CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 10-5-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 10-5-2021 02:46 PM
di board mps ni ada crta psl pangkor...mcm mna u boleh tersedar nk patah balik ke darat...ke kwn u ...

Page berapa ek yg cerita psl pangkor tu..sebab i x baca semua..

Masa tu rasa mcm kena heret kaki lepas tu i hampir tenggelam mcm kena tarik ke bawah..seram weii

Lepas tu panggil kwn i yg kat darat.."timah..timah...tolong tarik aku.."
Kawan i tak pandai berenang..dia dah panik kenapa i tak pandai balik ke darat..
Dia sedaya upaya masuk ke dlm laut dgn hanya terapung gunakan life jacket

Dia jerit allahuakbar banyak kali.I memang dah hilang arah.Kaki mcm kena tarik ke bawah sampai i tak boleh berenang.Timah dtg kat i terapung ikut arus air.I berpaut kat badan timah dan perlahan2 naik ke darat.jarak dari tempat i nak lemas ke darat tu dlm 25 langkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jiwakacau06 at 10-5-2021 03:44 PM
kucim replied at 10-5-2021 03:33 PM
Page berapa ek yg cerita psl pangkor tu..sebab i x baca semua..

Masa tu rasa mcm kena heret kak ...


bukan thread ni...xingt dh tajuk dia apa...nnt i cuba search i tagg u..

sorry...bukan pangkor...thread tu pulau tioman..

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=227469&mobile=2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2021 08:57 AM | Show all posts
hi guys selamat hari raya ! Insya Allah I cuba update thread ni banyak2 ye sebab I pun cuti lama lepas ni (walaupun tak boleh beraya).  Hope uols enjoy my thread!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2021 09:58 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-5-2021 11:21 AM

Ayahku Veteran Tentera

Sebelum ayahku meninggal dunia, ayah pernah bercerita tentang pengalaman beliau semasa di Vietnam pada 1960an dulu.  Ayah aku ada satu misi dimana dia dan seorang lagi tentera amerika bersama-sama 5 org pejuang CIDG (orang tempatan Vietnam yang ikut tentera USA) diberikan tugasan untuk letakkan pengesan pergerakan seismik tanah di satu kawasan jauh di dalam hutan tu. Masa tu, mereka semua dah 2 hari dalam hutan tu apabila kumpulan dia dipecahkan,ayah aku  dan 2 orang lagi pejuang ditugaskan untuk meronda di salah sebuah laluan hutan yang membentuk macam satu persimpangan.

Pada hari tersebut, hutan agak senyap, tapi takdelah senyap sunyi terus. Adakalanya kedengaran bunyi burung berkicau, monyet-monyet melompat di atas dahan.  Dalam 3-4 jam la jugak ayah aku dan kumpulan dia memerhatikan persimpangan itu sebelum ayah aku perlu buat keputusan, nak teruskan perjalanan ke hadapan ke atau sertai balik kumpulan lagi satu tu.  Tapi sebelum tu, ayah aku kena keluar dari tempat persembunyian dia dulu sebelum nak arahkan 2 orang lagi pejuang tu untuk ikut dia. Masa nilah berlakunya satu peristiwa yang agak menarik, sebab macam tak masuk akal, tapi masa ayah aku bercerita ni memang muka dia serius tak main-main.

Ayah aku cakap, masa dia baru nak bangun je, rupa-rupanya bertentangan dengan dia di seberang laluan tu, ada seorang lelaki kulit hitam, tapi warna kulitnya agak cerah sikit la dari orang kulit hitam lain, berpakaian seragam tentera Union Cavalry lengkap bersenjata sedang dalam posisi baring menelangkup merenung ayah aku.  Tergamam kejap ayah aku sebab masa tu kan tahun 1960an, seragam yang dipakai oleh lelaki itu seragam masa Perang Saudara USA tahun 1800an dulu.  Ayah aku cakap, lelaki tu bawak 2 jenis senjata, senapang api jenis Spencer yang panjang tu dan sebatang kayu belantan pendek yang ada lengkuk di hujungnya.  




Sedang ayah aku tergamam terlopong cuba nak cari logik dari mana datangnya lelaki ni, lelaki itu hanya tersenyum melihat ayah aku.  Kemudian, lelaki misteri itu merapatkan jari telunjuknya ke bibir tanda suruh senyap, dan dengan tangan yang sama, memberikan arahan tanpa suara pada ayah aku untuk berundur balik ke tempat persembunyian ayah aku.  Ayah aku pun berikan isyarat pada ahli kumpulan lain untuk teruskan persembunyian mereka. Ayah aku ingat lagi, bila ayah aku perlahan-lahan berundur balik, lelaki misteri tu pun sama jugak, perlahan-lahan dia merangkak balik masuk ke semak.  

