|
Review Konsert3Suara Jamal-Zamani-Ameng IB post#1534
[Copy link]
|
|
jom jommmm...tazabarrrrr..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols tak pernah pegi pun kenanga centre tu..tak tau camane kebesaran tempat tu..kang tengok gambar lain plak bile tgk yg real punye..iols tgk mcm ramai artis kpop wat concert kat situ je
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-3-2016 09:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bole le jumpa,tapi nama porem dirahsiakan,keyword fansbersatu
InshaAllah dabelA ada |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kurang respond dari netizen/peminat kot tu yg depa buat2 tukar vanue lebih kecil...yelah kan, kalau venue kecik,jumlah yg hadzir kecik,taklah nampak kosong venue tu...nampaklah "fullhouse" jugak...hikhijhik |
|
|
|
|
|
|
|
Berubah pulak harga tiket lepas PC tengahari tadi. So ni updated version
cc: @sukebintang @seroja23
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Kurnia Slam di StarXpo Centre, Kenanga Mall
by Budiey
in Konsert · Slam
— 24 Mar, 2016
Biar gerimis mengundang namun matahari tetap menerbitkan sinar. Dengan doa dan harapan, suratan kehidupan adalah sebuah kurniaan yang tiada ternilai.
Seperti lirik lagu popular mereka, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang, dalam tak sedar, ku kebasahan… sebuah kumpulan yang dianggotai jentera awal Shah, Ajak, Man, Lily, Zamani dan Eddie juga pernah melalui zaman kegemilangan sehingga membina nama besar sebagai antara pemuzik terulung dalam dunia muzik nusantara. Mereka juga pernah tenggelam namun masih bertahan sebagai sebuah nama yang disegani.
Slam
Konsert Kurnia Slam di StarXpo Centre, Kenanga Mall (KWC) pada 14 Mei 2016 (7 malam)
Perjalanan Slam yang bermula sejak tahun 1992 sehingga kini, bukan satu tempoh yang singkat. Biarpun ada masa tenggelam oleh evolusi muzik dan keluar masuk ahli, riyawat seni mereka teguh dihiasi rantaian berbisa seperti Tak Mungkin Berpaling, Rindiani, Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Nur Kasih, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari, Kurnia dan tentunya Gerimis Mengundang.
Pengaruh Slam bersama vokal emas Zamani tidak hanya menjalar ke serata tanah air, ia menyeberangi Tambak Johor ke Singapura, merentasi Selat Melaka sehingga ke Indonesia bahkan membelah Laut China Selatan ke Brunei Darulsalam. Atas pengaruh dan jambatan kebal yang terbina, biarpun tidak aktif sejak 2000, Slam sebenarnya telah memahat sejarah kukuh di jiwa peminat mereka.
Bertahun-tahun tidak aktif bersama, Zaman dengan haluan solo, manakala ketuanya Shah mengembangkan karier sebagai pemuzik profesional, Slam sebenarnya masih hidup, mewangi bersama rantaian hit mereka yang malar segar.
Kali terakhir berpentas sebagai sebuah grup di Singapura dengan Konsert Slam Kembali Merindu Live In Singapura yang mendapat sambutan luar biasa sekitar empat tahun lalu, tahun ini Slam mahu meraikan semula detik gemilang yang pernah dicipta mereka pada zaman kemuncak dahulu. Penganjuran konsert ini juga merupakan kemunculan pertama Slam selepas lebih 10 tahun tidak muncul dengan sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.
Mengambil sempena judul trek popular Kurnia, salah sebuah lagu dalam album kompilasi Terbaik Slam (1995) yang terjual lebih 200,000 unit, konsert yang diberi nama Konsert Kurnia Slam akan diadakan di StarXpo, Kenanga Mall atau juga dikenali sebagai KWC pada 14 Mei nanti.
Simboliknya juga, Konsert Kurnia Slam merupakan sebuah riwayat survival karier muzik Slam yang penuh bermakna, Segala pencapaian, kemasyhuran serta jatuh bangun mereka itu adalah anugerah, kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Nostalgia, momen dan segala rasa, suka duka itulah yang mahu dibangkitkan semula dan dikongsikan dengan peminat. Itulah kurniaan sebenar.
Konsert Kurnia Slam juga akan mengembalikan semula ingatan peminat tegar Slam sebagaimana yang dirasai dalam Konsert Grand Slam Unplugged di Stadium Negara pada 3 Ogos 1996.
Dibawakan oleh Urban Creative Sinergy (UCS) Sdn. Bhd yang sebelum ini terlibat dengan penganjuran konsert artis antarabangsa seperti Avenged Sevenfold, UB40 Judika dan Konsert Search di Istana Budaya. Konsert Search itu juga menjadi percubaan pertama UCS dalam penganjuran konsert artis tempatan, manakala Slam kelak menjadi konsert artis tempatan kedua terbesar yang akan dijayakan UCS.
Pengarah Persembahan Konsert Kurnia Slam, Shamil Shah meluahkan harapan agar penganjuran konsert berkenaan mendapat sokongan padu daripada khalayak kerana ia sebuah dedikasi Slam buat seluruh peminat yang tidak pernah melupakan mereka selama ini.
Selaku ketua kumpulan, Shah pula menyifatkan konsert yang bakal dijayakan nanti sebagai penanda aras terhadap kematangan dan pengalaman setiap anggota Slam dalam bidang muzik.
“Kami semua sudah matang dan setiap anggota Slam sudah melalui fasa yang berbeza. Konsert Kurnia Slam nanti bukan hanya akan dinikmati oleh peminat lagu-lagu Slam bahkan peminat muzik masa kini. Biarpun Slam dikenali sebagai kumpulan muzik pop, tetapi saya berjanji bahawa Slam akan mencurahkan segala pengalaman dan skil yang telah dikutip sepanjang bergelar pemuzik selama ini.
