CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
 Author| Post time 22-4-2022 06:40 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-4-2022 06:33 PM
Tersangkut dah ayo katira & buah naga...hari ni ayo nyo & mangga asam boi

hari ni buat sirap selaseh. takde pula cincau nak campur sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 06:41 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:40 PM
hari ni buat sirap selaseh. takde pula cincau nak campur sekali.

Dap tu...ayo katira & buah naga...best ada jeli dlm deme
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:42 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:38 PM
good info. saya pun first time tahu

Dia kata doktor yg suggest
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2022 06:45 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-4-2022 06:41 PM
Dap tu...ayo katira & buah naga...best ada jeli dlm deme

nampaknya kalau teringin nak minum air katira kena buat sendiri. tak jumpa orang jual
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2022 06:47 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-4-2022 06:42 PM
Dia kata doktor yg suggest

sebelum ni ingat 100 plus sesuai untuk cepat pulih dari denggi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:48 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:45 PM
nampaknya kalau teringin nak minum air katira kena buat sendiri. tak jumpa orang jual

Pandai buat ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 06:49 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:47 PM
sebelum ni ingat 100 plus sesuai untuk cepat pulih dari denggi.

Salu beli yg zero sugar...eskrem pun dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:58 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-4-2022 07:38 AM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
22 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 21 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 61 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 8%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 21 April 2022, sebanyak 208 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 139 kes (66.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 69 kes (33.2 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 April 2022:
  • Kes sembuh: 8,434 kes [4,291,447 kes kumulatif (97.2%)];
  • Kes baharu: 5,899 kes (4,415,101 kes kumulatif);
  • Kes import: 16 kes [8 warganegara (50.0%); 8 bukan warganegara (50.0%)];
  • Kes tempatan: 5,883 kes [5,664
    Kes import: 16 kes [8 warganegara (50.0%); 8 bukan warganegara (50.0%)];Kes tempatan: 5,883 kes [5,664 warganegara (96.3%); 219 bukan warganegara (3.7%)];Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 92 kes (56 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); danKes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes (34 kes disahkan COVID-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
    Daripada 5,899 kes harian yang dilaporkan pada 21 April 2022:
    Kategori 1: 2,582 kes (43.77%);Kategori 2: 3,294 kes (55.84%);Kategori 3: 8 kes (0.14%);Kategori 4: 10 kes (0.17%); danKategori 5: 5 kes (0.08%).Daripada 23 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 21 April 2022:
    7 kes (30.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;13 kes (56.52%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);3 kes (13.04%) telah menerima dos penggalak (booster);13 kes (56.52%) berumur 60 tahun dan ke atas;13 kes (56.52%) mempunyai komorbid; dan1 kes (4.35%) kes ibu mengandungKLUSTER COVID-19
    Jumlah kluster: 7,000 kluster;Jumlah kluster baharu: 1 kluster;Jumlah kluster yang telah tamat: 6,899 kluster; danJumlah kluster aktif: 101 kluster.NILAI RT
    Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
    Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 21 April 2022
    NEGERI        NILAI RTWP Putrajaya        0.90Selangor        0.88Melaka        0.86WP Kuala Lumpur        0.86Perak        0.85Negeri Sembilan        0.84Johor        0.76Terengganu        0.75Pulau Pinang        0.73Sabah        0.73Perlis        0.71Kedah        0.69Sarawak        0.68Pahang        0.63Kelantan        0.63WP Labuan        14 kesMALAYSIA        0.81*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
    NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
    KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
    Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; danTempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
    KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
    Sekian, terima kasih.
    TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
    KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
    22 April 2022 @ 10.00 pagi
    Lampiran 1
    Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
    Kategori 2A        Kategori 2BSakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas        Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuhBatuk tanpa demam atau sesak nafas        Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan        Sakit dadaHilang deria bau        Tidak boleh makan atau minumCirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)        Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidurLoya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)        Memerlukan bantuan untuk berjalanKelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian        Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusanSakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian        Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar             Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 07:41 PM | Show all posts

a'a kak seri. dah apply rayuan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 08:20 PM | Show all posts
dellashrill replied at 22-4-2022 06:41 PM
a'a kak seri. dah apply rayuan.

Nak pi check THijari

Lupa dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:04 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-4-2022 08:20 PM
Nak pi check THijari

Lupa dah

selamat apply.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 22-4-2022 09:04 PM
selamat apply.

Done
Iftar/sahur pe semalam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 23-4-2022 08:37 AM
Done  
Iftar/sahur pe semalam?

iftar- semestinya menu al baik.

sahur- nasi arab.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:46 AM | Show all posts
dellashrill replied at 23-4-2022 09:29 AM
iftar- semestinya menu al baik.

sahur- nasi arab.

Dap tu...saya buat bubur lambuk...bffi pula belikan daging rebus (hati & paru lembu) dari PaRam


Balik kampung tak raya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:49 AM | Show all posts
seribulan replied at 23-4-2022 10:46 AM
Dap tu...saya buat bubur lambuk...bffi pula belikan daging rebus (hati & paru lembu) dari PaRam  ...

kita raya di Madinah kaka seri.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 11:07 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-4-2022 12:29 PM
dellashrill replied at 23-4-2022 09:49 AM
kita raya di Madinah kaka seri.

Tepek gambo kale senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 01:29 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-4-2022 07:49 AM

Kenyataan Akhbar KPK 23 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 23, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
23 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 22 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) statik 68 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 8%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 22 April 2022, sebanyak 234 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 102 kes (43.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 132 kes (56.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 22 April 2022:
  • Kes sembuh: 9,111 kes [4,300,558 kes kumulatif (97.3%)];
  • Kes baharu: 6,342 kes (4,421,443 kes kumulatif);
  • Kes import: 20 kes [15 warganegara (75.0%); 5 bukan warganegara (25.0%)];
  • Kes tempatan: 6,322 kes [6,061 warganegara (95.9%); 261 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 91 kes (57 kes disahkan COVID-19; 34 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes (35 kes disahkan COVID-19; 26 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 6,342 kes harian yang dilaporkan pada 22 April 2022:
  • Kategori 1: 2,668 kes (42.07%);
  • Kategori 2: 3,632 kes (57.27%);
  • Kategori 3: 14 kes (0.22%);
  • Kategori 4: 6 kes (0.09%); dan
  • Kategori 5: 22 kes (0.35%).
Daripada 42 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 22 April 2022:
  • 13 kes (30.95%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 14 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 15 kes (35.71%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 15 kes (35.71%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 23 kes (54.76%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 7,002 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 2 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,902 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 100 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 22 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP Putrajaya1.04
WP Kuala Lumpur0.86
Negeri Sembilan0.85
Selangor0.84
Perak0.84
Melaka0.82
Sabah0.77
Terengganu0.74
Johor0.74
Pulau Pinang0.73
Kedah0.68
Sarawak0.68
Kelantan0.62
Pahang0.60
Perlis7 kes
WP Labuan11 kes
MALAYSIA0.80
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:05 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:45 PM
nampaknya kalau teringin nak minum air katira kena buat sendiri. tak jumpa orang jual

Singgah beli tadi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:07 PM | Show all posts
farhana008 replied at 22-4-2022 05:40 PM
hari ni buat sirap selaseh. takde pula cincau nak campur sekali.

Ayo buah naga pun dap...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2022 09:57 AM | Show all posts

tak pandai buat. tengok resepi boleh lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 6.469393 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list