CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
 Author| Post time 14-7-2020 06:04 PM | Show all posts
Kes 5/2020: Ibu Zen - Bahagian II (Akhir)

Beratus jam mengerjakan bahan-bahan dakwah dan pemasaran kultus Father Ishamel, 'Ibu Zen' sudah terpahat di minda Kai Feng.

'The all-mother for humanity, the true deity of love, the Aphrodity of New Age with apparition in all existing religion in the world...'

Masih terngiang-ngiang pujian-pujian Father Ishmael terhadap Ibu Zen di setiap sesi dakwah. Pernah juga ditanya kenapa Ibu Zen digambarkan seperti penari Mak Yong?

"Ibu Zen doesn't has 'a look'. She is the definition of beauty, and my intepretation of beauty, and love, and compassion is the Mak Yong dancer, which I was and still infatuated with since I first saw when I was a small boy in Kelantan.."

Kai Feng sempat bergurau, "meaning to say I can imagine Ibu Zen as Claudia Schiffer if I wanted to?" hanya disambut ketawa paksa oleh Father Ishmael. Dia tahu Gereja Cahaya Bulan ini hanya satu bentuk penipuan terperinci oleh Father Ishmail untuk mengeksploitasi anak-anak orang putih kaya yang tercari-cari identiti sendiri. Namun Kai Feng merasakan Father Ishmael mungkin sudah terlalu taksub dengan penipuannya sehingga dia sendiri tak dapat membezakan di antara fantasi dan realiti keatas ciptaannya sendiri.

Walaubagaimana pun, pengalaman terserempak dengan wanita misteri persis penari Mak Yong sebelum ini dan juga sedang dilihat berlegar sekitar bekas kediamannya menambah kepada misteri Gereja Cahaya Bulan.

"Seriously, nobody call the cops on that?" Kai Feng meminta pengesahan Mama Jo akan tindakan penduduk setempat, kerana kalau di Malaysia sudah lama wanita itu dicekup polis.

"With the oldheads here, who are some still hook on crack? Trust me, that ain't the weirdest shit happenin' this neighbourhood"

Ada betul juga jawapan Mama Jo. Semasa Kai Feng masih tinggal di kawasan kejiranan itu, beberapa kali insiden penduduk buat perangai gila. Ada panjat bumbung rumah, ada terkinja-kinga menari bogel di laman rumah, ada terperangkap di puncak pokok dakwa ada alien nak menculik, ada pandu kereta rempuh rumah dan macam-macam lagi. Seperti kata Mama Jo, ramai di antara penduduk disitu masih lagi kecanduan dadah terutamanya cocaine yang disalahguna sejak dari tahun 70an.

Boleh jadi penampilan wanita misteri berpakaian tradisional di salah satu rumah kejiranan mereka hanya ilusi dek pengambilan dadah. Kai Feng bertanya berapa lama penampakan itu akan berlegar, dan Mama Jo tak ambil tahu dan hilang sendiri.

"Hold up, I never remember she does that Spiderman shit before" kata Mama Jo tiba-tiba apabila penari Mak Yong mula memanjat dinding rumah Father Ishmael dan berdiri di bucu bumbung.

Sepantas kilat kelibat itu melompat dan dentuman terdengar di bumbung rumah Mama Jo.

"Now is the perfect time to call 911"kata Kai Feng kepada Mama Jo.

Derapan tapak kaki di bumbung kedengaran menuju ke depan rumah. Kai Feng dan Mama Jo terkejut oleh bunyi loceng pintu. Mereka berpandangan antara satu sama lain dan Mama Jo tegas mengarah dispatch 911 untuk menghantar kereta polis ke rumahnya ASAP.

Hampir sejam, silauan merah biru menerobos masuk dari tingkap. Kai Feng dan Mama Jo bergegas ke tingkap.Kedua mereka tergesa-gesa melambai-lambai kepada dua anggota polis baru keluar dari perut kereta.
"I'm a 911 dispatcher, it's a 10-31B!" teriak Mama Jo kepada anggota polis sambil menunjuk ke arah pintu rumah.

