CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:00 PM | Show all posts
dah ade plot twist belum semalam nampak macam ada plot twist tapi wan cai ade tepis balik dan smash hospital razip tu

VIVO X200 PRO ZEISS POWER!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 12-12-2024 04:15 PM
Bifoti kemain marah hospital  takde empati tetap caj juga bil 3.6k tu.. Tapi diorang lupa 16 hari ho ...

Paling setuju.. setuju
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ini isu melambatkan jenazah dikebumikan...bukan isu plot twist ke apa. Dua pihak bagi statement bercanggah.. nak percaya mana satu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabbar is back real punya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:28 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 12-12-2024 05:38 PM
telracs replied at 12-12-2024 02:21 PM
Nak tanya je...

Dikira zalim kah kalau simpan jenazah dalam bilik beku sementara dituntut ahli kelu ...

Pertama, bagus cara awak bertanya soalan ini. Awak bertanya dengan berhemah dan berhati-hati, terutamanya untuk isu sensitif.

Kekalkan keperibadian seperti ini. Apabila kita bertanya dengan baik, mungkin ada manusia yang terbuka hati untuk menjawab soalan kita dengan baik juga.

+ + +

"Dikira zalim kah kalau simpan jenazah dalam bilik beku sementara dituntut ahli keluarga?"

Untuk jawab soalan ini, ia tidak ada jawapan yang objektif. Tidak ada jawapan yang jelas: "Ya, zalim" atau "Tidak, tak zalim".

Kenapa ia tidak ada jawapan yang jelas?

Sebab, jawapan itu bergantung kepada keadaan jiwa manusia. Islam ada bercakap tentang jiwa. Jiwa adalah roh selepas melalui kehidupan dunia.

Tuhan tiupkan roh sewaktu manusia berada dalam alam rahim. Ketika ini, roh masih berada dalam keadaan pure.

Tetapi di Akhirat kelak, roh disebut sebagai jiwa. Kerana, roh sudah dipengaruhi oleh kehidupan manusia sewaktu di dunia.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya." Ayat 27, Surah Al-Fajr.

+ + +

Setelah roh melalui kehidupan dunia, roh menjadi pelbagai keadaan. Maksudnya, jiwa manusia ada pelbagai keadaan.

Ada jiwa yang banyak mempunyai nilai murni. Ada jiwa yang banyak mempunyai nilai keji.

Keadaan jiwa manusia mempengaruhi bagaimana otak seseorang berfikir.

Untuk menjawab persoalan "Adakah kejam mayat bayi disimpan dalam bilik mayat selama 16 hari?", kita boleh tengok sendiri video yang ada dalam Facebook Wan Cai.

Scroll bawah page Facebook Wan Cai sampai jumpa video tentang bayi yang dimaksudkan ini. Ada satu video yang memperlihatkan keadaan mayat bayi ketika pasukan Wan Cai memandikan mayat bayi.

Kita lihat sendiri mayat bayi dalam video itu. Kemudian, kita tanya diri kita: "Adakah dengan meletakkan mayat bayi dalam bilik mayat selama 16 hari sehingga mayat bayi berada dalam keadaan seperti dalam video merupakan suatu perbuatan kejam?"

Jika diri kita merasakan itu adalah tindakan kejam terhadap mayat bayi tersebut, itulah jalan / keputusan yang kita ambil.

Sebaliknya, jika diri kita merasakan itu bukan tindakan kejam, itu juga adalah jalan / keputusan yang kita ambil.

+ + +

Sewaktu hidup di dunia, Tuhan memberi peluang kepada manusia memilih apa juga jalan yang dikehendaki manusia itu.

Disebabkan pilihan manusia yang pelbagai, keadaan jiwa manusia menjadi pelbagai. Walau asalnya semua roh adalah pure.

Pada masa yang sama, Tuhan juga kata bahawa setiap jalan yang kita ambil itu akan dihitungkan / dihisabkan.

Jika kita mengambil jalan baik, Tuhan akan memberi ganjaran baik seawal di dunia sehinggalah di Akhirat. Jika kita mengambil jalan buruk, Tuhan akan memberi balasan buruk seawal di dunia sehinggalah di Akhirat.

+ + +

Selain faktor jiwa, ada satu lagi elemen yang mempengaruhi jalan / keputusan yang manusia ambil: Hati.

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." Ayat 46, Surah Al-Hajj.

"Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung)." Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim(1599).

Apa itu hati? Apa beza hati dengan jiwa?

Susah nak jawab soalan ini. Perlu tanya kepada pakar yang arif dengan ilmu yang tinggi.

Berdasarkan perbahasan tentang jiwa dan hati, kita tahu bahawa kedua-dua elemen ini wujud dalam seseorang manusia.

Kedua-dua elemen ini mempengaruhi jalan / keputusan yang manusia ambil sewaktu hidup di dunia.

+ + +

"Bukan ke bilik mayat memang serupa macam peti sejuk?"

Kalau tengok video Wan Cai tentang keadaan mayat bayi, kita boleh simpulkan bilik mayat macam freezer.

Manusia akan menjadi keras selepas mati. Pada masa yang sama, keadaan suhu yang rendah dalam bilik mayat menyumbang kepada mayat menjadi keras seperti bongkah ais atau ikan yang keras kerana proses sejuk-beku.

+ + +

Apabila melihat keadaan mayat bayi sewaktu dimandikan, ada satu perkara yang kita boleh fikirkan: Manusia yang mempunyai hati dan jiwa yang mulia melayan mayat haiwan seperti mayat anjing dengan cara yang lebih mulia daripada apa yang mayat bayi ini lalui.