Tak sampai 10saat lepas tu, tanpa disangka-sangka, ada sekumpulan pasukan tentera musuh masa tu, tentera Vietnam Utara atau NVA berkonvoi pulak lalu atas jalan tu. Ayah aku cakap, memang kumpulan tentera musuh tu ramai sebab dari jarak 30kaki pun ayah aku dan kumpulannya boleh dengar bunyi pergerakan konvoi tu.  Sekali tu, memang ye, adalah dalam 70 ke 80 orang tentera musuh sedang melintasi ayah aku dan ahli kumpulannya. Kumpulan tu membawa banyak senjata berat masa tu, macam senapang automatic, mesin gun, roket pelancar grenad.  Terkejutlah ayah aku, ayah aku terfikir jugak kalau tadi dia dan ahli kumpulan dia dah mula bergerak, memang sahlah mereka bakal jadi tawanan tentera musuh atau paling teruk, mati dibunuh tentera musuh.  

Sejurus sahaja konvoi tentera musuh tu dah hilang dari pandangan mereka, ayah aku dan ahli kumpulannya terus cabut lari dari situ.  Ayah aku memang takut betul masa tu sampai tak teringat dengan lelaki misteri yang bagi amaran pada ayah aku sebelum tu.  Sesampainya ayah aku di pangkalan, ayah aku pun laporkan pada pegawai atasan dia tentang konvoi tadi, tapi ayah aku dengan sengaja taknak cerita pasal lelaki misteri tadi. Bagi ayah aku, itu mungkin cuma khayalan dia je sebab dah lama sangat dalam hutan. Dan lelaki misteri itu kekal menjadi rahsia ayah aku, sehinggalah semasa nenek ayah aku sakit tenat pada 1970an masa tu, jadi ayah aku pertama kali dalam hidupnya bercerita dengan neneknya tentang pengalaman dalam hutan tu.

Nenek hanya tersenyum, dan dalam tenat terbaring tak mampu nak buka mata tu, nenek berkata sesuatu pada ayah aku, 'Itulah Old Red Tom'.  Rupanya Red Tom adalah ayah nenek. Atau moyang kepada ayah aku.  Red Tom adalah lelaki bebas berdarah kacukan kulit hitam dan Creek dan dia merupakan tentera peninjau bagi tentera Union semasa Perang Saudara yang kemudiannya menjadi tentera pasukan berkuda di Selatan Amerika.  Nenek sangat yakin itu jelmaan Tom Red yang cuba nak menyelamatkan anak cucunya dari jadi mangsa perang, kerana hanya Tom Red sahaja yang tentera berkulit hitam yang bawa belantan pendek iaitu senjata orang Creek ke medan perang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2021 12:48 PM | Show all posts
Kisah yang I nak translate ni adalah adaptasi daripada penulisan seorang peneroka Alaska bernama Harry D Colp bertajuk The Strangest Story Ever Told.  Dikhabarkan penulis cerita ni memang kumpul kisah-kisah pelik sepanjang dia merantau mencari peluang rezeki di Alaska di tahun 1900an.
Uols nak baca artikel asal boleh baca di sini. http://www.bigfootencounters.com/stories/harrycolp.htm.  Untuk versi I, I translate santai-santai je ye takdela detail mana tapi bolehlah buat bacaan di waktu senggang...

Kisah Paling Pelik Yang Pernah Diceritakan

Pada musim bunga tahun 1900, ada 4 orang lelaki yang tinggal bersama-sama di sebuah pondok di Wrangell, Alaska.  Mereka berempat ni takde duit, tapi mereka berempat ni  pencari mineral berharga.  Aku merupakan salah seorang daripada lelaki berempat itu. 3 orang lagi tu, biarlah aku namakan sebagai John, Charlie dan Fred.

Pada satu malam di bulan April, Charlie datang kepada kami membawakan satu khabar gembira.  Rupanya, Charlie dapat satu maklumat dari seorang lelaki tua berbangsa Orang Asli di situ, dari mana orang tua tu dapat batu quartz emas yang disimpan di rumahnya. Orang Asli tu cakap, kalau nak batu ni, kene pegi ke Teluk Thomas, lepas tu kene tidur di sebelah kanan Sungai Patterson, jalan kaki dalam 8 batu, jumpa gunung, jalan lagi dalam 1 setengah batu lagi, nanti akan jumpa satu tasik berbentuk bulan sabit.  Menurut kata orang tua tu, kat situ memang banyak batu-batu macam ni.



Teluk Thomas ni kalau ikut orang tempatan, digelar Teluk Kematian.  Kira-kira 150 tahun yang lalu, berlaku salji runtuh di tepi gunung yang memusnahkan seluruh kampung, kira-kira 500 orang penduduk kampung mati akibat kejadian itu.  Tapi, bagi pencari mineral macam kami, itu semua tak penting.  Kami berempat berbincang dan akhirnya kami bersetuju, Charlie akan pergi cari lokasi emas tu manakala kami bertiga akan tinggal di sini untuk kumpul duit dan sumber serba sedikit untuk memulakan aktiviti melombong nanti.

Akhirnya, sebelum bulan Mei tiba, Charlie pun bawakla bekalan untuk mengembara selama 3 bulan dengan menaiki kanunye dan mula bertolak ke Teluk Thomas.  Teluk Thomas ni terletak kira-kira 50 batu dari arah barat laut Pekan Wrangell. Kami buat perjanjian, Charlie akan balik secepat mungkin, tapi kalau dalam masa 3 bulan dia tak balik, kami yang lain akan cari dia disana.

