di keheningan malam
termenung ku berseorang
xlena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yang disayang
bagai kau didepan mata
kucapai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
lembutmu tak bererti
kau mudha dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
disebalik bersih wajahmu
disebalik tabir dirimu
ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yg takut pada iilahi
berpegang pada janji mengabdikan diri
malu mu mahkota yg tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yg pergi menyerah diri
ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteri kusayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya