|
All About Pasangan Popla - Tok Ti.. poo Situ Sana Sini & Tok K..ertu
[Copy link]
|
|
Reply #5021 WeAiNe's post
uks...pinjam yer..kene caj arr ni |
|
|
|
|
|
|
|
ade ke blum er..sj nak tepek:)
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia 16/8/06
KUALA LUMPUR 15 Ogos ? ?iti Nurhaliza bukan punca perceraian saya. Kalau bukan Siti pun, saya tetap akan bercerai.?
Begitu luahan Datuk Khalid Muhamad Jiwa yang popular dengan panggilan Datuk K pada majlis bermesra bersama pihak media di Sri Pentas, TV3 hari ini.
?ecara jujurnya, sebagai orang Islam dan dengan nama Allah, hubungan saya dengan Siti bermula selepas perceraian dengan isteri saya. Kalau tidak percaya, boleh rujuk dengan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan),? katanya.
Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab tohmahan sesetengah pihak yang menuduh penyanyi terkenal itu sebagai punca perceraiannya dengan Tengku Zawyah Tengku Izham, 43.
Malah, Datuk K memberitahu rancangan pernikahannya dengan Siti Nurhaliza Tarudin, 27, direstui oleh anak- anaknya.
?eempat-empat anak saya pernah berjumpa Siti. Mereka bercakap dari hati ke hati. Saya tidak menyertai perjumpaan tersebut tetapi selepas itu tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan bantahan terhadap perkahwinan kami kerana itu saya menganggap mereka merestuinya,? jelas Datuk K.
Pernikahan dan persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K yang bakal berlangsung pada 21 dan 28 Ogos ini hanya akan dihadiri oleh anak ketiga Datuk K, Mohamed Ashraf, 14.
Dua lagi anak Datuk K akan bersama ibu mereka ke Australia untuk melawat anak sulungnya yang belajar di sana.
?ebenarnya anak-anak ingin hadir pada majlis itu tetapi demi menjaga hati ibu, mereka menemaninya ke Australia,? katanya.
Kepada bekas isteri, pesan Datuk K: ?abar dan tabah menghadapi ujian ini kerana jodoh dan maut ditentukan Tuhan. Semoga selamat dunia akhirat dan saya akan menolongnya kerana dia merupakan ibu kepada anak-anak saya.?
Menurut Datuk K, dia dan Tengku Zawyah pernah bercerai pada 1998, bagaimanapun tidak sampai tiga bulan, mereka rujuk semula.
Pada 2002 pula, rumah tangga mereka kembali menghadapi masalah menyebabkan penceraian terjadi pada 13 April 2005.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang turut hadir pada majlis itu menyatakan, sejak dari awal dia sudah bersedia menerima tuduhan sebagai perampas suami orang.
?iti sudah merasakan akan digelar perampas suami orang. Namun Siti banyak bersabar dan mendiamkan diri supaya isu ini tidak menjadi besar,? kata Siti.
Namun, jelasnya, dia pernah berjumpa beberapa kali dengan bekas isteri Datuk K tetapi hubungan mereka tidak begitu rapat.
Bagaimanapun, kata Siti, jauh di hatinya tidak terlintas sedikit pun untuk menggantikan peranan ibu kepada anak-anak Datuk K.
?iti dengan serendah-rendah hati ingin memohon maaf kalau kenyataan Siti pernah menyinggung mana-mana pihak. Siti cuma memberikan jawapan positif apabila ditanya wartawan tentang kesediaan Siti menerima anak-anak Datuk K selepas berkahwin,? tambahnya.
Siti Nurhaliza yang mendedahkan Datuk K merupakan cinta sejatinya turut menyatakan antara panggilan Datuk K kepada dirinya yang disukai ialah my soulmate. |
|
|
|
|
|
|
|
harian metro 16/8/06
Edisi Nasional : Siti | Ini betul-betul cinta sejati
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
PETALING JAYA: ?aya bukan perampas suami orang,? kata Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai cakap-cakap segelintir pihak mengenai perkahwinannya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Penyanyi tersohor itu berkata, tuduhan berkenaan terlalu menyakitkan untuk diterimanya kerana perkara sebenarnya berbeza.
