CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THE BODY ACHIEVES WHAT THE MIND BELIEVES

 Close [Copy link]
Post time 1-10-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:06 AM | Show all posts
tari replied at 1-10-2024 07:31 AM
selamat pagi nuki

arini apa khabar

hi tari

harini kelam kabut sikit

okay lah

tari pulak?


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:07 AM | Show all posts
tari replied at 1-10-2024 07:31 AM
selamat pagi nuki

arini apa khabar

busy ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 08:19 AM | Show all posts
Penyanyi veteran Khadijah Ibrahim cedera, kemalangan di Beaufort








Keadaan kereta pacuan empat roda dinaiki Datuk Khadijah Ibrahim yang terbabit kemalangan dengan sebuah Toyota Avanza dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort - Kota Kinabalu, Beaufort, Sabah petang tadi.- Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat








BEAUFORT: Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu, di sini.
Selain Khadijah, turut cedera dalam kenderaan pikap terbabit ialah Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.
Bagaimanapun, keadaan penyanyi berkenaan dilaporkan baik dengan ketiga-tiga mereka dapat keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.



Khadijah yang dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan berdarah sedikit di tangan dipercayai memandu kenderaan terbabit.
Beliau juga sempat memaklumkan kepada anggota bomba dan polis yang tiba di lokasi kejadian mengenai konsertnya yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November ini.
Selain itu, pemandu dan penumpang kereta Toyota Avanza yang dikenali sebagai Liaw Lee Jin, 30 dan Fong Pak Man, 60 juga dilapor cedera.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.29 petang tadi.
Sejurus selepas itu, katanya seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi bersama jentera yang diketuai PBK II Irwan Abdul selaku Komander Operasi dan tiba pada jam 5.34 petang.
"Selepas tiba, Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu kereta Toyota Hilux bertembung dengan kereta Toyota Avanza.
"Terdapat lima orang mangsa terlibat dan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.
"Dua mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga orang mangsa dalam kenderaan Toyota Hilux dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Operasi berakhir pada jam 6.10 petang.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1305032/penyanyi-veteran-khadijah-ibrahim-cedera-kemalangan-di-beaufort


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:20 AM | Show all posts
24 ahli, CEO GISBH disambung reman 5 hari lagi - KPN





KUALA LUMPUR: Seramai 24 individu termasuk pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali,direman lima hari lagi bermula hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu, berkata kesemua mereka disambung reman sehingga 4 Oktober ini untuk siasatan berkaitan satu laporan kes ekploitasi buruh paksa.
Menurutnya, kesemua direman berkait siasatan kes itu yang dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022.
"Mereka ditahan reman sekali lagi susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Cheras yang dieksplotasi suspek ketika bekerja disyarikat terbabit dan tidak menerima bayaran gaji," katanya ketika dihubungi hari ini.


Media sebelum ini melaporkan seramai 19 individu terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita termasuk CEO GISBH ditahan di empat unit kondominium di Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini kira-kira jam 5.40 pagi, 19 September lalu.

Lima lagi individu termasuk seorang anak kepada pimpinan utama GISB Holdings itu ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira jam 6 petang, 18 September lalu.

Kesemua 24 individu terbabit berusia 25 hingga 65 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 19 September lalu dan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Selepas reman mereka tamat pada 25 September, tempoh reman disambung lagi empat hari sehingga semalam.

Terdahulu, Razarudin dilaporkan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan bekas pengikut GISBH yang mendakwa dijadikan 'buruh paksa' kumpulan itu.

Razarudin dilaporkan berkata laporan itu muncul susulan gesaan beliau supaya mangsa yang pernah dieksplotasi kumpulan itu tampil membuat laporan polis.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1305046/24-ahli-ceo-gisbh-disambung-reman-5-hari-lagi-kpn






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 08:23 AM | Show all posts
Saya okay - Khadijah Ibrahim








KUALA LUMPUR: "Saya okay dan tiada kecederaan serius."

Demikian reaksi penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim, 65, yang dilapor terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu di Beaufort, Sabah, petang tadi.

Khadijah yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) berkata, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa biarpun ditimpa musibah.


Saya akan terus bekerja seperti biasa," katanya kepada BH Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, Khadijah penyanyi berada di Brunei Darussalam dan Kota Kinabalu kerana menguruskan soal tajaan dan pembelian meja untuk Konsert Amal Legends di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu, pada 1 November depan.

