|
Cinta buat manusia jd gila............ish ish pendek akal tol si Su ni................. |
|
|
|
|
|
|
|
fizz mana ko menghilang lagi.....![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
apa khabar DIANA nie agaknya... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
andai kau tahu sejauh mana cinta boleh berjalan tanpa kaki.....
andai kau tahu sejauh mana cinta boleh terbang tanpa kepak...
andai kau tahu sejauh mana cinta boleh berenang tanpa daya..
andai semua kau tahu... hati aku tak akan seluka ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
andai semuanya berandaian............... |
|
|
|
|
|
|
|
nak smbungaaaan~ suspeeen sungguh! |
|
|
|
|
|
|
|
lama nya ditinggalkan diana, ada yang konar baring ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sorry ya semua..tak sempat nak menaip sejak raya cina tu.
insya-Allah..lepas CNY ni, reja kat opis pun dah kureng skit..hopefully bulehla curi2 menaip jap. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak fizzy...ingat ada n3...
cepat ckit fizzy....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 511# fizziany
cpt la fizz...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Farid memberhentikan keretanya di tepi sebuah jambatan kayu. Diana memandang sekelilingnya yang dipenuhi hutan. Farid membuka pintu kereta. Serentak dengan itu, bunyi air menderu yang kuat segera terdengar. Diana memandang Farid.
“Jomlah. Kita dah sampai,” kata Farid lalau segera turun dari kereta. Diana mengikut saja. Mana pulak dia nak bawak aku ni…sempat lagi hatinya berbisik. Namun, pemandangan di sekitarnya memang mengagumkan. Hutan2 yang menghijau, dan di depannya terdapat sebatang jambatan kayu. Diana mendekati jambatan itu.
Nun di bawah jambatan, terdapat sungai yang mengalir air yang deras dan jernih, ditrambah dengan batu2 yang cantik di sekitarnya. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Tuhan!
“ Cantik tak?” soal Farid sambil mendepakan tangannya menunjukkan sekelilingnya. Lagaknya tak ubah seperti Eric Leong di dalam siri televisyennya yang berjudul ‘Cantik Tak’. Diana tersenyum. Haa…kena sungguh gayanya tu!
“Cantik..” angguk Diana. Dia berlari2 anak menyusur tebing sungai mahu mendekati sungai. Melihat air yang mengalir laju, tak sabar rasanya hendak menyentuh air itu.
“Hati2!! Ada buaya tu!!” jerit Farid dari jambatan. Dia turut bergerak menuju ke tebing sungai.
Langkah Diana serta merta mati bila Farid berkata demikian. Takut juga dia. Farid yang melintasinya ketawa terbahak2 lalu mendahului Diana. Diana mendengus. Sahih aku dah kena tipu!!! Dalam geram, langkahnya diatur kembali mengekori Farid.
“Mana ada..aku tipu pun kau percaya..” Farid ketawa lagi. Tak guna!!! Diana menyumpah seranah di dalam hati. Tapi bila mereka sudah berada betul2 di tebing sungai, Diana segera memaut lengan Farid.
“Bestnya!!!” jerit Diana gembira melihat air yang mengalir Farid terkedu melihat Diana yang spontan memeluk lengannya. Namun dia senyum saja. Aada rasa bahagia terbit dari hatinya. Diana segera menghulurkan tangannya, merasai kedinginan air sungai di hadapannya.
“Sejuk!!!” tangannya ditarik balik. Diana memandang Farid dibelakangnya yang tersenyum.
“Boleh mandi tak?” soal Diana yang teruja. Farid bertinggung di sebelah Diana yang asyik tersenyum dari tadi.
“Mestilah boleh. Ini air mutlak. Kau nak ambik air sembahyang pun boleh….” tukas Farid. Diana mencebik.
“So, inilah tempat yang kau cakap kat aku, kalau aku tak datang, aku rugi?” soal Diana lalu memandang Farid di sebelahnya.
“Hmm…berbaloi tak datang?” soal Farid. Diana angguk.
“Berbaloi..thanks,” jawab Diana.
“Kita piknik kat sini hari ni. Aku dah bawak bekal. Nanti kita boleh makan..” kata Farid.