John dan Fred ikat kontrak menebang pokok, manakala aku pula bekerja di kilang papan di Wrangell tu.  Hari-hari kami berjalan macam biasa, sehinggalah, pada minggu pertama bulan June, di lewat petang hari Ahad, kami semua di rumah apabila Charlie muncul di muka pintu kami, tapi tanpa kot dan topinya.  Charlie nampak kusut masai, dia sapa kami pun tak, sebaliknya dia mencampak seketul batu quartz emas di satu sudut dan terus mengarah kami, "Aku nak makan, aku penat gila ni dan aku nak berehat".  Kami semua pun terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba si Charlie ni, tapi kami sediakan sedikit makanan untuk dia. Selepas makan, dia pun teruslah tidur tanpa bercerita apa pun pada kami tentang perjalanan dia.

Kami bertiga terus dapatkan seketul quartz emas yang dicampak oleh Charlie tadi.  Bagi pencari mineral macam kami, itulah benda paling cantik yang pernah kami tengok. Emas bertompok-tompok menghiasi batu quartz yang jernih itu.  Manalah kami tak gembira. Nampaknya tak sia-sia kami berhijrah ke Alaska yang sejuk ni.  Sebelum hari gelap, kami pergi ke tepi pantai untuk mendapatkan barang-barang Charlie dari kanu nye, tapi, yang mengejutkan, kanu itu kosong. Yang ada cuma pendayungnya sahaja.

Malam tu kami bertiga tak boleh nak tidur, tapi Charlie pulak tak berhenti-henti memotong kayu.  Charlie terlalu asyik sampaikan kami terpaksa pujuk Charlie untuk bersarapan bersama kami esok paginya.  Akhirnya Charlie mengalah, dia pun makan tapi lepas tu dia mintak pinjam kot dan topi dan terus keluar rumah tanpa menjelaskan apa-apa kepada kami.

Kami bertiga pulak, sebab terlalu seronok, kami pun ponteng kerja, dan hanya duduk di pondok kami sambil belek-belek batu quartz emas tu sambil menunggu Charlie balik dari mana entah untuk dengar laporan dia.  Kami tak sabar-sabar nak tau pasal lokasi Charlie jumpa batu ni.  Dah masuk tengahari barulah Charlie balik rumah dan terus cakap kat kami, " Esok pagi, kapal SS  Drigo nak pegi ke arah selatan. Boleh tak korang kasi aku duit, aku nak beli tiket balik Seattle.  Aku dah bosan dengan Alaska ni, aku tak nak dah duduk sini."

"Aku boleh cerita macam mana aku jumpa batu tu, tapi nasihat aku, lupakan jelah niat korang.  Tempat tu tak selamat untuk kita.  Kalau bukan sebab kita ni kawan, aku pun takna cerita pasal benda ni, tapi kalau korang janji jangan sebut lagi Teluk Thomas tu depan aku, aku boleh cerita".

"Korang adili lah sendiri kisah aku ni, sebab kisah ni memang pelik, aku pun tak dapat nak carik mana logiknya. Jangan banyak tanya sebab aku nak tinggalkan Alaska secepat mungkin dan aku pun taknak dah ingat kisah ni".

Inilah apa yang diceritakan oleh Charlie pada hari itu...

Charlie

Malam pertama aku belayar dari Wrangell, aku jumpa Teluk Kecil Ideal.  Malam seterusnya aku sampai dah kat Sungai Muddy dan bermalam kat sana.  Malam ketiga baru aku sampai di Pulau Ruth kat Teluk Thomas tu.  Esoknya pulak, aku berjalan ke Sungai Patterson cuba nak cari tempat untuk aku dirikan khemah, akhirnya aku jumpa satu tempat ni suku batu dari aras air naik di sebelah kanan sungai tu.

Jadi esok pagi tu aku angkut semua barang-barang aku ke lokasi baru tu, dan aku tambat kanu di tebing sungai.  Esoknya pulak, aku cuma masak kacang, potong kayu dan cubalah serba-sedikit perbaiki kem aku sebab nak duduk sini lama kan.  Malam tu dah mula hujan, dan hujan tu berlarutan sampai berhari-hari lamanya, sampai aku pun tak ingat dah hari keberapa. Dahla aku sorang diri, takde benda nak dibaca, nak buat apa pun tak boleh sebab hujan, jadi keje aku tidur jelah.

Akhirnya, cuaca kembali terang dan aku pun keluarlah dari kem aku.  Beberapa harilah jugak aku cuba mencari tasik bulan sabit seperti yang diceritakan oleh orang tua tu, tapi tak jumpa pun. Yang aku jumpa, 2 batu dari kem aku dan 1 batu dari tepi sungai ni, sebuah tasik yang berbentuk S.  Dari tasik tu ada anak sungai kecil.

Hidup aku memang bosan sepanjang aku kat situ.  Sepanjang hari dalam hutan tak nampak pun tupai.  Aku dah bosan hari-hari makan kacang, nasi dan bakon, jadi aku tekad nak pegi ke satu rabung yang aku nampak kat sebelah timur tasik bentuk S tu, jaraknya aku rasa dalam 8 batu lah jugak dari tasik tu.  Masa aku pegi sana aku macam terdengar ada bunyi ayam hutan.



