CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
Post time 1-11-2011 02:32 PM | Show all posts
Tak jelas quote anda. Nak hebahkan APA kepada SIAPA?
andria Post at 1-11-2011 14:29


saya bertanya.. so cari la sendiri kan dah bagi tu... surah apa ayat apa... saya mmg takde ilmu tu yg tepek kat sini dgn tujuan bertanya... org lain pun boleh tau sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2011 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 1-11-2011 15:05
saya bertanya.. so cari la sendiri kan dah bagi tu... surah apa ayat apa... saya mmg takde ilmu  ...
want2bhappy Post at 1-11-2011 14:32



    Maaf, anda meletakkan quote tersebut tanpa relate kannya kpd apa2. Jadi saya kurang jelas, anda letak quote itu utk kaitkannya dgn apa? Apakah kaitan quote itu dgn thread ini? Atau anda mahu ada seseorang yg menghuraikan quote itu? Anda just beri quote dan tak jelaskan dgn lebih lanjut apa yg anda mahu kami lakukan mengenainya, sebab itu saya bertanya. Maaflah kalau saya ni lambat pick-up.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 03:06 PM | Show all posts
Maaf, anda meletakkan quote tersebut tanpa relate kannya kpd apa2. Jadi saya kurang jelas, ...
andria Post at 1-11-2011 15:03


err saya relatekan dengan cerita yg awak kongsikan dalam thread awak ni la... so mcm ada kene mengena jer... or saya yang salah faham... err abaikan ajer lah eh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 03:34 PM | Show all posts
Teringat lagu M. Nasir.


Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 03:34 PM | Show all posts
Teringat lagu M. Nasir.
andria Post at 1-11-2011 15:34


ekekeke i know that lyrics too... tq..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 03:39 PM | Show all posts
Jadi terpulanglah.. kpd sesiapa yg mahu membaca thread ini dari 'mata burung', atau dari 'dalam tempurung'...  anda yg menentukan, di mana anda berdiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2011 02:40 AM | Show all posts
Maaf, kalau yang saya paste ni nanti anda marah ke hapa... semalam masa tgh duduk2 tgk tv al-hirah.. ...
want2bhappy Post at 1-11-2011 12:06


ayat ini dengan thred ini mmg ada sesuatu yang boleh di kaitkan.......


sume bijak pandai ...so tak perlulah nak tanya aku plak dimanakah hubungkait itu......


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 09:09 AM | Show all posts
Assalamualaikum TT..maaf ye mengganggu..sy tgk TT ni mcm begitu yakin dgn apa yg TT rasa.kenapa tak rujuk saja pada yang lebih arif tentang perasaan TT ni?ataupun maybe ada TT sebutkan tapi saya yg terlepas pandang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2011 09:12 AM | Show all posts
Semalam di tempat saya, kilat kelihatan di langit tanpa guruh (guruh terlalu jauh utk didengar ...
andria Post at 24-10-2011 19:46



bagi saya ini fenomena biasa sj
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 2-11-2011 10:22
Assalamualaikum TT..maaf ye mengganggu..sy tgk TT ni mcm begitu yakin dgn apa yg TT rasa.kenapa tak  ...
gungyu Post at 2-11-2011 09:09



    Saya rasa anda kena baca thread ini dari awal, sebab mmg banyak yg anda terlepas pandang. Saya dah banyak kali kata, saya tak claim 'rasa' saya ni 100% tepat. Saya cuma 'berkongsi' apa yg saya 'rasa' saja. Itu intinya di sini - sekadar berkongsi rasa dan cerita. Entah betul entah tidak. Saya juga tidak pernah mengajak sesiapa lari ke gunung, atau berhenti kerja, atau meninggalkan semuanya dan tinggal sorang2 dalam hutan.