“Apa yang kau bawak?” soal Diana mengerutkan dahinya.
“Sandwich sardine. Mak buat tadi. Lepas siapkan sandwich tu, terus dia masukkan dalam bonet kereta dengan semua bekal lain. Tikar pun mak dah masukkan…” kata Farid. Diana terbayang wajah Mak Kiah yang sibuk didapur sementara menyuruhnya menyiang ikan di belakang rumah. Katanya, ikan2 itu, untuk dibuat laksa malam nanti. Mentang2 Mak Kiah baru baik demam, tangannya ligat kembali di dapur hari ini.
“Masa aku siang ikan kat belakang tadi ya?” soal Diana. Farid angguk sambil mengulum senyum. Wah! Cemerlang sungguh idea anak beranak ni. Diana terangguk2 faham.
“So..nak mandi dulu ke, nak makan dulu?’ soal Farid kembali. Diana mencongak sambil memandang ke langit. Comelnya muka dia…Farid mengulum senyum. Ingin saja dicubit pipi Diana waktu itu. Tapi, niatnya dipendam.
“Makan dulu la..aku rasa macam teringin pulak nak makan sandwich yang mak kau buat tadi,” kata Diana.
“As you wish my princess…aku pergi ambik bekal dengan tikar kejap,” balas Farid lalu kembali mendaki cerun tebing sungai. Diana tersenyum bahagia bila Farid tiba2 memanggilnya ‘Princess’. Lelaki ini, makin lama makin menjadi2 menggatalnya. Sedangkan, semasa di university dulu, dia agak serius. Diana senyum saja merenung langkah Farid yang menghilang disebalik rimbun pohon.
Bila Farid sudah jauh darinya, Diana melempar pandang kea rah air sungai. Hai air..sabar ye..kejap lagi je, aku terjun! Diana mengulum senyum. Sejenak, terdengar derap kaki dari arah belakangnya. Pantas Diana menoleh.
“Sss..” ..Kukkk!!!! belum sempat ayatnya dihabiskan, pandangannya gelap. Kepalanya berdengung kuat tiba2. Diana rebah di situ jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Suraya menghulurkan kuih yang baru saja dibawa dari rumah kepada Mak Kiah. Seliparnya di tanggalakna lalu dia melangkah masuk ke rumah Mak Kiah bila Mak Kiah menjemputnya.
“Duduklah dulu. Mak Kiah pergi salin bekas kejap,” kata Mak Kiah lalu menuju ke dapur. Suraya duduk di kerusi rotan di ruang tamu dapur itu. Kepalanya menjengah setiap sudut rumah itu tercari2 seseorang.
“Abang Farid mana mak cik? Kereta dia pun tak ada..” soal Suraya.
“Abang Farid kamu ke sungai ulu dengan Diana. Dia cakap nak berpiknik kat sana. Kamu buakn tak tahu, tiap2 kali balik kampong, dia mesti pergi ke situ. Kali ini, dibawaknya Diana sekali,” laung Mak Kiah dari dapur.
Suraya terdiam. Serta merta dia bangun. Kelam kabut dia keluar dari rumah.
“Su balik dulu mak cik,” laung Suraya lantas memasuki keretanya. Mak Kiah meluru keluar dari dapur mengintai kelibat Suraya yang kelam kabut meninggalkan rumahnya. Aneh…bisik hati Mak Kiah sambil kembali ke dapur.
Suaray memecut keretanya secepat mungkin. Farid dan Diana ke sungai itu? Oh..tidak! Sejak kecil, dia dan Farid selalu ke situ. Boleh dikatakan, hampir setiap hai, pulang dari mengaji saja, mereka berdua akan ke situ mandi manda. Selalunya, Suraya yang akan membawa pelbagai makanan ringan untuk Farid. Bagi Suraya sendiri, sungai itu, tak ubah seperti taman buat mereka berdua. Terlalu banyak kenangan dia dan Farid di situ.
