|
wah best nye... jejaka nama Shahz Jaszle ni. serba serbi terror tu.. tulah mula terkejut gak bila baca kat Wiki. tapi yg x best nyer kat wiki tu tunjuk gambar dia & MF la..HIshhh potong stim tul
jap nak bayangkan rupa hot chef kita...... |
|
|
|
|
|
|
|
Harian Metro 5 Julai 2011
Shahz sorok kekasih Oleh Norhayati Nordin
...
oddxx Post at 5-7-2011 10:07 ooooo......rasenyer....cik N le tu....hrp2 berpanjangan....smp ke pelamin..... |
|
|
|
|
|
|
|
[img]
Uploaded with ImageShack.us [img][/img][/img]tepek pic esje .......zaman dedolu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Chef? Kulinari? Wah tetiba rasa hot pulak, terbayang Curtis Stone pulak. Chef hensem.
Pasni kalau dpt watak chef, mesti die boleh hayati betul2. ;).
Ni mesti suke tlg mak kat dapur, tu sbb terror masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa best pulak minat aktor muda ni yg serba serbi boleh. yang perlu diperbaiki adalah sifat mudah jatuh cinta die tu. Tu je yg agak immature. Lain sume for his age, his doing quite well. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa best pulak minat aktor muda ni yg serba serbi boleh. yang perlu diperbaiki adalah sifat muda ...
liltash85 Post at 6-7-2011 08:49 tash.....mmg mudah jatuh cinta....tp tk nk ngaku je....overall mmg hot n tip top.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by edlina at 6-7-2011 09:23
nak tepek sikit. Credit kat wiki page
|
|
|
|
|
|
|
|
YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SJ (urtv 15-31 OKTOBER 2010)
1. Menulis dengan tangan kidal
2. Anak kelima dari tujuh adik-beradik.
3. Tegas. Kalau dah buat sesuatu keputusan susah nak berganjak. Payah juga orang yang pernah melukakan hatinya, diberi peluang kedua.
4. Seorang yang pembersih terutama dalam soal menjaga kuku. Sebulan sekali buat rawatan kuku. Dia suka menjaga penampilan diri.
5. Suka makan aiskirim sundae coklat dan nugget ayam di MCD
6. Suka mengumpul gajet dan mengeluarkan duit untuk membeli aksesori kereta.
7. Berketinggian 180cm dan berat 70kg.
jenuh aku taip semula ..he he |
|
|
|
|
|
|
|
YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SJ (urtv 15-31 OKTOBER 2010)
1. Menulis dengan tangan kidal
2. Anak kelima dari tujuh adik-beradik.
3. Tegas. Kalau dah buat sesuatu keputusan susah nak berganjak. Payah juga orang yang pernah melukakan hatinya, diberi peluang kedua.
4. Seorang yang pembersih terutama dalam soal menjaga kuku. Sebulan sekali buat rawatan kuku. Dia suka menjaga penampilan diri.
5. Suka makan aiskirim sundae coklat dan nugget ayam di MCD
6. Suka mengumpul gajet dan mengeluarkan duit untuk membeli aksesori kereta.
7. Berketinggian 180cm dan berat 70kg.
oddxx Post at 6-7-2011 09:51
I pun suka makan aiskrim coklat tapi MCD x suka
Banyak kelebihan tul mamat sorang ni.. pakej 10 in 1 !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 509# oddxx
Rasanya ketinggian SJ xsmpai 6 kaki la...majlah ni kdg2 suka bg silap info.
Ku pun suka choc eskrim n nugget mcd...bwa keta laju2 ngeri aar...sure leh pening klau dok kt sbelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
4. Seorang yang pembersih terutama dalam soal menjaga kuku. Sebulan sekali buat rawatan kuku. Dia suka menjaga penampilan diri.
No wonder kuku cantik sentiasa dan berkilat. Dah agak die g manicure.
Cara die pegang something x nak kasi rosak kuku pun dah blh agak die g manicure... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 511# amahnis
betul tu, 180 cm is 6 kaki....tp i think dia x sampai kot..sbb FE hampir sama tgi ngan dia, perempuan jarang spi 6 kaki. kalau 5" 7" or 5" 8" tu adalah jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 508# oddxx
babe, gambar yg nampak pakai suit grey nampak dada tu (from majalah HAI dgn TZ) tu mmg hot ok...tp masa tu ku segan nak beli...tumpang tgk kat kedai je... |
