|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
kuncup sudah bunga2 di tmn hati fandi bila fifi trsebut nma shah dlm tido... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 27-7-2012 10:45 AM
wahaha... lawak sehhh...
nicki bz shooting sebagai kucing kurap
haah....lps maulana belai mmg hilang kurap tu...tp lps rara belai kurap tu dtg balik.....huahuahuahua |
|
|
|
|
|
|
|
next.. next.. kena catit last port kat mana. leceh nak kena check 1 by 1 |
|
|
|
|
|
|
|
nicki..apa cite ngan si fandi ni?? umah sinun dh maju, kat sini tetiba dah bersawang...(kasi nicki jeles pastu cpt2 brsmangat nk smbung) |
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 27-7-2012 10:18 AM
kuncup sudah bunga2 di tmn hati fandi bila fifi trsebut nma shah dlm tido...
Kuncup tak kuncup sangatlah.... kembang balik nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Haje_hbz posted on 27-7-2012 12:36 PM
nicki..apa cite ngan si fandi ni?? umah sinun dh maju, kat sini tetiba dah bersawang...(kasi nicki j ...
Update ikut kemampuan jah pasal otak ku ini dah mula tepu...
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 27-7-2012 11:56 AM
next.. next.. kena catit last port kat mana. leceh nak kena check 1 by 1
Huhuhu...sorrylah....
Jangan tak sudi baca lagi lepas ni ye....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 27
“Sudah! Kau jangan nak melalak lagi. Ini aje yang aku ada” Sebungkus roti di campakkan ke mukanya. Dalam sedu-sedan menahan tangis, roti itu di kutip juga. Bungkusan itu di buka lalu di ambil separuh. Separuh lagi di simpan. Mungkin cukuplah untuknya mengalas perut sehingga hari esok.
“Aku nak pergi kerja” Ayat lazim yang di tuturkan sebelum wanita itu keluar lagi pada waktu malam. Dia di tinggalkan sendirian. Dia tidak pernah ingat macam mana dia boleh tinggal di sini. Dia yang ketika itu berusia lapan tahun dan kehausan kasih sayang. Siapa bapanya, dia pun tidak tahu. Dan wanita itu, dia yakin wanita itu adalah ibunya walaupun wanita itu melarangnya memanggil dirinya dengan panggilan sedemikian. Walaupun tiada kasih sayang yang di tunjukkan, dia masih berterima kasih kerana wanita itu masih sudi menumpangkannya untuk tidur di rumah ini dan masih sudi memberinya makan dan pakai walaupun serba serbi kekurangan
Untuk kelangsungan hidup, adakalanya dia keluar mencari wang dengan menjadi tukang kutip wang parkir secara haram. Cukuplah untuknya mengalas perut walaupun hanya dengan sebungkus roti. Apabila umurnya berusia 14 tahun, dia mula menerima rentak kehidupan yang telah di takdirkan untuknya. Alam persekolahan di tinggalkan dan dia mula berjinak-jinak dengan dunia gelap. Semakin lama dia semakin betah dengan cara hidup begini. Tiada lagi rungutan, tiada lagi rintihan. Menjadi ‘macai’ atau budak suruhan pada bapa-bapa ayam agar poket sentiasa terisi. Malah, dia juga mula berjinak-jinak dengan urusniaga haram secara kecil-kecilan.
Tapi, dia mahu lebih dari itu. Sekian lama hidup susah, dia sudah tidak mahu hidup dalam kemiskinan dan menjadi mangsa buli bapa-bapa ayam di situ lagi. Impiannya menjadi kenyataan apabila mula mengenali King Sin, ketua kongsi gelap yang menjaga kawasan ini. Melalui King Sin juga dia urusniaga haramnya menjadi semakin besar dan yang paling penting, membawanya kepada JEDI. Daripada Jedi, dia mengenali dunia gelap yang sebenar. Siapa Jedi sebenarnya, tidak pernah di ambil kisah.
“Kau kena ingat Shark. Aku tak boleh terima kegagalan. Gagal bermakna MATI’’
Kata-kata Jedi masih kekal dalam kepalanya. Dan ingatan itu di kuatkan apabila di hadapan matanya, Jedi membunuh seorang pengikutnya akibat kelalaian. Satu tembakan tepat di dahi, pastinya akan menjadi amaran visual yang akan diingati hingga saat ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Nicki_Meow on 30-7-2012 09:32 AM \n\n
“Shark” Shark mengangkat muka. Kenangan hidup masa lalunya berterbangan.
