|
KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM
[Copy link]
|
|
Sekian...Selamat Berforum Dengan Aman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks YB for all pictures and articles..... |
|
|
|
|
|
|
|
Like i said before...semenjak Hafiz banyak dapat awards nie, orang akan mula mempertikaikan nya.
That's what happened to DCT before kan...even myself pun pernah berpendapat yang sama time DCT conquer
Malaysian music industry...i admit that. Startlah orang speculate yang ada favoritism lah..dan mcm mcm lagi.
Memang akan ramai yang dengki. Semoga semakin murahlah rezeki Hafiz..bila semakin ramai yang dengki dengan beliau. Amin...
For me this AJL Finale...my early prediction, Black or Hazama might get the best vocal award...macam impossible jer Hafiz nak dapat the 4th time in a row..I felt this way jugak time last year finale...but..but..bila Hafiz perform Ku Akui last year..Oh my Allah, his voice filled the whole arena, I must say that is one of the best moment, performance dalam AJL..harap harap for BMDK nanti Hafiz kena banyak berlatih vocal untuk memantapkan lagi vocal beliau. I noticed kat semi hari tu..he could not hold the long notes dalam BMDK very well. Maybe kena cut on the cigarettes intake kot..
Sekian royanan saya di pagi hari ini Last edited by nicolebaby on 25-11-2013 11:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Suip Ingin Kahwin Terus Bila Jumpa Calon
Mungkin ada yang tertanya siapakah yang menjadi pilihan hati Hafiz Suip setelah beliau menafikan hubungan mesranya dengan Adira baru-baru ini yang kononnya dianggap telah bertaut kembali.
Namun, jejaka kelahiran Sarawak ini khabarnya tidak ingin pisang berbuah dua kali dan sudah serik bercinta.
“Saya seperti biasa sahaja buat masa sekarang ini, masih sibuk dengan aktiviti nyanyian saya & lebih fokus kepada karier daripada soal peribadi. Saya lebih selesa sekarang ini dari menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Sekiranya mempunyai jodoh saya ingin terus berkahwin,” jelas Hafiz
Kredit Foto : Rotikaya
“Saya sekarang ini lebih terbuka dan saya tidak ada masalah dengan dia dan yang lepas itu kita kira lepaslah dan sekarang saya lebih professional,” tambah Hafiz yang kini lebih bersifat terbuka dan professional dalam menempuh kehidupan seharian.
Sedikit penjelasan tentang kehadirannya bersama Adira di konsert Akademi Fantasia baru-baru ini, ‘“Gambar itu hanyalah sekadar gambar, tidak salah sekiranya saya bergambar dengannya dan tidak salah juga untuk saya bergambar bersama-sama artis lain dan apa yang saya ingin tegaskan di sini itu adalah hanya sekadar gambar.”
Apa pun, tahniah kepada Hafiz kerana lagunya ‘Bahagiamu Deritaku’ telah layak ke peringkat akhir ‘Anugerah Juara Lagu Muzik-muzik’.
http://myartis.my/hafiz-suip-ingin-kahwin-terus-bila-jumpa-calon |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh
Oleh RotiKaya Staff pada
24 November 2013, 9:11PM
Pengalaman cinta sebelum ini membuatkan jejaka yang berasal dari Sarawak, Hafiz Suip telah nekad untuk berkahwin terus sekiranya mempunyai jodoh. Dia yang menjadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran buatnya tidak mahu lagi ‘pisang berbuah dua kali’.
“Saya seperti biasa sahaja buat masa sekarang ini, masih sibuk dengan aktiviti nyanyian saya & lebih fokus kepada karier daripada soal peribadi. Saya lebih selesa sekarang ini dari menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Sekiranya mempunyai jodoh saya ingin terus berkahwin”
Percintaannya yang sebelum ini menemui kegagalan dan menganggap bahawa dia tiada jodoh dan kini lebih bersifat terbuka dan professional dalam menempuh kehidupan seharian.
“Saya sekarang ini lebih terbuka dan saya tidak ada masalah dengan dia dan yang lepas itu kita kira lepaslah dan sekarang saya lebih professional,” katanya.