Dalam sesi Minum Petang & Ramah Mesra bersama media di Penthouse, Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam, Khalid yang turut hadir, meminta kerjasama media supaya tidak mengeruhkan lagi suasana.
?pa yang dilakukan demi kebaikan. Justeru, kehadiran kami hari ini (semalam) untuk memberi peluang terbuka menjawab persoalan yang belum terjawab.
?aya akan cuba setakat yang boleh. Saya harap media ikhlas memberi soalan. Insya-Allah kami ikhlas menjawabnya,? katanya.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima, Eliza Mohamed; abang Siti, Saiful Bahari dan isterinya, Rozie Abul Razak.
Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 47, berkahwin dengan Tengku Zawyah Tengku Izham pada 1986 dan bercerai secara rasmi pada 12 Mac 2005.
Mereka dikurniakan empat anak lelaki, Mohamed Anas Zawawi, 19, Mohamed Adib, 16, Mohamed Asyraf, 14, dan Mohamed Aazief, 8.
Berikut antara soal jawab media bersama Siti dan Khalid.
MEDIA (M): Apakah status Datuk Khalid ketika mula menjalin hubungan dengan Siti?
DATUK K (DK): Sebenarnya saya menantikan soalan ini. Secara jujur dan ikhlas, sebagai orang Islam dengan nama Allah hubungan dengan Siti berlaku selepas bercerai dengan isteri. Perceraian kami tiada kena mengena dengan Siti. Anda boleh mendapatkan fakta daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Tolonglah jangan diperkatakan lagi perkara ini.
Sama ada Siti ada atau tidak, perceraian itu tetap berlaku. Selama ini saya tidak jelaskan kerana tidak ditanya dan ia juga terlalu peribadi.
Tapi nampaknya ia terlalu banyak diperkatakan. Sebenarnya, kami cerai sekali pada 1998 tetapi kerana kasih sayang saya kepada anak serta memberi peluang kedua kepadanya (Tengku Zawyah), kami rujuk semula tiga bulan kemudian.
Kemudian pada 2002 hingga 2003, sekali lagi berlaku masalah dan perselisihan faham sehingga sampai satu peringkat, saya berjumpa guru agama untuk mendapatkan nasihat.
Mereka nasihatkan saya membawa perkara ini ke mahkamah dan biar mahkamah jatuhkan hukum.
Saya akui kesalahan saya tetapi saya bukan menceraikannya tapi perceraian ini berlaku kerana dia melanggar persetujuan bersama. Saya jelaskan di sini bahawa ia bukan berpunca daripada Siti.
M: Komen Siti dituduh perampas suami orang?
SITI: Bagi saya tuduhan itu terlalu menyakitkan kerana perkara sebenarnya berbeza. Kami mula kenal sebagai rakan bisnes dan berjumpa sekadar makan. Ketika itu tiada apa-apa hubungan. Selepas Konsert Royal Albert Hall di London, barulah saya betul-betul mengenalinya. Apapun, saya faham situasi ini (masalah rumah tangga Khalid) dan hanya mampu bersabar dengan tuduhan itu. Saya tahu tiada gunanya melawan.
M: Adakah Siti kenal rapat dengan Tengku Zawyah?
SITI: Saya mengenalinya tetapi tidak rapat dan berjumpa ketika diundang menghadiri majlis makan.
M: Bagaimana hubungan Datuk mula terjalin dengan Siti?
DK: Sebenarnya saya ingin berkongsi rahsia ini dengan semua. Ada satu insiden saya membuat kejutan besar untuk Siti. Satu hari ketika dalam kapal terbang ke Eropah, saya menghubungi Siti melalui telefon kapal terbang. Ia menyentuh hati Siti.
Sebenarnya saya takut meluahkan kata rindu kepada Siti, bimbang hubungan jadi tegang. Bukan kerana Siti garang tetapi saya segan.
M: Bagaimana reaksi Siti apabila menerima panggilan itu?
SITI: Dalam hati saya tidak sangka Datuk Khalid menghubungi saya dari kapal terbang.
M: Adakah ini cinta pertama Siti?
SITI: Saya boleh katakan ini betul-betul cinta sejati. Sebelum ini saya perlu mengenali ramai orang. Tapi untuk melihat kejujurannya, inilah orangnya.