|
|
|
|
|
|
|
4. Seorang yang pembersih terutama dalam soal menjaga kuku. Sebulan sekali buat rawatan kuku. Dia su ...
liltash85 Post at 6-7-2011 12:36
hmm .... rendah diri rasanya...sbb me pun tak pernah buat manicure pedicure but jadi artis ni penampilan mmg kena jaga sbb tu adalah asetnya yang terpenting ... utk shahz ...rambutnya juga penting ..sbb tu dia tukar tukar fesyen ..agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
patut le kuku dia cantik dan bekilat ...masa ep akhir asmara2.....pegang tangan zal.....kuku very nice....mcm kuku pompuan....tangan dia msti lembut gilerrrrnyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 515# oddxx
I manicure selalu, pedicure baru try sbb tumit kaki dah merekah baru ada hati nak buat....ni pun dah berkurun x buat menicure. ku salute lah die buat monthly mani-pedi.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha teringat kt aksi tgnnya yg pasang seatbelt n putar stering dlm asmara2 tu...ohh tertarik |
|
|
|
|
|
|
|
Ni artikel lama
HIBURAN
Isnin Ogos 24, 2009
Shaz korbankan cita-cita chef untuk jadi pelakon
Oleh AU YEONG HOW
Shaz pada mulanya ingin menjadi chef sebelum bergelar pelakon sekarang. -foto TV3
MUNGKIN tidak ramai yang tahu pelakon baru tetapi berbakat besar dalam drama bersiri 'Tari Tirana', Shaz Jazle pada awalnya tidak pernah bercita-cita menjadi pelakon.
Akui Shaz yang pandai memasak sebaliknya mengimpikan dirinya menjadi chef. "Saya lebih mahir memasak 'chicken chop', 'fish-and-chip' dan apa yang penting ialah kuahnya."
Mendengar tip masakannya, Shaz ialah seorang "chef" yang sedar apa yang dipercakapkannya. Segala kaedah masakan dan cara pengendaliannya adalah unik dan profesional.
Malah remaja kacak berusia 21 tahun ini hakikatnya telah menghabiskan masa setahun belajar bidang masakan peringkat pensijilan di Kolej Komuniti, Kuala Lumpur sebelum menerjunkan diri dalam bidang lakonan.
"Saya sepatutnya menyambung pengajian chef di peringkat ijazah sarjana muda di Paris tetapi saya kini mengubah haluan.
"Saya akan mengikuti kursus pengarahan filem dan drama selama enam bulan di Gold Coast, Australia pada awal tahun depan," katanya pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri 'Tari Tirana' di Platinum Movie Suite, Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara baru-baru ini.
Dari kiri: Ammar Alfian Aziz sebagai Neo, Wan Sharmila (Tirana) dan Shaz Jazle (Ash). Tirana menjadi rebutan antara Neo dan Ash.
Dalam drama 'Tari Tirana', Shaz berlakon sebagai penyanyi pop terkenal di Singapura, Ash iaitu teman lelaki kepada Tirana (lakonan Wan Sharmila).
Hubungan cinta mereka terputus ekoran kata dua pengurus Ash, Vee yang mahukan Ash memfokus pada kerjaya. Ayah Tirana, Tajudin pula mahukan Tirana menjadi seorang peguam sepertinya.
"Emak masa itu sakit di Amerika Syarikat (AS) dan perlu membuat pembedahan. Bila dapat panggilan telefon, saya terus terbang balik ke AS. Ketika itu, saya sedang membuat persembahan di Singapura.
"Malangnya emak dah meninggal dunia. Dan saya datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Tirana, tetapi pengakhiran tidak pasti," kata Shaz yang telah berlakon selama 1 1/2 tahun selain merupakan model sambilan.
Shaz berterima kasih kepada pengarah filem 'Tari Tirana', Shahrulezad Mohamedin yang meletakkan kepercayaan kepadanya untuk memegang watak utama.
"Abang Ezad banyak membantu saya menjiwai karakter watak Ash. Saya juga berdepan dengan cabaran menari dengan baik," ujarnya yang tertarik dengan skrip drama Shahrulezad.
Sesi fotografi pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri 'Tari Tirana' di Platinum Movie Suite, Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara pada 18 Ogos lalu.
Drama 'Tari Tirana' adalah yang kedua bagi Shaz dengan TV3 selepas penampilan sulungnya menerusi drama 'Bionik'. Shaz turut membintangi telemovie 'Bila Mama pakai celana (2008)' di TV3 yang ditayangkan pada Hari Ibu tahun ini.
Menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula, Shaz berlakon dalam telemovie 'Mentari Kasih' dan 'Naratif Remaja'. Selain itu, Shaz terlibat dalam online movie "Luna Fantasiku" oleh gua.com.my.
Untuk projek yang akan datang, Shaz bakal berlakon dalam drama pendek Inner Shines, 'Dari mata ke hati (TV3)' yang terdiri daripada lima episod dan akan ditayangkan pada November ini.
"Ia lebih kepada mimpi saya.. Sebagai pengarah, saya nak cari satu skrip yang bagus tetapi tak kenal orang. Saya cuma nampak sepasang mata.
"Tidak tahu siapa...toleh belakang, dah hilang. Oleh itu, story saya adalah mencari pemilik sepasang mata tersebut," kata Shaz yang merupakan anak kelima daripada tujuh adik-beradik dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
To those yg follow N, pls chk her latest info. I think love is in the air. |
|
|
|
|
|
|
| |
|