Maksudnya, mayat anjing pun dilayan dengan jauh lebih mulia daripada mayat bayi ini.

Ini contoh mayat anjing yang diberi penghormatan yang tinggi:

Anjing 1:

https://www.youtube.com/watch?v=23IJzfbCnHo&t=2s

https://www.youtube.com/watch?v=bh9IOQTEO90

Anjing 2:

https://www.youtube.com/shorts/2mB3FIzAJXc

+ + +

General message: Lantak kaulah ... apa saja yang kau nak fikir. Satu hari nanti anak lelaki kau jadi perogol, anak perempuan kau mati kena bunuh, anak kau bunuh diri, suami kau gila perempuan lain, kau terlantar dekat katil sebab stroke, menantu kau benci sebab kau nyanyuk ... jangan kau menangis tak berlagu pada waktu itu.

Kau bukan merujuk kepada specific forumer. Kau adalah general term merujuk kepada sesiapa saja. Siapa makan cili, dia terasa pedas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa krik2 dua2 belah pihak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 12-12-2024 02:47 PM
ha a itu lah, kira elok je baby nya still tak reput, mcm mana pun lepas tanam jenazah tu still aka ...

Itu la kalau beza jauh 17.5km i faham la. Ni xsmpai 1km gatal pegi spital swasta kenapa? Selama 9 bulan tu x cari dlu hospital kat mana etc etc. Harap lps ni xberanak la. Takut ank2 keturunan sama bengap. Belum lahir lg ank tu dah malas. Kalau ada ank nanti dibiar pulak budak tu xmkn x pegi sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:50 PM | Show all posts
IzzahF replied at 12-12-2024 04:03 PM
netijen tu satu hal..yg cigu tu satu hal. netijen pun kalo dah cigu ckp apa semua betul..ye lah ci ...

cikgu terpaling ni....yang bersara awal tu ke..? ke salah..?

lembab pulak iouls ptg2 ni...hahahaha....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 12-12-2024 04:15 PM
Bifoti kemain marah hospital  takde empati tetap caj juga bil 3.6k tu.. Tapi diorang lupa 16 hari ho ...

I nk je reply parent sendiri pon xde empati. Majikan laki dia xde empati eh laki dia pon xde empati. Bini dah nk beranak ko keje lagi. Kenapa x cuti je??

Sory la kes ni mmg i bekap pihak sepital 100% . Patut sepital caj jgk sewa peti beku tu. meluat baca komen org2 bodoh dkt fb. Pakej kot bifoti n bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:58 PM | Show all posts
Nfir replied at 12-12-2024 09:28 AM
Pertama, bagus cara awak bertanya soalan ini. Awak bertanya dengan berhemah dan berhati-hati, terut ...

Alhamdulillah...
Terima kasih atas penjelasan...


Saya seorang penghiba...
Rasanya saya tak manpu nak menonton video arwah bayi tersebut...

Melihat video pemergian anjing² tu sahaja sudah cukup meruntun jiwa saya...

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka...

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-12-2024 06:18 PM

Tersalah sengaja atau tak sengaja hantar pi hospital swasta terus huruhara negara, puncanya ada duit xde duit je tak mahal mana pun, tapi org miskin perlu ditolong, org kaya kedekut, masyarakat mmg rosak2, kadang2 kita2 kalau miskin hanya 6 bulan je, lepastu ok balik dah stabil, jika eksiden hilang kerja miskin balik, simpanan habis balik, pokok pangkal hidup semua kena pakai duit. Org zaman skrg mmg mmg xde empati
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa perkembangan terkini kes ni? Macam dah senyap je
Takmo ulasan2 netizen ke apa
Nak tau ada pihak berkuasa buat siasatan ker?
Atau tau2 senyap gitu jerr
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-12-2024 06:27 PM
Apa perkembangan terkini kes ni? Macam dah senyap je
Takmo ulasan2 netizen ke apa
Nak tau ada pihak  ...

Bukan ke malam ni kata nak live tiktok?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-12-2024 06:27 PM
Apa perkembangan terkini kes ni? Macam dah senyap je
Takmo ulasan2 netizen ke apa
Nak tau ada pihak  ...


nahhhh kak suchi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 11-12-2024 04:27 AM
PATI gak yg untung dapat beranak di hospital kerajaan dgn senang -lenang...terutama rohingya...

Iye wei. Doktor dkt ED selalu waived bill foreignor. Kadag2 ada procedur doktro tk sruh warga asing ni bayar pon. Menyampah btol
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 12-12-2024 02:56 PM
laki bini bodoh miskin at core la ni.  jiran hantar pegi sepital, kawan tolong pegi tuntut anak. abi ...

Tuntut jenazah mmg hanya boleh waris

Kawan mak, kawan ayah, jiran jiran x boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 12-12-2024 06:40 PM
nahhhh kak suchi

Alamak siapa la admin tiktok hospital ni.. Bole tahan netizen jugak bahasa
. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 12-12-2024 06:40 PM
nahhhh kak suchi

Isteri arwah baby?? Main hembusss jek post ni ????????????
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 12-12-2024 06:40 PM
nahhhh kak suchi


Ini memang tiktok rasmi ke?
Bukan ke dorang guna bahasa omputeh?
Ini bahasa tunggang langgang je
Takut fake acc je
Iols pelik polis pun takde bg ulasan apa2 ke?
Atau memasing takde wat report eh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-12-2024 07:05 PM
Ini memang tiktok rasmi ke?
Bukan ke dorang guna bahasa omputeh?
Ini bahasa tunggang langgang je

hentohhh tpi acc yg sama post statement semlm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 1.337757 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list