|
Farid merenung telefon bimbitnya kaku. Panas telefon bimbit itu sudah naik hingga ke telinganya. Penat sudah jarinya mendail nombor telefon Diana. Siang tadi, sebelum pulang ke Kuala Lumpur dia singgah ke hospital untuk melihat keadaan Diana. Namun, hampa kerana menurut pihak hospital, Diana sudah keluar sejak malam kelmarin dibawa oleh keluarganya.
Meski agak terkilan dengan tindakan keluarga Diana, tapi Farid akur, saat itu keluarga Diana lebih berhak membuat keputusan ke atas Diana. Lalu, Diana cuba dihubungi untuk bertanya khabar, namun sejak siang, panggilannya tidak berjawab.
Farid menarik nafas lemah. Skrin telefon bimbitnya direnung lagi. Marahkah abang Daniel padanya? Jika benar, dia sanggup memohon maaf. Jika keluarga Diana mahu dia mengheret mak Lang Siah dan Suraya untuk memohon maaf kepada Diaa jua pun, dia sanggup lakukan.
Tapi, mengapa semuanya sepi? Panggilannya langsung tidak bersambut, mahupun panggilan kepada Daniel. Farid benar2 kecewa. Akhirnya telefon bimbit diletak di tepi bantalnya. Dia merebahkan badannya langsung merenung siling biliknya. Apa aku nak jawab kalau mak tanya nanti…Lengannya diletak ke dahi. Matanya cuba dipejam. Esok hari Isnin. Dia harus kembali bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Telefon yang bordering tengahari itu, cepat2 diangkat. Sebaik melihat nama pemanggil yang tertera di skrin, semangatnya pudar kembali. Namun, panggilan dijawab lemah.
“Waalaikumussalam,” jawab Farid sebaik suara Dasuki dihujung talian memberi salam.
“Macam mana? Semua okay?” soal Dasuki ceria yang masih belum mengetahui hal sebenar. Farid terdiam sejenak sambil menarik nafas lemah.
“Ai..tak semangat je suara kau ni. Ada masalah ke? “ soal Dasuki hairan. Dia masih menunggu berita baik dari Farid dan Diana menjelang perkahwinannya hujung minggu depan. Farid terdiam.
“Diana dah hilang,” ujar Farid perlahan. Dasuki dihujung talian terkedu. Dari suara Farid, dia tahu kawannya itu serius.
“Macammana boleh hilang?” soal Dasuki hairan. Farid merenung nasi yang masih terhidang di dalam bekas polisterinnya yang dibeli sejak pagi. Seleranya hilang.
“Family dia bawak dia lari dari hospital. Aku try call sampai sekarang tak dapat..” balas Farid. Kenyataan Farid menimbulkan keraguan dihati Dasuki.
“Kenapa dia kat hospital?” pantas soalan itu diajukan.
“Kena pukul dengan sepupu aku. Kes jealous,” balas Farid. Dasuki ternganga.
“kau kena cerita panjang kat aku kisah ni…balik kerja nanti aku jumpa kau. Okay,” kata Dasuki. Farid mengangguk sahaja meskipun dia tahu Dasuki tidak dapat melihat anggukannya.
“Yalah…” lemah jawapannya. Seraya itu, talian diputuskan. Farid merenung telefonnya. Nombor telefon Diana dicari. Sekali lagi, dia mencuba mendail. Harap2, panggilannya bersambut.
“Hello!! Hello!!..Siapa ni!! Tak dengarlah!!!Line tak clear kot…Sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi air ni ya!!” suara mesin itu memekik kuat ditelinga Farid.
Segera Farid mematikan taliannya. Itulah bunyi peti pesanan telefon Diana yang sudah beratus kali didengarnya sejak semalam. Telinganya sudah hampir pekak mendengar jeritan perempuan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Jumaat. Usai solat Jumaat, Farid dan Dasuki beriringan keluar dari masjid. Rancangan mereka selepas ini ialah untuk ke butik pengantin bagi mencuba pakaian buat kali terakhir. Sofiah khabarnya sudah berbuat demikian semalam. Bagi menemani Dasuki yang merengek2 padanya sejak semalam, Farid rela ambil cuti setengah hari dengan syarat Dasuki juga harus berbuat perkara yang sama jika dia berkahwin nanti!