Juga, thread ini dibuka di dalam Forum Misteri, Paranormal & Sakti, jadi semua yg ada di dlm thread ini, berada di bawah Misteri, Paranormal & Sakti. Kalau semua yg berada di dlm Forum Misteri, Paranormal & Sakti ini hendak disampaikan kpd golongan2 yg 'lebih arif', nescaya KESEMUA thread2 tentang hantu2, teori2, pengalaman paranormal, akan DISAMPAIKAN kpd golongan2 yg lebih arif tersebut. Bukan thread saya saja. Jadi adakah harus kita meminta KESEMUA penulis2 thread di dlm Forum Misteri, Paranormal & Sakti ini, menutup thread mereka, dan serahkan saja KESEMUA cerita & rasa mereka, kpd golongan2 yg lebih arif?

Dan sekiranyalah saya ingin YAKIN bahwa rasa saya kesemuanya benar, maka saya BERHAK merasakan sedemikian, kerana ANDA BUKAN SAYA. Anda tidak rasa apa yg saya rasa, dan anda tidak tahu apa yg saya tahu. Setiap org BERHAK merasa YAKIN dgn pegangannya sendiri. Tapi di atas saya, ada yg LEBIH MENGETAHUI. Jadi utk saya, saya serahkan saja kpd Yg Maha Tahu itu, dan dlm masa yg sama, saya percaya tidak ada salahnya saya membuka thread ini dan berkongsi rasa serta cerita saya dgn org lain. Sekurang2nya, selain berhibur dgn cerita2 hantu dan paranormal di sini, saya dpt juga mengajak manusia bermuhasabah, agar sama2 lebih memperbaiki diri, dan menjadi lebih baik dari semalam.

Setiap sesuatu yg berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Thread ini berada di sini, juga ada hikmah di sebaliknya. Terpulang sama ada anda sendiri yg ingin melihatnya dari sudut pandangan NEGATIF, atau POSITIF. Klu anda ambil negatif, negatiflah yg anda dapat. Klu anda ambil positif, positiflah yg anda dapat. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 10:20 AM | Show all posts
bagi saya ini fenomena biasa sj
gungyu Post at 2-11-2011 09:12



   Lain padang, lain belalang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 07:47 PM | Show all posts
ye le
manusia kan
penuh dalam akalnya
1001 orang, ada 1001 macam ragam
tapi 1001001 citarasa yg berbeza
tepuk dada tanya selera
mau ikut JALAN MANA????

I.................just followwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 09:19 AM | Show all posts
Yelah, kalau dapat manfaat dari pembacaan thread ni teruskan membaca. Kalo rasa kandungan thread kat sini mengarut dan tak masuk akal, then just gedaut.

Takder saper pun paksa korang percaya apa yang tertulis kat sini. Dah nama pun board misteri. Sama jugak dengan citer hantu, penanggal dan lain-lain. takder saper pun paksa korang percaya.....melainkan kalo korang pembaca yang berumur 18 tahun kebawah (maka perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa sebelum membaca kandungan di thread ini). Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 09:58 AM | Show all posts
Yelah, kalau dapat manfaat dari pembacaan thread ni teruskan membaca. Kalo rasa kandungan thread kat ...
tarabas1976 Post at 3-11-2011 09:19


mantap especially part 'gedaut' tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 487# perembes

bijak bijak10 markah jeeeeee


tak salah jari ni menekan huruf2 yeeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 10:45 AM | Show all posts
laut akan bergelora..ombak ganas akan menghempas pantai dimana semakin lama akan menghakis tebing terus membanjiri kawasan yg berhampiran....semakin lama semakin naik dan menjadi bah besar.....errrmmm entahlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 12:41 PM | Show all posts
mantap especially part 'gedaut' tu
immortallez Post at 3-11-2011 09:58


perkataan 'gedaut' pernah digunakan oleh jiran sebelah
untuk menghalau budak2 bermain badminton di jalan belakang rumah
sampai skrang budak2 panggil dia pakcik gedot.....

sori TT - sekadar terkenang peristiwa yg tlh berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply 496# ilahkhatibrani