Selain Khadijah, konsert itu menampilkan penyanyi rock, Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah, gitaris terkenal, Man Keedal serta penyanyi kekahiran Sabah seperti Azharina dan Ayu Damit.

Sementara itu, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez lega selepas dimaklumkan Khadijah berada dalam keadaan baik.

"Khaty hubungi saya dan beritahu dia dalam keadaan baik.

"Dia berjanji akan hubungi saya untuk memaklumkan perkembangan terkini. Mungkin sekarang dia sibuk uruskan soal kemalangannya itu.

"Jadi, saya tunggu sahaja panggilannya," katanya.





Foto Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beaufort



Pada kejadian jam 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah dilapor bertembung dengan Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu..

Selain Khadijah, turut cedera dalam kenderaan pikap terbabit adalah Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.

Bagaimanapun, media melaporkan Khadijah hanya mengalami cedera ringan dan berdarah sedikit di tangan.

Ketiga-tiga mereka dapat keluar sendiri daripada kenderaan sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba membantu mangsa.




https://www.bharian.com.my/hibur ... ay-khadijah-ibrahim


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 1-10-2024 06:33 AM

Outstation. Tunggu kereta bff
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:51 AM | Show all posts
tari replied at 1-10-2024 07:56 AM
hi noni

semangat pagi ni

Hi Tari, selamat pagi, semuga ceria ceria selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 08:51 AM | Show all posts

Selamat pagi Nini
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:25 AM | Show all posts
Tol percuma tamat, jajaran Seksyen 1 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat mula kenakan tol









KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi Jajaran Seksyen 1, yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) mula dilaksanakan tengah malam tadi.
Dalam satu kenyataan, WCE memaklumkan jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu sebelum ini beroperasi secara percuma selama sebulan sejak 31 Ogos lalu.
"Kadar tol dan kaedah pembayaran kadar tol di Seksyen 1 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuh raya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas.
"Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuh raya SKVE.


"Kutipan tol Seksyen 1 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch 'N Go, Smart Tag dan RFID.
"Justeru, pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau muat turun aplikasi WCE App atau menghubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau e-mel di [email protected] jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol.
WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping (Changkat Jering), Perak dan akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305126/tol-percuma-tamat-jajaran-seksyen-1-lebuh-raya-persisiran-pantai












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:26 AM | Show all posts
Anwar terima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia di Kota Bharu hari ini









KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) hari ini.
Majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu akan diadakan di Istana Negeri di Kubang Kerian pada jam 2 petang.
Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.


Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Sementara itu, menerusi lawatan Perdana Menteri di Kelantan hari ini, Anwar turut melawat Pasar Siti Khadijah dan dijangka akan membuat pengumuman tertentu.
Selain itu, Anwar turut melawat tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha.






https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305120/anwar-terima-darjah-kebesaran-mahkota-kelantan-yang-amat-mulia-di

















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:27 AM | Show all posts
@nona84  bukan semalam rant ada yg komplen ke

kenapa pm gi sarawak tak gi ambik pingat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:34 AM | Show all posts
good morning
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 09:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:36 AM | Show all posts
nuki12 replied at 1-10-2024 09:27 AM
@nona84  bukan semalam rant ada yg komplen ke

kenapa pm gi sarawak tak gi ambik pingat

hihi

nonstop lagi hari ni

patut hari ahad lagi pergi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:41 AM | Show all posts
Sabari Baharom dicampak ke Sungai Padang Terap, mayat belum ditemui - Polis





[size=14.399999618530273px]Anak ketiga mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25 ditemui media selepas polis sahkan bapanya Sabari Baharom (gambar kecil) dibunuh. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.


[size=14.399999618530273px]


JITRA: Kehilangan Sabari Baharom, 62, pesara pegawai kewangan FELCRA di Baling sejak 4 September lalu, akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.
Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.
Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan, Jumaat lalu.

Beliau berkata, susulan perkembangan kes orang hilang, pihaknya berjaya mengesan dan menahan dua suspek lelaki yang disyaki dapat membantu siasatan kes berkenaan.
"Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.


"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal ditemui dan usaha mencari masih dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Beliau berkata, polis juga memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa.
"Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
"Namun, orang ramai diminta membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.
Kehilangan mangsa menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.
Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.
Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1305003/sabari-baharom-dicampak-ke-sungai-padang-terap-mayat-belum-ditemui-polis


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:41 AM | Show all posts
ada la bini rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 1.207895 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list