh Farihad Shalla Mahmud
USAHA Astro memperkenalkan saluran berkonsepkan ilmiah, maklumat, drama dan dokumentari serta kerohanian, Astro Oasis nampaknya membuahkan hasil apabila ia berjaya menarik sejuta penonton selepas memulakan siarannya 1 Syawal lalu.
Malah lebih membanggakan, jumlah penonton yang menonton saluran itu pada waktu perdana iaitu dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam menjangkau 560 ribu penonton.
"Laporan AC Nielsen yang kami terima Rabu lalu menyatakan jumlah penonton Oasis sejak diperkenalkan 13 Oktober lalu mencapai satu juta. Sebagai saluran baru, pencapaian seperti itu memang tidak dijangka.
"Apapun, ini membuktikan bahawa saluran berkonsepkan kerohanian masih mendapat tempat di hati penonton. Bukan saja penonton Melayu malah untuk apa bangsa sekalipun kerana bagi saya agama adalah untuk semua," ulas Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar ketika ditemui Hip pada majlis Riang Ria Aidilfitri bersama Mawi, kelmarin.
Katanya, kejayaan itu turut memberi petanda bahawa kehadiran Oasis memang tepat pada masanya serta menjadi wadah untuk penonton mengenal agama dengan lebih mendalam.
"Walaupun pada permulaannya kami sedikit gusar menanti reaksi penonton terhadap saluran ini, kami sedikit sebanyak sudah dapat mengagak selera mereka dan rancangan bagaimana yang mereka inginkan.
"Selepas mendapat maklum balas positif seperti ini, kami lebih risau bagaimana hendak mempertahankan kejayaan ini. Justeru, kami dan team produksi Oasis akan lebih bekerja keras bagi memastikan program kami terus mendapat sambutan," janji Izelan sambil memaklumkan Oasis lebih menumpukan program tempatan berbanding produksi luar negara dengan nisbah 70:30.
Mengenai jenis program yang paling ramai ditonton, Izelan berkata, buat masa ini mereka masih belum mendapat pecahan secara terperinci mengenai perkara itu.
揔ami akan maklumkan sebaik saja kami mendapat laporan penuh mengenai pecahan itu. Bagaimanapun, apa yang boleh kami katakan, kami akan terbitkan lebih banyak program baru antaranya bual bicara, konsert bercirikan keislaman serta program berbentuk pengembaraan," jelasnya.
Dalam usaha menarik penonton, mulai Disember depan, Astro Oasis juga akan menawarkan hadiah berupa dua tiket penerbangan untuk mengerjakan umrah.
"Apa yang penonton perlu lakukan adalah dengan menonton saluran kami serta menulis slogan yang akan kami kemukakan. Sebagai contoh, slogan itu berbunyi "Mengapa anda rasa saya/ibu perlu mengerjakan umrah...... Mudah saja," beritahu Izelan.
Ditanya apakah kejayaan itu ada kaitan dengan kemunculan Mawi sebagai ikon saluran itu, Izelan tidak menafikannya. Bagaimanapun dia menambah, ia juga hasil kombinasi kerja team produksi serta isi kandungan saluran itu.
"Apa yang boleh saya katakan, program yang kami siarkan adalah seimbang dan menepati cita rasa penonton masa kini. Tidak begitu ekstremis, gaya hidup yang ringkas, masih mempunyai unsur hiburan namun tidak keterlaluan," ujarnya.
Katanya lagi antara tarikan saluran Astro Oasis adalah konsep azan yang diperkenalkannya.
"Jika stesen lain menggunakan visual unsur alam ketika azan dilaungkan, kami pula menggunakan visual apa yang sepatutnya berlaku ketika azan memanggil. Ada visual kedai ditutup untuk pemiliknya menunaikan solat, visual mencetuskan inspirasi untuk orang menjalankan tanggungjawabnya kepada Tuhan yang maha Esa, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|