Kai Feng masih ingat merinding apabila kedua anggota polis mengeluarkan pistol dan dalam keadaan berjaga-jaga, kerana dia tahu penari Mak Yong masih berada di depan rumah Mama Jo.

"Put your hands behind your back, take ten steps behind and down on your knee!" serentak laungan polis, jiran-jiran lain mula keluar rumah untuk menyaksikan drama di luar rumah Mama Jo.

Bunyi loceng masih berterusan dan penonton semakin ramai. Anggota polis menekan walkie-talkie di bahu untuk meminta ambulan. Kedua anggota polis mengarah pistol ke arah pintu rumah Mama Jo dan mula mendekati.

Dari bunyi diluar, Kai Feng merasa seperti ada pergelutan.

"Is everything all right? Can we open the door now!" teriak Mama Jo.

"Stay where you are, keep the door closed until we say so!" arah pegawai polis berselang-seli dengan suara dari walkie-talkie.

Setelah hampir sepuluh minit, terdapat ketukan di pintu.

"We need both of you to ride down to the station for the report" jelas anggota polis sambil tercungap-cungap. Kai Feng memanjang leher untuk melihat kereta polis yang dikerumuni penduduk.


DIpendekkan cerita, Mama Jo dan Kai Feng sudah berada di balai polis untuk memberi keterangan. Tak berapa lama kemudian, kedua mereka dibawa ke sebuah bilik gelap dengan sebuah cermin besar di dinding. Tercuit hati Kai Feng kerana dia seakan tahu apa tujuan dibawa ke bilik tersebut. Tak sangka bilik cermin itu benar-benar wujud kerana selama ini dikira hanya ada dalam siri televisyen dan filem Hollywood.

Di sebalik cermin dua hala, seorang wanita duduk berseorangan di kerusi dengan tangan didepakan atas meja, bergari.

Kai Feng dan Mama Jo sekadar menggeleng apabila ditanya samada mengenali wanita di bilik soal siasat. Kejadian sewaktu di dapur Father Ishamel diulang-ulang untuk mengingat semula wajah wanita misteri tersebut. Walaupun sudah agak-agak lupa, Kai Feng pasti wanita di bilik soal siasat dan wanita di rumah Father Ishmael bukan orang yang sama.

Kepala wanita itu tidak lagi bertanjak, dan rambut paras bahu kusut masai tidak dipedulikan. Wajah wanita itu kosong, termenung. Kai Feng merasakan wanita itu mungkin berumur tak lebih dari 30 tahun. Berwajah bulat, hidung pesek, kulit kuning langsat dan mata sepet, menepati ciri-ciri bangsa dari Asia Tenggara. Boleh jadi dia dari kawasan perkampungan di hulu Thailand, atau Vietnam, atau Kemboja, Laos atau Burma.

"When was the last time you've seen Ishamel Rahemat?" tanya detektif di sebelah Mama Jo.

Kai Feng menceritakan entah kali keberapa kepada polis tentang hubungannya dengan Father Ishmael dari mula dia bertemu sampailah pada hari dia dihalau. Detektif membuka fail dan menunjukkan sekeping gambar mugshot polis. Walaupun dengan rambut mengerbang dan muka lebam, Kai Feng amat pasti itu adalah Father Ishmael.

"He's been caught by an undercover during meth deal in Tampa almost three weeks ago. We're talkin' to state police down in Florida to do some questionings, she looks fresh off the boat, might be a trafficking victim" jelas detektif itu lagi.

"Excuse me officer, what you planned to do with her headgear" tanya Kai Feng tiba-tiba.

"What headgear?" balas detektif dengan penuh kehairanan.

Kai Feng dan Mama Jo dibenarkan pulang setelah hampir 5 jam di balai polis. Detektif yang menguruskan kes mereka memaklumkan untuk tidak keluar kota dalam masa sebulan sekiranya perlu hadir sebagai saksi di mahkamah dan gagal menghadirkan diri boleh membawa kepada penahanan dalam lokap.

