CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 32

 Close [Copy link]
Post time 24-2-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-2-2021 03:52 PM
Minggu dpn ye efiling...be ready

Siap sudah.. penyata terakhir dah dapat. NKF punya.
Tp akak jenuh simpan resit sampai 7 tahun ni tau.. Sampai dah hilang dakwat resit buku2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-2-2021 03:52 PM
Minggu dpn ye efiling...be ready

Siap sudah.. penyata terakhir dah dapat. NKF punya.
Tp akak jenuh simpan resit sampai 7 tahun ni tau.. Sampai dah hilang dakwat resit buku2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-2-2021 05:10 PM
Isu Vaksin Akhirnya Terjawab..

Kenali pencipta vaksin Pfizer-BioNTech, mereka pasangan suami-is ...

Ni sesuai bagi sohaibyebye flat earth  baca..  
kikikiki..
Nak sangat tgk antivacs ni semua akan ambil ke tak covid vac ni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 24-2-2021 05:42 PM
Pasir mesin tu cmne kaben

Keypo, akak pun x kenal. Akak ni kalau brg kemas, kalau labuh & besar akak sebut rantai kapal je. Habis semua akak kaup panggil sauh kapal. Hahahaha!!!
Ni tanya En Google. Untuk rujukan kita.. hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 24-2-2021 05:41 PM
td bfast nasi kerabu

Sedapnya nasi kerabu!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-2-2021 11:59 AM
-double posting pulak! Website hauk pulak siang ni..-

dapat noti from u mentioned my name tapi x jumpa pulak..  tea time apa tu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-2-2021 11:59 AM
-double posting pulak! Website hauk pulak siang ni..-

dapat noti from u mentioned my name tapi x jumpa pulak..  tea time apa tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:26 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-2-2021 05:27 PM

Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 24 Februari 2021
Kes sembuh=3,331
Jumlah kes sembuh=260,009 kes
Kes baharu positif=3,545 kes (3,544 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=291,774
Kes kematian=12
Jumlah kes kematian=1,088 kes
Kes dirawat di ICU=189 kes
Bantuan Alat Pernafasan=88

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 06:29 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:32 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:48 PM | Show all posts
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 11 Februari hingga 24 Februari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).


Pertambahan 581 kes baharu didaftarkan pada hari ini [579 tempatan, 1 luar negara dan 1 kes dalam penjara]. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:


DAERAH GOMBAK - 65 KES


Batu 27
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 1
Saringan Post Mortem 1
Saringan SARI 3
Saringan Survelan HCW 1

Hulu Kelang 21
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan SARI 5
Saringan Survelan HCW 1

Kuang 1
Saringan Kontak Rapat 1

Rawang 8
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Post Mortem 1

Setapak 8
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan SARI 3

DAERAH HULU LANGAT - 128 KES


Ampang 30
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Jln Cochrane) 1
Saringan Kontak Rapat 27
Saringan SARI 1

Cheras 36
Saringan Kontak (Kluster Jln Sebelas) 18
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan SARI 1

Hulu Langat 10
Saringan Kontak (Kluster Jln Cochrane) 1
Saringan Kontak (Kluster Jln Sebelas) 4
Saringan Kontak Rapat 5

Kajang 47
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Hentian) 5
Saringan Kontak (Kluster Jln Subang) 1
Saringan Kontak (Kluster TB Jln Abd Aziz) 1
Saringan Kontak Rapat 25
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Jaya) 12
Saringan Pra-Pembedahan 1
Saringan SARI 1

Penjara 1
Saringan OKT 1

Semenyih 4
Saringan Kontak Rapat 4

DAERAH HULU SELANGOR - 18 KES


Batang Kali 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1

Rasa 8
Saringan Kontak Rapat 8

Serendah 8
Saringan Kontak Rapat 8

DAERAH KLANG - 122 KES


Kapar 28
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 9
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 1
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1

Klang 94
Saringan Bergejala 23
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 30
Saringan Pekerja 32
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sg Chandong) 4
Saringan Post Mortem 1
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1

DAERAH KUALA LANGAT - 31 KES


Batu 1
Saringan Pekerja 1

Morib 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Kebun Baru) 1

Tanjung Dua Belas (1) 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Pekerja 2
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 1

Tanjung Dua Belas (2) 10
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 1
Saringan Pekerja (Kluster TB Tanjung) 8