Turut menjelaskan mengenai gambar bersama Adira AF baru-baru ini yang dimuatkan ke dalam laman sosial & ianya menjadi perbualan hangat di kalangan peminat peminat tempatan.
“Gambar itu hanyalah sekadar gambar, tidak salah sekiranya saya bergambar dengannya dan tidak salah juga untuk saya bergambar bersama-sama artis lain dan apa yang saya ingin tegaskan di sini itu adalah hanya sekadar gambar,” katanya.
Sementara itu, Hafiz Suip turut layak ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.
~~~ rotikaya.com ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
nicolebaby posted on 25-11-2013 07:38 AM
Like i said before...semenjak Hafiz banyak dapat awards nie, orang akan mula mempertikaikan nya.
Th ...
Hmm last year, ibu Hetty bagi standing ovation kat Hafiz! Apalah nak dipertikaikan lagi Hafiz menang vokal ketika itu. Tak faham aku orang yang dengki...tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa orang muda
2013/11/25 - 08:00:07 AM
Artis yang layak ke peringkat akhir Muzik Muzik ke 28 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Pentas AJL 28 bakal saksikan saingan antara penghibur generasi baru
Pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL 28) yang akan berlangsung 26 Januari depan nampaknya lebih menyebelahi bakat muda apabila rata-rata barisan lagu yang layak bertanding pada peringkat akhir dipersembahkan oleh penyanyi generasi baru tanah air.
Penyanyi yang dimaksudkan ialah Najwa Latiff, Sleeq dan Shamkamarul yang mempertaruhkan Lagu Sahabat ciptaan Najwa Latif dan Ika Latif; Hafiz (Bahagiamu Deritaku / LY/Baiduri); Awi Rafael dan Altimet (Kalau Aku Kaya / Omar K & Audi Mok / Altimet); Salam Musik (Aku Pelat / DJ Fuzz / Salam, Eyzabahra dan Jaytan); Aizat Amdan dan Noh Salleh (In Love With You / Noh Salleh); Hazama (Penglipurlara (Omar K / Zell); Black (Takkan Terpisah / Kuncidemak); dan Stacy (Bosan / Audi Mok / Omar K).
Bukan bermakna corak pemilihan berat sebelah, malah keputusan finalis AJL 28 yang diumumkan Sabtu lalu secara langsung oleh TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu dikatakan diadili sebaik mungkin. Cuma, apabila lebih banyak lagu yang sesuai untuk orang muda memboloskan diri, apakah AJL 28 akan turut mendapat tempat di hati golongan lebih dewasa apabila dipentaskan nanti?
Peluang pelapis tonjol bakat
Tiada salahnya memberi ruang kepada penyanyi muda tempatan untuk membuktikan keupayaan mereka. Apatah lagi apabila barisan pelapis ini dilihat cukup berpotensi, jadi mereka berhak mendapat peluang sebegitu. Paling tidak itulah yang ditegaskan oleh Ketua Juri, Datuk Ramli MS, ketika ditemui sejurus selepas saringan ketiga Muzik-Muzik 28 (MM28) berakhir.
"Saya dan semua enam juri tidak mengalami sebarang percanggahan ketika membuat penilaian bagi ketiga-tiga peringkat separuh akhir ini. Finalis muda yang kami pilih memang berpotensi.
"Kita nampak potensi itu perlu diberi peluang kerana generasi akan datang ini yang boleh mewarnai industri seni. Kami tidak pilih kasih dan keputusan malam ini memang sependapat, malah sepanjang tiga minggu kami menjadi juri, tiada pertelagahan pendapat yang berlaku.
"Untuk pentas akhir nanti, semestinya saya mengharapkan yang terbaik dan sebagai Pengarah Muzik pada malam itu juga, saya mahukan suasana konsert penuh bertenaga," katanya.
Selain Ramli, lagu yang bertanding pada peringkat terbabit turut dinilai oleh iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad dan Azmeer.
Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada separuh akhir yang dikendalikan dalam tiga saringan iaitu pada 8 November (11 lagu), 15 November (11 lagu) dan 22 November (8 lagu). Hanya lagu yang menduduki carta 12 lagu terbaik saja dipilih untuk bertanding pada AJL nanti.