Setibanya di rumah Mama Jo, kedua mereka mengambil keputusan untuk memeriksa rumah Father Ishmael, buat kali terakhir. Dengan semua tingkap ditutup dengan pliwood dan pintu bermangga, tiada harapan untuk mereka pecah masuk.

"Let's call it a day" jelas Mama Jo sambil mengeluarkan kunci rumah dari beg. Kunci terjatuh betul-betul di depan bolong crawlspace di kaki. Berbekalkan lampu kecil dipasang bersama kunci rumah, Mama Jo dan Kai Feng bertiarap di rumput sambil menyuluh di ruang bawah rumah.

Nun di sudut timur rumah, tertanam beberapa kepala patung kayu lengkap memakai tanjak Mak Yong. Walaupun wajah patung hanya dilukis, cukup untuk membuat bulu roma Kai Feng meremang.

"You know what, let's make the call to that detective, tell him about that and be done with it, I had it with this shit" jelas Mama Jo jelas sudah serik. Kai Feng mengangguk tanda setuju.

Kai Feng meninggalkan perkarangan rumah Mama Jo dan memandu pulang. Kai Feng cuti sakit selama seminggu susulan dari kejadian dan tidak lagi kembali ke kawasan perumahan itu. Dia ada berjumpa Mama Jo beberapa kali dan akhirnya putus hubungan selepas dia semakin sibuk. Kai Feng akhirnya pulang ke Malaysia sekitar 2013, melalui Returning Expert Programme oleh TalentCorp.

Tamat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 08:33 PM | Show all posts
Cerita macam tergantung.
Jadi siapa sebenarnya mak yong?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke dibukukan hasil penulisan Dam? Unik and lain dari yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh.. Maknanya mmg dipuja la.. Makyong,  mekmulung dan menora mmg ada kaitan dgn pemujaan yg kuat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak zen ni yg paling tak best among the stories by dammerung..tak faham the ending tu satu hal. Cerita tergantung
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
TulenBang replied at 15-7-2020 10:50 PM
Mak zen ni yg paling tak best among the stories by dammerung..tak faham the ending tu satu hal. Ceri ...

Rasanya klu ikut kefahaman father ismet ditangkap sbb jual beli dadah...ada unsur2 pemujaan tu yg kaifeng nampak patung kayu berpakaian makyung but there is another women yg ada kat rumah father ismet dr rumpun asia tenggara yg juga pakai mcm makyong...cerita ni mmg dah ada penamatnya iaitu father ismet ditangkap..berselindung di sebalik xtvt agama utk illegal activities tapi cite ni xdelah seram sgt sbb damerung x cite details xtvt ritual makyong patung kayu tu...all in all...dlm cite ni yg batil kalah..kebenaran terbukti..tu yg setakat difahami
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq damm!! X sia2 tunggu lama.. hehe. Tp kan nk mintak sambungan cerita bisnes ayah damm.. tergantung kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita tergantung sebab kaifeng tak nak ambil tahu dah pasal benda tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2020 06:55 PM | Show all posts
ugly_duckling replied at 29-4-2020 08:04 AM
so makhluk berkepala lembu tu apa sebenarnya? ke tgh high je semua nampak hallucination?

hallucination.
bang ramin ada bakar "kemenyan" sebelum makhluk kepala lembu tu muncul.

itu la dia magic mushroom
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2020 07:02 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 25-7-2020 07:03 PM
bottombikini replied at 18-5-2020 10:17 AM
ohhh..yg aku tak paham tu kenapa ada gigi

dildo rupa macam jagung bersusun macam banyak gigi kot.
yang dalam thread ni pun ramai yang innnesen,
inikan pula tahun 80an, yang mana sex toy tak wujud pun di malaysia.
jangan kata nurul, nenek nurul tengok pun mesti percaya itu hantu