Sebaik sampai, Suraya sudah Nampak kereta Farid yang diletakkan di tepi jambatan. Suraya segera meletakkan keretanya agak jauh dari kereta Farid. Selok belok sungai itu, sudah dihafalnya sejak kecil. Suraya menutup pintu kereta perlahan2 lalu berlalu menuruni cerun tebing sungai.
Mencelah di sebalik pokok2 buluh runcing yang ada di situ, dia yakin Farid dan Diana pasti ada di tebing sungai. Seperti yang di duga, beberapa langkah di depannya, dia dapat melihat Farid dan Diana yang sedang merenung air sungai.
Tidak mahu mengganggu mereka berdua, Suraya menyembunyikan dirinya di balik pokok2 buluh yang merimbun tidak jauh dari situ. Setiap perilaku mereka berdua diperhatikan dengan penuh rasa cemburu. Kemarahannya memuncak bila lengan Farid dipegang oleh Diana. Sial!!
Suraya menahan marahnya. Sial! Tak guna! Perempuan jahat! Entah berapa banyak sumpah seranah pada Diana sudah dikeluarkan. Saat itu, dia sudah lupa siapa dirinya. Mengapa Farid terlalu sukakan Diana? Apa ada pada Diana? Sedangkan dia, sudah bersama Farid sejak kecil lagi! Siapa Diana sebenarnya hingga Farid boleh terpikat?
Selagi Diana ada, selagi itulah Farid tidak akan nampak kewujudannya. Begitu telahan Suraya. Suraya kembali mengintip pasangan dua sejoli itu. Amboi..bukan main asyik lagi main mata mereka berdua ni ya. Cemburu Suraya bila melihat Farid yang tak lepas2 merenung Diana. Geramnya memuncak.
Tetapi, Farid dilihat meninggalkan Diana. Dia mendaki cerun tebing sungai. Kemana pulak abang Farid nak pergi? Bentak hati Suraya. Tapi, perhatian Suraya terarah kepada Diana yang berseorangan.
Hmm…jadi, inilah perempuan yang merampas Abang Farid dari aku? Selagi dia ada, abang Farid tak akan hargai aku…taipi, kalau dia tak ada?
Dada Suraya berdebar2. Perlahan2, dia menghampiri Diana yang keseorangan dari belakang. Langkahnya diatur perlahan2. Enggan membiarkan langkahnya dibaca oleh Diana. Suraya merenung hujung kakinya yang tersadung sebatang kayu. Hmm…celaka punya kayu..kat sisni kau nak landing…
Tapi…kalau Diana tak ada…..Suraya merenung kayu di depannya. Suraya tunduk. Kayu sebesar betisnya diangkat meskipun berat. Ya..kalau Diana tak ada….aku yang jadi ganti! Bisik hati Suraya berkali2.
Langkahnya diatur perlahan menghampiri Diana. Sampai saja di belakang Diana, tiba2, Diana menoleh. Suraya yang ketakutan, serentak dengan itu segera menghayun kuat kayu itu kea rah Diana. Darah memercik hingga mengena baju dan mukanya. Diana rebah di situ juga.
Suraya bungkam dalam ketakutan. Dia merenung Diana yang tidak bergerak didepannya. Seluruh tubuhnya menggigil. Lemah seluruh jiwa raganya saat itu. Mulutnya ternganga merenung Diana yang berdarah. Suraya mengangkat wajahnya ke depan. Farid sedang terpaku merenungnya. Tikar mengkuang dan bakul rotan ditangan Farid jatuh. Masing2 berpandangan dalam sejuta rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Farid meraup mukanya berkali2. Sejak Diana dihantar ke wad kecemasan tadi, dia menjadi buntu. Rasa menyesal tak sudah meninggalkan Diana keseorangan di tebing sungai. Suraya!! Ini semua Suraya punya pasal! Bentak hati Farid.
Sungguh dia tidak menduga, Suraya akan bertindak sejauh itu. Sangkanya, Suraya hanya mampu mematahkan leher anak ayam sewaktu kecil, tetapi, rupa2nya Suraya berupaya melakukan lebih dari itu. Dan semua itu, hanya kerana Suraya cintakannya? Suraya cintakan aku??