Turut mara ke peringkat akhir ialah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku / Edry Abd Halim); Alyah (Kau Yang Terindah / Citra / Erma Fatima); Hyper Act (Hanya Aku/ Hyper Act / Frozen) dan Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya / Light & Bakri / Dark).
Hafiz akui tertekan
Sementara itu, selepas berjaya meraih anugerah Vokal Terbaik pada AJL sebanyak tiga kali berturut-turut, masing-masing menerusi lagu Noktah Cinta, Awan Nano dan Ku Akui, tuah terus menyebelahi Hafiz apabila lagunya Bahagiamu Deritaku turut layak ke akhir. Persoalan sekarang, apakah trofi terbabit bakal menjadi miliknya lagi?
"Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi, saya percaya semua penyanyi malam ini (Jumaat lalu) ingin melangkah ke final. Nampaknya, masih menjadi rezeki saya untuk ke peringkat akhir buat kali ini,” katanya.
Menurut Hafiz, selepas kejayaan digapai itu, tentunya peminat turut mengharapkan kejayaan serupa dicapai pada pertandingan kali ini. Dia sendiri berusaha sebaik mungkin bagi menyahut cabaran itu.
“Saya akui dengan adanya pengalaman bertanding sebelum ini, saya rasa lebih tertekan. Tidak mengapa, sebab ia mengajar saya berhati-hati,” katanya yang lebih suka membuat persembahan yang membuatkan penonton berfikir.
Info:
Finalis AJL 28
1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz (LY/Baiduri)
2. Kau Yang Terindah - Alyah (Citra/Erma Fatima)
3. Hanya Aku - Hyper Act (Hyper Act/Frozen)
4. Sahabat - Najwa Latiff, Sleeq dan Shamkamarul (Najwa Latif/Ika Latif)
5. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter (Light & Bakri/Dark)
6. Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet (Omar K & Audi Mok/Altimet)
7. Aku Pelat - Salam Musik (DJ Fuzz/Salam, Eyzabahra dan Jaytan)
8. In Love With You - Aizat Amdan & Noh Salleh (Noh Salleh)
9. Penglipurlara - Hazama (Omar K/Zell)
10. Takkan Terpisah - Black (Kuncidemak)
11. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor (Edry Abd Halim)
12. Bosan - Stacy (Audi Mok/Omar K)
~~~ bharian.com.my ~~~
Last edited by blackberry90 on 25-11-2013 03:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa nonton Di Sebalik Tabir Pembikinan VC Salahkah di Astro Mustika pd 26 nov 2013 pukul 10 mlm...
At the same time vc tu premiering on Meletop.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa November 26, 2013
Hafiz Suip Enggan Kongsi Tentang Cinta
Oleh KEMALIA OTHMAN
Hafiz Suip
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip enggan bercerita dan berkongsi tentang kisah cintanya kepada umum terutama peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadannya.
Hafiz, 23, berkata, dia tidak mahu orang luar memberi persepsi negatif tentang keburukan atau kesilapan mana-mana pihak apabila sesebuah hubungan tersebut berakhir.
"Kalau boleh saya tidak mahu masyarakat terutama peminat tahu tentang hubungan cinta saya, jika putus cinta pasti ada yang menyalahkan pihak-pihak lain.
"Saya tidak mahu ia menjadi besar dan masyarakat sendiri akan memberi persepsi buruk nanti," katanya kepada mStar Online.
Hafiz yang turut mengakui baharu sahaja berpisah dengan teman wanitanya yang merupakan seorang pelajar kolej swasta, menganggap perkara tersebut merupakan perkara normal yang dilalui olah setiap manusia.
"Putus cinta adalah perkara biasa yang terjadi kepada semua orang dan ia juga adalah pengalaman.
"Saya tidak mahu orang buat spekulasi tentang kegagalan hubungan tersebut, sebab itu juga saya tidak mahu masyarakat mengenali wanita yang saya berkawan," katanya.
Tambah Hafiz, dia tidak mahu bercinta sebaliknya memilih untuk terus berkahwin jika bertemu dengan pasangan yang sesuai.
"Susah untuk bahagikan masa kerjaya dan cinta, jika suatu hari nanti ada berputik cinta di hati saya, saya ingin terus berkahwin sahaja," ujarnya.
