CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
Post time 20-5-2005 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 20-5-2005 02:25 PM:


hehe .. 10 malam? lambat jgk eh...

but on the sijil  looks nice la.. :bgrin:


:ah:agree...kalau kat sijil date format dia dd/mm/yyyy memang nampak cantik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2005 11:38 AM | Show all posts
IBU BUDAK SIFATKAN MJ SEBAGAI 'MALAIKAT'

SANTA MARIA (California) - Ibu budak lelaki yang menuduh penyanyi Michael Jackson mencabulnya memuji penyanyi itu dan menyifatkannya seperti 'malaikat'.

Wanita itu juga ghairah untuk muncul dalam satu video dokumentari pada 2003 yang mempertahankan nama baik Jackson, menurut seorang rakan wanita itu dalam keterangannya di perbicaraan kes cabul Jackson kelmarin.

Keterangan seniwati Azja Pryor itu merupakan satu lagi tamparan hebat kepada pihak pendakwa.

Cik Pryor teresak-esak beberapa kali, dan mengakui sukar baginya memberi keterangan terhadap keluarga itu kerana beliau sayang budak itu.

Tetapi apabila disoal peguam Jackson, Cik Pryor berkata ibu budak itu pernah meminta beliau membawa keluarganya kembali ke kediaman Jackson di Neverland Ranch pada Februari 2003, sejurus selepas keluarganya bertemu seorang pekerja sosial yang sedang menyiasat kemungkinan budak itu dicabul Jackson.

Dalam lawatan itu, budak itu dan ibunya menghabiskan masa bermain di Neverland, malah meminta pengurus ladang membenarkan mereka berada di bilik tidur Jackson.

Menurut Cik Pryor, ibu budak itu tidak pernah mengkritik Jackson, sebaliknya berkata 'dia hebat, dia penyayang, dia macam malaikat'. - AP, Reuters.

SAH!..MAK BUDAK ITU GILA AGAKNYA...:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2005 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-5-2005 11:38 AM:
IBU BUDAK SIFATKAN MJ SEBAGAI 'MALAIKAT'

SANTA MARIA (California) - Ibu budak lelaki yang menuduh penyanyi Michael Jackson mencabulnya memuji penyanyi itu dan menyifat ...



Tuhan je tau Michael Jackson buat tak baik kat budak2 ke tak....

ni dah kes kat mahkamah ni, semua ada agenda sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 10:40 AM | Show all posts
niari ader pasal yang contestants of miss tiffany..
one of them is the one yang dulu budak mat yoyo yang nak masuk sg idol..
kat situ dia doesnt look so bad...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 10:45 AM | Show all posts
ari ni brita minggu ader pasal some people zikir and exercise malam2 buta kat kubur ...


den ader dis indon man ajar baca solat in arab / indon ..

macam2 hal ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2005 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 22-5-2005 10:40 AM:
niari ader pasal yang contestants of miss tiffany..
one of them is the one yang dulu budak mat yoyo yang nak masuk sg idol..
kat situ dia doesnt look so bad...



wakakaka aku belum baca ah.....

Tapi aku dah baca pasal Sylvester Sim and the sign of the setan....


Merapek kerepek betul sey some Sporeans..... That sign dah in existence dalam arena musik dah nak 30 tahun kot...
Baru skarang kecoh....


\m/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2005 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 22-5-2005 10:45 AM:
ari ni brita minggu ader pasal some people zikir and exercise malam2 buta kat kubur ...


den ader dis indon man ajar baca solat in arab / indon ..

macam2 hal ..




eh gambar dia seram eh.....  Dilah ko tahu scan?? scan ah...


Anyway ni website dia...http://www.abdrahman.com/intro/
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 03:11 PM | Show all posts
ok.. ini gambar dia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2005 03:33 PM | Show all posts
yang kubur tu ada dilah? yang telekung tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 22-5-2005 10:40 AM:
niari ader pasal yang contestants of miss tiffany..
one of them is the one yang dulu budak mat yoyo yang nak masuk sg idol..
kat situ dia doesnt look so bad...


yg mamat syok sendiri tu eh??..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by myra81 at 22-5-2005 03:46 PM:


yg mamat syok sendiri tu eh??..


ya ya.. tink so yang time auditions tu ader tunjuk dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 04:01 PM | Show all posts
ni yang kubur nyer pic..

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2005 12:10 PM | Show all posts
GUNTING RAMBUT PERCUMA BAGI WARGA TUA
Oleh
Nadzri Eunos


SETIAP kali Cik Tay Ah Cheok, 98 tahun, terasa rimas kerana rambutnya yang serba putih terlalu panjang, beliau mengguntingnya sendiri tanpa bercermin atau mempedulikan rupanya.