“Mana kasut aku ni…” rungut Farid sebaik melewati rak kasut yang ditimbuni oleh rausan kasut yang ada. Dasuki sudah menyarung kasutnya. Sepatutnya, kasut Farid harus berada di sebelah kasut Dasuki. Puas ditelek ke depan ke belakang, namun kasutnya gagal ditemui. Dasuki yang turut membantu mencari kasut Farid turut berputus asa.
“Aku rasa dah kena samun ni,” ujar Dasuki.
“Ai..kasut dah nak tercabut tapak pun, diorang nak rembat? Ini betul2 penyamun tarbus..” rungut Farid lagi yang masih belum mengangkat bendera putih mencari kasutnya. Dasuki tersengih.
“Sudahlah…dah semua tempat kau korek. Tak ada maknanya kau nak cari lagi. Lupakanlah kasut kau tu. Jom balik. Aku ada selipar spare dalam kereta,” Dasuki terus mengajak Farid berlalu dari situ. Bersesak2 dengan orang ramai yang turut sama2 mencari kasut menyesakkan dadanya.
Farid terpaksa akur. Lalu, dengan berkaki ayam, dia mengatur langkah jua menuju ke kereta Dasuki di hujung pagar masjid. Beberapa pasang mata mengerling ke arahnya dek kerana kaki kebalnya yang berpanas memijak tar jalan yang panas tengahari itu.
“Ingatkan awek je hilang, kasut pun nak hilang jugak..” rungut Farid seakan2 merajuk. Terjengket2 dia berjalan.
“Hey…sudahlah. Tak baik merungut. Dahla dalam kawasan masjid. Mungkin Tuhan nak uji kau saja..” Dasuki tergelak melihat muka cencurut Farid yang sedang menyeluk saku baju melayunya.
“Dapat contact Diana tak?” soal Farid. Marahnya dek kerana kasutnya yang hilang beransur hilang. Dasuki geleng sambil menekan padlock keretanya. Selipar dari bonet kereta dikeluarkan lalu dihulur kepada Farid.
Pantas Farid menyarung selipar itu ke kakinya yang sudah hampir2 berubah menjadi barbeku.
Mereka menyusup masuk ke dalam kereta.
“Ai…Sofiah telefon pun, dia tak nak jawab? “ hairan sungguh hati Farid. Sedangkan Sofiah itu kawan baiknya, pun enggan dijawab juga.
“Family dia dah banned kita dari jumpa dia kot..” sampuk Dasuki sambil menghidupkan enjin kereta. Farid di sebelah mendengus. Kalut perasaannya waktu itu. Farid merenung jauh ke luar tingkap. Kalau betul pun Diana benar2 mahu membuangnya, janganlah biarkan hubungan itu tergantung begitu saja. Dalam diam Farid nekad, selesai saja majlis Dasuki esok, dia mahu ke rumah Diana. Apa nak jadi pun, jadilah! Letih pak cik menunggu macam ni…desisnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Insya-Allah....dlm 2-3 n3 lagi..abisla citer ni kot...dah berzaman sgt rasanya.
nak tepek citer lain lak.
aku yg menulis ni pun dah naik bosan melayan citer ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian Diana and Farid...
ok fizz tgg sambungan citer ni sampai abis... |
|
|
|
|
|
|
|
sian DIANA ngan FARID... ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
memintak nanti endingnya happy k... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 524# fizziany
ha ha ha tau tak pe![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sian diana nmpak betul2 ttekan thdp kawalan kuarganye tu ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
geram dengan Daniel la.. ![](static/image/smiley/default/tembak.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sayang sangat sampai mengongkong keluarga Diana ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
sayang sangat sampai mengongkong keluarga Diana ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
cian dania dan daniel
semoga bersatu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian diana....pilihan ditentang
harap ada jodoh diana dengan farid |
|
|
|
|
|
|
|
haaa...malam ni episod last!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu. Hari perkahwinan Dasuki dan Sofiah. Selaku pengapit pengantin bertauliah, dari semalam lagi, Farid sudah berada bersama Dasuki di Hotel Seri Malaysia yang telah ditempah oleh Dasuki sekeluarga. Memandangkan keluarga dasuki tinggal di Subang Jaya dan keluarga Sofiah pula tinggal di Slim River, Perak, keluarganya menyewa bevberapa bilik hotel untuk sanak saudara bagi mengelak dari terjadinya sebarang kelewatan di pihak lelaki.
