|
Reply 15# noradaniez
beb,kem terendak ke weh ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 92# ncsha
tak...ni kat sekolah desa tun hussein onn keramat...nape??? kat sana pun ada kes jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
skali search banyak pulak benang SOTC nih......sonot bace.....
mcm2 ragam.....penah test mase muda2 dulu takde pulak jadi....maybe pasal tak abes buat kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
jazzputih abesla si antu Lan tu dah tangkap cintun..tu pasal sopan jer bg salam..nak ngorat....
lame btol tak teringat SOTC ni ada jugak member aku cina mix bidayuh kawan skolah rendah dlu ajak test.....tak jadi pun....buat memain kot...... tp pikir balik mmg benda mcm ni better jgn dibuat.....bermain dgn setan woooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 74# kikyou
mana antu nak datang.
takut kena baling dgn krusi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kikyou
mana antu nak datang.
takut kena baling dgn krusi.
ero_sennin Post at 21-3-2011 13:00
hehe, jangan kata hantu, kita manusia pon takut nak datang dekat. tak pasal2 bengkak dahi. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu men masa form3
byk kali gak kitorg men
tp dulu tak pernah kene spirit yg takmo balik
yg ...
seeri_7843 Post at 11-3-2011 10:11
memang die gelak kuar suare atau die just eje hahahahaha kat board tu? |
|
|
|
|
|
|
|
baca thread ni teringat n masih terbayang pengalaman lalu.. n sejak dari hari tu la aku still rasa e ...
afiqehsan87 Post at 14-3-2011 11:43
boleh buat movie la cete ko...
agak2 klu ahmad idham baca nie, untung ko..hehe...
bila tahun 1998 teringat kisah kwn aku gak la..cete dia main menatang ni kt pasar rumah aku..dah la situ siap ada tokong cina..tanya result pmr..kebetulan kena pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
penah main dlu msa skolah rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku masa sekolah pun pernah main gak. tapi aku atu semua tu tipu, cam kawa2 aku gerakkan sendiri. Soalan yang kitaorg tanye pun merepek- repek, dah nama pun budak2. Aku ingat lagi, aku tanye sapa nama future bf aku bile besar nanti, pastu duit tu gerak , mula2 K pastu H pastu A,I,R,U,L. issshh talde maknanye nyee bf aku nama khairul.. merepek jee |
|
|
|
|
|
|
|
ala msti antu tu pk "i'm sound stupid when i speak malay" |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah main dulu..seram2 seronot..seram gak...tapi thrill laa..hahah...
n sampai hari ni aku heran...mcm mane syiling tu boleh bergerak? |
|
|
|
|
|
|
|
penah gak main....masa zaman sekolah...hari tu satu kelas dibatalkan so kita orang x tau nak buat apa...member pun ajak main spirit...siap main dalam surau lagi...ha ha ha...ramai2 (dlm 7-8 orang) ddk dlam bulatan, lepas tu dua org member sama2 tekan duit syiling tu...dia suruh semua pejam mata (tp aku x pejam pun... ) |
|
|
|
|
|
|
|
nie aku nak kongsi sikit crita lah..time nie aku kecik lagi...dalam 6-7 thn gitu la..sebab duduk kat kampung, kan ada otai2 kampung yang berlagak berani terdiri dr remaja2 kampung...biasalah kalo kat kampung, mmg ada aktiviti lepak2 malam..time tu ada sorang sedara aku yang bawak aku tgk apa aktiviti diorang mlm tu...rupanya malam tu diorang nak main spirit of coins.diorang guna kad manila...
tgh2 main, tetiba coin tu tanak balik kat home...dahla diorang main tepi hutan (biasalah kampung mesti ada ciput2 hutan sana sini)...then salah sorang tu kata kaki dia mcm kene pegang...so, abis lari lintang pukang diorang mlm tu...aku jerk yang tertinggal...sebab sedara aku dah lari tak ingat dunia...
nasib baik ada sorang member diorang patah balik amik..tu pun aku dah menangis bagai apa dah... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ada sorang member diorang patah balik amik..tu pun aku dah menangis bagai apa dah...leylapple Post at 28-3-2011 08:31
olollololooolo..ciannye diee... |
|
|
|
|
|
|
|
olollololooolo..ciannye diee...
thessailly Post at 28-3-2011 18:33
itu lah.....skrg aku plak buli dia...ahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman seram main spirit of the coin
jujur aku cakap aku tak pernah main spirit of the coin. tapi aku nak tau siapa pernah try main permainan yg menyeramkan ni?
cara main dia senang je. sediakan papan Oujia. Papan Oujia boleh dilukis sendiri atau dibeli.
