|
DIA BUKAN NABI.DIA BUKAN WALI.
DIA BUKAN TERSOHOR.
TIDAK JUGA TERBILANG.
DIA SEKADAR SEORANG HAMBA YANG CUBA TEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI INI.
DIA CUBA MENELADANI RASULLAH. NAMUN AKHIRNYA DIA HANYA MANUSIA BIASA.
SANG MUSAFIR KEMBALI BERKELANA, MENGHADAPI MUSUH TIDAK TERDUGA DEK PEMIKIRAN DAN JIWANYA. SIAPA YANG BAKAL BELIAU PERANGAI KALI INI?
MARI KEMBARA BERSAMA LAKSAMANA SUNAN DALAM BERTUALANG MERANTAU SUKMA, KEMBARA MERAGA JIWA.
SEKUEL TERBARU DARI MASTER THRILLER MALAYSIA.
review Yang paling patah antara kita memang takkan sangka endingnya dan masalah mental ni bukan masalah simple. Rumit sebab ia terjadi dalam banyak sebab.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dengan nama Ilah.
Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy.
Apa itu Goji Bundy?
Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku.
Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.
● tanpa perancangan rapi.
● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj)
● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu.
● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin)
● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C
● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.
Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hassan Basri - si jejaka Melayu, menemui sebuah buku usang milik datuknya yang menganduingi catatan harian Tun Cempaka.
Sepanjang Tun Hassan Perwira mengajar pantun Melayu kepada seorang wanita Inggeris, Tun Cempaka berada bersama dan merakamkan detik itu dalam Jurnal.
Khadija, si gadis berdarah campuran, mewarisi buku nendanya ; koleksi pantun-pantun Melayu yang diterjemah ke bahasa Inggeris - mereka menggelarkanya Terjemahan.
Kedua-dua naskhah itu merupakan benang takdir yang terputus ketika Perang Bendahara Pahang, sebelum bertaut semula saat Hassan Basri dan Khadija berganding tenaga demi sayembara pantun.
Warisnya Kalbu ialah novel Sri Rahayu Mohd Yusop yang pernah memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Di hari walimatul urus ayahandanya, Tun Manis diacukan keris di leher oleh Kunta, si panjat angkara. Lalu datang Gerhana sang empu muda elok rupa baik budi bahasa menyelamatkannya. Kisah Tun Manis dan Gerhana berjalin kait apabila tahi bintang melintas di langit kerajaan Pahang Lama. Setelah lebih seabad berlalu, kisahTun Manis dan Gerhana jatuh ke tangan Hisyam, perantis ilmu pembuatan keris yang dirundung dukalara dan tanda tanya. Adakah kisah yang selama ini berada dalam simpanan pustaka keluarga Sara Ramsay, pewaris industri pedang dari Scotland itu boleh membawa suluh pedoman terhadap kabut gelita dalam kalbu pemuda bakal empu ini?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Azim pemuda mithali si pencari jawapan. Surat-surat lama tinggalan bapanya membingkar akar leluhur. Branwynn Gwill, seorang perempuan suruhan yang hidup pada tahun 1881 di sebuah rumah sakit jiwa di London telah berutus surat kepada seorang pemuda bangsawan dari Pahang, Tun Ahmad Basil ibnu Tun Hassan perwira; titik ini mengheret Muhammad Azim dan gurunya, Haji Mus'ab ke Kota London.
Perkelanaan Muhammad Azim dan Haji Mus'ab ke Kota London menemukan satu demi satu kejutan. dengan mencantumkan serpihan kemusnahan keluarga dan menemukan jalan untuk kembali ke pangkuan ayahnada dan bondanya dan menemukan penawar untuk kalbunya?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alicia Berenson lived a seemingly perfect life until one day six years ago.
When she shot her husband in the head five times.
Since then she hasn't spoken a single word.
It's time to find out why.
Captivating. Clever plot twist tp ada beberapa scenes yg x logik...4/5
|
|
|
|
|
|
|
|
DENDAM KESUMAT – ARMAN JAZEE
Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati.
Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta bantuan saka yang hebat untuk melunaskan dendam kesumatnya. Dikuasai sakanya dia membunuh keluarga Tengku Halim tanpa belas kasihan. Di saat hasratnya hampir tercapai tiba-tiba seorang lelaki muncul untuk menghalang niatnya membunuh Tengku Halim.