Farid menggeleng2. Masih terbayang di wajahnya, sewaktu kelam kabut mengangkat tubuh Diana untuk dikejarkan ke hospital, Suraya hanya merenung setiap gerak gerinya tanpa suara. Yang hanya kedengaran di telinga Farid, Suraya sempat bersuara ‘ Su tak buat apa-apa abang..’ sewaktu dia mahu menutup pintu kereta. Waktu itu, Suraya masih memegang kayu ditangannya. Berdiri tegak di sisi keretanya tak ubah seperti patung.
Farid cepat2 memecut keretanya. Selain bimbangkan keselamatan Diana, dia takut juga kalau2 Suraya menghayun kayu ditangannya ke cermin keretanya. Lagi nahas kalau itu benar2 terjadi. Farid melepas nafas lemah.
Bunyi derap tapak kaki menuju ke arahnya segera membuatkan Farid mengangkat wajahnya. Keluarga Diana sudah tiba. Puan Nariah sudah meluru kea rah Farid.
“Macam mana dengan Di?” soal Puan Nariah gentar. Farid bangun. Air liurnya yang pekat berkali2 cuba ditelan meski terasa seperti ada biji kedondong terlekat di tekaknya.
“ Emm…” tidak tahu hendak menjawab bagaimana, Farid hanya ternganga.
“ Kita masuk jumpa doctor sajalah ibu..” Daniel terus meninggalkan Farid. Riak wajahnya jelas menyatakan dia agak marah dengan kejadian itu. Puan Nariah dan Encik Tahir segera berlalu, mengekori langkah Daniel. Farid yang ditinggalkan, hanya merenung hampa. |
|
|
|
|
|
|
|
Farid meraup mukanya berkali2. Sejak Diana dihantar ke wad kecemasan tadi, dia menjadi buntu. Rasa menyesal tak sudah meninggalkan Diana keseorangan di tebing sungai. Suraya!! Ini semua Suraya punya pasal! Bentak hati Farid.
Sungguh dia tidak menduga, Suraya akan bertindak sejauh itu. Sangkanya, Suraya hanya mampu mematahkan leher anak ayam sewaktu kecil, tetapi, rupa2nya Suraya berupaya melakukan lebih dari itu. Dan semua itu, hanya kerana Suraya cintakannya? Suraya cintakan aku??
Farid menggeleng2. Masih terbayang di wajahnya, sewaktu kelam kabut mengangkat tubuh Diana untuk dikejarkan ke hospital, Suraya hanya merenung setiap gerak gerinya tanpa suara. Yang hanya kedengaran di telinga Farid, Suraya sempat bersuara ‘ Su tak buat apa-apa abang..’ sewaktu dia mahu menutup pintu kereta. Waktu itu, Suraya masih memegang kayu ditangannya. Berdiri tegak di sisi keretanya tak ubah seperti patung.
Farid cepat2 memecut keretanya. Selain bimbangkan keselamatan Diana, dia takut juga kalau2 Suraya menghayun kayu ditangannya ke cermin keretanya. Lagi nahas kalau itu benar2 terjadi. Farid melepas nafas lemah.
Bunyi derap tapak kaki menuju ke arahnya segera membuatkan Farid mengangkat wajahnya. Keluarga Diana sudah tiba. Puan Nariah sudah meluru kea rah Farid.
“Macam mana dengan Di?” soal Puan Nariah gentar. Farid bangun. Air liurnya yang pekat berkali2 cuba ditelan meski terasa seperti ada biji kedondong terlekat di tekaknya.
“ Emm…” tidak tahu hendak menjawab bagaimana, Farid hanya ternganga.
“ Kita masuk jumpa doctor sajalah ibu..” Daniel terus meninggalkan Farid. Riak wajahnya jelas menyatakan dia agak marah dengan kejadian itu. Puan Nariah dan Encik Tahir segera berlalu, mengekori langkah Daniel. Farid yang ditinggalkan, hanya merenung hampa. |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Nariah merenung wajah Diana yang berbalut di kepala. Wajahnya pucat, tidak seperti selalu. Alhamdulillah, keadaan Diana sudah stabil. Dia sudah tersedar. Sejak dipindahkan dari wad ke bilik itu, Puan Nariah sekeluarga tidak mahu berganjak meninggalkan Diana.