Lepas tu, sediakan duit syilling 20 sen atau 50 sen. lebih afdol orang kata pakai duit syiling zaman dulu2 punya. aku pun tak tau kenapa. lepas tu kelar jari telunjuk korang sampai keluar darah kemudian jari yg berdarah tu tadi korang tekap pada duit syilling tadi atas papan Oujia. jangan gerakkan jari tu tadi ke tempat lain. kalau tak nanti tak menjadi.
kemudian, seru segala makhluk2 halus atau semangat yg ada pada sekeliling kita menggunakan ayat kita sendiri. lepas roh tadi diseru, secara tiba2 jari kita akan bergerak sendiri atas papan Ouija tadi. kemudian korang boleh start tanya pada roh tu, contohnya macam:
"siapa nama kamu masa hidup?"
"dari mana kau datang?"
"macam mana boleh mati?"
"tinggal kat mana?"
"adakah kamu jin ataupun roh?"
ada yg kata yg datang tu sebenarnya makluk halus, bukan roh orang mati. tapi ada pulak orang cakap yg datang tu memang roh orang mati bukan makhluk halus...
pernah aku dengar cerita dari satu blog, dia kata dia pernah main. tapi lepas habis main, roh tu kata dia tak nak pergi nak terus stay ngan dia . bila time dia nak menulis, roh tu tadi akan gerakkan tangan dia tadi menceritakan kisah2 yg berlaku pada diri roh tersebut. last2 pas berubat baru pulih balik...
kat bawah ni gambar kertas Oujia yang dilukis sendiri menggunakan pen:
bawah ni plak gambar Papan Oujia:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
main benda kira syirik la..ustaz aku cakap, pasai ibarat mcm memuja roh tu datang... |
|
|
|
|
|
|
|
ni cerita pengalaman orang yg pernah main spirit of the coin yg aku cuma copy paste dari satu blog:
Malam ni malam Jumaat kan? Apa yang paling best pada malam Jumaat? Selain dari berwirid panjang lepas solat maghrib dan baca yasin hingga ke waktu isyak, ramai orang buat kerja tak berfaedah pada malam Jumaat: bercerita tentang kisah hantu!
Tak tau apa sebabnya mengapa kata orang tua-tua roh-roh jahat selalu muncul di malam Jumaat. Betul ke? Mana ada! Dalam Islam mana ada "roh" orang mati? Bila dah mati terputuslah hubungan manusia dengan dunia. Jika ada yang kelihatan macam orang yang dah mati tu, itu adalah iblis. Memang kerja iblis suka menyesatkan manusia..
Entah mengapa bila bercakap tentang roh-roh sesat ni, tiba-tiba JR teringat zaman sekolah dulu. Masa tu JR di Tingkatan Enam di sebuah sekolah menengah di Penang.
Ramai rakan-rakan sekelas JR tinggal di asrama. JR tak tinggal di asrama sebab rumah JR tak jauh sangat dengan sekolah. Masa itu zaman jahiliyah, tau seronok aje, suka nak explore benda-benda pelik, kononnya nak tunjuk hebat dan terrer. Terlupa pula di zaman jahiliyah tu bermain dengan hantu sangat bahaya dan ia perbuatan khurafat.
Rakan-rakan di asrama JR inilah yang memperkenalkan sebuah permainan penuh mistik 'spirit of the coin'. Pasti sebahagian besar korang terutama yang dulu tinggal di asrama pernah dengar permainan spirit of the coin ni kan?
Cara nak main permainan sesat ini mudah aje. Pertama kena sediakan wang syiling 20 sen atau 50 sen lama. Maksud lama tu, wang syiling yang dah tak pakai dan laku lagi di zaman ni, contohnya duit syiling zaman mula-mula Malaysia merdeka dulu yang di belakangnya ada gambar Queen Elizabeth. Yang kedua perlu disediakan kertas yang di dalamnya perlu di tulis huruf A hingga Z dan angka 0, 1 hingga 9 untuk memudahkan "roh" itu mencatatkan jawapan yang ditanya. Kemudian di penjuru kertas ditulis "Yes", "No" dan "Home". Seorang tukang catat diperlukan dalam permainan ini untuk mencatatkan apa yang dikatakan oleh "roh" yang dihubungi.
Biasanya permainan khurafat ini melibatkan 3 hingga 4 orang. Keempat-empatnya meletakkan tangan di atas wang yang diletakkan di dalam ruang bertulis "home". Kemudian ketua kumpulan yang bermain akan menyeru "roh" (sebenarnya iblis) supaya datang:
“Spirit of the coin, please come to the game... “ bla..bla..bla (dah tak ingat mentera sebenarnya...)
