CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: HEALING AND LOVE

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2024 11:45 PM | Show all posts
Gambar kecederaan Muhammad Zaharif ditunjukkan di mahkamah




Mohd. Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini bagi menghadiri perbicaraan hari ketiga kes bunuh yang dihadapinya. - Foto MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA/ KOSMO!


IPOH – Empat keping gambar mayat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang memaparkan kecederaan yang dialami remaja terbabit selepas dilanggar dikemukakan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
Antara kecederaan luaran yang dilihat pada gambar tersebut ialah pada muka dan tangan kanan selain mayat mangsa di bilik mayat sebelum bedah siasat bermula di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Gambar itu ditunjukkan ketika saksi pendakwaan kelima, Koperal Shahiran Mohamad daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memberi keterangan dalam prosiding kes bunuh Muhammad Zaharif, membabitkan Deputi Superintenden Mohd. Nazri Abdul Razak.
Ujarnya, gambar-gambar tersebut diambil ketika mayat mangsa berada di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Shahiran memberitahu, selepas gambar selesai diambil, bahan berkenaan telah dimuat turun dari kamera ke dalam sistem komputer Intergrated Police Reporting System (i-PRS) melalui kad memori.
Terdahulu, mahkamah turut ditunjukkan lima rakaman berkait kejadian pelanggaran tersebut ketika saksi pendakwaan ketiga, Pegawai Siasatan Forensik Makmal, Asisten Superintenden Nur Fairuz Idris memberi keterangan.
Menerusi penyataan bertulis, Nur Fairuz memaklumkan bahawa analisis dijalankan terhadap lima rakaman daripada satu unit cakera padat (CD-R) dan seunit kad memori, dua cakera video digital (DVD-R) dan seunit kamera papan pemuka kenderaan bersama kad memori.
Bagaimanapun, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz sama ada beliau ada membuat analisis ketulenan tiga rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Nur Fairuz menjawab, tiada.
Menurutnya, pengesahan ketulenan video berkenaan tidak dapat dibuat ekoran pegawai penyiasat tidak memberi kepadanya peranti asal iaitu dekoder CCTV tersebut.
Perbicaraan bersambung esok. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/06/gambar-kecederaan-muhammad-zaharif-ditunjukkan-di-mahkamah/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 11:47 PM | Show all posts
Sewaan Black Hawk Tentera Darat dibatalkan – Mohamed Khaled


Gambar hiasan.



SHAH ALAM – Kementerian Pertahanan telah mengemukakan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat kontraktor yang gagal membekalkan empat helikopter Black Hawk untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, tindakan itu diputuskan selepas syarikat berkenaan tidak memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan sehingga akhir Oktober lalu.
“Sudah habis Oktober, tiada apa-apa (penerimaan Black Hawk). Notis pembatalan sudah pun dihantar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter Black Hawk untuk TDM yang diberi tempoh sehingga hujung Oktober kepada pembekal mungkin akan dibatalkan.
Syarikat tersebut telah diberi tambahan masa untuk membekalkan helikopter pengganti kepada Sikorsky S-61A-4 atau Nuri yang telah dilucut tauliah pada 2020 itu

Mohamed Khaled berkata, pihak kementerian akan mencari alternatif penyelesaian jangka pendek untuk tempoh lima tahun untuk kegunaan tentera darat.
“Kita perlu memahami bahawa Black Hawk yang awal itu hanyalah untuk disewa dan hanya dalam tempoh lima tahun, dan bukannya untuk dibeli secara kekal.
“Dalam keadaan kita batalkan itu saya telah minta pihak tentera darat untuk mencari alternatif lain kerana adalah ‘stop gap’ sementara bagi tempoh lima tahun untuk kegunaan tentera darat dan itu biar bahagian teknikal tentera darat tentukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/06/sewaan-black-hawk-tentera-darat-dibatalkan-mohamed-khaled/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:15 AM | Show all posts
check in

thanks tashu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:22 AM | Show all posts
12.22mlm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:50 AM | Show all posts
Mahkamah Agung Perancis tolak sepenuhnya bantahan pihak mengaku waris Kesultanan Sulu





[size=14.399999618530273px]Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bersama delegasi Malaysia hadiri perbicaraan di Mahkamah Agung Perancis di Paris bagi mendengar rayuan kumpulan Sulu pada September lalu.- Foto Facebook Pejabat Menteri

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh kemenangan besar apabila Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya pihak yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu ("Para Penuntut") terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri AzalinaOthman Said, berkata ia adalah satu keputusan bersejarah yang menyebelahi Malaysia dalam kes berkenaan.
Katanya, keputusan penting itu bermakna asas awal bagi 'Final Award' yang mengarahkan Malaysia membayar US$14.9 bilion (RM62.59 bilion), tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.
"Mahkamah Rayuan Paris kini akan meneruskan proses untuk membatalkan 'Final Award' yang kononnya dikeluarkan oleh Dr Gonzala Stampa dan akan menyelesaikan perkara ini secara muktamad demi kepentingan rakyat Malaysia.





