CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: doubleA

[EDISI ALL ABOUT ZAMANI/SLAM V10] Happy 44th Birthday AbgAdek!

 Close [Copy link]
Post time 26-5-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeus79 replied at 26-5-2015 06:18 PM
Naik flight takut... Naik bot mabuk.. Naik krete je dtg singapore la.. I'll be waiting for you heh ...

U Adek tu serba serbi takutkn kaka...ke gayat...hihihi...
Agaknya kalo naik train terbang kot bdn die...espeselly train lju tu...
Kena ikt kaki tangan la cm gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2015 06:40 PM | Show all posts
kejap nak telek gambo ni lagi.

motip abe shah tak butangkan baju tu betul2? panas ke? seksi ke?

tapi iols suka la gaya shah ni, simple tapi macho je.

abgadek pulak pakai baju sampai 2 lapis, butang ke atas tu haa.

sopannya anak mak ni


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA posted on 26-5-2015 06:21 PM
haha ke singapore kalau mmg abgadek naik kereta kan?

apa salahnya.

Utara mana? Tganu ka?? Nak jumpa sapa kat utara tu?? Nak kene lempang ka?? Haha..

Bertuah abgadek ni.. Kemana kaki melangkah, ada je yg sanggup terima.. Gi jepun ade AA.. Gi Sg ade meols (ahem2).. Kat kl ade abam loyer.. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2015 06:45 PM | Show all posts
Zeus79 replied at 26-5-2015 06:42 PM
Utara mana? Tganu ka?? Nak jumpa sapa kat utara tu?? Nak kene lempang ka?? Haha..

Bertuah abga ...

choy sgt terengganung tu utara, itu pantai timur la kaka

dimaafkan sbb kaka org sg

utara malaysia is perlis, kedah, penang nuu, perak utara pun consider utara jugak la kot ek.

sebab nak jauh dari loyer la abgadek kena samada kawen org utara atau selatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
siparipari posted on 26-5-2015 06:22 PM
U Adek tu serba serbi takutkn kaka...ke gayat...hihihi...
Agaknya kalo naik train terbang kot bdn ...

Kasi mkn obat tido je haha.. Bila dah tido, pikul je heols naik ape2 yg perlu.. Bukan berat sangat pun :p
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA posted on 26-5-2015 06:45 PM
choy sgt terengganung tu utara, itu pantai timur la kaka

dimaafkan sbb kaka org sg

Haha.. Sorry.. Subjek geografi mmg kaka fail..hehe.. Org selatan je la.. Bawah sIkit dari JB tempat paling best cari calon isteri :p .. Abam loyer confirm tak kuasa nak jejak sampai ke situ hehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA posted on 26-5-2015 06:40 PM
kejap nak telek gambo ni lagi.

motip abe shah tak butangkan baju tu betul2? panas ke? seksi ke? : ...

Kaka tengok gambar ni berkali2.. Rasa mcm Zamani suddenly shrink gitu.. Dulu tak ketara sangat beza saiz ngan shah.. Kat gambar ni.. Shah mcm terlebih macho & tinggi pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2015 06:54 PM | Show all posts
Zeus79 replied at 26-5-2015 06:52 PM
Kaka tengok gambar ni berkali2.. Rasa mcm Zamani suddenly shrink gitu.. Dulu tak ketara sangat bez ...

kena ajar abgadek duduk postur tegak ni, bawa badan ke depan sikit silap2 kalah kemachoan shah nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 26-5-2015 06:40 PM
kejap nak telek gambo ni lagi.

motip abe shah tak butangkan baju tu betul2? panas ke? seksi ke? : ...

Agakny zamani tu baru blk dr semayang asar berjemaah kt surau.
Mesti dia happy gilers kan. Mesti shah kata..member slam yg lain kirim salam, diorg still support u bro.

Shah tu sesuai la badan lelaki yg dh beranak 3. Badan membesar sket. Ms bujang dolu2 nmpk sesize mcm yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:35 PM | Show all posts
Akhirnya dpt gak tgok BARA...tengok part Lili menyanyi ngn Awie tu..ensem jugak lili SLAM ni dulu..tp xleh lawan budak Ziman ni hah.. JATOH CINTO!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nk tny la..abgjo or abgalan tak dtg ke celebrate besday zamani sesama diorg je?

Abgjo xnak ke jenguk zamani?
Kaka tau team baru x suka. Tp wonder takkan la staf pengasih menghalang diorg berjumpa dgn zamani. Diorg kol polis ke klu abgjo berkeras jg nk masuk dlm tu? Ke dh ada waran mahkamah loyer buat?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 posted on 26-5-2015 08:40 PM
Iols nk tny la..abgjo or abgalan tak dtg ke celebrate besday zamani sesama diorg je?

Abgjo xna ...

Tak silap.. Iols ada baca that kalau nak visit zamani, kene diteman ahli keluarga zamani.. Mungkin tu sebabnya abgjo tak dapat gi jengok.. Kalau sesape boleh, confirm j dah pergi awal2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols x taula nk gelak ke nk sengih ke tgk gmbr ni tp yg pasti rase klako plk...
Mcm student kertu smbg bljr kt kolej pn ade...
U Adek...U Adek...
Study rerajin k...pastikan four flat!
Hihihi...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dari mana @siparipari ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mice_cheese replied at 26-5-2015 09:32 PM
Gambar dari mana @siparipari ?