Esok paginya, cuaca pun panas dan ada matahari, aku cuma bawak senapang aku je ke situ. Sampai je kat rabung tu, aku pun memburulah ayam hutan, aku berjaya dapat 2 ekor, dan dapat tembak lagi satu, tapi ayam tu tergolek-golek la pulak bawah rabung tu.  Masa aku nak turun ambil ayam tulah aku jumpa batu ni.  Tempat aku jumpa batu ni agak padat dengan pokok dan belukar, aku pun tak perasan tapi bila aku bersihkan tempat tu, agak besarlah jugak sebenarnya, kira-kira 8 kaki  lebar dan 20 kaki panjang.

Ketulan batu ni jadi licin sebab glasier.  Aku tak bawak perkakasan nak pecahkan ketulan ni, jadi aku gunakan senapang aku untuk ketuk-ketuk ketulan tu.  Akibatnya, senapang aku jadi rosak. Tapi tak kisahlah, kat tempat ni pun mana ada haiwan besar, ayam hutan pun tak banyak.  Dalam fikiran aku, lepas ni aku kaya dan aku pun tak sabar-sabar nak balik kat korang.  Selepas aku berjaya dapatkan seketul kecil batu emas ni, aku pun cepat-cepatlah sorok tempat tu pakailah daun-daun kayu, lumut-lumut yang ada taknak orang lain nampak.

Setelah aku berjaya sembunyikan lokasi emas tu, aku pun bercadang nak daki rabung yang berhadapan dengan aku ni, sebab aku nak cam tempat ni, jadi kalau kita balik ke sini aku ingat mana lokasinya.  Rabung tu tingginya dalam 600kaki dari lokasi emas tu. Dari situ, aku cuba nak hafal tempat ni. 50 kaki sebelah kanan dari lokasi emas tu ada sebuah pokok besar yang paling tinggi di antara pokok lain. Dan dari rabung tu jugak, aku boleh nampak Frederick Sound, Cape of the Straight Light, Point Vanderput, dan di sebelah kiri tu aku boleh nampak Pulau Sukhow.



Setelah berpuas hati dengan apa yang aku nampak, aku pun tolehlah ke belakang. Rupanya di belakang aku tulah tasik berbentuk bulan sabit yang orang tua tu cerita.

Disitulah, wahai sahabat-sahabatku, aku ternampak sesuatu yang sangat menakutkan.  Aku berharap pada Tuhan aku tak jumpa lagi dah makhluk macam tu.  Dari tasik tu, aku ternampak sekumpulan makhluk yang sangat hodoh.  Makhluk tu bukan manusia dan bukan monyet, tapi macam gabungan manusia dan monyet.  Seluruh anggota badan mereka diliputi bulu, kalau nampak kulit pun, ianya dipenuhi dengan kurap dan kudis.  Apabila makhluk tu sedar dengan kehadiran aku, ianya cuba mendapatkan aku.  Suasana yang sebelum ni sepi kini bingit dengan bunyi teriakan makhluk itu.  Badan makhluk-makhluk itu terlalu busuk sampai aku rasa macam nak pengsan.

Aku panik, dan lupa yang senapang aku dah rosak, tapi aku tetap juga cuba nak menembak makhluk-makhluk tu. Bila senapang aku tak berfungsi, aku campak je lepas tu aku toleh belakang dan terus berlari sekuat hati.  Aku terlalu takut sehinggakan aku boleh rasa nafas hangat makhluk itu di leher aku.  Kuku-kuku tajam yang cuba mencakar belakang aku.  Bau mereka yang sangat busuk, bunyi teriakan, jeritan dan nafas mereka yang kuat itu buat aku naik gila.  Aku pun tak sedar macam mana aku boleh sampai ke kanu dengan takde apa-apa kecuali batu emas ni.  

Tau-tau je, dah waktu malam, dan masa aku sedar, aku dah ada dalam kanu ni, hanyut di antara Teluk Thomas dan Pulau Sukhoi, dalam kesejukan, kelaparan dan haus teramat sangat nak minum air. Aku pun berkayuh ke Wrangell.  

"Aku tau, korang mesti tak percaya kan dengan cerita aku ni, mesti korang aku ni dah gila atau menipu. Tapi takpelah, korang ambil lah emas korang ni. Tapi jangan sesekali sebut pasal Teluk Thomas depan aku lagi, dan bantulah aku untuk keluar dari sini!".

Dan itulah kali terakhir kami berjumpa Charlie.  Bagi kami yang lain,kami anggap cerita Charlie tu hanyalah fantasi yang terbit daripada rasa sunyi  dan  fikiran yang merapu...

