CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 19-4-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 19-4-2022 09:20 AM
dah ada pengurangan

Endemik dah kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 04:06 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-4-2022 06:39 AM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
19 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 18 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%(Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (51%) dan Negeri Sembilan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 68 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator9%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 18 April 2022, sebanyak 308 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 171 kes (55.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 137 kes (44.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 April 2022:
  • Kes sembuh: 14,423 kes [4,264,127 kes kumulatif          (97.0%)];
  • Kes baharu: 7,140 kes (4,396,165 kes kumulatif);
  • Kes import: 264 kes [206 warganegara (78.0%); 58 bukan warganegara (22.0%)];
  • Kes tempatan: 6,876 kes [6,594 warganegara (95.9%); 282 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 110 kes (57 kes disahkan COVID-19; 53 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 68 kes (37 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 18 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor0.91
Negeri Sembilan0.87
Terengganu0.87
Perak0.86
WP Kuala Lumpur0.84
Melaka0.83
Johor0.79
Pulau Pinang0.76
Sabah0.74
Kedah0.71
Sarawak0.70
Pahang0.67
Kelantan0.63
WP Putrajaya11 kes
Perlis10 kes
WP Labuan7 kes
MALAYSIA0.88
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • : (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • : (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 April 2022 @ 10.00 pagiLampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 09:10 AM | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2022 10:13 AM
Cam kena denggi je...cuma kena kuarantin...

adik baru sembuh dari denggi. saspen je ingatkan positive.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 09:15 AM | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2022 10:20 AM
Oh sira yg pedas my favourite too

tengok resepi, nak buat nampak mudah. cuma preparation kena extra effort.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 09:16 AM | Show all posts

endemik pun masih juga kes positif sana sini.  huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2022 08:10 AM
adik baru sembuh dari denggi. saspen je ingatkan positive.

Huh...denggi pun bshaya...mujur sembuh hirup sup ketam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2022 08:15 AM
tengok resepi, nak buat nampak mudah. cuma preparation kena extra effort.

Ni posa...ABC je rajin masak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2022 08:16 AM
endemik pun masih juga kes positif sana sini.  huhu.

Varian baharu dah ada sini ke  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 01:00 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-4-2022 04:09 AM

  • SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
    20 APRIL 2022
    PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 19 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

    • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
    • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
    • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
    • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 64 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 8%.
    Jadual 1:  Penggunaan katil COVID-19 bagi ICU dan bukan ICU di hospital dan PKRC pada 19 April 2022

    Jadual 2: Penggunaan keseluruhan katil termasuk kes COVID-19 dan bukan COVID-19 di hospital awam pada 19 April 2022
    Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
    Jadual 3: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 ke hospital awam mengikut kategori dan negeri pada 19 April 2022
    KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
    Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
    Pada 19 April 2022, sebanyak 241 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
    • 97 kes (40.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
    • 144 kes (59.8 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
    Rajah 1: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 berdasarkan kategori ke hospital
    Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 April 2022:
    • Kes sembuh: 10,619 kes [4,274,746 kes kumulatif (97.1%)];
    • Kes baharu: 6,069 kes (4,402,234 kes kumulatif);
    • Kes import: 110 kes [73 warganegara (66.4%); 37 bukan warganegara (33.6%)];
    • Kes tempatan: 5,959 kes [5,745 warganegara (96.4%); 214 bukan warganegara (3.6%)];
    • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 97 kes (59 kes disahkan COVID-19; 38 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
    • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 64 kes (36 kes disahkan COVID-19; 28 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
    PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
    Daripada 6,069 kes harian yang dilaporkan pada 19 April 2022:
    • Kategori 1: 2,598 kes (42.81%);
    • Kategori 2: 3,426 kes (56.45%);
    • Kategori 3: 21 kes (0.35%);
    • Kategori 4: 10 kes (0.16%); dan
    • Kategori 5: 14 kes (0.23%).