Tetapi, semalam, Cik Tay, seorang penghuni khidmat jagaan siang Rumah Tumpangan Orang-Orang Tua Geylang East, berasa begitu seronok kerana rambutnya didandan Cik Musniatun Mohd Salleh secara percuma.

Selain daripada beliau, kira-kira 40 lagi penghuni rumah tumpangan itu serta warga tua yang berusia lebih 55 tahun yang menetap di sekitar kawasan Geylang East menikmati khidmat menggunting rambut percuma itu.

Orang ramai pula dikenakan bayaran $3 yang didermakan ke rumah tumpangan itu.

Khidmat itu adalah sebahagian daripada usaha Persatuan Ain mendekati masyarakat tanpa mengira kaum atau agama.

Selama kira-kira enam jam, 40 peserta dan lulusan kursus pusat latihan menggunting Ain Singhair - 20 wanita dan 20 lelaki - beraksi dengan gunting di lelapang dekat Blok 97 Aljunied Crescent.

Cik Tay, yang berkerusi roda dan fasih berbahasa Melayu, berkata:

'Saya rasa seronok. Sebelum ini, saya menggunting rambut saya sendiri - asal pendek jadilah. Saya berharap mereka (para relawan) boleh datang lagi untuk mendandan rambut saya.'

Cik Tay yang tinggal bersama seorang anaknya di Aljunied Crescent.

Bagi Cik Musniatun, 46 tahun, ibu enam anak, pengalaman itu bak sambil menyelam minum air.

'Selain daripada diberi peluang untuk mengasah kemahiran, saya juga berpeluang berbakti kepada masyarakat dengan kemahiran saya yang tak seberapa ini,' kata suri rumah itu, yang mengikuti kursus mendandan rambut untuk mengukuhkan kewangan keluarganya.

Ketika ditemui, Presiden Ain, Encik Ramli Puteh, berkata:

'Ain bukan sahaja mengajar kemahiran tetapi juga membuka jalan bagaimana ia dapat digunakan untuk kebaikan masyarakat, sekali gus mengeratkan hubungan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama.'

Pengerusi Rumah Tumpangan Warga Tua Geylang East, Encik Low Meng Cher, berkata: 'Kami amat menghargai dan menyanjung sumbangan Persatuan Ain dan berharap dapat bekerja rapat dalam projek lain.'
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2005 12:10 PM | Show all posts
RUMAH PERALIHAN BANTU CARI KERJA SEBELUM PENGHUNI DIBEBAS

SELAIN memulihkan penagih dadah, rumah peralihan Jamiyah, Darul Islah, kini turut memberi bantuan bagi penghuninya mencari pekerjaan sebelum dibebaskan.

Insiatif terbaru yang bermula tiga bulan lalu itu telah membantu sekitar 50 bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan.

Menurut naib pengerusi Jawatankuasa Darul Islah, Encik Jaafar Majori, tujuan utama inisiatif itu adalah untuk membantu mereka yang dalam kesempitan dan perlukan sedikit bekalan untuk memulakan hidup baru.

'Ada sebahagian penghuni yang benar-benar kesempitan kewangan dengan tunggakan bil yang semakin meningkat kerana tiada sumber pendapatan keluarga apabila mereka dipenjara.

'Kami akan menghubungi beberapa majikan yang mungkin boleh menawarkan pekerjaan kepada mereka.

'Ataupun mereka boleh cari kerja sendiri,' jelas Encik Jaafar.

Namun, bagi mengawal pergerakan mereka, beliau berkata setiap penghuni perlu memberitahu ke mana mereka pergi dan pihak Darul Islah akan memastikan mereka tidak 'melencong' dengan pergi sendiri ke syarikat yang dituju.

Rata-rata mereka bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk, atendan pam stesen minyak dan teknisyen di pusat-pusat membeli-belah.

Purata gaji mereka pula adalah antara $40 hingga $50 sehari.

Mengulas lanjut, Encik Jaafar berkata bantuan itu dianggap sebagai batu loncatan sebelum mereka dapat mencari pekerjaan lebih baik.

Darul Islah kini menempatkan sekitar 87 bekas penagih dadah yang menjalani program pemulihan yang menyeluruh.

Rumah kelolaan Jamiyah itu juga mengorak langkah berani dengan mengambil penghuni yang sesuai untuk menjadi kaunselor dan bekerja di Darul Islah.