TAMAT

ooppss sebelum tamat cerita ni, macam kata penulis tu, maybe ini semua khayalan Charlie je, tapi kalau ikut legenda kaum Tlingit yang merupakan penduduk asal kawasan tu, kemungkinan apa yang Charlie jumpa tu adalah Kushtaka.  Kushtaka ni makhluk separa manusia separa memerang. ada citer Kushtaka ni baik, tapi ada jugak kisah tentang bagaimana Kushtaka ni membunuh manusia terutamanya budak-budak kecil dengan melemaskan manusia di dalam air.  Jadi macam mana pada tahun 1900 takde Internet tapi penulis yang asalnya dari luar ni boleh tulis cerita pasal makhluk legenda yang cuma orang asli di Alaska je tahu? Wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-5-2021 08:57 AM
hi guys selamat hari raya ! Insya Allah I cuba update thread ni banyak2 ye sebab I pun cuti lama lep ...

selamat hari raya tt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2021 10:47 AM | Show all posts
Interesting hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-5-2021 12:57 AM
hi guys selamat hari raya ! Insya Allah I cuba update thread ni banyak2 ye sebab I pun cuti lama lep ...

hope boleh sambung lagi..sebab cerita2 dalam ni misteri..best baca..tq tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Orang Asli Amerika : Skinwalker

Semasa aku masih di kolej, aku dapat duduk sebilik dengan pelajar berketurunan Orang Asli Amerika.  Pada suatu malam tu, kami tengah ting tong borak-borak kosong bila aku dengan selambanya aku tanya dia, ada tak cerita pasal Wendigo.

Bila aku tanya macam tu je, muka dia terus berubah serius.  Kawan aku cakap, antara pantang-larang dalam budaya Orang Asli Amerika ni adalah tak boleh sekalipun sebut pasal makhluk halus macam Wendigo.  Mungkin sebab tu, kebanyakan makhluk halus diorang ni seringkali mendapat gambaran yang salah oleh media USA yang tak tahu apa-apa tapi suka ceduk budaya orang lain tu.  Contohnya macam dalam game Until Dawn.  

Kawan aku cakap, dia tak pernah jumpa makhluk halus pun, tapi datuk dia ada pengalaman dengan makhluk lain yang dipanggil Skinwalkers.  Skinwalkers ni asalnya adalah manusia yang menjadi bomoh, dan akhirnya memperolehi kuasa untuk bertukar menjadi binatang.  Tapi, kawan aku cakap sekali ni jelah dia kongsi cerita ni dengan aku dan dia mintak aku janji jangan ungkit lagi dah pasal benda ni.

Datuk kawan aku ni dulu adakalanya akan memburu coyote di waktu malam atau senja, tujuannya untuk mengawal populasi coyote di tempat kediaman datuk aku masa tu, iaitu di bahagian selatan Colorado.  Pada suatu malam, datuk kawan aku tu sedang menghendap seekor coyote yang agak licik sikit, tapi akhirnya dia berjaya menembak coyote tu tepat ke bahagian dada coyote itu dengan senapangnya.  Tapi coyote tu tak mati lagi, sebaliknya ia berjaya melarikan diri jadi datuk kawan aku ni pun kejarlah coyote yang tercedera itu dengan berpandukan kesan darah coyote tu.  

Malangnya, kesan darah itu membawa datuk kawan aku ni ke satu kawasan semak samun yang terlalu padat sampaikan manusia pun tak boleh nak lalu.  Jadi datuk kawan aku ni pun kenalah berjalan mengelilingi semak-samun tu.  Kesan darah coyote tu muncul kembali di bahagian sebelah semak-samun tu….tapi bersama-samanya ada kesan tapak kaki manusia.  Datuk kawan aku ni dah tak sedap hati, jadi dia pun bukaklah lampu suluh yang dia bawak.  Suluh punya suluh, rupa-rupanya dalam 20 kaki dari dia, dia ternampak bayang-bayang seorang lelaki sedang berdiri dalam kegelapan. Datuk kawan aku ni tak tunggu apa, dia pun teruslah berlari tinggalkan tempat tu.



Datuk kawan aku terus naik trak dia dan memandu keluar dari tempat tu.  Kalau korang pernah pergi Colorado mesti tau kan Colorado ni kawasannya macam gurun sikit.  Datuk kawan aku terpaksa berhenti sekejap di sebuah stesen minyak untuk isi tangki.  Masa tulah dia macam terdengar sesuatu dari gurun di sekeliling dia.  Datuk kawan aku tu memandang sekeliling cuba nak cari sumber bunyi tu apabila dia terperasan sesuatu, seluruh kawasan gurun tu gelap gelita.  Seolah-olah di sekeliling stesen minyak tu ada tembok tinggi yang menghalang sebarang cahaya keluar.  Walaupun datuk kawan aku ni pasang lampu kereta, tapi lampu kereta tu pun seolah-olah terhalang oleh kegelapan itu.  Datuk kawan aku memandu dalam keadaan tak nampak apa walaupun dah pasang lampu tinggi.

Sampai itu jelah cerita dari kawan aku.  Dan ini jelah citer yang aku tahu tentang makhluk halus di Amerika sebab sejak dari hari tu kawan aku taknak dah ungkit pasal topik ni lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 11:21 AM | Show all posts

selamat hari raya utk chuols jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 12:10 PM | Show all posts
Mana Kau Pergi?