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 08:48 AM | Show all posts
capiloton replied at 25-7-2020 07:02 PM
dildo rupa macam jagung bersusun macam banyak gigi kot.
yang dalam thread ni pun ramai yang innne ...

bukan apa nok..tak sakit ke bendalah tu bergigi kot
yihhhh



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 03:48 PM | Show all posts
Velina replied at 16-3-2020 03:39 PM
Dammerung bukan si bobot pregnant ke? What happened? Anak siapa tu?

ha ah, betul2..
mana pergi anak tu ya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat novel je la bro.. Untuk citer rekaan n fiksyen ni... Xpon buat video je kt YT... Mngkin ade org tngok nnt, walupon citer rekaan n halusinasi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 01:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-3-2020 07:54 AM
Pengawal keselamatan perempuan cina tu kot yang mati kat banglo tu lalu jadi penunggu.

Di pusat kesihatan semasa mereka menetap disana, ayahnya sebagai doktor kanan terlibat dalam proses perlantikan pengawal keselamatan, tak pernah dia tahu ada pengawal keselamatan perempuan berketurunan Cina di upah.


jadi mungkinkah tu skandal dr anthony?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 02:40 PM | Show all posts
Robotakdati replied at 22-4-2020 03:21 PM
Tq damm! X pernah mengecewakan.. kesian Nurul kena hidup dgn kenyatan yg menyakitkan tu.. x pasal ka ...

kalaulah keluarga Azizi dan Amir tahu cerita yang sebenar terjadi kepada anak2nya, tak tahu la...
selepas kejadian tu, Nurul tak pergi buat pemeriksaan doktor ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 02:47 PM | Show all posts
thoyol replied at 18-5-2020 12:06 AM
Welcome back bro @dammerung. Good to see that you are back. Ingat lagi aku waktu awal-awal ko menuli ...

welcome back to thoyol gak.

boleh le tambah2 dalam thread ni..tentu lagi meriah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2020 02:52 PM | Show all posts
Zahrizqika replied at 12-6-2020 02:23 PM
Pai Zhu Zhu & Co teringat pulak ke Zuzu Amelia

Company lawyer tak wujud tu ek?

seram cerita tu kan...

Zuzu Amelia yg kisah budak pompuan psiko tu ek?

Best kan cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 03:43 PM | Show all posts
jas7512 replied at 16-7-2020 07:44 AM
Rasanya klu ikut kefahaman father ismet ditangkap sbb jual beli dadah...ada unsur2 pemujaan tu yg  ...

abis tu sapa pompuan yang rambut kusut masai di balai polis tu?
bukan yg mak yong tu kan?

Walaupun sudah agak-agak lupa, Kai Feng pasti wanita di bilik soal siasat dan wanita di rumah Father Ishmael bukan orang yang sama.

Kepala wanita itu tidak lagi bertanjak, dan rambut paras bahu kusut masai tidak dipedulikan. Wajah wanita itu kosong, termenung. Kai Feng merasakan wanita itu mungkin berumur tak lebih dari 30 tahun. Berwajah bulat, hidung pesek, kulit kuning langsat dan mata sepet, menepati ciri-ciri bangsa dari Asia Tenggara. Boleh jadi dia dari kawasan perkampungan di hulu Thailand, atau Vietnam, atau Kemboja, Laos atau Burma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2020 02:49 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 30-7-2020 03:07 PM

Kes 6/2020 – Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Bahagian I : Taman Permainan

Setiapkali hujan, sekiranya di rumah, Rezal akanmelepak di beranda ditemani seteko kopi panas. Jutaan titisan air bersertaderuan angin, kilat dan guruh yang singgah sekali-sekala sememangnya menenangkan. Tetapi bukan sebab itu dia melayan blues ketika hujan.

Sering kali anak dan isteri bertanya, apa menarik sangat merenung taman permainan di tengah kompleks apartment ketika hujan. Ada kala tabiat itu menjadi sendaan keluarga, hanya sekadar dibalas dengan senyuman.