Ajak mengiringi orang-orang kulit hitam itu masuk. Dia sekadar memberikan sedikit senyuman kepada Markus dan Akemi yang berjalan ke arahnya. Shark menyentakkan kepala ke arah mereka sekali, menyuruh mereka duduk.
“This time, four people. They will reach Bangkok at noon on Saturday” Markus memulakan kata. Tidak perlu bermukadimah kerana mereka tahu apa yang di perlu di lakukan.
“African Black?” Shark meminta kepastian.
“And Antifreeze” Markus membalas.
“But this time, make sure no hassle, Shark. I don’t want any trouble like last time” Kata-kata Markus berbaur amaran. Kali terakhir penghantaran di lakukan, mereka hampir di tangkap oleh pihak berkuasai. Perkara seperti ini pastinya berisiko tapi sentiasa ada caranya untuk melepaskan diri.
“This business has a risk, Markus. Always at risk. You know that, don’t you?”
“I know. That’s why I want a guarantee this time”
“Meaning?”
“I will pay you when only everything’s done” Shark ketawa, lebih kepada menyindir.
"You are joking!"
"I'm serious, man!"
“You know that won’t happen” Shark berkata sinis. Dia tidak akan sekali-kali tunduk kepada sebarang tawar-menawar. Markus dan Akemi berbual dalam bahasa yang tidak dapat Shark fahami dan itu menaikkan kemarahannya.
“Look Markus. No bargain. Take it or leave it. You can find another jackass to do this job” Shark berkata lagi. Tiada kompromi. Kerja tanpa bayaran awal, bukan itu caranya. Dia juga tidak pernah menaruh kepercayaan sebegitu kepada orang-orang yang berurusan dengannya. Apatah lagi dengan orang-orang kulit hitam seperti Markus. Bila-bila masa saja dia akan di tipu dan dia tidak mahu itu terjadi.
“Alright…alright… fine. Here it is” Markus meletakkan bag hitam di atas meja.
“As usual, USD250K”
“Balance after it’s done” Shark mengangguk.
“Alright, Shark. We will meet again” Shark mengangguk sekali lagi. Orang-orang kulit hitam itu bangun dan terus meninggalkan tempat itu.
“Ajak!” Shark memanggil. Ajak datang ke arahnya, tanpa berkata apa-apa.
“Mana Zidan?”
“Belum balik lagi” Shark mengangguk.
“Lu pergi hantar bag ni” Ajak memandang bag di atas meja, lama.
“Lu tau tempat dia kan?” Ajak mengangguk.
“Dah, blah” Tanpa berkata apa-apa lagi, Ajak mengambil bag hitam lalu pergi dari situ. Meninggalkan dirinya berseorangan.
Shark bangun, berdiri di mengadap tingkap suite mewah itu. Sekali lagi suite di hotel lima bintang menjadi tempat pertemuannya dengan Markus. Hotel lima bintang dipilih kerana tiada siapa yang dapat menduga urusan kegiatan haram akan di lakukan di hotel-hotel ternama.
Dia membuang pandang ke suasana kota lumpur dari tingkat 22. Pandangan dari sini memang cantik. Dan dia juga memang menyukai tempat yang tinggi. Dunianya seperti menjadi luas.
Shark mengeluh. Kali ini, hatinya teringatkan Fifi. Gadis pertama yang benar-benar menyentak hatinya. Sebelum ini, bukan tidak ada dia mendampingi mana-mana perempuan tetapi sekadar permainan dan alat memuaskan nafsunya. Tapi dengan gadis itu, perasaannya berlainan walaupun berkali-kali dia cuba menidakkan. Senyuman dan tawa manja gadis itu bagai menyinari dunia gelapnya. Telah dia cuba untuk melupakan tapi dia tidak mampu.
"Bodoh lah lu Shark! Jilat ludah sendiri!" Sindiran Zidan terngiang-ngiang di telinganya.
“Sial lah!” Shark menggengam penumbuk. Nafasnya laju, seoalah-olah baru lepas berlari.