Semasa perang saudara di Zimbabwe atau lebih dikenali sebagai bush war pada ketika itu, iaitu pada 1970-an, majoriti rakyat tempatan kalau nak pergi ke tempat lain kena ikut konvoi yang akan dikawal oleh pihak tentera atau polis bersenjata.  Ayah aku ketika itu adalah seorang polis yang terlibat dalam konvoi seperti ni. Dalam konvoi ini akan ada 2 kenderaan berperisai, di depan dan belakang konvoi. Ayah aku memandu di hadapan sekali untuk 1 konvoi dari Bulawayo ke sempadan Afrika Selatan di Beitbridge.


Dalam perjalanan tu, mereka berhenti sebentar sebab nak kira kenderaan.  Masa nilah ayah aku perasan dah ada satu kenderaan yang hilang.  Beberapa kali ayah aku semak ikut pendaftaran kenderaan yang dia ada, memang sah ada satu kenderaan tu takde.  Ayah aku pun hubungi pejabat mereka di Gwanda melalui radio untuk memaklumkan tentang kehilangan salah satu kenderaan orang awam tu.  Dalam pada masa yang sama, kenderaan berperisai di belakang tu patah balik cuba mencari kenderaan hilang tu kot-kotla masa kat tengah jalan tu kenderaan tu rosak ke, tapi tak jumpa apa pun.

Tak berapa lama kemudian, ayah aku dapat panggilan, yang kenderaan hilang tu dah ditemui. Ingatkan jumpa kat mana, tapi rupanya kenderaan tu dah sampai kat Messina.  Messina ni kira-kira setengah jam memandu SELEPAS sempadan Afrika Selatan tadi. Itupun si pemandu tu tak sedar yang dia dah sampai Afrika Selatan apabila dia ditahan oleh polis di sebelah sana.  Si pemandu tu mati-mati ingatkan dia masih di Zimbabwe, tapi rupa-rupanya dia dah berada beberapa ratus batu dah dari Zimbabwe tu.  Apabila disemak, pasport satu kereta tu langsung takde cop masuk jadi dia masuk ikut mana?

Ayah aku bersumpah cerita ni memang kisah benar, dan mustahil la macam mana kenderaan yang ada kat tengah-tengah konvoi, di jalan 1 lane yang takde simpan tiba-tiba boleh ada di luar negeri. Pelik tapi benar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 02:54 PM | Show all posts
Kisah Orang Asli Amerika : Wendigo

Ayah aku berketurunan Orang Asli Amerika dari suku kaum Cree, dan beliau membesar di sebuah rizab di Montana.  Jadinya ayah aku membesar dalam persekitaran yang masih mementingkan kepercayaan dan budaya turun-temurun, dan salah satunya adalah berkenaan makhluk halus.  Memang pantang larang Orang Asli Amerika ni,  tak boleh bergurau-gurau atau saja-saja bercerita pasal makhluk halus ni.  Kalau nak sebut pun, cukuplah sekadar untuk tahu dan bukannya untuk buat main-main.  Padahal, ada banyak kisah sakti tentang makhluk halus tapi kalau ikut kepercayaan mereka, kalau disebut-sebut selalu makhluk halus tu boleh muncul, dan kemunculan makhluk halus tu selalunya akan mengundang bahaya.  Boleh dikatakan, setiap yang tinggal di rizab tempat ayah aku membesar tu ada kisah tersendiri, tapi kisah tu mereka akan bawa sampai ke mati.

Semasa ayah aku masih remaja, masa ni tahun 1970-an, ayah aku dan 2 orang lagi kawan dia lepak-lepak di tepi sungai sambil pasang unggun api.  Kawasan yang diorang pergi tu agak jauh sikit dari penempatan diorang, dan tempatnya pun agak lapang dan takdelah semak-samun sangat. Jam menunjukkan pukul 7 petang,  salah seorang kawan ayah aku ni nak balik kejap ke rumah dia, nak ambil bir dan jajan sikit untuk makan-makan.  Tapi kawan ayah tu kembali ke port lepak diorang siap bawak kawan-kawan lain.  Adalah dalam 4-5 buah trak. Daripada bertiga sekarang ni ada kira-kira 10 orang remaja lelaki perempuan ikut ayah aku dan kawan-kawan dia melepak kat situ.  Di antara kumpulan tu ada yang ayah aku kenal, ada jugak yang datang dari luar.  Unggun api yang tadi kecil jadi besar sebab nak tampung kumpulan yang makin besar ni.  Ada yang pasang radio trak, port lepak tu dah jadi macam parti kecil muda-mudi. Kawan ayah aku 2 orang tadi pun ikut sekali yang lain menari dan bergelak tawa dengan gadis-gadis yang datang tu.  Ayah aku pulak sekadar duduk tepi unggun nak jaga api.

Bersama-sama dengan ayah aku di tepi bulatan unggun tu, ada 3 lelaki dan 2 perempuan tengah rancak bersembang sambil minum bir dan panggang sosej atas api. Pastu ada seorang lagi remaja lelaki duduk sorang-sorang, ayah aku cam budak lelaki tu satu sekolah dengan ayah aku, tapi dia muda setahun la. Budak lelaki tu memang pendiam je kat sekolah tapi tak pernah buat masalah di sapa-sapa,  ayah aku pun sebenarnya terkejut jugak sebab tak sangka budak lelaki tu nak datang sini.  Budak lelaki tu cuma sekadar duduk di atas sebatang kayu buruk dengan membelakangkan sungai, dan hanya merenung api unggun tu tanpa berkata apa-apa atau menyembang dengan sesiapa.