Di bilik hotel, mak andam yang ditugaskan menyiapkan dasuki sedang sibuk menyapu foundation ke muka Dasuki yang hanya berseluar dan t-shirt pagoda. Farid mengemaskan lipatan sampin songketnya. Baju Melayu putih yang dikenakan senada dengan warna baju Dasuki. Cuma asas baju Dasuki adalah dari kain songket Terengganu yang dicampur dengan fabrik satin.
“Sofiah tak dapat call Diana lagi?” soal Farid yang masih belum berputus asa. Tinggi benar harapannya agar dapat berjumpa dengan Diana pada hari ini. Dasuki mengerling kea rah Farid.
“ Ntah…aku tak telefon dia lagi pagi ni,” balas dasuki. Farid memperkemaskan pakaiannya sambil menghadap cermin. Raut wajahnya yang putih bersih di renung. Ada riak kecewa bermukim dihatinya. Kalau diikutkan rancangan asal, dia dan Diana akan menghadiri majlis itu bersama2. Tapi, sekarang dia bersendirian. Sampainya hati kau Diana…. |
|
|
|
|
|
|
|
Kira2 jam 1.30 petang, rombongan pihak Dasuki tiba di rumah Sofiah. Paluan kompang bertalu2 menyambut kedatangan rombongan Dasuki. Panas terik yang memancar membuatkan peluh merembes keluar bertali air.
“Lap! Lap!” arah dasuki perlahan berbisik kepada Farid disebelahnya. Farid pura2 menunjal dahi Dasuki.
“Nasib baik kau raja hari ni. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak lap dahi kau..” kedua2nya ketawa kecil merenung ke depan. Menanti rombongan pengantin perempuan menyambut kedatangan mereka. Kipas di tangan tak henti2 dialun ke wajah Dasuki yang sudah kemerahan. Rombongan pengantin perempuan mula berarak keluar dari pagar rumah menuju rombongan pengantin lelaki yang sedang menunggu di depan pagar rumah.
Farid memandang Sofiah yang cantik mengatur langkah menuju kea rah Dasuki. Senyuman terukir di wajah kedua2nya. Bestnya kahwin…. Farid turut tersenyum lebar. Pandangannya tumpah pula kepada pengapit pengantin perempuan yang mengenakan baju hampir senada warnanya.
Gadis yang bertudung putih itu tersenyum manis ke arahnya. Cantik! Tapi..Ehh???
Gadis itu senyum lagi padanya. Mulut Farid ternganga. Dianakah ni? Wajahnya berubah betul dek kerana mekap yang agak padat. Sebelum ini, Diana memang jarang sekali mengenakan sebarang mekap. Melihat Diana yang tersenyum di sebelah Sofiah membuatkan Farid terpana. Puas aku cari dia, kat sini kau timbul?
“Haa…Kipas!! Kipas!!panas ni,’ kata Dasuki lagi. Maka kipas ditangan dilajukan hayunan sambil matanya tak lekang dari merenung senyuman manis Diana yang kini sudah berada tegak dihadapannya sebagai pengapit Sofiah. |
|
|
|
|
|
|
|
Farid memandang Diana yang sedang berdiri di hujung sudut rumah, memerhatikan acara bergambar bagi Dasuki dan Sofiah. Diana turut memandangnya. Seolah2 faham akan situasi, kedua2nya melangkah menghampiri satu sama lain. Akhirnya mereka bertemu di meja makan pengantin yang sudah pun kosong.
Farid senyum merenung raut wajah Diana. Diana senyum. Kerusi ditarik lantas kedua2nya duduk bersebelahan. Cuma ada seorang mak cik sahaja yang sedang bersantai di meja itu. Kedudukannya agak jauh dari mereka berdua.
“Mana kau hilang? Puas aku cari tapi tak jumpa2…” soalan pertama dari Farid. Diana senyum.
“Pergi buat rawatan rambut. Kulit kepala yang terkoyak hari tu, buat anak rambut aku susah nak tumbuh balik,” balas Diana. Farid merenung wajah Diana lagi.
