CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Bunuh Zulfarhan : Enam penuntut UPNM terlepas hukuman gantung

[Copy link]
Post time 7-11-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaneesa replied at 5-11-2021 05:23 PM
video yg viral tu rasanya video lama tu, bukan yg baru ni lepas jatuh hukum...kalau tgk video tu p ...


Betul. Meols pun igt video ni sbb ini video lama yg meols tgk kat forum Cari in 2017. N chuols spot on psl mask.

Nmpk tak senang ja org nk main sentimen n persepsi dgn satu video ja?

Meols bukan nk defend pembunuh2 ni cuma meols pikir media literacy orang kita mmg dlm level yang mengerikan.

Having said that, mlm td meols tgk ulasan peguam di YouTube channel Amin Idris. Highly recommended. Ada 2 kes yg disebut mmg membuka minda.

Satu kes nmpk sorang somi bunuh bekas isteri membunuh dgn motif tp sekejap ja org2 law tau bunuh tanpa niat. Satu lg kes Zulkifli 302 tu.

Meols suka sbb lawyer tu mmg educate viewers pasal undang2 vs public perception.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
luvly_snow8608 replied at 3-11-2021 05:44 PM
bab* bab* bab*

tu je yang iols mampu meratip bila baca kes nie dari 4 tahun lepasss ...

Apa fb adik arwah?nak follow juga
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 2-11-2021 12:31 PM
penjara 10 tahun kan
tolak cuti apa semua tak sampai 10 tahun pun
maybe dalam 7 tahun ja

Apa maksud tolak cuti? Dh kat penjara kan, cuti tak cuti mmg dh dlm penjara, jd kira je la bilangan hari dia tu..kalau dorang dpt cuti umum mcm kita yg kt luar ni pun, dorang bukan boleh pegi berjalan pun kn, mmg dlm penjara..hahaha..sorry, i tak faham..ada jugak rupenye cuti utk banduan..????
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 6-11-2021 07:47 PM
Sesiapa dari awal yang sama2 follow rapat kes ni dah semestinya ingat lagi berjemaah kena kencing  ...

Betul saya pun sama. Masa berbuka menitik air mata
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 07:31 AM | Show all posts
mybodyshop replied at 6-11-2021 12:24 AM
Kes ni memang terkesan sgt dihati, pegang iron wap pun aku terbayanf arwah kena tekapp ????

true!!! adui, pg td iron baju anak sekolah guna steam iron pun duk terbayang2 kan arwah kena tekap...huhu, terkesan sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 07:34 AM | Show all posts
Jiddin replied at 7-11-2021 11:14 AM
Betul. Meols pun igt video ni sbb ini video lama yg meols tgk kat forum Cari in 2017. N chuols spo ...

kan...video tu pun iols mcm penah tgk, mmg video lama

hmm, undang2 manusia kan, mmg la x perfect, mesti ada lubang sana sini utk elak hukuman. kat akhirat nnt je xboleh nak lari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2021 01:50 PM | Show all posts
Normabaru replied at 5-11-2021 04:50 PM
Dik kaka norm nk tny.. Apesal dorg lengkap sut mcm nk pergi graduation dinner eh masa kes diputusk ...

alaa psl ni pon ade jugak forumer tanya dlu. tak ingat dah psl ape so x silap dorang pkai baju masa dorang kena tangkap dlu. blazer tu pihak u yg bagi x silap. tu yg memasing senyum lebar konon ade ade puak2 bekap theyols. dorang mmg dok jail kaka. mula2 penjara kajang. dh ckup umur terus kena hantar sg buloh. so brjalan merata la tgk dunia luar kejap
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 01:52 PM | Show all posts
aina_shaira replied at 5-11-2021 01:41 PM
Sekarang yang 6 orang tu duduk dalam penjara ke semasa kes ni dalam pembicaraan?

yup 6 jahanam tu mmg dok penjara pon. 12 org lg yg didakwa pon masuk jail jgk start 2 nov ari tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 02:01 PM | Show all posts
mizruncing replied at 8-11-2021 03:50 PM
alaa psl ni pon ade jugak forumer tanya dlu. tak ingat dah psl ape so x silap dorang pkai baju mas ...

ni kes uni kan..upnm..so dh atas 18thn la masa kejadian..btol x
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 04:46 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 04:49 PM | Show all posts
nuril86 replied at 6-11-2021 08:02 PM
tadi jalan2 kat fb.. pastu ade org share.. selepas arwah, ade satu lagi kes buli hingga meninggal di ...