Ayah aku tengah kuis-kuis kayu di unggun tu untuk kawal api jangan sampai terpadam, masa ni ayah aku duduk berhadapan dengan budak lelaki tu.  Ayah aku terpandang ke sungai, apabila ayah aku ternampak macam ada rusa tengah berjalan di tepi sungai tu. Ayah aku cakap rusa sebab nampak ada tanduk.  Rusa tu berjalan ke arah unggun api ni.  Masa ni ayah aku dah mula rasa pelik sebab haiwan liar sepatutnya takut manusia.

Yang lagi pelik, daripada jalan 4 kaki, rusa  tu lama kelamaan berjalan pakai 2 kaki pulak.  Ayah aku ingatkan dia dah mabuk.  Rusa tu makin lama makin dekat, dan makin jelas di penglihatan ayah aku.  Ayah aku cakap, rusa berkaki dua tu sebenarnya satu makhluk yang langsung takde rupa manusia. Wajahnya seperti tengkorak binatang yang bermuncung panjang dan bergigi tajam, di kelongsong matanya yang kosong tu macam ada cahaya berwarna putih susu.  Badannya kurus kering seperti manusia tapi tinggi lampai, rasanya adalah dalam 8 kaki.



Ayah aku jadi tergamam, yang lagi tergamam apabila makhluk itu terus duduk di sebelah budak lelaki yang pendiam tu. Terlintas di hati ayah aku, Wendigo.  Walaupun sekadar tersebut dalam hati, makhluk tu macam terperasan dan memalingkan wajahnya ke arah ayah aku. Ayah aku terus tunduk tak berani nak bertentang mata dengan makhluk tu. Sebaliknya, ayah aku cuba merapatkan diri ke kumpulan lelaki perempuan tadi.  Ayah aku perasan, walaupun makhluk tu betul-betul di hadapan diorang sekarang ni, tapi lelaki perempuan tadi masih gelak-gelak sambil makan-makan macam biasa.  

Ayah aku terfikir macam nak lari dari situ, tapi dia teringat pesanan orang tua, jangan ditegur kalau nampak benda tu. Buat tak tau je. Jadi ayah aku pun cuba buat-buat tak nampak dan cuba ikut sekali dalam perbualan kumpulan tu.  Walaupun ada yang buat lawak bodoh, ayah aku paksa jugak nak gelak.  Bila orang hulur kacang, dia cuba nak makan walaupun tangan dah menggeletar. Dalam 4-5  minit la jugak ayah aku terpaksa toleh tepi sampai sakit leher dia semata-mata taknak tengok makhluk tu.  Tapi yang hairannya kumpulan tu macam tak nampak je makhluk aneh yang ayah aku nampak tu.

Dari ekor mata dia, ayah aku terperasan, makhluk tu berdiri, kemudian dia meletakkan tangannya yang berjari tirus dan berkuku panjang itu di bahu budak lelaki yang pendiam tu.  Budak lelaki tu pun ikut sama berdiri. Kemudian makhluk itu berpaling dan pergi dari situ, dan budak lelaki tu pun ikut sekali makhluk tu. Macam dipukau pun ada.  Ayah aku tengok dengan mata kepala dia sendiri, macam mana makhluk dan budak lelaki tu makin pudar dari pandangan mata dia ditelan kegelapan malam.

Ayah aku rasa macam nak jerit dan nak cerita kat semua orang pasal apa yang dia nampak tadi, tapi bila teringat pantang larang nenek moyang dia, ayah aku tak jadi nak cerita. Lagipun suasana malam tu agak santai dan semua orang macam tengah seronok, ayah aku taknak ganggu atmosfera malam tu walaupun ayah aku sendiri rasa terganggu, jadi malam tu dia balik rumah dulu tinggalkan yang lain.

2 hari kemudian, polis datang cari ayah aku di rumah.  Terkejutlah ayah aku ni.  Rupa-rupanya, polis dapat laporan yang budak lelaki pendiam tu dah seharian tak balik rumah, dan polis dapat maklumat pada 2 malam lepas budak lelaki tu ada ikut berparti bersama-sama ayah aku dan kawan-kawan.  Trak budak lelaki tu masih ada di port lepak kami.  Polis pun soal siasat budak-budak yang datang ke situ malam tu dan dipercayai itulah lokasi terakhir budak lelaki tu yang polis dapat kesan.

Ayah aku cakap kat polis, kali terakhir dia nampak budak lelaki tu bila budak lelaki tu jalan menuju ke tepi sungai.  Ayah aku sengaja taknak cerita pasal makhluk yang dia nampak tu.  Polis pun cuba mencari di sepanjang sungai tapi tak jumpa pun.  Sehingga sekarang budak lelaki tu hilang tak ditemui.  Macam ayah aku cakap, walaupun budak lelaki tu pendiam, tapi dia kategori budak baik yang tak bawak masalah, jadi kehilangan budak lelaki tu memang menggemparkan sebab polis tak jumpa unsur khianat dalam kes ni.  Ibubapa budak yang hilang tu memang jadi patah hati dan trauma sampai kena jumpa pakar kaunseling, bila dah bertahun-tahun barulah ibubapanya boleh terima kenyataan anak mereka dah takde.