Pertempuran sengit berlaku, sejarah lalu mula terbongkar. Ada dendam yang lama bersarang, ada hasrat yang lama terhalang. Demi sebuah dendam dia terjerumus ke lembah kehancuran.
GELORA – FITRI HUSSIN
Adam jatuh cinta sepenuhnya sebaik melihat Erliana secara bersemuka. Pada malam dia melafazkan cintanya kepada gadis cantik itu, Amri, bekas kekasih Erliana dibunuh lembaga yang menakutkan dan mati dalam keadaan mengerikan.
Adam dan Erliana mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Enam tahun kemudian pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku. Beberapa kali Adam berjalan di dalam tidur sambil memegang gunting. Kata pak long, bapa saudara Erliana yang mempunyai kelebihan mengubat, Adam dikuasai oleh saka keturunanya.
Solusi diberi tetapi Adam enggan menerima. Ketegangan berlaku. Erliana bimbang dengan keselamatan dirinya dan Eryana. Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang terjadi kepada Adam? Dapatkah Erliana menyelamatkan dirinya dan Eryana?
SAKA SEBELAH RUMAH – EB REEZA
Mariani berasa pelik apabila jiran baru sebelah rumah mereka itu berpindah waktu malam, Bukan sahaja tentang perpindahan mereka menjadi soal tetapi juga tentang keaktifan mereka saat menjelang malam turut menjadi soal sehingga keluarga Mariani seringkali mengintai aktiviti jiran sebelah rumah mereka itu.
“Mak tak pelik ke… Jiran kita tu pindah waktu malam mak bukan waktu siang. Sekian lama rumah tu kosong, tiba-tiba mereka pindah malam hari.”-MARIANI
Benarkah tanggapan mereka bahawa jiran sebelah rumah mereka itu sebenarnya adalah saka kerana aktiviti keluarga jiran mereka seringkali berjalan pada waktu malam dan bukannya waktu siang, tambahan pula wajah mereka juga pelik dengan hiasan warna-warni.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baru habis baca novel dari Rose Harissa. Spin off dari novel Ghost #UmarAlHaidar
Rate saya 4/5
Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu
insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga. Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang
sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando, Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.
“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.
“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.
“Ciyeeeee!!!” Serempak mereka berseru sambil tersenyum mengenen.
“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena
“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.”
Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
' Dicari kebenaran di sebalik kekaburan...'
Jerebu
Dia kembali menagih atmanya yang hilang... Membuahkan ria, pilu, gusar dan curiga melihat pulangnya perantau. Dia tegak bersama asuhan dan arus budaya yang songsang... berjuang, memperjuangkan keadilan di tanah airnya yang songsang, lalu bergelut dalam kemelut yang menjerat...
“ Hidup kita bukan atas impian dan keinginan kita semata-mata. Kita masih hidup bersama orang lain... Mungkin sebelum ini aku juga mempunyai impian dan keinginan untuk bersama kamu. Ya, begitulah sejak pertemuan semula kita, aku sudah membina impian itu. Tapi baru sekejap tadi, segala-galanya hancur. ” |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Saya bersumpah di bawah Induk dan Tonggak. Di bawah Agung dan Tempatan. Di bawah para Roh dan Manusia. Di bawah Kesucian sebuah Pemeteraian, dan di atas nama KEKUASAAN yang menciptakan—untuk menghormati Pemeteraian antara saya dan kamu.”
Jauh di dunia asing, para manusia hidup di samping makhluk sakti yang bergelar roh. Sekumpulan manusia terpilih untuk membuat pemeteraian bersama roh-roh tersebut demi mengekalkan keamanan antara para roh dan manusia.
Fyn dan ibunya hidup miskin di Kota Kardyn kerana status mereka sebagai pendatang. Eldessa—sebuah hutan tidak dimeterai yang hangus terbakar—merupakan tanah leluhur mereka.
Takdir membawa Fyn bertemu Umal, lelaki tua yang
memeterai bersama Roh Kardyn. Lantas, gadis itu turut mengenali sang roh yang sekian lama mencari penceroboh misteri yang tidak diketahui akan kewujudannya.