meols rasa kes yg ni

https://www.thevocket.com/kakak- ... katakan-mati-lemas/

Siapa sahaja yang tidak sedih apabila kehilangan ahli keluarga lebih-lebih lagi apabila punca kematiannya kekal menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. Itulah yang tersemuat di hati keluaga arwah Amirul Nashriq, seorang penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Selepas setahun, kakak kepada arwah, Norzulaikha Othman merasakan sudah tiba masanya untuk berkongsikan kisah sebenar kematian Amirul Nashriq di mana beliau berpendapat adiknya dibuli oleh pelajar senior universiti berkenaan sebelum ditemui lemas di air terjun. Baca perkongsian daripada Norzulaikha.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya kongsikan kronologi serba sedikit. Saya tidak akan kongsi secara terperinci kerana kes ini akan dibuka semula untuk kali kedua dan saya tidak mahu mengganggu siasatan pihak terbabit. Sebarang gambar berkenaan arwah dan nombor telefon pihak keluarga juga tidak akan saya kongsi atas faktor privasi. Harap kerjasama dari semua pihak, terima kasih.

1. 22/3/2018 (Khamis)
Arwah menghantar gambar badannya (ulu hati dan dada) lebam akibat dipukul oleh 3 orang senior akibat lambat melapor diri ke bilik senior terbabit melalui group WhatsApp keluarga kami pada pukul 8:20 malam. Seorang lagi rakan arwah telah dipukul terlebih dahulu oleh 3 senior tersebut di bilik yang sama.

Arwah cuba sorrokkan hal sebenar dengan mengatakan bahawa dia telah mendapatkan rawatan di klinik dan diberi ubat sapu oleh doktor kerana tidak mahu kami sekeluarga berasa risau. Kemudian, dia menambah bahawa pegawai telah ambush bilik tersebut dan telah mengambil tindakan ke atas 3 orang pesalah.

Manakala rakan arwah telah dihantar ke wad kecemasan kerana lebam teruk dan sesak nafas dan seterusnya pihak keluarga telah membawanya pulang ke rumah. Kami berpesan pada arwah untuk melaporkan hal tersebut kepada pegawai sekiranya kecederaan yang dialaminya teruk dan tidak mahu kes sebelum ini (kes arwah Zulfarhan) berulang lagi.

2. 23/3/2018 (Jumaat)
Bapa kami telah memasukkan wang ke akaun arwah dan menyuruh dia pulang ke rumah untuk kami membawa dia ke hospital bagi membuat pemeriksaan X-ray untuk memastikan tiada kecederaan dalaman.

Kali terakhir arwah membalas mesej dalam WhatsApp group keluarga adalah pada waktu malam dengan mengatakan, “Terima kasih ayah” kerana memberi wang belanja padanya. Arwah tidak menyebut sama ada dia akan pulang ke rumah atau tidak. Namun, kami mengharapkan dan menunggu kepulangan arwah.

3. 24/3/2018 (Sabtu – hari kejadian)
Ayah saya telah menerima panggilan yang memberitahu bahawa arwah telah meninggal dunia kerana lemas di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang pada pukul 5:30 petang.

Ayah dan ibu saya telah dibawa ke Hospital Bentong oleh 2 orang pakcik saya. Dalam perjalanan, bapa saya telah menerima BEBERAPA panggilan dari pegawai UPNM dan mendesak agar diberi kebenaran untuk membuat post mortem ke atas arwah, namun ibu saya telah menegaskan untuk menunggu ketibaan mereka di hospital.

Setibanya ibu bapa saya di hospital, didapati jahitan adik saya sudah kering(dipercayai telah dijalankan post mortem ke atasnya beberapa jam sebelum). Bapa saya telah disuruh untuk menurunkan tandatangan ke atas satu borang (dipercayai untuk keizinan post mortem yang sepatutnya ditandatangan sebelum prosedur dijalankan).

Dalam kesedihan dan keserabutan tersebut, kad pengenalan dan barang peribadi arwah tidak dipulangkan kepada kami sebagai waris. Hingga ke hari ini, di mana kad pengenalan dan barang arwah (pakaian, kasut dan cermin mata yang dipakai untuk ke air terjun) berada masih menjadi tanda tanya.

4. 25/3/2018 (Ahad)
Selepas selesai urusan pengebumian arwah, satu laporan polis telah dibuat kerana kami tidak puas hati atas kematian arwah (cara dan jalan cerita bercanggah).

7 orang rakan lain yang turut ke air terjun tersebut tidak mengikut kami ke rumah untuk urusan pengebumian atas alasan pegawai UPNM melarang mereka berbuat demikian dan mereka telah diarahkan pulang terus ke UPNM.

Soalan netizen
1. Kenapa keluarga tidak membuat laporan polis?
Kami telah membuat laporan sehari selepas kematian arwah namun tiada tindakan lanjut yang diambil oleh balai. Polis Cheras yang menguruskan kes ini atas alasan UPNM mahu menjalankan siasatan dalaman dan kononnya akan membuang 3 orang senior tersebut.