Bagaimanapun, dia mengakui masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam jangka waktu terdekat ini bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya.
"Sekarang belum tiba masanya lagi, saya mahu stabilkan diri dan keluarga terlebih dahulu," tambahnya.
~~~ mstar.com.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
Finalis pasang strategi mantap
Segala teka teki kini terjawab apabila 12 lagu yang berjaya melayakkan diri ke final Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang akan berlangsung pada 26 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil sudah diketahui.
Saingan separuh akhir ketiga Muzik-Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Jumaat lalu menimbulkan debaran tersendiri kerana menjadi malam penentuan memilih siapa yang layak dan siapa yang gagal meneruskan kemaraan selepas terpilih pada dua peringkat separuh akhir sebelumnya.
Debaran bertambah kencang sebaik berakhirnya persembahan artis undangan, Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris. Sejurus pengacara, AG dan Scha Al-Yahya mengumumkan satu persatu nama artis yang layak, sorakan bergemuruh kedengaran daripada peminat setiap artis yang hadir memenuhi studio Sri Pentas 2.
Melihatkan pada senarai yang layak, sekali lagi pemenang Vokal Terbaik AJL 27, Hafiz Suip membuktikan keunggulannya apabila berjaya melayakkan diri menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.
Dia yang sering mengecap kejayaan demi kejayaan dalam AJL akan berentap dengan 11 lagu lain iaitu Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Aku Pelat (Salam Musik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).
Agak malang buat juara edisi lalu Yuna kerana gandingannya dengan Aizat menerusi lagu Dwihati gagal menarik hati juri. Begitu juga Alyah yang bergandingan dengan Ben menyampaikan lagu Permata kerana gagal melangkah ke akhir biarpun berada dalam senarai enam pilihan pada separuh akhir pertama.
Lain-lain lagu daripada separuh akhir pertama yang gagal ke AJL 28 ialah Loka (Jangan Pergi) dan Bunkface (Agenda Jahiliah). Separuh akhir kedua pula mencipta kejutan kerana kesemua lagu yang terpilih, berjaya melayakkan diri ke AJL 28.
Separuh akhir ketiga menyaksikan persaingan lapan artis iaitu Hujan (Rumah Kita), Jaclyn Victor (Jagalah Diri), Yuna & Aizat (Dwihati), Akim & Stacy (Kembali), Estraged (Anugerah Hidup), Stacy (Bosan), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku) dan Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku).
Tuah ternyata menjadi milik tiga nama yang sinonim iaitu Stacy, Jaclyn dan Hafiz apabila lagu-lagu mereka berjaya terpilih ke AJL 28. Secara keseluruhan sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan sepanjang peringkat separuh akhir.
Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.
Hafiz yang ditemui mengakui teruja apabila berjaya melayakkan diri ke AJL buat kali ketiga.
“Memang tipulah kalau saya kata tak berharap layak ke final tapi itu semua rezeki. Kalau sekiranya tak berjaya pun, saya taklah terlalu kecewa sangat. Menerusi kejayaan layak ke akhir ini, peminat mungkin meletakkan harapan yang tinggi dan saya akan mengambilnya sebagai satu cabaran.
“Sememangnya kejayaan yang diraih sebelum ini buatkan saya tertekan tapi saya akan menyahut cabaran ini bagi menghasilkan yang terbaik pada AJL 28 nanti. Saya sedang fikirkan untuk tampil dengan sketsa yang ringkas untuk buat orang berfikir nanti,” katanya.
Hazama pula gembira kerana berpeluang merasai kemeriahan berada di pentas AJL. Tahun lalu dia bergandingan dengan rocker legenda Amy Search menyampaikan lagu Simetri.
“Rasa lega dan gembira sangat. Ini lagu solo saya yang pertama berjaya masuk ke AJL. Sebelum ini saya kecewa apabila lagu Cinta Teragung tersekat di separuh akhir. Satu kepuasan kerana saya masuk atas tiket sendiri,” katanya.
Jaclyn pula menyukai kedua-dua lagunya yang bertanding pada separuh akhir ketiga, namun akur dengan pilihan juri yang memilih lagu Ikut Rentakku untuk ke AJL 28.