Telok Panglima Garang 13
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 3
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 1
Saringan Pra-Penerbangan 1

DAERAH KUALA SELANGOR - 10 KES


Api - Api 1
Saringan Kontak Rapat 1

Ijok 8
Saringan Pekerja 6
Saringan Pekerja (Kluster Jln Kepong) 2

Jeram 1
Saringan Kontak Rapat 1

DAERAH PETALING - 185 KES


Bukit Raja 6
Saringan Bergejala 1
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja 2

Damansara 143
Saringan Bergejala 3
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 19
Saringan Pekerja (Kluster Jln Enam) 5
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 98
Saringan Pekerja (Kluster Jln Subang) 3
Saringan Pekerja (Kluster TB Jln Emas) 9
Saringan Pra-Penerbangan 1

Petaling 23
Saringan Bergejala 4
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan Pekerja 3
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 6
Saringan SARI 1

Sungai Buloh 13
Saringan Kontak Rapat 7
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1
Saringan SARI 3

DAERAH SABAK BERNAM - 2 KES


Import 1
Import A (Indonesia) 1

Pasir Panjang 1
Saringan Kontak Rapat 1

DAERAH SEPANG - 20 KES


Dengkil 14
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 12
Saringan Pekerja (Kluster TB Damar) 1

Labu 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 3

Sepang 2
Saringan Kontak Rapat 2


#PutuskanRantaianJangkitan
#SihatMilikSelangorAssalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sehingga 24 Februari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 8 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 3729 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 171 kes. Terdapat 18 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3534 kes manakala jumlah kematian adalah 24 kes.


*8 KES BARU*


📍2 Kluster Jengka Tujuh
📍6 Saringan Kontak Rapat


💡8 Warganegara


🔍8 Jangkitan Tempatan


------------------------------------------
🔴 Zon Merah: Daerah Kuantan, Daerah Maran, Daerah Temerloh


🟡Zon Kuningaerah Pekan, Daerah Raub, Daerah Bera, Daerah Jerantut, Daerah Bentong, Daerah Rompin


🟢Zon Hijau: Daerah Lipis, Daerah Cameron Highlands     


🤍Keeping Pahang safe: Lindungi Pahangku🖤
♦️ Kita perlu patuh pada SOP bukan kerana takut dengan penguatkuasaan tetapi kita perlu faham bahawa kematian yang berkaitan dengan COVID-19 semakin meningkat. Oleh itu, dengan patuh pada SOP dapat membantu untuk mengurangkan risiko dijangkiti sehingga boleh menyebabkan kematian.
♦️ Kepada golongan yang berisiko terutama warga emas, jika bergejala terus datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kerana anda adalah golongan berisiko dijangkiti COVID-19.
♦️Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:59 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 3,331 kes (260,009 kes kumulatif, 89.1%);
  • Kes baharu : 3,545 kes (291,774 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,544 kes [1,544 warganegara (43.6%); 2,000 bukan warganegara (56.4%)];
  • Kes aktif : 30,677 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 189 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 88 kes; dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,088 kes kumulatif, 0.37%).
Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes (39.3 peratus). Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 581 kes (16.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 381 kes (10.7 peratus).
Peningkatan kes mendadak di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Industri Sungai Gadut. Kluster ini telah diumumkan pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, KM 11, Seremban. Pada hari ini, sebanyak 1,338 kes baharu untuk kluster ini dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 318 kes merupakan warganegara manakala 1,114 kes merupakan bukan warganegara.
Sebanyak 29 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (12 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua (2) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di  Sabah, Terengganu, dan Pulau Pinang. Sebanyak 11 kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 Februari 2021:
  • Jumlah kluster : 1,103 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 594 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara);
  • Jumlah kluster aktif : 509 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 78 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (164 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan komuniti.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Perindustrian LukutJohorTempat Kerja
2Jalan Ulu ChohJohorTempat Kerja
3Jalan Dato YunusJohorTempat Kerja
4Lorong BakauPulau PinangTempat Kerja
5Vista HilirPulau PinangTempat Kerja
6Jalan EnamSelangorTempat Kerja
7Pasar BidorPerakTempat Kerja
8SinsingonSabahKomuniti
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
24 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 24 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR581 (1)96,818
SABAH10552,373
JOHOR31834,770
WP KUALA LUMPUR38134,179
NEGERI SEMBILAN1,39215,540
PULAU PINANG9510,973
PERAK1889,964
SARAWAK3538,650
KEDAH177,527
MELAKA265,913
KELANTAN  534,664
PAHANG83,729
TERENGGANU223,166
WP LABUAN52,247
WP PUTRAJAYA11,054
PERLIS0207
JUMLAH KESELURUHAN3,545 (1)291,774
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 3,545 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Negeri Sembilan: 1,392 kes
    • 1,358 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 581 kes
    • 216 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Enam;
    • 223 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 141 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 381 kes
    • 255 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 353 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 190 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 318 kes
    • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk  67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Ulu Choh, dan Kluster Jalan Dato Yunus;
    • 72 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 188 kes
    • 179 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pasar Bidor;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 105 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sinsingon;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 95 kes
    • 68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lorong Bakau dan Kluster Vista Hilir;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 53 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 26 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • Enam (6)daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Lapan (8) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