Bleh diterima akal....
peratusan air lebih byk dari daratan...
apa akan terjadi pada masa itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2011 02:03 PM | Show all posts
Manusia selalu takut kpd apa yg mereka tidak tahu, tidak nampak dan tidak mengerti. Jadi apabila mereka berhadapan dgn sesuatu perkara yg mempunyai elemen2 ini, automatik, mereka bersikap defensif, dan menafikan semuanya - kerana bagi mereka, itu jauh lebih mudah dari mencuba menyusahkan diri menggunakan otak/akal, utk berfikir lebih jauh lagi. Mereka hanya nampak apa yg ada di depan mereka, dan mereka cukup berpuas hati hanya setakat itu.

Di satu sudut yg lain, ada manusia yg sentiasa berfikir, dan mencari2 kebenaran di sebalik apa yg dihijabkan dari pandangan mata dan hati. Mereka percaya bahawa kehidupan ini bukanlah seperti kehidupan sekandang lembu - keluar dari kandang, meragut rumput, dan kembali semula ke kandang, utk hanya disembelih oleh pemilik lembu di kemudian hari. Ada manusia yg sentiasa mencari2 kebenaran, ada manusia yg sentiasa mencari2 jawapan kpd persoalan yg tidak putus2 melanda minda.

Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (QS. 39:9)


Renung2kan, dan selamat beramal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2011 02:07 PM | Show all posts
Diulangi utk yg ke sekian kalinya. Thread ini bukanlah thread meramal, bukan thread menunjuk2 siapa lebih hebat, bukan juga thread utk menakut2kan. Thread ini hanyalah thread berkongsi tentang 'suatu rasa', yg mungkin 'tidak dirasa' oleh mereka2 yg mempersoalkan 'mengapa munculnya thread ini', dan kenapa tidak diserahkan saja kpd 'golongan2 yg arif'. Thread ini hanyalah thread 'sembang kosong di kedai kopi'... tiada 'bukti' yg hendak dipersembahkan kpd golongan2 yg arif lagi mulia.

Di bawah ialah satu senario, yg berlaku di sebuah kedai mamak...


Mat: 'Hey Din, kau tau tak, aku rasakan, ada sesuatu akan terjadi la pada 8 atau 9 November nanti.'

Din: 'Ya ke? Rasa apa? Apa yg akan terjadi?'

Mat: 'Entahlah.. tapi aku tak sedap hati.. kau tau tak, dekat US kan, diorg akan buat Emergency Alert System utk kali pertama, pada 9 November ni. Lepas tu, diorg akan shut down semua media radio & tv selama kira2 3 minit. Dan dan 3 minit. Tah2 lepas tu terus tak on dah.'

Din: 'So, apa masalahnya?'

Mat: 'Ya la.. masalahnya, pada 9 Nov juga, UNESCO akan buat tsunami exercise utk beberapa negara dan kepulauan pasifik..'

Din: 'Jadi?'

Mat: 'Dan pada 9 Nov juga, ialah tarikh di mana Komet YU55 dijangka melintasi bumi pada jarak yg paling dekat..'

Din: 'Hmmm...'

Mat: 'Adakah semua ni kebetulan je? Kenapa US buat emergency alert system pada tarikh yg sama dgn unesco buat tsunami exercise, dan tarikh yg sama dgn jangkaan komet YU55 akan melintasi bumi? Tu klu melintasi, klu terhempas kat bumi?'

Din: 'Klu terhempas, kenapa? Apa yg jadi?'

Mat: 'Klu terhempas kat bahagian Pasifik, kat laut, tsunami besar2an akan berlaku..'

Din: 'Ala, tu semua kebetulan je tu..'

Mat: 'Ya ke kebetulan.. dah tu kenapa US yg selama ni tak penah2 buat emergency alert nationwide selama 50 tahun, tiba2 nak buat, dan tarikh yg sama plak dgn komet tu dijangka melintasi bumi? Dan kenapa unesco buat tsunami exercise pada tarikh yg sama? Dan kenapa tahun ni, APEC buat meeting kat Hawaii..'