Tak lama selepas dipanggil tiba-tiba wang yang dipegang bersama itu akan bergerak ke arah "Yes" dan lepas itu kita bolehlah berkenalan dengan "roh" (sebenarnya iblis) yang datang itu dengan bertanya namanya, tarikh kematian dan punca kematian. Kebanyakan "roh" yang datang menceritakan punca kematian mereka yang sungguh tragis: kena bunuh, kena langgar, mati lemas, mati bunuh diri dan lain-lain.
Lepas sesi berkenalan dengan "roh", kita bolehlah tanya macam-macam dengannya. Yang paling pelik semua jawapan (termasuk rahsia diri seseorang) dijawab dengan tepat. Hingga jika ada barang berharga yang hilang pun "roh" ini akan beritau di mana ia sebenarnya berada dan bila dicari memang jumpa balik! Begitulah hebatnya iblis, pandai mereka berbuat baik dengan manusia bagi memesongkan akidah kita.
Bila dah boring bertanya roh sesat itu, perlu minta izinnya pula untuk menghantarnya pulang. Jika iblis tu bersetuju untuk pulang ia akan berhenti di "Home":
“Spirit of the coin, please go back to HOME..”.
Yang jadi masalahnya ialah bila iblis tu tak mau balik, kenalah pujuk dia sampai dia berhenti di "Home". Syarat permainan ni ialah semua yang main tak boleh angkat jari dari wang syiling hingga si-iblis bergerak ke "Home". Jika ada yang menangkat tangan sebelum ia berhenti di "Home", alamat akan mengamuklah iblis itu.
Dan itulah yang JR nak ceritakan di sini...amukan hantu spirit of the coin berdasarkan pengalaman yang JR lalui sendiri. Kesemua peristiwa berlaku di sekolah menengah JR di Penang tu:
Suatu hari (JR masih ingat hari Khamis), kira-kira jam 2.30 petang, ketika itu waktu belajar dah habis, tapi masih ramai pelajar yang belum pulang ke rumah. Sebahagainnya menghabiskan kerja sekolah, sebahagian lagi cuma sembang-sembang kosong. Ketika itulah seorang rakan JR mengajak kami bermain spirit of the coin. JR tak pernah bermain dengannya, buang masa aje!! Tapi lepas dicabar banyak kali JR pun main lah juga dengan tiga orang kawan lagi (semuanya lelaki) permainan yang JR ingat 'permainan bodoh' itu.
Bila dah mula main memang rasa seronok pula. Iblis la katakan, memang selalu offer benda-benda seronok aje di peringkat permulaan.
Macam-macam yang kami tanya untuk menguji sejauh mana terrer nyaknowledge roh @ iblis tu...memang dia sungguh terrer, semuanya dijawab dengan tepat termasuk nama datuk nenek JR, berapa ekor ayam yang ibu JR bela di reban belakang rumah dan yang paling memalukan bila rakan JR tanya:
"Sapa agaknya pompuan dalam kelas ni yang J suka?".
Lalu duit syiling itu bergerak mengeja nama "Wati"
Lalu pecahlah ketawa rakan-rakan: "Hooooiii Wati, hang tau dak J ni taruh hati kat hang...hang suka dia dak??". Malunya ketika itu bila Wati yang sedang buat kerja rumah membeliakkan matanya dengan "manja" ke arah JR! Pecah rahsia aku!!
Macam-macam yang kami tanya roh sesat itu. Tanya masa depan pun ada, termasuk umur berapa nak kawin, nama bakal isteri dan lain-lain. Cuma satu tak sesiapa berani tanya: tarikh kematiannya!!
Dah hampir sejam bermain, tibalah kami di episod akhir...menghantar roh itu pulang. Tapi puas dipujuk roh itu tetap menjawab "No" "No" dan "No"! Dia tak mau balik, haru sungguh!!
Akhirnya kerana tangan pun dah lenguh, seorang kawan JR menarik tangannya dari syiling yang kami pegang bersama. Syiling itu terjatuh ke lantai dan tanpa sebab pintu kelas yang terbuka luas tiba-tiba tertutup dan berdentum dengan kuat sehingga satu kelas terasa bergegar. Beberapa budak perempuan dalam kelas menjerit dan kami berpandangan dengan rasa separuh terkejut dan separuh takut.
Lepas itu JR pun pulang ke rumah. Esok hari Jumaat, kebetulan Jumaat adapublic holiday, hari Sabtu dan Ahad pula cuti sekolah, dapat cuti tiga hari..best...
Dan petang Khamis itu, iba-tiba JR ditimpa satu penyakit misteri: kencing tak mau keluar! Rasa pundi-pundi kencing memang penuh, tapi puas dicuba, air seni itu tak mau juga keluar. Ayah JR menghantar JR ke klinik swasta berhampiran rumah kerana dia mensyaki JR terkena penyakit batu karang..