Pengalaman ni pun hanya diceritakan oleh ayah aku bila ayah aku dah nazak.  Ayah aku agak menyesal sebab taknak cerita kisah yang sebenar tapi ayah aku pun masa tu terikat dengan kepercayaan orang dulu-dulu.  Sampai hujung nyawa ayah aku rasa bersalah sebab dia rasa dia boleh buat lebih lagi pada malam kehilangan budak lelaki itu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya tt. Tq share lg cerita best
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 04:47 PM | Show all posts
Cerita yg TT share tak pernah menghampakan terutama cerita dari kaum red indian. Best sangat. Btw, Selamat Hari Raya TT.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 09:34 AM | Show all posts
wah best.... sambung lagik TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Guwe selalu masuk sini thread.. Memang menarik.. TT ceritakan semula reddit ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Main ketuk-ketuk pulak

Aku bekerja sebagai pembantu jururawat. Dulu masa awal-awal masuk kerja, dalam 15 tahun dahulu, aku diberikan shift 7malam-7pagi di tingkat pembedahan di sebuah hospital.  Di tingkat ni, aku hanya perlu mengendalikan pesakit yang sebelum atau selepas menjalani pembedahan, pesakit-pesakit ni akan ditahan di wad dulu sebelum dibedah atau dikeluarkan. Jadi pesakit-pesakit aku ni banyaknya memang jenis tak berdaya nak bangun atau masih pengsan akibat bius pembedahan tadi. Kadang-kala berlaku jugak kematian di tingkat aku, yelah dah nama pun hospital kan.  Tapi walaupun aku bekerja shift malam, hospital aku ni tak pernah sunyi daripada kakitangan dan pesakit keluar masuk.

Sebagai pembantu, antara skop kerja aku adalah memandikan dan menukar pakaian pesakit yang terlantar.  Selalunya aku buat sorang je bergantung kepada keadaan pesakit aku. Pada suatu malam, aku tengah lap-lap pesakit aku,  pesakit aku ni orang tua yang dah tak bermaya langsung nak bergerak.  Memang tua uzur la orang kata.  Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan.  Aku pun dengan tak fikir panjang, terus buka pintu tap, eh takde orang pun kat luar.

Aku dah keliru sebab memang aku dengar jelas tadi bunyi ketukan tu. Tuk tuk tuk, ketukan kali kedua.  Tak sampai 30 saat pun lepas aku tutup pintu.  Aku masih keliru tadi aku baru je bukak pintu takde orang pun.  Ketukan kali ketiga pulak, kali ni baru aku sedari ketukan tu datangnya dari belah tingkap.

Selama ni aku memang tak pernah kena gangguan macam ni, jadi aku berfikiran ah ni mesti budak-budak nakal kat flat sebelah main-main ni.  Bangunan hospital aku ni bersebelahan je dengan kawasan perumahan.  Aku pun dengan geramnya teruslah bukak langsir tingkap dah sedia nak terjah budak-budak nakal tu, ha korang nak ape ni?  Masa tulah baru aku tersedar, eh aku kan kerja kat tingkat 2?

Kosong, takde orang pun di luar tingkap tu. Yang ada, hanyalah pemandangan rumah flat dan bulan mengambang kat langit sana.  Mustahil orang boleh panjat bangunan hospital ni sebab bangunan ni takde balkoni untuk orang berpijak.  Aku dah rasa takut jadi aku pun cepat-cepat tutup langsir, lepas tu aku pun cepat-cepatlah habiskan kerja aku membersihkan badan orang tua tadi.  

Semasa aku dah nak habis lap-lap badan pesakit aku tu, bunyi ketukan di tingkap tu muncul kembali tapi kali ni aku buat hati kering. Selesai je keje aku, aku terus keluar dari bilik tu tak pandang belakang lagi dah.

Beberapa jam kemudian, pesakit aku tadi tu meninggal dunia. Aku sempat berkongsi cerita ni dengan kawan-kawan lain tapi diorang macam dah tak heran.  Rupa-rupanya bukan aku sorang je kene, orang lain pun dah selalu kena sampai diorang cakap kat aku, lama-lama nanti aku akan terbiasa dengan bunyi ketukan tu….
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 26-5-2021 11:00 AM
Main ketuk-ketuk pulak

Aku bekerja sebagai pembantu jururawat. Dulu masa awal-awal masuk kerja,  ...

kt hsptl alor setar dkt wad bersalin..ada kes mcm ni...org berjalan di balcony xda lantai
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 02:22 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya buat TT dan semua pembaca!

Best baca thread ni. Keep on translating and writing, tt!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 31-5-2021 08:53 AM

Hi korang sorry I lambat update. Insya Allah pkp3.0 ni I akan cuba update byk2 ye.

Thank you pada yang sudi baca thread I
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.580634 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list