Din: 'Apa masalahnya buat kat Hawaii pulak?'

Mat: 'Sebab kat Hawaii tu ada secret underground bunker.. klu jadi apa2, diorg boleh sembunyi kat sana.. dan dan pulak meeting APEC tu tak jauh dari tarikh komet tu.. mesti org2 APEC tu dtg awal kan? Ada kemungkinan diorg semua sembunyi dlm bunker tu sebelum 9hb Nov..'

Din: 'Kesimpulannya?'

Mat: 'Adakah semuanya satu kebetulan? US buat emergency alert tu pd 9 Nov.. unesco buat tsunami exercise 9 Nov.. APEC meeting tak lama lepas tu.. dan komet YU55 pun dijangka melintasi bumi 9 Nov.. kau tak nampak ke kaitan semua ni?'

Din: 'Yg aku nampak, kau ni dah banyak sgt berteori konspirasi, sampai dah jadi paranoid. Semua tu kebetulan jer..'

Mat: 'Kebetulan? Kau tau tak, masa peristiwa 9/11, US juga ada announce yg diorg akan buat terrorist attack exercise pada 9/11.. alih2, betul2 lak, bukannya exercise lagi.. peristiwa London 7/7 pun sama.. London ckp diorg nak buat terrorist exercise pd 7/7.. dan dan peristiwa teroris tu terjadi pd tarikh yg sama yg diorg kata nak buat exercise tu.. ha, skg ni, US kata nak buat Emergency Alert pula pd 9 Nov.. ntah2 betul2 akan ada emergency alert pd 9 Nov tu.. sama mcm 9/11 dan 7/7.. semua ckp 'tak, ni test jer'.. test ape.. dah semuanya terjadi pada hari yg sama.. test ke tu? Takkan 2 kali kebetulan?

Lagipun, kau tau tak, FEMA, badan yg bertanggungjwb mengendalikan emergency besar2an kat US, dah siap beli 500,000 coffin pd tahun 2008... lepas tu, bulan Julai lepas, diorg beli dehydrated survival food berjumlah 1 BILLION! Kenapa? Utk apa semua persediaan tu? Takkan US saja2 nak buang duit utk beli benda2 yg tak akan digunakan? Cubalah kau pikir...'

Din: (Berfikir)

Mat: 'Aku tau.. lambat laun, mesti kita akan kena punyalah.. kau pikir bumi ni akan terus mcm ni jer, lepas tu tiba2 kiamat tanpa ada tanda2? Skg ni berapa bnyk dah gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir... tunggu masa jer skg ni.. dan aku rasa, comet elenin tu sengaja ditimbulkan supaya kita fokus pd elenin dan tak fokus pd komet YU55.. sdgkan komet ni la yg skg ni tgh menuju ke arah kita..'

Din: 'Ni semua perasaan kau jer.. tak semestinya betul..'

Mat: 'Ya la, aku tak ckp pulak apa yg aku rasa ni betul.. aku cuma nak kongsikan dgn kau jer.. kalau pun betul, apa yg kita boleh buat, ye dak? Lagi pun, klu apa yg aku rasa ni betul, mungkin selepas ni kita pun tak jumpa lagik dah.. buatnya komet tu jatuh kat Pacific, negara kita Malaysia pun kena gak..'

Din: 'Mengarutlah kau ni.. komet tu takkan kena bumi la..'

Mat: 'Ya la.. apa yg aku dok rasa ni, mungkin mengarut jek.. biasalah, manusia kan boleh rasa.. klu apa yg aku rasa ni salah, baguslah.. sapa plak yg nak mati awal, klu bekalan pun tak cukup lagi, ye dak..'

Din: 'Tau takpe.. jom, makan roti telur dulu.. mamak! Roti telur 2! Eh Mat, kau tau tak.. semalam kan aku jumpa artis Maya Karin.. fuiyooo magik! Cantik woooooo...'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.220105 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list