Kini ia mempunyai empat pekerja yang merupakan bekas penagih dan penghuni rumah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2005 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 22-5-2005 15:11:
ok.. ini gambar dia..


dekni mengaku bekas penganut kristian... dah pernah dipenjara beberapa kali.. .. ni hanya pendapat aku.. aku rasa dia hanya memeluk islam untuk merosakkan pemikiran umat islam kat keliling dia yg sememangnya lemah.. sebab tu mudah sangat ramai yg boleh percaya cakap dia... wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2005 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 23-5-2005 06:55 PM:

dekni mengaku bekas penganut kristian... dah pernah dipenjara beberapa kali.. .. ni hanya pendapat aku.. aku rasa dia hanya memeluk islam untuk merosakkan pemikiran umat islam kat keliling dia yg ...




anything possible ....

Kan nanti akhir zaman, sapa ikut Dajal, hidup makmur, hidup senang , kaya raya....
sapa tak ikut Dajal, hidup merana, hidup tersiksa, takde makanan, dorang isi perut ngan mengaji...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2005 08:55 AM | Show all posts
LELAKI DITUMBUK, HILANG $350 DALAM ROMPAKAN

SEORANG lelaki berusia 20-an tahun ditumbuk di dagu semasa cuba menghalang dua lelaki daripada merompaknya.

Namun, dua lelaki itu dapat juga melarikan dompet berisi $350 dan beberapa dokumen peribadi mangsa.

Menurut polis, kejadian itu berlaku Sabtu lalu dekat Blok 217, Henderson Industrial Park, sekitar 8.40 malam.

Mangsa sedang berjalan seorang diri apabila terasa beg yang digantung di bahunya ditarik dari belakang.

Setelah menyiku seorang daripada dua lelaki di belakangnya, mangsa menoleh tetapi ditumbuk lelaki yang seorang lagi sehingga beliau terjatuh dan dompetnya terkeluar dari begnya.

Lelaki yang menumbuknya itu terus mengambil dompet tersebut dan melarikan diri bersama kawannya arah ke Blok 211.

Kedua-dua lelaki itu setinggi 1.7 meter, berambut pendek dan dikali terakhir dilihat memakai seluar bermuda.

Lelaki pertama kurus dan memakai kemeja-T hitam, manakala lelaki kedua berbadan besar dan berkemeja-T warna cerah.

Dalam satu lagi kejadian, seorang wanita berusia 50-an tahun dan temannya, seorang lelaki berusia lewat 40-an tahun, kehilangan tiga telefon bimbit, dokumen peribadi dan wang tunai $110 apabila rumah wanita itu dipecah masuk kelmarin.

Kejadian berlaku di Blok 739, Yishun Avenue 5, antara 12 malam dengan 7 pagi.

Pagar rumah mangsa tidak dikunci tetapi pintu ditutup dan tingkap-tingkap dikunci sebelum pasangan tersebut masuk tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2005 08:56 AM | Show all posts
EMPAT BERANAK RENTUNG DALAM KEMALANGAN

TUMPAT - Sepasang suami isteri dan dua anak mereka berusia dua dan 10 tahun rentung apabila kereta mereka yang dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri, melanggar tembok pembetung di tepi jalan lalu terbakar, 500 meter sahaja lagi untuk sampai ke rumah mereka di Kampung Kok Pasir, Palekbang, di sini, awal pagi kelmarin.

Kontraktor Encik Rozlan Ayub, 36 tahun; isterinya, Cik Sarimah Othman, 33 tahun; anak sulung mereka, Nur Natasya, 10 tahun; dan anak bongsu, Nur Alisya Aisyah, dua tahun, mati di tempat kejadian apabila api yang marak dengan pantas melahap hangus kereta Proton Wira yang mereka naiki.

Jiran mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian hanya berjaya menyelamatkan tiga lagi anak pasangan itu dengan memecahkan tingkap belakang kereta tersebut.

Mereka yang terselamat ialah Muhammad Aiman Najmi, enam tahun, patah paha kanan, manakala Muhammad Aiman Nasriq, lapan tahun, dan Muhammad Aiman Firdaus, empat tahun, cedera ringan.

Ketika kemalangan berlaku sekitar 1.30 pagi kelmarin, Encik Rozlan dipercayai memangku Nur Alisya di tempat duduk depan di sebelah Cik Sarimah yang memandu kereta, manakala empat lagi anaknya duduk di belakang kereta.