M: Bagaimana Datuk melamar Siti?
SITI: Tarikh istimewa ialah 5 Julai lalu. Sebenarnya saya memang tidak tahu mengenai kunjungan Datuk Khalid ke rumah keluarga saya pada 23 Jun lalu. Memang saya tiada di rumah ketika itu (23 Jun) dan saya tidak berbohong dengan media. Bagaimanapun, selepas itu ada kunjungan susulan untuk merisik dan menyarungkan cincin sebagaimana dilaporkan akhbar tabloid tapi bukan pada 23 Jun.
M: Komen Siti mengenai kenyataan Tengku Zawyah dalam Harian Metro (semalam) mengatakan dia tersinggung dengan kenyataan Siti?
SITI: Saya dengan merendah diri meminta maaf. Apa yang dilaporkan ketika sidang media pada 17 Julai lalu, jauh di sudut hati tidak berniat mengambil alih tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak-anak Datuk Khalid. Apa yang saya lakukan ialah menjawab soalan media dengan positif. Mungkin ia kurang jelas kerana agak ringkas. Saya faham bahawa saya tidak akan dapat menggantikan tempatnya.
M: Adakah anak ketiga Datuk, Ashraf ?nak ayah? kerana hadir di majlis sidang media khas pada 17 Julai dan difahamkan menjadi satu-satunya anak Datuk yang akan hadir pada hari perkahwinan nanti?
DK: Saya ada empat anak. Anak sulung saya di Australia manakala anak kedua, ketiga dan keempat bersama ibu mereka. Mereka semua sudah berjumpa Siti termasuk yang di Australia dan tiada seorang pun daripada mereka yang tidak merestui perkahwinan saya.
Saya juga tidak pernah menghalang mereka untuk menghadiri perkahwinan saya nanti, malah mereka mahu hadir kerana saya ayah mereka.
Tapi pada waktu sama mereka perlu menjaga hati ibu mereka. Saya bangga kerana mereka berbuat demikian dan mahu menemani ibu mereka bercuti. Anak bongsu saya berusia lapan tahun dan masih kecil, jadi elok kalau yang sulung dan nombor dua ikut.
Bagaimanapun, anak ketiga, saya tidak pernah halang kalau mahu pergi bersama ibunya tetapi dia mahu tinggal. Saya juga tidak halang mana-mana anak saya datang tapi hanya seorang yang berpeluang datang. Ia bukan satu isu di sini.
M: Apa nasihat Datuk kepada bekas isteri?
DK: Saya minta dia bersabar dan tabah hadapi dugaan. Semua ini ada hikmahnya. Jodoh, pertemuan dan ajal maut di tangan Tuhan. Saya doakan dia bahagia dan selamat di dunia dan akhirat. Insya-Allah, saya tidak akan berhenti menolongnya kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya.
M: Kata orang apa yang kita lakukan hari ini akan datang semula kepada kita. Apakah Siti bersedia berdepan segala kemungkinan itu?
SITI: Insya-Allah, saya berpegang kepada Yang Satu. Apa yang penting niat. Jauh di sudut hati, segala tuduhan dan kata-kata orang saya sudah fikir semua itu.
Saya faham perlu berkongsi kehidupan dengan anak-anak Datuk Khalid. Itu juga sudah saya fikirkan. Saya juga perlu bersabar mengharungi kehidupan yang akan dilalui dan sedar pelbagai dugaan yang akan dihadapi.
M: Apakah Datuk bersedia mengubah fikiran jika anak-anak Datuk menghalang perkahwinan ini?
DK: Jika mereka punya alasan yang kukuh dan ada alasan yang perlu saya pertimbangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5024 eddysheddy's post
apa-apa jelah...semoga berbahagia hendaknya
jgn menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri udahlah
ops...lupa....gunalah perisai agar air tak kena muka
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5022 rieyna's post
claim ngan CT muahahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rieyna at 16-8-2006 11:12 AM
selamat penganti baru datin mak besaq ct...selamat pengantin lama pak besaq datuk k......
:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by embunpagi2309 at 15-8-2006 07:24 PM
.(jwnpn dr princess yg dungu kepala hotaknye.jawapan standard...mmg dah ade skema jwpm dlm kepala hotak dia yg berdebu tu)
:amboi scanner mane dia gune ni...hebat btui bleh scan otak manusia...jenama ape ekk...???:hmm:debu pun bleh nampak..:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
'I don't care'
-by Rahman Daros -
WHILE the nation is abuzz with the wedding of the year between songstress Siti Nurhaliza Tarudin and businessman Datuk Khalid Mohd Jiwa, one person remains unfazed.
Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar said she was not interested in the wedding.
揑 don抰 want to comment on her wedding. I have nothing to say. You know my sentiments about her (Siti). I抦 just not interested. I don抰 care, |
|
|
|
|
|
|
|
DK memang smart, aku raspek lah org cam tu, kalau tak smart masakan boleh berjaya dlm business. DK knows how to play te right card. Company pun nama daun terup -Ace. |
|
|
|
|
|
|
|
idup datuk k....!!! wa suspeck sama lu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rieyna at 16-8-2006 11:12 AM
aiii, kan main rapat nau gambau nih...(ni ler dia contoh artis yg takmo amek gambau ngan org laki):nerd:
sebiji cam anak n bapak |
|
|
|
|
|
|
|
korang perasan dak muka depa ni seiras..ada jodoh dh la tu....muahahahhahahahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
entah...mengalahkan anak raja mau kahwin..dah laa rampas laki orang..bangga laa tuh semua dia nak mesti dapat..tp buat apa jantan tuh dah basi dah....sperma dia pun dah hampir kering heheeehe...sorry ek mak et |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg kata CT perampas tu sila rujuk jawi...jgn rujuk penggosip x bertauliah kat sini yg kunun2nya....drebar/mak andam/tukang masak/org gaji TZ....karut. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti perasan org gaji TZ ni...tahu jer |
|
|
|
|
|
|
|
KAT MANE BOLEH WISH CONGRATS KAT CT EK?KNP MSG KAT SITIZONE TU TAK DIBUKE2?MCM MANE NAK WISH NI...WALAUPUN TAK PENAH MINAT DIA TP SEKURANG2NYE LEGA GAK DIA NAK KAWIN.( IKHLAS TAU..) |
|
|
|
|
|
|
|
yang marah sangat tahap gaban kat ct ni kenapa? biarlah dia kahwin macam raja, macam apa apa aje....ITU HAK DIA, DAN DIA TAK MINTAK PON KAU SPONSOR APA APA! TAK SUKA SUDAH JANGAN NAK MELATAH TAH HAPA HAPAff: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by embunpagi2309 at 16-8-2006 05:52 PM
KAT MANE BOLEH WISH CONGRATS KAT CT EK?KNP MSG KAT SITIZONE TU TAK DIBUKE2?MCM MANE NAK WISH NI...WALAUPUN TAK PENAH MINAT DIA TP SEKURANG2NYE LEGA GAK DIA NAK KAWIN.( IKHLAS TAU..)
ni mimpi ke apa nie? sebelum nie bukan ko ke yg nak samakan CT ngan binatang..yg kata CT princess dungu coz pilih duda? la nie nak wish congratz ikhlas, lega pulak? kenapa? baru tersedar ke? kalau dah tersedar baguslah..
jom kita doakan kebahagiaan dia..moga2 kita juga bahagia..wokey? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 16-8-2006 06:09 PM
ni mimpi ke apa nie? sebelum nie bukan ko ke yg nak samakan CT ngan binatang..yg kata CT princess dungu coz pilih duda? la nie nak wish congratz ikhlas, lega pulak? kenapa? baru tersedar ke? ka ...
AKU LEGA SBB APE YG AKU RASE DARI DULU DAH JADI KENYATAAN.SO.SKRG SEMUA KWN2 AKU&SEDARE2 AKU SEMUA DAH NAMPAK KEBENARANNYA.LEPAS NI..BIARLAH AKU SORANG JE YG DPT RASE APE YG AKAN BERLAKU.TAK CAYA,KO BOLEH TERUS KEEP IN TOUCH DGN AKU.BUNUH LA AKU KALAU APE YG AKU BAYANGKAN TAK JADI KENYATAAN... |
|
|
|
|
|
|
| |
|