Puan Nariah senyum. Suasana bilik sunyi dan hening. Masing2 bagaikan kelu untuk bersuara, apatah lagi melihatkan keadaan Diana yang sebegitu. Kulit kepalanya terkoyak dan dia mengalami pendarahan serius.
Daniel menarik nafas payah. Hatinya sakit melihat keadaan si adik sebegitu. Sedikit rasa marah bermukim dihatinya kepada Farid. Orang yang diharapkan untuk menjaga adiknya, nampaknya telah melupuskan kepercayaannya. Ikut hati, mahu saja ditumbuk muka Farid sewaktu mereka berjumpa tengahari tadi.
Pintu bilik diketuk dari luar tiba2. Mereka berpandangan. Daniel bangun lalu membuka pintu bilik. Seorang perempuan pertengahan umur dan seorang perempuan dalam lingkungan 30-an sedang berdiri di depannya.
“Ya? Nak jumpa siapa?” soalnya. Wanita 30-an itu menghulur tangan.
“Saya Farihah, kakak Farid yang sulung. Ni mak saya,” perkenal Farihah. Daniel menyambut juga huluran tangan itu.
“Boleh kami jumpa Diana? Kami dengar dari doctor, dia dah stabil,” ujar Farihah. Daniel terdiam, kemudian berpaling memandang ibubapanya. Wajah Puan Nariah dan Encik Tahir, memberi isyarat kebenaran.
“Masuklah,” dalam keluhan, Daniel mempelawa keduanya masuk. Pintu ditutup kembali. Mak Kiah bersalaman dengan Puan Nariah. Farihah menghampiri Daniel.
“Boleh kita berbual kat luar sekejap, “ pinta Farihah perlahan. Daniel terdiam sejenak, kemudian mengangguk setuju. Kedua2nya keluar dari bilik itu lalu menuju ke sofa yang terdapat di lobi.
Farhah dan Daniel duduk bertentangan. Masing2 terdiam sejenak.
“Saya minta maaf atas kejadian yang menimpa Diana. Kami rasa agak kesal dengan apa yang berlaku. Tapi, saya harap, kejadian ni takkan mengubah penerimaan keluarga Encik Daniel pada Farid,” bicara Farihah tenang. Melihat wajah Farid yang sugul ketika ditemuinya pagi tadi, jelas menunjukkan Farid dalam kebingungan.
Semalaman dia menunggu di hospital ini tanpa tidur. Matanya juga sembab. Barangkali kesan dari mengantuk atau menangis atau kedua-duanya sekali. Bila dintaya tentang keadaan Diana, Farid hanya menggeleng. Enggan berbicara. Farihah yang terkejut menerima berita dari ibunya malam tadi, bergegas pulang bersama keluarganya ke Perak malam tadi juga.
Paling sukar dipercayai ialah, tentang Suraya. Dari dulu lagi Farihah arif benar dengan tingkah laku sepupunya itu. Meskipun nampak manis dan diam, tapi dalam senyap, dia menaruh dendam rupanya. Khabarnya, Suraya sudahpun di tahan oleh pihak polis hasil aduan Farid. Meraung Mak Lang Siah kerana tidak percaya dengan perbuatan anaknya itu. Kasihan pula Farihah mendengar cerita itu dari ibunya.
Daniel bersandar ke belakang, mencari sedikit keselesaan.
“Saya sebenarnya agak terkilan. Tapi, apapun terima kasihlah sebab dah laporkan hal ni kepada pihak polis,” balas Daniel dalam nada kecewa. Farihah angguk dalam sedikit rasa ralat.
“Kami minta maaf..” sekali lagi Farihah menuturkan kata2 itu tanda dia benar2 kesal dengan kejadian itu. Daniel mengangguk lemah.
“Insya-Allah..malam ni, kami nak pindahkan Diana ke Kuala Lumpur. Biar dia dirawat di sana. Tapi, permintaan saya, biar dia sembuh dulu, kemudian baru biar Farid jumpa dia…” tutur Daniel.