Melihat taman permainan dibasahi hujan, mengimbau memori zaman kanak-kanak, terutamanya kejadian yang terjadi pada bulanSeptember 1992.

September 1992, Rezal berumur 11 tahun dan tinggal di sebuah pekan kecil. Rumahnya terletak di kawasan perumahan rakyat dimana beberapa unit dijadikan kuarters pekerja JKR.

Sebuah taman permainan terletak lebih kurang 10 meter dari pintu rumah merupakan satu-satunya fasiliti riadah kanak-kanak terdapatdi kawasan itu. Maka dengan itu, kawasan perumahan Rezal meriah dengan kehadiran budak-budak dari kampong berhampiran dan juga kuarters-kuarters badankerajaan lain turut datang bermain.

Ayah Rezal merupakan kakitangan JKR, manakala ibu adalah surirumah tangga. Rezal merupakan anak terakhir dari tiga beradik, dan mempunyai sepasang saudara tua, dipanggil Along dan Angah, ketika itu sudah bersekolah menengah.

Musim hujan datang agak awal pada tahun 1992. Hampir dua minggu hujan turun setiap petang dan berlarutan hingga lewat malam.

Masih segar di ingatan Rezal, pada harikejadian, dia berlari pulang dari sekolah terletak setengah kilometer darirumah. Langit amat gelap dan angin kencang, sehingga menerbangkan payung geraijual daging burger di hentian bas sekolah.

Selagi boleh dia tak mahu ditimpa hujan kerana itu akan menyebabkan dia terpaksa menghabiskan seluruh petang dengan mencuci kasut sekolah.

Tiba di rumah, tukar pakaian, makan tengahari,buat apa yang patut dan kemudian tercongok depan TV, menunggu siri kartun kegemarannya ke udara. Leteran ibu dari dapur untuk menutup TV kerana kilat sambung-menyambung tak diendahkan. Sudahlah dua minggu tak dapat keluar bermain kerana hujan, sekurang-kurangnya dapat menonton Tomato Man pun jadi lah.

“Ibu nak pergi ambik Along dengan Angah kat busstop, jangan main-main kat luar, TUTUP TV!” arah ibu tergesa-gesa di muka pinturumah sambil cuba mengepit payung di bawah ketiak.

Sebaik ibu keluar, Rezal melompat baring ke ataskusyen sofa rotan. Dia tersenyum sendirian menikmati keselesaan bersendirian dirumah tanpa sesiapa menganggu.

Video muzik lagu-lagu patriotik mula bermain diskrin TV, menandakan program TV pada hari itu akan bermula. Rezal yang sudah beribu kali menonton pembuka program rancangan itu turut menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia.

Separuh lagu, skrin tiba-tba gelap dituruti lampu siling. Satu rumah bergelap. Bengang. Rezal bersilang tangan dengan mulutmuncung, berharap bekalan elektrik akan kembali sebentar lagi.

“Takda api?” tanya ibu yang pulang hampir setengah jam kemudian, bersama Along dan Angah. Rezal tidak menjawab, hanya mengeluh dan pergi ke bilik yang dikongsi bersama Angah.

Rumah didiami Rezal adalah semi-detached berbentuk L dimana dua koridor bercantum pada ruang tamu. Satu koridor membawa kepada duabilik tidur dan satu lagi ke ruang makan dan dapur. Ayah dan ibu berpindah keluar bilik ketika Along masuk Tingkatan Tiga, supaya dapat belajar dengan selesa untuk SRP. Manakala dua anak bujang, Angah dan Rezal mendiami bilik kedua bersebelahan bilik air. Sebelum itu, Rezal dan kedua saudara tuanya berkongsi bilik dengan dia dan Angah akan tidur di ruang tamu setiap malam.Ayah dan ibu pula menukar ruang makan menjadi tempat tidur mereka.

