Kecewa Hati Saya
Kekitaan
Etika indah diwara-warakan
Cantik pada perkataan
Elok pada pendengaran
Wacana mulus kejelekitan
Anggun dijadikan amalan
Harus diingat
Akur nak bertempat
Turut perlu bersyarat
Imbalan biar bersukat
Sakit menggigit
Andai terusan dibelit
Yang terbit
Alunan emosi menghimpit.
CNM, 5/5//17
Edited by Goldkey at 10-5-2017 08:58 PM
Guru
Guru satu nama keramat
harapan sejagat
tinggi martabat
mengajar sekelian umat
ilmu dunia akhirat.
Guru
sekali dipanggil cikgu
hingga akhir hayat digelar cikgu
selayaknya begitu
bagi insan mencurah ilmu.
Guru tugasnya tak didendang
di pedalaman bergelumang
selut debu jadi cabaran
demi anak bangsa gemilang
redah rempuh apa jua melintang.
Engkau usir ragu
engkau bimbing tempuh liku
engkau tunjuk yang jitu
engkau bagai suluhan lampu
tak terbalas jasamu cikgu.
Ya Rabb
kurniakan kesejahteraan
limpahkan kemuliaan
tingkatkan kehormatan
pada insan penunjuk jalan
demi sebuah keredaan.
Selamat Hari Guru.
CNM 10/5/17
Rate
1
View Rating Log
Zakat
Saham akhirat
dibayar dari perahan keringat
demi membantu umat
keluar dari hidup melarat
di negara penuh berkat,
MALANG
ada kaki rembat
sekongkol bersubahat
membaham bulat-bulat
dek hati bersadur karat
mudahan sempat taubat.
CNM
Didikan-Realiti
Dididik
kreatif dan kritis minda
berfikir mendalam serta mencapah
analisis kelebihan kekurangan
atasi halangan dan cabaran
diminta beri pandangan
holistik mulus ketetapan,
TAPI SAYANG REALITINYA;
pabila bersuara dilabel lantang
tatkala memberi pandangan dikata menentang
saat bertanya dilihat meluah rasa kecewa
konflik yang nyata
antara didikan dan realitinya
yang mudah dilikukan
yang betul diperlekehkan.
Ya Rabb tetapkan kami ke jalan-Mu.
CNM
Sujud
Di alam nyata
terbina tembok
pangkat dan darjat
kaya dan miskin
pemimpin dan khalayak
terpisah dek kesombongan
hanya Dia
mampu melentur
berdaya mengatur
semuanya sama
tatkala bersujud
penuh tawaduk.
Dia menguasai alam semesta
nikmat yang mana ingin didustakan?
CNM 2 Syawal 1438H
Bicara Mata
Tatkala
sekeping hati yang diserah
dicampak jauh
dek tangan yang menggadai setia
rasa peritnya mampu diselubungi
bicara mata mampukah disandiwarakan?
Gurisan luka di hati paling dalam
darahnya tak kelihatan
titisan air mata diperaga
banjiri laman kedukaan
terhakis sebuah janji setia.
CNM
Selepas Ramadan
Suburkan ketakwaan
puasa syawal
setahun ganjaran
seakan amalan berkesinambungan
Syukur atas kesihatan
istiqomah laksana suruhan
sedekah berterusan
infak kekayaan
gembur silaturahim
hulurkan kemaafan
mudahan kesejahteraan berpanjangan.
CNM
Laut Kasih 391
Telah kuberikan cintaku
setelah kucuri hatimu
hiasi mahligai laut kasih kita.
Telah kugembur kesetiaanku
setelah kusemai benih kasih di hatimu
harum mekar jambangan laut kasih kita.
CNM
Laut Kasih 392
Jelaga-jelaga salah sangka
seringkali menghitamkan rasa
hatimu hatiku terduga
gelora dan badai menguji laut kasih kita
syukur pada-Nya
awan-awan kesabaran menghiasi langit jiwa
pelangi cinta mewarnai sukma.
Ya Rabb
pertenguhkan dermaga laut kasih kami
anugerahkan kami cinta abadi.
CNM
Laut Kasih 393
Melayari bahtera laut kasih
kunakhodakan haluan
destinasinya kamu
lambaian sukmaku
nan satu.