Semua mayat ditemui di tempat duduk masing-masing termasuk Nur Alisya yang masih di riba bapanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Tumpat mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat dari bangkai kereta sebelum mayat-mayat itu dihantar ke Hospital Tumpat. - BHM, Utusan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2005 08:45 AM | Show all posts
TINGKAP KERETA DIPECAH, BEG LESAP SEMASA KELUARGA SANTAI DI JOHOR

TINGKAP belakang di sebelah kanan pemilik sebuah kereta milik sebuah Singapura telah dipecahkan ketika ia diletakkan di kawasan perumahan di Johor Bahru Ahad lalu.

Pemilik kereta yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Said itu berkata beliau meletakkan kereta Hyundai Matrixnya di tepi jalan di hadapan sebuah rumah berdekataan dengan tempat makan mereka di Permas Jaya sekitar 9 malam.

Beliau mendapati tingkap keretanya telah dipecahkan apabila beliau pulang ke keretanya sekitar sejam setelah makan malam di tempat makan Senibong Seafood.

Beg tangan anaknya, Nur Irdayu, 19 tahun, didapati hilang.

Beg yang diletakkan di belakang kereta di bahagian bawah kaki itu mengandungi kad ez-link, pas sekolah malam serta sekitar $200.

Bagaimanapun, sebuah jam tangan yang diletak di ruang hadapan kereta tidak dicuri.

Menurut Encik Said, kereta-kereta yang diletakkan berdekatan dengan keretanya, termasuk kereta adiknya yang diletakkan di belakang kereta beliau, tidak dipecahkan oleh pencuri itu.

Beliau pasti pencuri memecahkan tingkap keretanya kerana terlihat beg tangan yang diletakkan di bahagian belakang keretanya.

'Kejadian ini harus dijadikan pengajaran buat semua warga Singapura supaya jangan cuai dan meninggalkan barangan mereka di dalam kereta jika tidak mahu menjadi mangsa pencuri,' ujar Encik Said.

Beliau bersyukur kerana tidak kehilangan dokumen penting seperti pasport.

Menurut beliau, orang-orang kampung memberitahunya bahawa kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku di situ. Tiga kes serupa berlaku dua minggu lalu.

Ini kerana tempat meletakkan kereta di sana agak gelap, membolehkan pencuri mencuri tanpa dilihat orang ramai.

Beliau tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana menganggap ia kejadian kecil dan sekadar mahu mengingatkan warga Singapura supaya lebih berhati-hati.

SAPER SURUH TINGGALKAN BEG YANG ADA DUIT DALAM KETA....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2005 08:46 AM | Show all posts
DAGING BEKU DI PASAR KECURIAN
Oleh
Norman Sawi


DALAM lebih 30 tahun menjual daging di pasar Geylang Serai, Encik Ismail Khan tidak pernah menutup gerainya walau sehari pun.

Namun, beliau terpaksa membuat demikian kelmarin selepas daging beku bernilai lebih $2,000 yang disimpan di dalam peti ais lesap.

Yang lebih membimbangkan, kejadian itu ialah yang ketiga berlaku di gerainya dalam masa tiga bulan.

Beliau tidak melaporkan dua kejadian pertama kepada polis kerana ia melibatkan kerugian yang sedikit sahaja.

'Penjaja di sini sedar risiko meninggalkan daging di gerai. Bukannya tak nak dibawa pulang, tetapi mana nak disimpan lebih 40 kilogram daging di rumah?' katanya.

Menurut Encik Ismail, beliau telah memesan lebih banyak daging daripada biasa untuk dihantar ke gerainya Ahad lalu kerana menjangkakan permintaan yang bertambah semasa hari cuti Vesak.

Seperti biasa, selepas membersihkan gerainya, beliau pulang sekitar 4.30 petang.

Bagaimanapun, apabila beliau kembali ke gerai sekitar 7 pagi pada keesokan hari, Encik Ismail mendapati gagang peti ais yang dililit dengan rantai besi telah dipecahkan dan semua daging yang disimpannya hilang.

Tong berwarna jingga yang menyimpan daging turut lesap.

'Dahlah pendapatan semakin merosot, sekarang saya perlu berhutang dengan pembekal daging pula,' keluh Encik Ismail yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

Beberapa lagi penjual di pasar itu turut mengadu pernah mengalami kecurian.

'Kami tidak dapat membuat apa-apa selain lebih berhati-hati dan mengunci peti ais sahaja,' ujar seorang penjual daging, Encik Yusof Abdul Ghani, 40-an tahun.

Polis meminta saksi agar menelefon 1800-255-0000.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049972 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list