Rezal berlutut atas katil sambil menopang dagu di tingkap, melihat taman permainan yang lengang ditimpa hujan. Pandangan tertumpu ke arah buaian. Disalah satu kaki tiang tumbuh selonggok jarum mas yangtelah dihakmilik oleh dia dan Angah. Pada waktu itu, mencari jarum mas menjadi kegilaan ramai. Kata Angah, kena biar tumbuh lagi besar, nanti boleh jual dengan harga juta-juta ringgit. Rezal tersenyum sendirian memikirkan apa dia mahu beli nanti dengan duit berjuta hasil jual jarum mas itu, basikal Le Run, konsol SEGA, makan KFC tiap-tiap hari...

Lamunan terhenti apabila seorang kanak-kanak dirasakan berbangsa Cina keluar dari permainan panjat-panjat berbentuk piramid.Tanpa menghiraukan ribut, budak perempuan itu selamba bermain-main sendirian. Dari bentuk badan, boleh jadi sebaya atau beza setahun dua dengan Rezal.

Walaupun di pekan juga ada kaum Cina dan India,tetapi dari segi penempatan, semua tinggal di dalam komuniti masing-masing. Kalau tengok budak berhujan main di taman permainan seorang diri pun sudah pelik, apatah lagi budak Cina.

“HOI, KO TENGOK APE TU!” sergah Angah.

“Tengok budak Cine tu” kata Rezal.

“Mane?” tanya Angah semula

Rezal melihat semula ke taman permainan, budak Cina itu hilang dari pandangan.

“Aik, mana pula pergi budak tu?”

“Hantu kot” usik Angah.

“Hantu? Hantu mane ade keluar sesiang?” balas Rezal lagi.

Berkat didikan ayah dan ibu tidak mendedahkan anak-anak dengan perkara-perkara tahyul membuatkan pemahaman Rezal tentang makhlus halus terhad kepada apa pernah didengar dari rakan-rakan sebaya, yang menurut Rezal pada ketika itu tak menakutkan langsung.

Rezal hanya sedar matahari dah terbenam apabila sayup-sayup mendengar azan Maghrib di sebalik deruan hujan dan nyanyian katak. Semasa makan malam, ayah mengatakan satu Malaysia ‘takda api’. Menurut teman ayah yang bekerja di LLN, mungkin sampai hujung minggu terpaksa bergelap.

Dalam hati Rezal menyumpah seranah agensi elektrik negara itu. Di zaman itu, ada dua benda paling dibencinya, nyamuk dan terputus bekalan elektrik. Rezal dan Angah boleh menghabiskan masa berjam-jam memaki hamun, sumpah seranah dan segala bentuk penyeksaan bakal dikenakanterhadap pekerja LLN cuma gara-gara bekalan elektrik terputus.

Tak sedar bila tertidur, Rezal terbangun tengah malam untuk buang air kecil. Pulang dari bilik air, dia cuba menghidupkan kipas meja, masih tak ada elektrik. Dah jadi satu masalah pula nak sambung tidur kerana dah terbiasa didodoi dengan bunyi kipas. Rezal baring merenung silingyang samar-samar diterangi cahaya bulan.

Keheningan di luar menandakan hujan sudah lama berhenti.Dengkuran Angah dan bau asap dari ubat nyamuk Fumakilla menemani Rezal pada pagi itu.

Bunyi ayunan buaian kedengaran. Pada mulanyamalas hendak ambil tahu, namun apabila memikirkan semua orang sepatutnya sedang lena tidur di rumah masing-masing, Rezal curiga gerangan siapa bermain di tamanmalam-malam buta.

Rezal meninjau dari rekahan sisip tingkap. Cahaya bulan menerobos dari awan yang berarak membuka langit, jelas menampakkan kelibat seseorang bermain buaian. Kelihatan susuk tubuh kanak-kanak rancak berayun sehingga hendak tercabut tiang besi buaian.