    Daripada 45
  • kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 April 2022:

    • 9 kes (20.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
    • 18 kes (40.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
    • 18 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
    • 21 kes (46.67%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • 26 kes (57.78%) mempunyai komorbid.
    KLUSTER COVID-19
    • Jumlah kluster: 6,995 kluster;
    • Jumlah kluster baharu: 5 kluster;
    • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,886 kluster; dan
    • Jumlah kluster aktif: 109 kluster.
    NILAI RT
    Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
    NEGERINILAI R[size=12.375px]T
    Negeri Sembilan0.90
    Selangor0.88
    Melaka0.88
    Perak0.87
    WP Kuala Lumpur0.87
    Terengganu0.85
    WP Putrajaya0.83
    Johor0.78
    Pulau Pinang0.77
    Sabah0.73
    Sarawak0.70
    Kedah0.69
    Pahang0.68
    Kelantan0.64
    Perlis6 kes
    WP Labuan4 kes
    MALAYSIA0.86
    Jadual 4: Nilai R[size=10.2094px]T mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 19 April 2022 *Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
    NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
    KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
    • Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
    • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
    • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
    • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera
  • atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 06:22 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-4-2022 11:44 AM
Huh...denggi pun bshaya...mujur sembuh  hirup sup ketam...

selain ketam,ada lagi satu petua minum 100 plus untuk cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 06:28 PM | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2022 05:22 PM
selain ketam,ada lagi satu petua minum 100 plus untuk cepat sembuh.

Ye...sakit jantung pun...lps operate...minum 100 plus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 06:31 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-4-2022 11:45 AM
Ni posa...ABC je rajin masak

saya pun kadang2 masak. kalau tak sempat, ada juga makanan beli kat bazar ramadan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 06:41 PM | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2022 05:31 PM
saya pun kadang2 masak. kalau tak sempat, ada juga makanan beli kat bazar ramadan.

Ingat nak buat bubur lambuk...tersinggah kedai nasi kerabu...terborong macam2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 12:19 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 22-4-2022 03:12 AM

Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 21, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 20 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 63 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 8%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 20 April 2022, sebanyak 243 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 119 kes (49.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 124 kes (51.0 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 April 2022:
  • Kes sembuh: 8,267 kes [4,283,013 kes kumulatif (97.1%)];
  • Kes baharu: 6,968 kes (4,409,202 kes kumulatif);
  • Kes import: 32 kes [24 warganegara (75.0%); 8 bukan warganegara (25.0%)];
  • Kes tempatan: 6,936 kes [6,718 warganegara (96.9%); 218 bukan warganegara (3.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 97 kes (58 kes disahkan COVID-19; 39 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (38 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 6,968 kes harian yang dilaporkan pada 20 April 2022:
  • Kategori 1: 2,854 kes (40.96%);
  • Kategori 2: 4,083 kes (58.60%);
  • Kategori 3: 11 kes (0.16%);
  • Kategori 4: 8 kes (0.11%); dan
  • Kategori 5: 12 kes (0.17%).
Daripada 31 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 April 2022:
  • 4 kes (12.90%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 15 kes (48.39%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 12 kes (38.71%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 15 kes (48.39%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 19 kes (61.29%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,999 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,893 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 106 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 20 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Melaka0.89
Selangor0.88
WP Kuala Lumpur0.87
Negeri Sembilan0.86
Perak0.85
WP Putrajaya0.85
Johor0.79
Terengganu0.77
Pulau Pinang0.76
Sabah0.73
Sarawak0.69
Kedah0.69
Pahang0.66
Kelantan0.63
Perlis13 kes
WP Labuan6 kes
MALAYSIA0.84
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 11-4-2022 10:41 AM
semalam saya gantung periuk sebab berbuka di rumah MIL. balik rumah SIL dan abang temankan parent  ...

Terkini...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2022 06:20 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-4-2022 06:28 PM
Ye...sakit jantung pun...lps operate...minum 100 plus

baru saya tahu 100 plus pun sesuai untuk sakit jantung. adik lepas baik denggi, sakit sendi on off
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2022 06:22 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-4-2022 06:41 PM
Ingat nak buat bubur lambuk...tersinggah kedai nasi kerabu...terborong macam2

rambang mata pegi bazar ramadan. hehe. kalau kat johor, merata orang jual air katira. kat sini tak jumpa langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:32 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:20 PM
baru saya tahu 100 plus pun sesuai untuk sakit jantung. adik lepas baik denggi, sakit sendi on off ...

Ni ada jumpa pesakit jantung dlm flight...dia yg bagi tahu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:33 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:22 PM
rambang mata pegi bazar ramadan. hehe. kalau kat johor, merata orang jual air katira. kat sini tak ...

Tersangkut dah ayo katira & buah naga...hari ni ayo nyo & mangga asam boi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2022 06:38 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-4-2022 06:32 PM
Ni ada jumpa pesakit jantung dlm flight...dia yg bagi tahu

good info. saya pun first time tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 5.634749 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list