CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctsalien

[MERGED] Pengalaman naik keretapi KTMB - All Destinations

  [Copy link]
Post time 29-3-2012 08:10 PM | Show all posts
ni sedikit tip untuk mereka yang baru berjinak-jinak nak naik keretapi...

Bercuti naik kereta api
Oleh Suliati Asri
[email protected]


PEMANDANGAN yang disajikan di sepanjang perjalanan menaiki kereta api dari satu lokasi ke satu lokasi cukup indah dan mempesona.

Selain itu, dengan perjalanan yang lebih santai, ia memberi peluang anda berehat.

Namun, bercuti dengan kereta api memberikan situasi yang berbeza berbanding bercuti menaiki kereta peribadi atau pesawat.

Oleh itu, mengemas barang yang dibawa ketika bercuti dengan kereta api perlulah dititikberatkan dan punya teknik tersendiri.

Justeru, cuba semak tip minggu ini mengenai mengemas barang yang baik supaya tidak menyusahkan anda terutama apabila anda menaiki kereta api kelas ekonomi.

Ia mungkin dapat membantu anda sekali gus mengelak sebarang masalah nanti.

Pilih beg yang ringan dan mudah dibawa
Mengangkut beg yang besar dan berat sepanjang berada di stesen kereta api sememangnya merimaskan. Apalagi ketika ramai orang. Situasi itu boleh saja membuatkan anda hilangkan ‘mood’ percutian yang indah saat menaiki kereta api.

Justeru, bagi mengelak keadaan itu, lebih elok anda menggunakan beg yang ringan dan mudah dibawa. Menggunakan beg beroda dan mempunyai pemegang yang kuat boleh menyenangkan anda mengendalikannya.

Namun, biarlah beg itu tahan lasak supaya jika terjadi sebarang masalah seperti beg terjatuh dan sebagainya, barang dan beg anda tetap selamat.

Bagi memudahkan anda mengangkat dan menjaga barangan yang dibawa, penggunaan beg sandang adalah pilihan tepat. Barangan yang dibawa juga boleh dipecahkan kepada dua beg kecil. Dua beg kecil lebih mudah dibawa daripada membawa satu beg yang sangat besar.


Pilih barangan yang perlu dibawa
Apabila mendapatkan beg yang ringan dan mudah dibawa, periksa barang-barang yang harus anda bawa. Pertama sekali pakaian.

Bawalah baju yang berwarna gelap seperti hitam, senang kering dan sesuai untuk semua keadaan atau tempat yang dituju sepanjang anda bercuti.

Pemilihan pakaian berwarna hitam adalah pilihan yang tepat. Ini kerana, anda boleh mencuci dan memakainya berulang kali dan hanya menggantikan aksesori.

Selain itu, kelengkapan mandi seperti sabun mandi, sabun cuci muka, berus gigi termasuk krim muka, minyak rambut dan sebagainya biarlah berukuran kecil.

Bawalah beg kecil bersama anda
Saat meletakkan barang diatas tempat duduk ketika berada di dalam kereta api, sebaiknya anda menguncinya terlebih dulu bagi mengelak sebarang kecurian.

Untuk barangan berharga seperti dompet, telefon bimbit, kad pengenalan atau pasport, tiket kereta api dan benda-benda penting lain, simpanlah di dalam beg kecil supaya anda boleh menjaganya dengan mudah.

Selain anda akan sentiasa memegangnya, ia juga memudahkan anda untuk mencari barangan yang penting itu apabila diperlukan.

Bersiap untuk perjalanan malam yang panjang
Sediakan ruang kosong di dalam beg anda untuk menyimpan bantal kecil dan selimut nipis yang dapat anda gunakan apabila tidur malam di dalam kereta api.

Jagalah barang berharga anda
Bila anda ke bilik air atau turun dari kereta api sebentar untuk merenggangkan otot-otot kerana perjalanan jauh, bawa bersama beg kecil yang mengandungi barangan berharga.