Tapi ketika buat pemeriksaan di klinik, doktor yang merawat agak hairan kerana hasil ujian tidak menunjukkan ada kristal dalam pundi-pundi kencing. JR juga tak mempunyai tanda-tanda sakit batu karang, malah JR sendiri tak rasa apa-apa sakit pun, kecuali rasa nak kencing tapi tak mau keluar.
Hingga malam, walaupun lepas makan dua kali ubat yang doktor beri, kencing tak mau keluar juga. Akhirnya kerana ubat doktor masih tak mau jalan, bapa JR membawa JR ke rumah seorang ustaz terkenal di kampung kami sebagai ikhtiar terakhir.
"Hmmm...ada 'benda' ikut ni" kata ustaz Y.
"Benda apa tu ustaz?" tanya bapa JR.
"Ada 'benda' di sekolah ikut budak ni.." jawab ustaz Y. Ketika itu baru JR teringat permainan spirit of the coin di sekolah petang tadi!! Rupanya iblis yang tau mau balik dari permainan itu mengikut JR dan mengunci pundi-pundi kencing sebagai hukuman "mempermainkannya".
"Lain kali jangan bermain dengan iblis, dalam dunia ni ada berbilion manusia, mengapa cari iblis untuk dibuat kawan?" marah ustaz kepada JR.
"Untuk seronok-seronok aje ustaz, bukan apa pun" jawab JR.
"Habis la ni seronok lah...kencing pun tak mau keluar?. Ingat...lain kali jangan mendekati iblis, takut nanti tergelincir akidah, susah jadinya"
"Baik ustaz, saya minta maaf, tak buat lagi nanti..." JR tertunduk kesal sambil menahan rasa kencing yang membuak-buak!!
Lepas ustaz Y membaca beberapa ayat sambil memicit-micit badan JR, tiba-tiba JR terasa badan agak ringan dan rasa kencing seperti tak tertahan lagi...
"Rasa nak kencing? Pergi ke bilik air cepat, semuanya dah OK" kata ustaz sambil menunjuk arah ke bilik air di rumahnya.
JR dengan laju berjalan ke bilik air rumah ustaz. Ketika itu berselisih dengan anak dara ustaz yang tersenyum sinis memerhatikan langkah JR yang tergesa-gesa. Malu.....
Setibanya di bilik air....auuuuuuu...leganya, masalah yang dah tertungak selama berjam-jam akhirnya selesai. Air kencing mengalir keluar dengan lancar!
Setibanya di rumah JR kencing berkali-kali, kerana masih takut iblis itu datang balik dan menyekat saluran kencing lagi. Tapi syukurlah perkara itu tak berulang lagi.
Bila JR ke sekolah pada hari Isnin berikutnya, dua orang kawan JR yang sama-sama bermain spirit of the coin tak hadir ke sekolah. Cuma JR dan seorang lagi rakan yang sama-sama bermain permainan sesat itu saja hadir ke sekolah pada hari itu. Rakan yang hadir menceritakan pada malam itu rumahnya telah diganggu oleh pelbagai peristiwa pelik: meja studinya bergerak, buku atas meja tiba-tiba "berdiri" dan yang paling dahsyat kerusi di sebelah ayahnya duduk tiba-tiba terangkat ke udara. Akhirnya kerana ketakutan ayahnya terpaksa memanggil seorang dukun yang berjaya memujuk iblis laknat itu keluar dari rumah mereka.
Petang itu lepas sekolah, JR dan rakan JR pergi ke rumah dua rakan kami yang tak datang ke sekolah pada hari itu. Rupa-rupanya kedua-duanya demam teruk dan mengalami simptom yang sama: sering meracau. Mujurlah akhirnya selepas beberapa hari kedua-duanya pulih dengan bantuan seorang ustaz.
Sejak kejadian itu kami berempat tidak lagi berani bermain permainan bahaya melibatkan iblis itu. Tapi yang peliknya masih ada rakan di asrama sekolah yang masih bermain sehingga satu peringkat berlaku satu kejadian histeria melibatkan beberapa orang pelajar perempuan. Selepas disiasat barulah diketahui bahawa histeria itu berpunca dari permainan spirit of the coin yang sering dimainkan oleh pelajar-pelajar perempuandi asrama mereka!
Kepada korang yang masih muda-muda dan masih belajar tu, jangan cuba bermain dengan permainan yang membahayakan lagi menyesatkan akidah seperti ini. Sampai sekarang JR menyesal mengapa terikut kawan bermain permainan bodoh itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|