Kanak-kanak itu berhenti sambil menguis-nguis kaki ke tanah. Kedua tangan masih memegang rantai besi buaian. Wajah kanak-kanak misteri masih dilindungi kegelapan malam. Tak lama selepas itu, diabangkit dari buian dan lari hilang dari pandangan.

Tiba-tiba muncul kelibat ramai kanak-kanak daricelah tangga gelongsor, dari bawah jongkang-jongkit, dan apa-apa celah permainan di taman tersebut dan kesemua mereka bermain-main seperti Rezal dan rakan-rakan bermain setiap petang.

Bezanya sekumpulan kanak-kanak itu bermain dengan senyap. Hanya bunyi geseran besi peralatan permainan yang kedengaran.

Tak kiralah macam mana penuh bulan pada pagiitu, Rezal masih tidak dapat melihat jelas wajah-wajah kanak-kanak misteri, seolah-olah setiap dari mereka memakai topeng hitam.

Hampir satu jam kemudian, kesemua kanak-kanak misteri berkumpul di tengah taman permainan dan berbondong-bondong menuju ke hujung taman dimana kerja-kerja pemasangan pembetung sedang dijalankan.

Rezal kembali terbaring. Matanya segar dan minda ligat memikirkan kejadian baru dilihatnya, sehinggalah azan Subuh.

Keesokan hari, dia kelesuan kerana tak cukuptidur. Kejadian malam tadi masih bermain di fikiran namun tak diceritakan ke sesiapa. Apa-apa pun dia tak sabar nak tunggu selesai waktu persekolahan.

Sebaik loceng berbunyi, Rezal bergegas pulang, tetapirumah bukan destinasinya. Dia masuk ke perkarangan taman permainan yang sepi lalu memeriksa peralatan permainan sekiranya ada tanda-tanda peninggalan kumpulan kanak-kanak misteri, tapi hampa kerana tiada apa yang aneh.

Jarum mas di kaki tiang buaian dah penyek,seperti dipijak-pijak. Rezal yakin tiada siapa rakan sebaya mahupun budak-budakdi kawasan sekeliling merosakkan pelaburan masa depannya itu. Kerana dari biliknya sahaja dia boleh lihat seluruh taman permainan dan sejak bermula musim hujan, tiada siapa bermain kecuali kanak-kanak Cina petang kelmarin dan sekumpulan kanak-kanak...

Rezal berpaling ke hujung taman permainan.Bongkah-bongkah pembetung masih kemas tersusun di kelilingi tanah merah. Dia menghampiri tapak pembinaan dan melihat lubang galian pembetung yang masih berlumpur. Pandangannya dilarikan sepanjang pembetung sehingga ke hujung dimana terdapat pohon gergasi terdampar.

Pokok ditumbangkan pemaju kerana berada dilaluan pembinaan, dan sepatutnya di uruskan pembuangannya oleh syarikat pembinaan. Musim hujan berpanjangan mengendalakan aktiviti, dan pohon yang sebelum itu disenangi kehadiran kerana meredupkan taman permainan akhirnya terpaksa dikorbankan atas nama pemodenan.

Terlupa Rezal akan tanah masih lembap. Dia mengeluh panjang melihat kasut sekolah berselut tanah liat merah. Tatkala itu terlihat tapak-tapak kaki berselerakan di lumpur. Tapak-tapak kaki menuju kearah pohon gergasi.

Rezal mengekor tapak kaki dan ia terhenti diceracak akar-akar yang terdedah. Ketika sedang memeriksa pokok tersebut, Rezal terjumpa sesuatu terselit di antara akar.

Setelah diperiksa, objek diselaputi lumpur kering itu berbentuk rumah kayu yang dipacak atas sebatang tiang kayu. Rezal merasakani tu adalah rumah burung dan dicat warna merah. Dari keusangan, ibarat ia sudah menjadi sebahagian dari pokok dalam tempoh masa lama.

Guruh berdentum di langit. Rezal segera meletakkan kembali rumah burung dan pulang ke rumah.