Haruman kasihmu
pentunjuk dalam perjalanan berliku
pimpin daku
ke dalam rangkulan asmaramu
nan syahdu.
CNM
Laut Kasih 394
Di kanvas maya
kulakarkan marak bara cinta
tarian jemari melagukan rasa
gemerlapan langit laut kasih kita
diterangi sinar-sinar rindu.
Di kanvas maya
kuanyam bait kata cinta
biar bayu alirkan nadi rasa
getarkan jantung sukma
lalu berderau naluri rindu
engkau dan aku.
CNM
Laut Kasih 395
Kasihmu dan kasihku
tautan laut kasih
membenihkan mutiara rindu
asyiknya memupuk cinta
bersaksi cakrawala.
Kasihmu dan kasihku
hamparan cinta putih
berona pelangi
seindah sinar mentari
harum mewangi.
CNM
Takdir Kita Berbeza 15
Aku bukan sesiapa
kita sama
milik Dia yang sempurna
anugerah istimewa tak terhingga
bertuah yang dikurnia
bahawa kejayaan hak semua
jika ada usaha
janji-Nya tiada yang dusta.
CNMVIDEO
Laut Kasih 396
Telah kaumenangi hatiku
kujadi milikmu
tak akan kuberpaling
dari haluan cintamu
laut kasih ini
biar berpelangi
hingga akhir nanti.
CNM
Laut Kasih 397
Kutitipkan rasa
dalam indah jalinan kata
buat kenanganmu selamanya
bahawa cintamu amat berharga
tiada tara.
Kasih
taman cinta kita
dihiasi permata jiwa
tanda teguh ikatan terbina
laut kasih kekal bercahaya
syukur pada-Mu yang mengurnia.
CNM
Laut Kasih 398
Bicara jemari
dari senyuman sekuntum hati
dek cinta nan bersemi
hamparan kasih nurani
engkau permaisuri
Kasih
setianya memegang janji
tabah mengharungi uji
laut kasih kita, kita pateri
bawa ke alam abadi.
CNM
Laut Kasih 399
Telah ratusan purnama
kita layari bahtera cinta
rentasi laut kasih
ke pulauan impian
terkadang duka datang
suka adakala bertandang
pasang surut gelombang
semuanya mematangkan
perit pedih
air mata rintih
penawarnya kamu kasih
anugerah tiada sesalan memilih.
CNM
Laut Kasih 400
Kasih
di mata ini
paginya engkau bunga
malamnya engkau purnama
semerbak harum cahaya cinta.
Rerama hampiri cahaya
didatangi jua
biar hangat berbara
keindahan benam duka.
Lelayang terikat pada tali
dicatur bayu terbang tinggi
aku terikat tanpa tali temali
cintamu mekar di tangkai hati.
CNM, 1/7/17
Mata Bercelak
Sana sini menemplak
ramai yang nampak
tapi dek takut periuk nasi tercampak
maka buat-buat tak nampak
terus menapak
menantang bapak-bapak
yang dikatakan merompak
mata bercelak membengkok yang tegak.
CNM
Suka Tak Suka 11
Suka tak suka
esok dah sekolah semula
berakhir sudah cuti raya
kembali ke agenda
teruskan impian dicita.
Suka tak suka
atok nenek ayah bonda
kena hantar anak cucu ke asrama
jauh dekat kena mereda
demi masa depan didamba.
Suka tak suka
esok kena kerja
lagi enam bulan kedua
lipat ganda usaha
majukan negara bangsa.
Suka tak suka
lihat kembali enam bulan pertama
betulkah langkah semasa
atau sudah di haluan jaya
renung sejenak ada baiknya.
Suka tak suka
semua kembali ke kota
sesak segenap lebuh raya
bersabar tingkah cakna
selamat dari marabahaya.
Suka tak suka
kos sara hidup berganda
merungut tak melapangkan dada
pelbagaikan kerja
menambah nilai dana keluarga.
Suka tak suka
itulah kerajaan dipilih rakyat jelata
tahun depan pilih semula
gunakan undi ada
tetapkan pemimpin berwibawa.
Suka tak suka
setakat itu dulu ya
maghrib hampir tiba
sambung lain masa
mudahan ada idea.
CNM
Rate
1
View Rating Log
Category: Belia & Informasi