Pihak keluarga telah berjumpa dengan 4 orang peguam sebelum ini namun tiada seorang pun yang berani untuk mengambil kes ini kerana risiko yang tinggi dan tiada bukti kukuh. InshaAllah kami akan membuat laporan kedua bagi membuka kes ini.

2. Status terkini rakan arwah yang turut dipukul pada hari kejadian.
Masih belajar di UPNM namun kami gagal menghubungi dia dan keluarganya.

Akhirnya, kami dari pihak keluarga berharap agar semua dapat berkongsi tentang kes ini dan sekiranya ingin menghulurkan apa-apa bantuan, boleh berhubung terus dengan saya dengan menghantar Personal Message (PM) di Facebook, sekian terima kasih.

Kemaskini: Di sini saya nak betulkan sedikit fakta kerana ada yang keliru:

1. Yang pukul arwah adalah 3 orang senior tapi yang ke air terjun (2 hari selepas dipukul) adalah 7 orang rakan sama batch dengan arwah. Pada hujung minggu tersebut, hanya junior Asasi yang diberi pelepasan untuk bercuti hujung minggu.

2. Keputusan post mortem adalah kesukaran bernafas dan menyebabkan lemas. Laporan yang kami peroleh adalah ringkas(tiada gambar) dan dinyatakan tiada langsung kesan lebam di badan arwah. Saksi kejadian(7 orang rakan arwah) memberi keterangan kepada Balai Polis Bentong bahawa arwah lemas selama 15 minit akibat termasuk di pusaran air.

Saya harap dapat kurangkan kekeliruan dan spekulasi yang timbul, terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 04:57 PM | Show all posts
annehuda replied at 9-11-2021 08:49 AM
meols rasa kes yg ni

https://www.thevocket.com/kakak-kongsi-kisah-kematian-adiknya-amirul-nashriq ...

yes betul..kes yang ni sis... so UPNM ni mmg ade masalahla kan.. tp adekah ade bekap besar yang buatkan dorg rase besar.. dh dua kes kematian yang diketahui.. yang x diketahui kita xtaw... dasyat betul manusia2 yang handle UPNM ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nuril86 replied at 9-11-2021 08:46 AM

Tq for sharing.

Kalau ada petisyen supaya 6 jahanam tu dijatuhkan hukuman lagi berat, i nk support.

I rase kenapa 6 jahanam tu tak de rase penyesalan pun membunuh org sbb dia rase dia betul dan ade manusia mcm si 'closing' tu  yg masih sokong depa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:20 PM | Show all posts
nuril86 replied at 9-11-2021 04:57 PM
yes betul..kes yang ni sis... so UPNM ni mmg ade masalahla kan.. tp adekah ade bekap besar yang bu ...

ade backup besar

sebb yg jadi ketua pembuli anak2 org besar


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:23 PM | Show all posts
ape cerita terbaru kes ni yer
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 01:19 PM | Show all posts
nuril86 replied at 9-11-2021 04:57 PM
yes betul..kes yang ni sis... so UPNM ni mmg ade masalahla kan.. tp adekah ade bekap besar yang bu ...

mcm pernah ingat adik ipar cakap.. ex junior dia kat sekolah dulu bunuh diri sebab tak tahan kena buli di upnm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 02:08 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 10-11-2021 04:20 AM
ade backup besar

sebb yg jadi ketua pembuli anak2 org besar

mmg smpi sudahla xde pembelaan klw mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 02:10 PM | Show all posts
ajiqah replied at 10-11-2021 05:19 AM
mcm pernah ingat adik ipar cakap.. ex junior dia kat sekolah dulu bunuh diri sebab tak tahan kena  ...

hish... kesiannya... smpi mcm tu sekali kesan yang kne buli tu rasa.. mesti teruk sgt dibuli smpi dh tahap bunuh diri.. tp biasela UPNM yang kaki buli ni , xde penyesalan pon kan... xpela.. masing2 lupa yang Allah tu maha melihat ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ajiqah replied at 10-11-2021 01:19 PM
mcm pernah ingat adik ipar cakap.. ex junior dia kat sekolah dulu bunuh diri sebab tak tahan kena  ...

Upnm ni ptt ditelanjangi ke apa ni?teruk nor...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:46 PM | Show all posts
Mrs_barn replied at 5-11-2021 10:45 PM
Anak sis kawan arwah ke.. si minah najihah tu dok citer kata arwah mmg ada attitude problem.. rasa ...

arwah dgn anak saya satu kelas, sama2 engine tp major lain2, maknanya ad kelas yg sama2, najihah tu menurut kata anak saya bukan najihah makwe salah sorang 6  jahanam tu. yg tu anak saya pasti mmg bukan makwe salah sorang budak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063577 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list