“Ini kali pertama saya mempertaruhkan lagu rancak dalam AJL. Memang agak sukar kerana saya nak kena jaga suara dan ‘pitching’ selain jaga langkah tarian. Saya tak bimbang faktor stamina kerana boleh melakukannya. Cuma saya bimbang faktor darah gemuruh boleh merosakkan persembahan saya,” katanya yang sudah empat kali melangkah ke final AJL.
Sleeq pula terkejut layak kerana beranggapan peserta yang bertanding hebat-hebat belaka. Mereka berjanji akan bekerja keras bersama Najwa Latif dan Shamkamarul untuk menampilkan persembahan terbaik nanti.
Pentas AJL 28 bertambah rancak dengan penampilan julungkali kumpulan Salam Musik dan Hyper Act.
“Kami terkejut bercampur teruja kerana ini kali pertama layak ke AJL. Kami mengaku tak sabar untuk beraksi dan membuat gubahan baru agar muzik kami lebih memikat penonton,” kata mereka.
Kesabaran Ronnie yang tidak mudah berputus asa pula membawa hikmah tersendiri apabila Hyper Act berjaya ke pentas akhir AJL.
“AJL adalah sebuah anugerah nyanyian yang sangat prestij. Kami sedang memikirkan beberapa strategi untuk melakukan persembahan sebaik mungkin nanti,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Sunday suatu ketika dulu.
Finalis lain iaitu Azlan & The Typewriter, Stacy, Noh & Aizat serta Black turut gembira kerana berpeluang berada di atas pentas yang gah seperti AJL 28. Mereka berjanji memberikan persembahan menarik.
Sementara itu Ramli M.S berkata, pihaknya melihat ramai penyanyi muda yang berpotensi dan mereka diberi peluang mengembangkan bakat dalam AJL.
“Ciptaan, melodi dan lirik mereka sangat segar dan mereka ada peluang untuk muncul sebagai pelapis komposer sedia ada. Kami menilai tanpa ada unsur-unsur pilih kasih dan melihat kepada kemampuan sesebuah lagu itu sendiri.
“Sepanjang tiga minggu separuh akhir berlangsung, semua juri sependapat dalam pemilihan lagu yang layak ke AJL. Saya akan bertindak sebagai pengarah muzik untuk AJL 28. Persembahan akhir nanti berkonsep konsert, jadi setiap artis perlu tampil bertenaga dan vokal perlu mantap,” katanya.
~~~ hmetro.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
“Sememangnya kejayaan yang diraih sebelum ini buatkan saya tertekan tapi saya akan menyahut cabaran ini bagi menghasilkan yang terbaik pada AJL 28 nanti. Saya sedang fikirkan untuk tampil dengan sketsa yang ringkas untuk buat orang berfikir nanti,” katanya.
what sketsa????
tak perlu la Hafiz. I thought to have you singing with a pianist jer .... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun setuju tak perlu sketsa semua ni...
takut jadi bosan plak nnt
cukup lah dgn iringan piano
mmg peluang untuk vocal kali ni bersaing hebat
menang kalah tak kisah
adat bertanding
kalau menang sebagai fans kita mmg sgt gembira
kalah pun tak ape, kita terima seadanya
janji beri yang terbaik
harap hafiz jaga kesihatan
selalu dgr sakit tekak
dan tolong banyak rehat
nampak macam dia agak frust
putus cinta kali ni
pada pandangan aku lah
semuga hafiz buat yang terbaik
kami sentiasa doakan hafiz
|
|
|
|
|
|
|
|
kasutburuk posted on 26-11-2013 08:50 PM
aku pun setuju tak perlu sketsa semua ni...
takut jadi bosan plak nnt
cukup lah dgn iringan piano
...
Mungkin Hafiz nak cuba dapatkan Persembahan terbaik pulak. Dia tak pernah dapat kan.
Harap Hafiz training ngan Cikgu Shafi jugak kali ini. Masa semifinal aritu kureng sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Dato’ Rossa & Hafiz bersama dengan JOHARA di studio untuk promosi single kolaborasi mereka yang pertama #salahkah
~~~ FB Era FM ~~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|