Akhirnya dia memejamkan mata, menghadirkan wajah Fifi di mindanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
abeslah shark dah teringat kat fifi balek.. ayokkk |
|
|
|
|
|
|
|
Mu belajar mana bab bab mafia ni nicki bebeh? |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh..shark pun ada sejarah hitam ropenya...
oke nicki..nexttt... |
|
|
|
|
|
|
|
chokachoki posted on 27-7-2012 03:57 PM
abeslah shark dah teringat kat fifi balek.. ayokkk
Abeh jugak la si fandi ni kang..nak prthnkan fifi dari shark si mafia...ada ilmu apa pulak agaknye beliau??? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...
Sambung lagi episode hari ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Nicki_Meow on 30-7-2012 04:03 PM \n\n
Episode 28
Grand Executive Suite,Hilton Kuala Lumpur.
Bella membuang pandang ke arah tingkap dari Suite mewah ini.Nampak jelas kelihatan Menara Kuala Lumpur berdiri megah di antarabangunan-bangunan pencakar langit yang lain. Hatinya sayu. Sejak akhir-akhirini dia kerap teringatkan keluarganya.
Dia merintih sendiri. Bagai ada sesuatu dari dalam dirinya berbisik mengatakan yang dia perlu berubah. Sudah bertahun dia melakukan kerja ini. Terjebak kerana terpaksa pada awalnya tetapi, akibat pengaruh wang ringgit, rasa bersalah di buang ke tepi. Tapi kini, hatinya mula memberontak. Tubuhnya sudah tidak rela lagi diperlakukan sesuka hati demi kemewahan.
Dia perlu berubah. Dia mahu berubah tapi dia tidak dapat lari dari cengkaman Shark. Amaran dan ugutan Shark sangat keras. Bukan dirinya yang di risaukan, mati sekalipun dia tidak peduli. Harga dirinya sudah tiada.Apa yang dirisaukan adalah Shark akan mensasarkan orang-orang yang terdekat dengannya. Samseng seperti Shark, pasti dengan mudah dapat menjejaki di mana mereka berada.
“Orang-orang macam kita, tak ada tempat dalam masyarakat Bella.You baik macam mana sekalipun, orang akan tetap pandang hina pada you”
Apakah memang tiada ruang untuknya lagi? Bella memejamkan mata.Perasaannya terasa berat. Titis air matanya jatuh lagi.
Bella terdengar pintu di buka dari luar. Matanya terbuka. Dengan pantas, air matanya di seka. Rona muka sengaja di maniskan walaupun dalam hatinya menyumpah seranah.
“Hi” Kedengaran suara seorang lelaki menegur. Bella berpaling.
“Hi” Dengan sekelip mata, wataknya berubah. Bagai seorang anak wayang yang bijak melakonkan apa saja watak yang di mahukan.Kalau dia sememangnya seorang pelakon, sudah pasti anugerah pelakon wanita terbaik berada dalam genggamannya. Suaranya sengaja di manjakan sehingga tiada siapa yang dapat menebak isi hatinya yang pilu. Satu senyuman di hadiahkan dan dia mula melangkah penuh gaya ke arah lelaki itu.
Dalam masa yang sama, Bella mula menghakimi lelaki yang dilihatnya secara lisan, kebiasaanya ketika ‘bekerja’. Rupa lelaki itu seperti kacukan cina dan eropah. Lebih kurang lewat 30-an. Kelihatan kemas bergaya dengan pakaian berjenama. Mungkin bekerja sebagai pengarah atau eksekutif dimana-mana syarikat ternama.
Not bad. He got style…
Roman wajah lelaki itu kelihatan serius. Tetapi, apabila Bella semakin menghampiri, lelaki itu mula tersenyum. Bella terpana sebentar.Senyuman lelaki itu tidak seperti mana-mana lelaki yang melanggannya, penuh nafsu. Senyumannya lebih menunjukkan tanda ingin bersahabat dan kelihatan bersahaja. Mereka saling memandang. Lelaki itu pula berterusan memandangnya tanpa kata, berlanjutan untuk beberapa lama.
“Perhaps, there is something wrong with me…” Lelaki itu mula berkata.
“Why are you saying that?” Bella bertanya, keningnya terangkat.
“Well, I feel awkward because a beautiful lady like you,staring at me like I am a weird creature…” Secara tiba-tiba tawa Bella meledak.
“Or maybe, a clown. That’s why you laugh out loud” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|