Farihah yang mendengar ternganga.Farihah menyandarkan badannya ke sofa. Kepalanya dipicit2 perlahan. Bolehkah dia memberitahu Farid akan hal itu nanti? Sedangkan tadi pun, Farid kelihatan tak ubah macam kucing hilang anak. Inikan pula untuk menegah Farid bertemu Diana.
Saat itu, barulah dia faham, mengapa Farid memilih Diana untuk menjadi isteri. Jelasnya, adiknya yang seorang itu, memang benar2 cintakan perempuan itu tanpa mengira usia ataupun status. Terbit sedikit rasa kesal kerana pernah meragui kehadiran Diana dalam hidup Farid. Farihah menarik nafas payah. |
|
|
|
|
|
|
|
Daniel meneliti wajah Diana yang pucat. Puan Nariah sedang menyuapkan bubur ke mulut Diana. Selepas ibu Farid dan kakaknya pulang, mereka masing2 terdiam.
“Malam ni kita balik KL. Doktor kata Di dah boleh discharge,” Daniel bersuara perlahan. Serentak, 6 pasang mata menoleh kea rah Daniel.
“Farid? Dah bagitau family Farid?” soal Diana gusar. Sejak dia sedar dari pengsan, dia masih belum bertemu Farid.
Daniel terdiam sambil bertentang mata dengan ayahnya, Encik Tahir. Encik Tahir yang seakan mengerti dengan pandangan kurang enak anak sulungnya segera membetulkan duduknya. Diana dipandang.
“Di masih nak teruskan hubungan ni lagi? Ayah tengok macam ada orang yang tak senang dengan hubungan ni. Ayah tak nak Di susah kemudian hari,” ujar En. Tahir perlahan. Matanya tunak memandang Diana. Daniel yang mendengar, mengangguk bersetuju dengan kata2 ayahnya.
“Memanglah Farid tu, pilihan kami pada mulanya.tapi, selepas apa yang terjadi, abang rasa dia mungkin bukan calon yang sesuai untuk Di,” tambah Daniel lagi. Diana yang mendengar terdiam.
“Abang rasa, tak payahlah Di susah2 nak kenal family Farid lagi. Since dah jadi macam ni, kami pun naik takut. Ada ramai lagi calon lain yang boleh dibuat suami. Kita cari orang lain sajalah. Ini, sampai kena pukul. Abang rasa dah melampau. Nasib baik tak pecah kepala,” Daniel mengomel panjang. Seakan menyesal pula menyuruh Diana ke kampong Farid seminggu yang lalu.
“Tapi bang, ayah, Di dah kenal semua family Farid termasuk saudara mara dia. Dan diorang semua baik2,” tukas Diana yang berdiam diri sejak tadi.
“Baik? Dah kena pukul macam ni pun, baikkah?” soal En. Tahir kembali. Daniel mengangguk setuju sehingga membuatkan Diana terdiam lagi.
“Sudahlah. Kami semua minta maaf sebab beria-ia suruh Di kahwin sebelum ni. Kalau kami tak paksa, mesti hal hari ni tak berlaku,” tambah En. Tahir lagi.
Diana terdiam. Terbayang wajah Farid dan Mak Kiah yang penuh kasih sayang. Terbayang2 dimatanya betapa baiknya Mak Kiah melayannya sebelum ini hinggakan dia terasa seolah2 Mak Kiah tak ubah seperti ibunya.
“Sudahlah bang….Dani. Cuba kita dengar apa keputusan Di sekarang. Dia dah tinggal kat kampong tu seminggu, mesti dia tau apa sebenarnya yang berlaku,” celah Puan Nariah tiba2. Daniel dan En. Tahir memandang Puan Nariah.
“Keputusan apa? Di pergi ke situ sebab kita yang paksa dia sebelum ni sebab Long propose budak Farid tu pada kita. Tapi, bila dah jadi macam ni, takkan kita masih nak proceed dengan hal perkahwinan tu? Takkan kita nak bahayakan nyawa Di selepas kahwin? Takkan kita nak pisang berbuah dua kali? Asyik kahwin cerai, kahwin cerai…” tegah En. Tahir keras.