Gelap. Masih tiada bekalan elektrik. Diamelewati bilik Along yang sentiasa tertutup dan di bilik Angah sedang bermaingitar kapok.

“Angah tadi aku pergi kat pokok besar tu” kataRezal kepada abangnya yang masih terkial-kial cuba bermain lagi Fantasia Bulan Madu.

“Aku jumpa rumah burung kat akar pokok tu”

Angah berhenti bermain.

“Warna merah ke?” tanya Angah.

“Ha’ah Ngah, ape tu eh?”

Menurut Angah, kawasan perumahan mereka ini asalnyapusat kota lama pekan itu. Taman permainan depan rumah dahulu adalah deretan kedai dimiliki komuniti Cina dan menjadi tempat membeli-belah penduduk Melayu dari kampong-kampong berhampiran.

Ada urban lejen mengatakan beberapa keluarga Cina di bunuh dengan kejam oleh askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua danabu-abu mangsa di semadikan di tokong dulu dibina bawah pokok besar itu.

Lepas British datang semula, kesemua pendudukCina dipindahkan ke Kampong Baru, sekarang jadi pusat kota pekan tersebut.

“Kau ada pegang ke tokong kayu tu?” tanya Angah.

“Kenape?” Rezal dah mula rasa tak sedap hati denganpertanyaan Angah.

“Kalau kau pegang, habisla hantu Cina tu datangcarik kau malam ni” kata-kata Angah membuatkan Rezal hampir menangis.

Kalau sebelum ini dia tak kisah hantu jembalang,kini dia mula faham kenapa ramai seram dengan makhluk halus. Kerana ini juga,dia tak menceritakan tentang penampakkan kanak-kanak bermain pagi buta kepada Angah. Kalau dia tahu, entah apa pula sakatan dikenakan terhadapnya.

Semua ahli keluarga sudah nyenyak tidur, tetapi mata Rezal masih terbuntang. Pujukan supaya Angah menemaninya malam itu sekadar janji tinggal janji. Rasa seperti nak sahaja dihempuk kepala abangnya yang sedang nyenyak tidur dengan gitar kapok.

Setelah beberapa jam bergolek-golek atas katil, Rezal yakin Angah hanya menyakat. Keheningan di luar berterusan sejak hujanberhenti sebelum semua masuk tidur menandakan tiada apa akan berlaku.

Ketawa kecil membuatkan tubuh Rezal kejung. Ketawa kecil jelas milik kanak-kanak kedengaran jelas betul-betul di luar tingkap bilik.

Dalam ketakutan, muncul perasaan ingin tahu meluap-luap. Mata merenung kepada rekahan tingkap. Akhirnya dia tewas kepada perasaan curiga yang tak dapat dibendung lagi.

Perlahan dia mendekatkan mata ke rekahan. Di luarRezal melihat sebaris kanak-kanak berdiri sebelah menyebelah. Semua kanak-kanak mungkin sebaya dengannya berkaki ayam, ada lelaki dan perempuan. Semua mempunyai iras Cina dimana mata tertutup rapat kerana sedang tersenyum lebar, kepada Rezal, seperi tahu dia sedang menghendap di sebalik tingkap.

Mereka melambai tangan, seperti mengucapkanselamat tinggal. Setelah itu berlari menuju ke arah pohon gergasi.

Rezal terkulai di katil, tak sedarkan diri sehinggadikejutkan Angah ketika azan Subuh. Pada hari itu, Rezal pulang disambut denganhiruk-pikuk di hujung taman permainan. Dilihat beberapa pekerja dengan mesingergaji sedang meleraikan pokok kepada beberapa bahagian.

Malam itu dan malam-malam berikutnya Rezal tidak lagi menerima tetamu Cina misteri.

Selesai Bahagian I.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa seronokkk. Selamat menyambut hari raya Aidiladha Dam..baru sudah memasak disini, rehat rehat sambil baca penulisan mekeme.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.132649 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list