Utusan kaka...iols skodeng ke sana...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
siparipari replied at 26-5-2015 09:26 PM
Iols x taula nk gelak ke nk sengih ke tgk gmbr ni tp yg pasti rase klako plk...
Mcm student kertu s ...

Amboi posture kemahen poise lagi abgadek! Kelasss bagus bagus keep up the good job boleh dapat anugerah dekan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by siparipari at 26-5-2015 09:49 PM

Mmg u Adek recycle bju heols pn....huwaaaaa...
Mohle kite bli bju Melayu tuk jejaka idaman Malaya ni....huk...huk...huk...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
siparipari posted on 26-5-2015 09:26 PM
Iols x taula nk gelak ke nk sengih ke tgk gmbr ni tp yg pasti rase klako plk...
Mcm student kertu s ...

Tegaknya diri Abgadek!!! Muka pun serious hehe.. Ape cerite kat utusan tu Pari??
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
siparipari posted on 26-5-2015 09:37 PM
Mmg u Adek recycle bju heols pn....huwaaaaa...
Mohle kite blu bju Melayu tuk jejaka idaman Malaya n ...

Yg ni kaka sedihlah tengok lekas pulih k zamani sayang.. Agar dpt keluar dah hidup mcm biasa. Tak sampai hati tengok heols mkn atas tray mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:41 PM | Show all posts
Tanggung derita
OLEH IFQDAR RAHMAN
26 Mei 2015 3:22 PM
Zamani kini hampir pulih daripada masalah ketagihan dadah setelah tiga bulan mendapatkan rawatan di
Zamani ketika berada di rumah Pengasih mendengar apa sahaja arahan
Sama seperti penghuni lain di rumah Pengasih, Zamani juga menjalani
Salah satu aktiviti berkumpulan yang perlu disertai Zamani bersama
Pengucapan awam antara kaedah yang diguna pakai di rumah Pengasih
STATUS selebriti yang disandang seseorang artis secara amnya nampak gah andai diulit populariti sehingga dihurung peminat ibarat semut menghurung gula.

Kehidupan golongan ini juga kadang-kala bertukar 360 darjah, daripada individu yang sebelum ini hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kepada gaya hidup mewah tanpa perlu lagi hidup dalam kesempitan.

Apabila senario ini melanda, segalanya terpulang kepada kekuatan jati diri individu itu tersebut. Adakah terus mendongak langit sekali gus dibawa arus penuh glamor yang dikecapi atau mampu mengimbangi kesenangan yang dilimpahi dengan sentiasa tunduk melihat bumi?

Berbicara tentang liku kehidupan seorang artis, Mega kali ini cuba menyelami naluri vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang kini menjadi penghuni Rumah Pengasih setelah diberkas polis pada awal 2015.

Didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 1.20 gram, Zamani menempuhi satu pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang 13 tahun menjerumuskan diri ke kancah tersebut.

Tiga bulan berlalu, akhirnya Zamani memberanikan diri bertemu khalayak dengan mengadakan sidang akhbar tentang perkembangan terkininya.

Zamani yang dahulunya cengkung dengan berat 44 kilogram dilihat semakin berisi setelah tiga bulan berada di rumah berkenaan.

Memulakan perbualan pada petang itu, Zamani memberitahu berta badannya kini bertambah 11 kilogram.

Katanya, itu adalah satu perkembangan positif yang harus dikongsi kepada umum.

“Sejak duduk di sini, saya dijaga dengan baik terutama bab makan dan minum. Jika sebelum ini hidup saya terumbang-ambing, sekarang ini tidak lagi. Mungkin itu antara faktor yang menyumbang ke arah peningkatan berat badan.

“Bukan itu sahaja, setelah beberapa sesi kaunseling yang dihadapi sepanjang berada di Pengasih, ketagihan saya akhirnya hilang.

“Ini adalah perkara yang paling menggembirakan saya kerana selama ini, usaha untuk berhenti menagih tidak pernah berjaya.

“Sebelum ini kalau saya cuba untuk berhenti, paling lama pun seminggu dua. Tidak pernah cecah sebulan.

“Dek pengaruh kawan-kawan, saya kembali semula menagih. Akan tetapi, bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini. Empat bulan tanpa bahan terlarang itu merupakan pencapaian yang tidak pernah diduga.

“Bagaimana saya menahan ketagihan itu dalam tempoh pemulihan di sini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Ini satu pengalaman yang sangat menyeksakan dan menyakitkan. Sering menggigil menahan rasa ketagihan. Seperti mana babak yang sering ditunjuk dalam drama-drama televisyen, begitulah keadaan diri saya,” ceritanya kepada wartawan Mega.

Tambah Zamani, nasibnya baik apabila dikelilingi insan-insan yang benar-benar mahu membantu nyahkan dirinya daripada najis dadah.

