Semua orang macam risau risau risau bila dengar side effect lepas cucuk vaksin. Tapi jangan melulu takut sebab scroll fb atau wasap je, membaca sket meh. Bacaan yang benar.
A: Vaksin ada 3 peringkat human trial
Peringkat 3: Sahkan vaksin selamat dan efektif
Peringkat 2: Sahkan efektif
Peringkat 1: Sahkan selamat dan Kesan Sampingan

See? Vaksin Covid-19 yang dah dijual bermaksud memang selamat sebab dah lepas 1st trial lama dah. Kesan sampingan diorang study masa mula-mula human trial peringkat 1. Bila kita dengar calon vaksin covid-19 tengah buat human trial peringkat ke-3, tu tandanya calon vaksin tu dah lama lepas dengan jayanya dalam hal permasalahan kesan sampingan, peringkat ke-3 tu seakan double triple check untuk hilangkan segala was-was yang masih ada untuk benda yang dah hampir takde masalah.
B: Semua vaksin ada kesan sampingan
Flu vaksin memang ada kesan sampingan. Nak g umrah/ haji cucuk vaksin pun ada rasa kesan sampingan. Cuma vaksin covid-19 mungkin kadar kesan sampingan tu tinggi sikit sebab struktur protein corona yang ada pada virus sars-cov-2. Alah kesan sampingan biasa je eg:

1. Rasa sakit pada tempat cucuk vaksin
2. Rasa lesu
3. Pening/ sakit kepada
C: Kesan Sampingan Vaksin Covid Sebenarnya Bagus
Sistem imun adalah satu rangkaian saling berhubung yang ada banyak benda. Ringkasnya terdiri dari..
1. sel darah putih (tentera lawan virus/ bakteria)
2. sel komunikasi (geng management buat koordinasi tindakbalas terhadap serangan)
3. antibodi (spy dan pemberi maklumat yang mencari dan mengenalpasti musuh).
Bila virus serang masuk badan, sistem imun serang balas. Badan akan bertindak lajukan pergerakan darah untuk gerakkan sel2 tentera ke medan tempur. Suhu badan akan naik juga sebagai salah satu taktik untuk bunuh penceroboh. Selepas sel darah putih musnahkan virus, diorang akan keluarkan antibodi yg (pada masa depan jika ada) akan kenal virus dan tahu cara lawan. Ni lah cara badan dapat imuniti.
Tindakbalas sistem imun adalah punca kenapa kita dapat rasa ada simptom bila kita kena.. contohnya demam.. atau hidung berair.. atau sakit-sakit badan. Simptom2 ni bukan diakibatkan oleh virus, tapi diakibatkan oleh sistem imun dalam usaha melawan virus. Dan mengaktifkan sistem imun ni (rasa simptom sikit) tanpa menyebabkan kita sakit (sesak nafas masuk ICU bagai) adalah petanda vaksin tu ada, buat kerja dan berkesan.
D: Kadar Keberkesanan Vaksin Covid-19 Adalah Tinggi 95%
95% ni tinggi, vaksin ni antara tertinggi berbanding vaksin-vaksin yang ada di pasaran.
Tetanus: 100%
Polio: 99%
Campak: 97%
Covid-19: 95%
Chicken Pox: 90%
Beguk: 88%
Flu: 45%

vaksin ni "virus dummy" atau sekarang dna/ mrna "kod virus dummy" yang tak berbahaya langsung pada badan.
cumanya imun sistem dia tak kenal vaksin ke virus, dia teraktif dan serang.
kemudian cipta antibodi untuk persediaan masa depan.
Kadar keberkesanan yang tinggi bermaksud vaksin ni berkesan.
Juga bermaksud vaksin ni sangat bagus dalam mengaktifkan sistem imun.
Bermaksud badan akan tingkatkan pergerakan darah pada tempat vaksin dicucuk.
Yang jadi punca rasa sakit pada tempat kena cucuk vaksin.
Badan kemudiannya fikir, lebih baik naikkan suhu badan, jadi kita akan dapat demam/ sejuk2 badan.
Jadi pakar kata, kalau kita boleh rasa kesan sampingan vaksin, tu tanda bagus. Ertinya vaksin ni berkesan. Barang jadi.
E: Jenis2 kesan sampingan
Bila cakap pasal demam dan rasa lesu lepas kena inject, kita cakap pasal kesan sampingan ringan dan sederhana. Jenis yang akan hilang selepas sehari dua.
side effects ada 4:
1. Ringan
2. Sederhana
3. Teruk
4. Boleh membahayakan nyawa

#3 tu teruk jenis yang kena jumpa doktor amik MC. Jenis ni sangat-sangat jarang berlaku dalam kajian klinikal vaksin pfizer atau moderna, kecuali ada jugak lah beberapa calon dapat rasa lesu dan sakit otot yang teruk sikit.
Kalau vaksin ni berbahaya, vaksin ni takkan pernah keluar dari makmal. Makmal vaksin takkan terima langsung kajian vaksin yang mengakibatkan kesan sampingan kekal atau kesan sampingan serius.
F: Ceritera Viral Fakta VS Auta
Takut dengar macam-macam cerita akibat vaksin covid-19. Tapi cerita2 ni dapat lebih perhatian dari sepatutnya. Benda2 viral ni dah jadi fenomena, tapi ni dah tahun ke berapa kita hadap benda viral. Kita patut dah mula tau untuk sendiri buat double check dan sendiri boleh tapis sebaran viral yang kita terima setiap hari.
Auta:
1. Doktor di boston dapat allergic teruk lepas cucuk vaksin Moderna. Orang tak cerita doktor ni ada sejarah reaksi allergic yang serius.
2. Pekerja kesihatan di California arwah lepas cucuk dos ke-2 vaksin. Orang tak cerita sebenarnya ada faktor lain yang jadi punca kematian.
Fakta:
1. Tiada kematian berlaku lepas cucuk vaksin covid-19
2. Tiada kematian berlaku lepas cucuk vaksin covid-19 (klinikal trials)
3. Tiada kematian berlaku dari penyakit covid-19 (klinikal trials)
4. Tiada masuk wad dari penyakit covid-19 (klinikal trials)
Yes, kita wajib skeptikal Tapi lihatlah pada data Lihat pada data kesan sampingan tak ada yang teruk pun Tiada kesan yang serius sebelum & selepas kebenaran diberikan Jadi kita sepatutnya boleh yakin dah
Kita sebenarnya nak putuskan rangkaian covid-19
Jadi kalau kita boleh amek vaksin ramai-ramai dan ramai-ramai jadi imun/ kebal.
Covid-19 tak boleh nak melompat dan membiak.
Vaksin adalah jalan keluar terhadap masalah pandemik covid-19.
Ramai antara kita akan rasa "meh" untuk sehari dua Tapi kalau vaksin covid-19 ni teruk Takdelah pakar2 yang dah kaji dan tengok sendiri kesan vaksin Masing-masing tak sabar nak dapat sendiri vaksin covid-19 Rebut peluang 95% imun terhadap covid-19
|