Siapakah penceroboh Kardyn yang dicari-cari? Apa pula kaitannya dengan peristiwa kebakaran di Eldessa?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu. Sahabat yang setia ialah sahabat yang bercampur di dalam hatinya perasaan cinta dengan perasaan belas kasihan. Engkau jenguk saya pada waktu saya sakit, padahal orang lain menjauhi. Engkau berdiri di sisiku padahal tidak ada yang akan engkau harapkan daripadaku lagi, sedang orang lain telah meninggalkan daku, kerana memang tidak ada yang diharapkannya. Kerana begitu besar budimu, maka tumbuhlah di dalam hatiku perasaan cinta dan hormat kepadamu, yang belum pernah kurasai terhadap orang lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fly_in_d_sky at 9-5-2024 06:44 AM
KRONIKEL EMPAT BAHTERA: SRIKANDI DESA TIMUR
Daxia, srikandi dari desa aman Chunqing terpaksa kembali ke medan perang apabila kampung halamannya diancam oleh anasir yang dia tidak pernah tahu wujud di alam buana. Tugasannya kali ini mempertemukan Daxia kembali dengan Kesturi, pahlawan dari Benua Hujan yang berada dalam misi diplomatik antara kerajaan Xilia dan kerajaan Pancakara.
Kesturi, pahlawan kerajaan Pancakara terhutang budi dengan Daxia, panglima perang yang pernah berkerjasama dengannya dalam misi menghapuskan lanun di perairan kidul kerajaan Xilia. Dengan kesetiaan sebagai pegangan hidupnya, Kesturi tidak bersedia untuk menghadapi hakikat pengkhianatan yang membawanya ke Benua Timur Jauh.
Pertembungan Daxia dan Kesturi membawa pahlawan dua benua ini kepada punca malapetaka yang bakal menimpa Chunqing yang jika gagal dibendung akan memusnahkan tamadun manusia.
Sedang dua benua bakal bergolak dengan bencana, Sula, Perdita, Hassid, nakhoda muda Jaivad dan anak kapal al-Buraq pula sedang belayar terus ke rahang malapetaka di Benua Timur Jauh.
start baca buku ni 4 may 2024
slow sikit reading sejak kena vertigo
tak boleh baca bila dalam motion
kena duduk atau baring baru boleh baca
if baca dalam train ... memang hmmm berpusing kepala
anyway ... buku margaretta gauthier agak tragis walaupun jalan ceritanya pada zaman dulu
mmm agak panjang penderitaan ...
tapi ketulusan kesetiaan terselah ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
'KAU ADALAH AKU, TETAPI AKU BUKANLAH KAU'
Gabriel asyik memerhatikan Camelia yang sedang tekun melihat-lihat buku di rak. Perempuan itu kelihatan memilih-milih novel. Akhirnya, Camelia mengambil sebuah novel yang berjudul Saifudin Jalis. Membelek-beleknya. Membaca sinopsis di belakang novel. Camelia kelihatan memberi perhatian. Gabriel pun semakin terpegun melihatnya.
"Cerita Saifudin Jalis mengenai cinta agungnya." Tiba-tiba Gabriel bersuara.
"Oh ya?" Camelia menoleh dengan seraut wajah menyerlahkan perasaan ingin tahu.
"Cinta hamba kepada Tuhan." Gabriel bijak memancing.
"Faham." Camelia mengakui kebenaran 'cinta hamba kepada Tuhan' adalah cinta agung yang tiada tolok bandingnya dalam kehidupan makhluk.
"Cubalah baca." Gabriel dengan caranya sendiri.
"Awak... dah baca novel ni?" tanya Camelia.
"Dah. Saya pembaca tegar." Gabriel tersengih.
Apakah kisah di antara Gabriel dan Camelia? Adakah hanya kisah cinta antara seorang lelaki & perempuan? Atau peminat setia Master Thriller Malaysia dan peminat novel cinta sejati? Atau ada cerita antara mereka yang belum terlerai.
Master Thriller Malaysia kembali dengan naskhah novel terbaru yang tetap penuh dengan thriller.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Jalil merancang untuk membalas dendam kematian ayahnya. Dia mengajak Tengku Annas belayar dan merancang untuk membunuh abangnya sewaktu di tengah laut. Namun tragedi ribut yang berlaku tanpa disangka-sangka telah menggagalkan niat jahatnya.
Tengku Annas terselamat tetapi koma di alam manusia, manakala Tengku Jalil sesat dan terperangkap di sebuah alam asing dikenali sebagai Kristaland. Dia berkenalan dengan seorang puteri yang menjadi buruan askar diraja. Akibat desakan hidup, Tengku Jalil dan Puteri Airlea mula bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing.