LAMPIRAN 3
Ringkasan 12 kes kematian pada 24 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1077246555SabahPerempuan (WN)72Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan gout
1078247012WP Kuala LumpurLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1079248287TerengganuPerempuan (WN)64Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
1080278811SelangorLelaki (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit darah tinggi
1081285940SelangorLelaki (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1082287337WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Hospital Kuala Lumpur
1083287611Pulau PinangLelaki (WN)84Hospital Pulau PinangPenyakit strok
1084289610WP Kuala LumpurPerempuan (WN)98Hospital Kuala Lumpur
1085289611WP Kuala LumpurLelaki (WN)90Hospital Kuala Lumpur
1086289612WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1087289613WP Kuala LumpurPerempuan (WN)68Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
1088289614WP Kuala LumpurLelaki (BWN)52Hospital Kuala Lumpur
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan SU 6A, Shah Alam. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN ULU CHOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor.  Dua (2) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-281733 dan kes ke-281771) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di  Jalan Ulu Choh, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Lukut, Kota Tinggi. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 239 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN DATO YUNUS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SINSINGON
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah.  Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286780, kes ke-286781, dan kes ke-286782) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Sinsingon, Nabawan yang berlangsung di antara 17 hingga 20 Februari 2021 dan turut dihadiri oleh kes-kes indeks. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PASAR BIDOR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-197607) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021. Kes indeks juga merupakan seorang peniaga pasar di Bidor, Batang Padang. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LORONG BAKAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Perabot, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER VISTA HILIR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 2, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 24-2-2021 08:01 AM
Hahaa... Beli rantai tangan biasa2 je. Rantai tangan pasir mesin

Pasir mesin tu cmne kaben
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-2-2021 05:56 PM
Keypo, akak pun x kenal. Akak ni kalau brg kemas, kalau labuh & besar akak sebut rantai kapal je.  ...

hmmm... rasa now pattern lagi besar besar
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 24-2-2021 03:34 PM
Meh makan nasi kurma kambing

lauk dia apa kaben? ni mix je la ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 24 Februari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 24 Februari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 24 Februari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 24 Februari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

188 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (24 Februari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 188 kes adalah jangkitan tempatan.

a) Daerah Manjung (165 kes)

164 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pelabuhan.  164 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pelabuhan adalah 306 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Kinta (10 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Jelapang.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Jelapang adalah 58 kes.

4 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Batu 11. 4 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Batu 11 adalah 24 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan pra-pekerjaan.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bersasar di tempat kerja.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Hilir Perak (6 kes)

6 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Changkat Jong. 6 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Changkat Jong adalah 1329 kes.

d) Daerah Batang Padang (3 kes)

1 kes dari kluster baharu iaitu Kluster Pasar Bidor.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Pasar Bidor adalah 25 kes.

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Changkat Jong.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Changkat Jong adalah 1330 kes.

1 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Larut Matang Selama (2 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping adalah 332 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Kuala Kangsar (1 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Batu 11.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Batu 11 adalah 25 kes.

g) Daerah Muallim (1 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:37 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-2-2021 06:38 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-2-2021 08:45 AM
Pelik sikit sebab dari lepas bersalin anak sulong sampai mengandung si bongsu ni, menses akak x te ...

Oo sy ni jenis tetap cycle 28 hari.. lepas pantang pun dlm 40 hari je free.. pastu back to normal cycle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 1.902369 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list