“Kat mana? Sampai tak angkat telefon?” soal Farid seakan merajuk.
“China. Kat sana ada pakar herba,” balas Diana lagi.
“Mak aku asyik tanya pasal kau. Aku tak tahu nak jawab apa,” adu Farid lagi sambil sesekali merenung hujung kukunya dimeja. Diana senyum tawar. Terasa bersalah membiarkan Farid tanpa berita.
“Aku minta maaf ya. Tak contact kau seminggu ni,” pujuk Diana pula. Giliran Farid pula yang berdiam.
“Tak apalah. Nak buat macam mana. Orang tak sudi nak kawan dengan kita…” macam perempuan pula Farid menarik muka masam. Diana senyum. Gelihati melihat perangai Farid yang agak kebudak-budakan.
“Siapa cakap aku tak sudi nak kawan dengan kau?” soal Diana menguji.
“Tak payah cakap…Cukup dari perbuatan saja pun dah tahu,” kata Farid lagi.
“Tahu apa?” soal Diana pula. Farid tarik nafas geram.
“Tak adalah…lain kali, kalau kau nak dumped aku, terus terang sajalah. Tak payah buat senyap macam ni. Ni bukan kali pertama tau. Ni dah masuk kali kedua kau buat aku macam ni. Naik cuak jugak bila kau layan aku macam ni. Sekejap on. Sekejap off. So, sekarang, alang2 aku dah jumpa kau ni, aku nak tanya, kau nak kahwin dengan aku lagi tak?” soal Farid tepat merenung wajah Diana yang tersenyum2 di sebelahnya.
Diana tidak menjawab, tetapi hanya merenung setiap inci wajah Farid. Entah apa yang lucu hingga buat dia tersenyum2 pun, Farid tak mengerti.
“Kau nak kahwin dengan aku tak?” soal Farid lagi. Soalan itu diaju terus sahaja kepada Diana. Dia mahukan kepastian.
“Nak!” balas Diana pendek.
Farid terkesima lalu merenung wajah Diana. Dia cakap apa tadi? Nak? Betulke?
“Family kau tak marah?” soal Farid.
“Tak!” balas Diana.
“Betul?” soal Farid lagi.
“Betul..” Diana mengangguk.
“Is this your final and ultimate decision?” soal Farid lagi.
“Yup!”
“Takkan berubah lagi?” soal Farid yang sudah mula tersenyum lebar. Hidungnya mula kembang kempis menahan gembira.
“Takkan…I swear!” Diana angkat tangan tanda berjanji.
“Kenapa tak nak berubah? Kau kan suka berubah2..” soal Farid menduga.
“Coz I really love you. Dan aku dah dapat kemerdekaan dari family aku! So, I’m really free now….”ujar Diana gembira. Matanya benar2 mencerlung bahagia.
Farid terkesima. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Wajah Diana dipandang bahagia.
“So, confirm nih?” soal Farid lagi.
“Ya lah mangkuk!!!!!” kali ini Diana sudah geram. Mahu saja kepala lukunya hinggap ke kepala Farid. Farid menyeringai gembira.
“Okay!Okay..percaya!” Farid mengalah sambil ketawa. Mereka berpandangan sambil mengulum senyum. Farid sudah merencana di dalam fikirannya. Minggu depan rombongan meminang akan segera dihantar. Dia tidak mahu tunggu lebih lama. Melihat Dasuki berkahwin, aku pun nak kahwin cepat2!!
“Tapi…” kata2 Diana terhenti sejenak. Farid melopong. Ahhh! Sudah!! Apa lagi yang tak kena ni…
“Takkan kau propose aku macam ni saja? Tak romantic langsung la…” rungut Diana pula. Farid ternganga. Sejak bila dia berubah jadi minah jiwa??????
---------------------------THE END----------------------------------------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
sayang sangat sampai mengongkong keluarga Diana ni............
mie07 Post at 16-2-2011 09:44 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
this case happens to my nephew and anak jiran i nok......
tak habis belajar, baru masuk matrik 2 bulan, kena berenti sebab family tak nak bagi anak dia jumpa dgn boy tu....
skang masuk kolej baru...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|