Namun dalam pengembaraan itu, satu demi satu rahsia terungkai. Semuanya berbalik kepada tragedi di sebalik kematian Tengku Badri dan kaitannya dengan kuasa yang dikenali sebagai Sayap Berlian yang berasal dari Alam Kristaland.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hikayat Rajakhata Suran, kitab asal-muasal kewujudan kerajaan-kerajaan tua di Gapura dan Sayyam. Kitab yang memiliki sumpah tersendiri.
Pada tahun 1821, lima pendekar dititahkan ke istana. Namun, kesemuanya dibunuh dalam satu pengkhianatan. Kitab Hikayat Rajakhata Suran dijadikan rampasan perang.
202 tahun kemudian, keturunan ketujuh daripada kelima-lima pendekar bertemu semula atas satu misi; merampas kembali bukti sejarah yang hilang.
“Kenapa kita perlu bawa balik kitab tu ke sini? Past is past, right?” – Ben Petra.
“Kebenaran ni, dibenam kot mana pun, makin dibenam, makin ia timbul. ”– Rania.
“Tapi… kenapa kita?”- Trisya.
“Jangan kahwin dengan orang melayu. Kalau tak, anak kau akan jadi gila.” – Tan Sri Iskandar.
Sejarah adalah senjata halus yang boleh mewujudkan konflik politik.
Penjaga Kitab Kuno menyajikan anda sebuah fiksyen sejarah dengan kembara mitos.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
salam....
buku ni cterita yg sama ka dgn novel lama..atau sambungan...
sebab dah beli yg lama..
|
|
|
|
|
|
|
|
prekuel
buku baru ...
masa ni saifudin ada sifat bongkak .. ke arah kegelapan
|
|
|
|
|
|
|
|
baru habis baca Tok Chik
dan semalam start baca Jembalang Sakong
nak cuba habiskan hari ini ..
nanti takde masa nak baca
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fly_in_d_sky at 30-6-2024 12:02 PM
selesai habis baca
Aku Bercerita
Siri Aku Bercerita: Perempuan Busana Merah
Ramlee Awang Murshid
Mukmin ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di daerah pergunungan Kundasang. Seorang perempuan berbusana merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali Mukmin telah terperangkap di dalam rumah itu. Pertemuan misteri di antara mereka mengundang bencana.
Perempuan busana merah minta segera dikeluarkan dari rumah itu. Apabila berjaya dibawa keluar, Mukmin terjebak dalam bencana yang lebih dahsyat. Berjayakah Mukmin mengharungi cabaran dan misteri bersama perempuan busana merah itu?
JELIK: 2
Ismi Fa Ismail
Perjalanan yang seharusnya menyeronokkan sudah berakhir dengan tragedi yang mengerikan, namun kejelikan masih belum terhenti.
Dalam perjalanan Muhammad mencari Adam yang menghilangkan diri, tanpa sengaja tersingkap rahsia di sebalik kelahiran mereka. Kes pembunuhan yang melibatkan anak-anak muda di Kampuna Gerbang Pusara juga telah membawa Muhammad kembali ke Kubur Terapuna untuk mencari kembarnya.
Adam yana berada di bawah pengaruh Ummu Ranada tidak akan berhenti selagi tugasnya belum selesai. Namun, apakah yang dimaksudkan oleh Ummu Rangda tentang identiti sebenar Adam dan apa kaitannya dengan rahsia di sebalik kewujudan mereka?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Terakhir Empayar Melaka telah meninggalkan harta karun yang nilainya bIlion. Selama ratusan tahun, harta itu telah dijaga oleh sebuah persatuan rahsia.
Sehinggalah suatu hari rahsia itu terkuak. Beberapa pihak mula mengatur langkah dan strategi bagi membongkarnya.
Ia bermula dengan pencarian lapan bilah keris pusaka yang menjadi petunjuk kepada harta karun itu.
Di sinilah Amin, seorang lelaki yang hidupnya mudah, hanya mahu kerja stabil dan cuba mendapatkan cinta gadis pemalu, terjebak dalam konspirasi dan pengkhianatan yang tidak pernah dia bayangkan.
Yang akhirnya juga membuka rahsia hidupnya yang tidak pernah dia sangkakan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|