Sokongan padu ahli keluarga, rakan-rakan serta bantuan kakitangan Pengasih adalah punca kejayaan sebenar.

Sesi kaunseling yang dilaluinya di rumah itu sedikit sebanyak menguatkan semangatnya dan membulatkan tekad untuk berubah.

“Bagaimanapun, diakui masih terlalu awal untuk mengatakan saya telah pulih sepenuhnya. Banyak lagi sesi yang perlu ditempuhi bagi memastikan saya benar-benar menghindari dadah.

“Tempoh tiga bulan nampak seperti sekejap bagi orang lain, tetapi tidak bagi saya. Ini merupakan satu tempoh yang cukup lama. Apatah lagi untuk melawan pengaruh dadah,” katanya sambil mengakui saat ditahan polis, semangat untuk hidup terus hilang dan dunianya menjadi gelap gelita.

Zamani bangkit melawan nafsunya perlahan-lahan. Memegang prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, dia tekad menjadikan karier nyanyian yang diceburi sejak 22 tahun lalu sebagai inisiatif memajukan dirinya.

Mahu kembali menyanyi

Karier nyanyian memang sebati dalam jiwa Zamani. Namun dia akur perlu terlebih dahulu merawat ketagihan dan memulihkan keyakinan diri sebelum aktif semula di persada muzik tempatan.

Zamani yang pernah membintangi filem Bara itu rela memendam seketika keinginan tersebut supaya tidak mahu sikap terburu-burunya nanti mengundang nestapa.

“Saya mahu fokus dengan proses pemulihan ini tetapi pada masa yang sama hasrat untuk kembali bersama rakan-rakan artis meluap-luap. Bagaimanapun, saya bersyukur Pengasih memberi platform kepada saya untuk meneruskan karier nyanyian dengan menganjurkan beberapa acara hiburan di sini.

“Peluang itu saya gunakan untuk melepaskan kerinduan yang ada. Tambahan, bidang nyanyian merupakan perkara utama dalam hidup saya selama ini. Namun, melihat kepada keadaan terkini, rasanya masih belum sampai waktu untuk saya kembali ke pentas nyanyian.

“Melihat kejayaan Datuk Jamal Abdillah yang juga pernah menghuni rumah ini dah telah pulih sekarang, saya jadikannya sebagai mentor untuk mengorak langkah yang sama. Dia dan juga Radhi OAG sering ke sini berkongsi pendapat dan pandangan serta memberikan kata-kata pendorong bukan sahaja kepada saya, malah buat penghuni lain,” jelasnya.

Katanya, jika Jamal dan Radhi berjaya melakukannya, mengapa tidak dia?

Selepas disahkan pulih sepenuhnya dan mempunyai keyakinan tinggi, baharulah Zamani mahu kembali bertemu peminatnya.

Tulang belakang bengkok

Mengulas perkembangan kesihatannya selain berusaha untuk bebas daripada pengaruh dadah, Zamani sekali lagi diuji apabila pemeriksaan awal mendapati tulang belakangnya bengkok atau scoliosis.

Tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan sebelum ini kerana bimbang aktiviti penagihannya dihidu, ini menjadi sebab utama penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari itu tidak pernah tahu akan penyakit yang dihidapinya.

“Penangkapan saya ini banyak hikmahnya. Agaknya jika saya tidak ditangkap, sehingga kini saya tidak tahu akan penyakit yang dihidapi. Selain membuat pemeriksaan bagi memastikan saya bebas pengaruh dadah, pada masa yang sama beberapa penyakit lain dikesan oleh doktor.

“Paling mengejutkan, doktor memberitahu saya mungkin menghidapi penyakit tulang belakang bengkok. Patutlah selama ini saya cepat letih kalau berdiri atau duduk terlalu lama. Buat masa ini saya perlu menjalani beberapa siri pemeriksaan bagi menentukan kaedah rawatan yang sesuai.

“Jika saya menghidapnya sejak kecil, ia hanya boleh dirawat secara pembedahan, tetapi jika berlaku kurang daripada 10 tahun, satu kaedah lain pula dilakukan tanpa perlu dibedah.

“Hasil pemeriksaan awal turut mendapati saya menghidap kencing manis. Seperti biasa, saya perlu mengawal pemakanan untuk mengurangkan gula dalam darah. Bagaimanapun ini tidak begitu serius dan berharap boleh sembuh,” jelas Zamani menceritakan tahap kesihatannya.

Bercerita tentang sakit tulang belakangnya, Zamani memberitahu, tulang belakangnya membengkok ke bahagian kiri badan sebanyak 40 darjah, sekali gus membuatkannya berasa tidak selesa.

Kesakitan yang dialami tidaklah seteruk mana, tetapi menyukarkan Zamani melakukan aktiviti senaman lasak.

Disebabkan tulang tersebut bengkok ke arah kiri, ia menghimpit paru-paru penyanyi itu, secara tidak langsung pernafasannya terganggu.

- See more at: http://m.utusan.com.my/hiburan/t ... thash.tDZeICAx.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.707187 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list