|
Reply #480 dino's post
tak semestinya org merokok aje dapat lung cancer...
...yg mengidu asap pun high risk jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #480 dino's post
Jenis-jenis kanser paru-paru
Kanser paru-paru secara amnya dibahagikan kepada dua jenis yang utama, kanser sel kecil paru-paru (small cell lung cancer) dan kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung cancer). Setiap jenis kanser ini berbeza-beza dan setiap jenis darinya juga memerlukan rawatan yang berbeza. Kanser paru-paru sel bukan-kecil adalah yang paling biasa berlaku, meliputi hampir 80% kanser paru-paru. Terdapat 3 jenis kecil kanser paru-paru jenis ini iaitu: karsinoma sel skuamus, adenokarsinoma dan karsinoma sel besar paru-paru (large cell carcinoma)
* Karsinoma sel skuamus biasanya bermula di bronkus. Ia tumbuh dengan lebih lambat berbanding kanser-kanser jenis lain. Ia merupakan kanser paru-paru yang paling biasa berlaku pada kaum lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma epidermoid.
* Adenokarsinoma mula tumbuh berdekatan dengan bahagian luar paru-paru dan kadar pertumbuhannya adalah berbeza-beza. Kanser jenis ini adalah yang paling biasa berlaku di kalangan wanita dan mereka yang tidak pernah merokok.
* Kasinoma sel besar bermula di permukaan paru-paru dan ia tumbuh dengan cepat sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #482 Syd's post
oooo camtu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #483 dino's post
1. Asap dari Persekitaran dan di Tempat Kerja
Asbestos dan radon merupakan dua penyebab utama kanser paru-paru. Mereka yang menghidu asap yang mengandungi asbestos menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat kanser paru-paru. Kanser paru-paru yang dikaitkan dengan asbestos ini dikenali sebagai mesothelioma. Radon merupakan gas radioaktif yang juga mampu menyebabkan kanser paru-paru. Agen-agen lain yang hadir di tempat kerja, yang mampu menyebabkan kanser termasuklah produk arang batu, yang biasanya melibatkan pelombong-pelombong.
Faktor - Faktor Risiko
Setiap orang menghadapi risiko untuk memperolehi kanser paru-paru. Mereka yang memiliki risiko yang lebih tinggi adalah :
Perokok termasuklah perokok pasif
Tembakau dan bahan ketagihan di dalam rokok mengandungi karsinogen. Karsinogen merupakan sebatian yang memulakan pertumbuhan sel-sel abnormal dan seterusnya menyebabkan pembentukan kanser. Bagi para perokok, risiko untuk memperolehi kanser paru-paru, berkemungkinan bergantung juga pada jumlah rokok yang dihisap. Mereka yang menghidu asap rokok (perokok pasif) juga memiliki risiko yang sama seperti perokok. Lebih daripada 80% kes kanser paru-paru disebabkan oleh asap rokok. Penghisap paip dan cerut juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Namun begitu risiko mereka adalah kurang dibandingkan dengan perokok biasa.
Pendedahan terhadap karsinogen yang hadir dalam alam sekitar dan di tempat kerja
Mereka yang bekerja di kawasan yang sentiasa terdedah dengan karsinogen memiliki risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Contoh-contoh karsinogen di tempat kerja termasuklah asbestos dan gas radon. Pendedahan terhadap karsinogen ini dapat dilihat di kawasan perindustrian seperti industri perkapalan dan perlombongan asbestos. Pendedahan terhadap beberapa bahan pencemar udara seperti hasil pembakaran bahan api juga telah dikenalpasti mampu meningkatkan risiko pembentukan kanser paru-paru.
Parut pada paru-paru
Mereka yang memiliki parut pada paru-paru yang disebabkan oleh penyakit saluran udara kronik seperti bronkitis atau emfisema lebih mudah memperolehi kanser paru-paru. Kanser ini lebih cenderung untuk terbentuk di kawasan yang berparut.
Sejarah keluarga dan peribadi
Seseorang yang pernah menghidap penyakit kanser paru-paru ini akan menghasilkan kecenderungan untuk memperolehi kanser paru-paru untuk kali kedua berbanding mereka yang belum pernah menghidapnya. Mereka yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, abang, kakak atau adik yang pernah menghidap kanser paru-paru, memiliki risiko yang tinggi sedikit untuk mendapat penyakit ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #485 chekshu's post
ko buat air mata aku bergenang
siyes...
letih aku tahan sebak
sambil kembang2kan idung
tapi air mata aku ngalir jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #485 chekshu's post
kite ngeri tul dgr psl cancer ni... since mcm klau kena... ubatnya maut aje....
aku ade dgr pendpt klau dpt kesan kanser stage 3... takyah la buat kimoterapi ke ape... psl sel kanser makin ganas.... berubat alternatif lebih baik katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #485 chekshu's post
sabar ya chekshu...
air mata ku nie dah berapa kali ngalir hari nie |
|
|
|
|
|
|
|
:cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:
cheksu n syd buat aku nangis pulak
al fatihah utk semua yg tersayang yg dah meninggalkan kita |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #486 Syd's post
sayu jer rasa thread nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #487 dino's post
pernah dengar
katanya pisau tu bisa
boleh menyebabkan sel kanser merebak / mengganas |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #489 niy's post
aku masih terbayang
body arwah pakcik aku ke lubang lahad..
sempit je ruang je..muka cium tanah..
dan itu lah permulaan hidup nye sensorang...
gelap
uwaaaaa...
esok aku mcm mana ye..
aku rasa gerun sangat dalam hati...
mana lagi kena debik ngan malaikat atas dosa-dosa aku yang banyak nih
tbayang2 mungkin nanti anak cucu aku menangis2
dan bila ingatan dorang kembali pada kita, mcm yang cheksu alami skrg..
mcm mana? :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
byk pulak kejadian gempa
kat muluku tu besar jugak kan .. 7.6 richter
iran pun gempa jugak
ingatan dari Nya utk kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 11-9-2008 01:31 PM
aku masih terbayang
body arwah pakcik aku ke lubang lahad..
sempit je ruang je..muka cium tanah..
dan itu lah permulaan hidup nye sensorang...
gelap
uwaaaaa...
esok aku mcm ma ...
:cry: :cry: :cry:
sungguh menginsafkan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #493 niy\ catat
kat jepun pun ada gempa bumi pagi tadi...ada tsunami warning lagi |
|
|
|
|
|
|
|
semputttttttttt |
|
|
|
|
|
|
| |
|