Selain itu, sentiasa berhati-hati dengan penyeluk saku dan mereka yang berniat jahat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by hitamputih at 30-3-2012 10:13

TIps lain

bawa jgak penutup mata macam ni



lampu train takkan ditutop, susah woo mau tido
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:58 AM | Show all posts
tumpang tanya
td aku beli tiket on9 ktmb..
tp belom sempat nk print apa2 , aku x  leh print tiket
aku tgk kat  transsaction aku , x da apa2 transaction
so aku beli tiket lagik satu,,
rupa2nya aku dah sah transaction untuk 1st travel
skang ni aku ada 2 tiket  pergi balik  kamopung..
leh refund x ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:41 AM | Show all posts
Reply 483# mijot


    Hihihi... seronok kot jalan2
saya juga memilih kekdah pegi by train (kebarangkaliannya... tenaga masih banyak masa tu)
Balik Malaysia by flight... (rasanya masa ni dah flat kot... sebab nak ke chiang mai skali)
Tiket flight je baru beli ni. Nak p Disember nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 08:46 AM | Show all posts
Reply 500# rheafly


    Walawehhh... ini la perancangan sy dgn bff ujung tahun ni. Tarin to Bangkok pastu ke Chiang Mai
Kalau ade tips2 lain bgtau la ye. Rasanya saya nak amek seat yg tidur tu.
Tapi bab2 yg tapau makanan tu, saya setuju... mesti ade byk kudap-kudapan. Makanan berat utk utk bfast & dinner kalau bleh cover skali utk lunch sblm dpt cari restoran halal kat bangkok tu. Hehehe

Kalau ade tips2 lain share2 sini ye. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 07:46 PM | Show all posts
dengar berita, cadangan nak buar dabel track belah pantai timur...
bagus sebab boleh singkatkan masa perjalanan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2012 08:16 PM | Show all posts
dengar berita, cadangan nak buar dabel track belah pantai timur...
bagus sebab boleh singkatkan mas ...
mijot Post at 25-4-2012 19:46


aku pun dengar tadik kat radio.. katenye from NS stret pi kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 03:47 PM | Show all posts
Reply 506# nizalia


naik train terus ke chiang mai ke...?or stop kat bangkok dulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2012 10:34 PM | Show all posts
hoyeh, hujung minggu ni akan ke kluang dgn tren
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 11:56 PM | Show all posts
menunggu tren senandung sutera untuk ke kluang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 05:41 AM | Show all posts
siaran langsung dr stesen kluang....
selamat tiba kul 5 pagi, tren lewat 45 minit daripada masa asal...
ok juga lewat, sebab tak lama lah nak melepak kt stesen sementara tunggu pagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 01:19 PM | Show all posts
siaran langsung dr stesen kluang....
selamat tiba kul 5 pagi, tren lewat 45 minit daripada masa asa ...
mijot Post at 13-5-2012 05:41



   nak tanya mijot@ atau sesiapa yg tau...
kalau dah beli tiket..tp nak tukar tarikh boleh x? atau kena beli tiket baru...tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 08:40 AM | Show all posts
just nak share my traveling pics KTMB/Thai Railways dr JB - Chiang Mai





Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by rheafly at 14-5-2012 08:47


pemandangan sawah padi waktu pg > train butterworth-bangkok



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 09:52 PM | Show all posts
semalam selesai misi ke kluang dgn train...
jadi dah rasa route utara dan selatan...
jadi aku buat kesimpulan, route selatan lagi mencabar terutamanya belah johor...
koc bergoyang kuat sampai terpaksa berpaut kt kerusi dan dinding

route pantai timur, insyaALLAH kalau takde halangan bulan oktober ni akan cuba, sekali nak cuba naik tren malayan tiger.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 07:00 AM | Show all posts
Reply 514# rheafly


    Salam, saya nak tanya macam mana nak book train pergi Chiang mai? saya cadang nak bawa family pergi lepas raya.
Thank you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 09:29 PM | Show all posts
Reply 516# mijot

mijot.... try lah naik train pi thai pulak.... best tau.... very adventure kpd sape2 yg brminat travel cam backpacker
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:34 PM | Show all posts
Reply 517# ssbrosi

utk booking tiket mane2 train kat thailand... awk masuk ni website http://www.thairailticket.com/  ..... kene register dulu after that baru leh booking.... lepas settle all payment by credit card/debit card, nanti dorg send tiket dlm format pdf... lepas tu print...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 15-5-2012 21:38

Reply 518# rheafly

insyaALLAH rancangan tahun depan akan ke bangkok dgn train dari butterworth...
tu tgk gambar awak nampak menarik

tahun ni misi saya naik KTMB untuk semua sektor...
utara dan selatan dah cuba...
oktober ni kalau tiada apa2 hal akan cuba naik tren malayan tiger ke pantai timur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:42 PM | Show all posts
Reply 513# saladin780

sorry tak dapat nak jawab soklan awak..
tapi ada terbaca macam boleh tukar asalkan ada kekosongan...
nak lebig pasti, saya cadangkan awak pergi sendiri kaunter ktmb..
nak tukar online, ktmb tak de servis ni lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.151185 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list