Diana yang mendengar benar2 tersinggung. Wajah ibunya yang masih tidak berpuashati dengankeputusan ayahnya dipandang.
“Kalau iya pun, tanyalah dia dulu. Tak ada salahnya tanya pendapat dia,” Puan Nariah masih menegakkan prinsipnya. Wajah Puan Nariah sudah tegang.
“Sudahlah ibu..ayah…”Diana cepat2 mencelah. Dia tidak mahu perbahasan itu dipanjangkan lagi. Wajah ibu, ayah dan abang dipandang satu persatu.
“Di nak minta tolong dari semua…please,” rayu Diana. Badannya disandar ke kepala katil. Semua mata terarah ke wajah Diana. |
|
|
|
|
|
|
|
“I think it’s enough. Di tahu semua orang sayangkan Di. Sejak kecil, Di dilayan macam anak raja. Sejak kecil lagi, Di dikawal macam anak raja juga. Tapi, mungkin sebab Di pernah buat silap, so everybody was being too protective to me. I appreciate it so much. Tapi, tahu tak ayah, abang , ibu, salah satu punca Di bercerai dengan Hadi dulu adalah disebabkan campur tangan dari kedua2 belah keluarga? Untuk kali ini, tak bolehkah biar Di buat keputusan sendiri? Tak bolehkah semua orang hormatkan kehidupan peribadi Di?” tutur Diana perlahan2. Semua yang mendengar terdiam.
“Sebenarnya, Di setuju untuk pergi rumah Farid untuk kenal family dia bukan atas desakan semua orang semata2. Tapi, Di cintakan Farid. Di sayangkan Farid. Sejak kami di university dulu. Tapi, perasaan tu Di pendam selama ni sebab Di hormatkan keluarga Di. Di tak nak hati semua orang hancur. Di dah tanam dalam hati, yang Di tak nak kahwin. Tapi, in the end, abang dan ayah beri Di harapan. Lalu, Di ikut rentak semua orang. Di bersyukur pada Tuhan sebab bagi Di peluang bersama dengan orang yang Di sayang,” Diana tunduk merenung bucu bajunya. Terasa sebak pula hatinya, namun ditahan. Dia tidak mahu sebarang emosi menyelinap masuk waktu itu. Daniel merenung Diana tepat, terpaku dengan kata2 adiknya yang cintakan Farid.
“Tak kira betapa kuat ayah dan abang berusaha untuk melindungi Di, tapi kalau Tuhan memang takdirkan Di akan ditimpa sesuatu, maka ia pasti akan terjadi jugak. Risiko dan bahaya ada dimana2. Even kalau kita berkurung kat rumah bawah katil, kalau dah ditakdirkan kita mati, kita tetap akan mati juga. Dalam hidup ni, masalah tu salah satu dari rencah hidup yang tak dapat kita elakkan. Kalau kita lari dari masalah, sampai bila pun kita takkan dapat. Selagi kita hidup, masalah dan risiko tu akan seiring berjalan dengan kita. Apa ayah dan abang rasa, kalau Di kahwin dengan orang lain, Di takkan bercerai? ” kata2 Diana terhenti sejenak. Wajah2 keluarganya yang sedang tunduk dipandang satu demi satu.
“Sekarang, semua pun dah tahu, perasaan Di pada Farid. Di tahu, Di pernah berjanji pada semua orang sebelum ke Palestin dulu, yang Di akan ikut apa saja keputusan semua. Jadi, Di nak tanya abang, ayah dan ibu, apa pilihan yang Di kena buat sekarang. Pertama, lepaskan Farid, tak payah kahwin dengan sesiapa pun sampai bila2 sebab takut bercerai kemudian hari. Pilihan kedua, kahwin dan hidup dengan Farid dan tengok apa kemungkinan yang akan datang dalam hidup..” soal Diana sambil memandang tepat ke wajah ayahnya. Pandangan itu tumpah pula ke wajah Daniel.
Puan Nariah bangun, memeluk bahu Diana. Airmatanya merembes perlahan. Encik Tahir dan daniel saling berpandangan. Masing2 bungkam dengan kata2 Diana. Suasana menjadi hening tiba2 tanpa sebarang bunyi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|