"Saya menyambut baik keputusan penting ini oleh Mahkamah Agung Perancis sebagai satu kemenangan besar bagi kedaulatan undang-undang yang akan membantu memelihara kesucian arbitrasi antarabangsa sebagai alternatif penyelesaian pertikaian," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, hari ini.
Dalam pada itu, Azalina turut merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha mempertahankan pendirian Malaysia.

"Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil; Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor; Peguam Negara, Kerajaan Sabah, pejabat Peguam Negara, Kedutaan Malaysia di Perancis serta kementerian dan agensi yang terbabit dan semua pihak lain yang menyumbang kepada usaha ini," katanya.
Pada September lalu, Mahkamah Agung Belanda juga menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia, sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.
Tuntutan itu adalah untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan 'Final Award' diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320699/mahkamah-agung-perancis-tolak-sepenuhnya-bantahan-pihak-mengaku


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 12:51 AM | Show all posts
Beg berisi wang tunai RM1 juta hilang




[size=14.399999618530273px]Foto hiasan

[size=14.399999618530273px]



KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point, di sini, hari ini.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.
"Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.




Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.





https://www.bharian.com.my/berit ... nai-rm1-juta-hilang

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 12:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:58 AM | Show all posts
Negeri Sembilan lulus dua kawasan perlombongan REE seluas 400 hektar





[size=14.399999618530273px]Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun - Foto fail NSTP

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan dua kawasan berkeluasan kira-kira 400 hektar (1,000 ekar) di negeri ini untuk dijadikan lokasi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) tambahan yang menjadi panduan kepada langkah keselamatan selain SOP ditetapkan di peringkat persekutuan dalam memastikan kelancaran proses perlombongan REE terbabit.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi berkenaan.
"Hari ini, kita meluluskan SOP (tambahan) REE untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan, selain menetapkan bahawa semua pembangunan REE ini harus melalui atau dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

"Ia untuk membolehkan kerajaan negeri mengawal perkembangan aktiviti perlombongan itu dan memastikan hasil REE tidak diselewengkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di sini hari ini.
Aminuddin berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembulan, Teo Kok Seong akan mewakili kerajaan negeri ke China dalam tempoh terdekat bagi melihat secara dekat operasi kilang REE di negara itu.


Menurutnya, kerajaan negeri akan menggunakan kaedah perlombongan seperti mana dilaksanakan syarikat di China, namun bersikap terbuka jika pemilik tanah ingin melantik mana-mana syarikat lain bagi melakukan aktiviti berkenaan.
Katanya, kerajaan negeri terbuka dan pemilik tanah yang mempunyai REE boleh melantik mana-mana syarikat untuk mengendalikan perlombongan, namun perlu menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri melalui MBI supaya hasil dikeluarkan dapat ditentukan.
"Kita juga perlu pastikan aktiviti perlombongan itu tidak memberi kesan kepada tanah lain yang berhampiran, malah MBI sendiri akan melantik pakar geologi supaya aktiviti perlombongan ini dapat dikawal.
"Kita tidak mahu kesan aktiviti perlombongan berkenaan menimbulkan masalah kepada pihak lain terutama pemilik tanah berhampiran," katanya.
Aminuddin berkata, perlombongan dibenarkan hanya membabitkan kawasan tanah kerajaan negeri, tanah individu atau tanah syarikat, manakala Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah dilarang.
"Setakat ini, Kuala Pilah dan Jelebu dikenal pasti lokasi perlombongan REE seperti mana ditentukan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, syarikat yang melakukan perlombongan REE haram di Kuala Pilah pada Mei tahun lalu telah membayar kompaun dikenakan sebanyak RM500,000 pada Disember lalu.
Sebelum ini, beliau memaklumkan Negeri Sembilan memiliki NR-REE dianggarkan bernilai RM30 bilion, namun perincian lokasinya belum dikenal pasti sepenuhnya.











https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/11/1320693/negeri-sembilan-lulus-dua-kawasan-perlombongan-ree-seluas-400



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 01:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.303553 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list