“Selain ada susunan semula terhadap muzik, kami akan tetap mempertahankan keaslian bunyi Slam sebagaimana yang diketahui semua,” jelas Shah
Melewati diskografi seperti Slam (1993), Kesan Terbukti (1995), Terbaik Slam (1996) Kembali Merindu (1996), Dalam Harapan (1998), Slamanja (2003) dan Menggapai Langit (2007), lagu Gerimis Mengundang (Terbaik Slam) merupakan antara pencapaian yang membawa Slam ke tahap unggul.
Bisa lagu ciptaan Saari Amri berkenaan juga memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik, selain menjadi antara lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah muzik Nusantara. Menerusi album yang Terbaik Slam itu juga, Zamani diiktiraf oleh Anugerah Industri Muzik sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki)
.
Lagu-lagu daripada album tersebutlah yang akan didendangkan Zamani menjelang konsert kelak. Penerimaan dan penyatuan semula Zamani bersama Slam semestinya sebuah kurniaan yang tidak seharusnya dilepas oleh peminat muzik.
Tiket Konsert Kurnia Slam dibahagikan kepada beberapa kategori harga iaitu RM68 ((General Admission), RM98 (Normal), RM158 (Bronze), RM208 (Silver), RM228 (Gold), RM288 (VIP Diamond) dan RM599 (VVIP Platinum).
Pembeli tiket berharga RM599 akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan anggota Slam. Tiket-tiket boleh dibeli secara online menerusi www.ticketpro.com.my, outlet TicketPro atau panggilan telefon ke talian 03-78807999. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Slam belum berkubur, jayakan konsert mega Mei depan
Oleh Farihad Shalla Mahmud [email protected]
Penyanyi, Zamani Slam. - Foto Munira Abdul Ghani
PETALING JAYA: Kerinduan peminat untuk menyaksikan anggota kumpulan Slam kembali bersatu di pentas bakal menjadi kenyataan apabila mereka menjayakan konsert bertempat di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur, 14 Mei depan.
Konsert diberi nama Kurnia Slam yang dibawakan khas oleh Urban Creative Synergy itu adalah konsert konsert berskala mega mereka yang ketiga selepas Konsert Grand Slam (2006) dan Konsert Live Kembali Merindu in Singapore (2012).
Menurut vokalisnya, Zamani, dengan penganjuran konsert itu ia sekali gus menjawab persoalan Slam tidak pernah berkubur walaupun masing-masing anggotanya mempunyai kerjaya sendiri. "Sebelum ini memang ada pihak ingin menganjurkan konsert kami, tetapi mereka was-was kerana menyangkakan kumpulan ini mempunyai masalah dalaman. Malah, ada juga yang ingat kami sudah pun berkubur. Mujurlah masih ada pihak yang percaya dengan kami. "Konsert ini pula dinamakan Kurnia bersempena dengan tajuk lagu dendangan kumpulan ini. Kami juga menyifatkannya sebagai kurniaan untuk peminat yang setia menyokong kami," kata Zamani ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert terbabit di Damansara Perdana, di sini, petang Khamis.
Hadir sama empat anggota Slam yang lain iaitu Shah, Ajak, Lily dan Man serta pengarah Konsert, Shamil Yusof. Tambah penyanyi ini lagi, sebagai persediaan, latihan intensif harus dilakukan kumpulan yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu. "Lama juga saya tidak mengadakan persembahan dengan anggota lain kerana bergerak secara solo. Lagipun, untuk konsert ini saya akan menyanyikan lebih 20 lagu, jadi kenalah berlatih supaya persembahan malam itu berjalan lancar," katanya.
Tiket akan mula dijual pada hari 30 Mac dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu RM88 (Biasa), RM158 (Silver), RM198 (Gold) dan RM399 (VVIP). Pembeli tiket VVIP berpeluang beramah-mesra dengan Slam selepas konsert berakhir. Tiket boleh dibeli dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my ataupun dengan menghubungi talian 03-78807999.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/137073 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
l1a replied at 25-3-2016 09:16 AM
Konsert Kurnia Slam di StarXpo Centre, Kenanga Mall
iols suka ayat2 dlm Artikel ni. Terutama kat perenggan 1 dan 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Slam Balas Dendam Adakan Konsert Selepas 20 Tahun
Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 6:00 AM
Oleh: JEMANG RAHMAN
[email protected]
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Selepas 20 tahun tidak muncul dengan persembahan berskala besar, kumpulan Slam akan tampil dengan sebuah konsert yang dikenali Konsert Kurnia Slam pada 14 Mei depan di Star Expo Centre, Kenanga Wholesale City, dekat sini.
Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim selaku ketua kumpulan itu berkata, konsert hampir dua jam itu adalah hadiah buat peminat yang sekian lama begitu sabar menanti buah tangan terbaharu mereka.
"Selepas Konsert Unplugged Slam yang berlangsung di Stadium Negara pada 3 Ogos 1996, kami tidak tampil dengan sebarang konsert berskala besar. Cuma pada 2012, kami ada jayakan Konsert Slam Kembali Merindu di Singapura.
"Ini saat yang kami nanti-nantikan apatah lagi kesihatan Zamani kini semakin beransur pulih dan dia begitu bersemangat untuk menjayakan konsert ini,” katanya kepada mStar Online.
Slam ditemui pada sidang pengumuman konsert berkenaan yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Pedana, di sini pada Khamis.
Zamani ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media Konsert Kurnia Slam.
Sementara itu vokalis Slam iaitu Zamani turut meluahkan rasa rindunya untuk bertemu peminat menerusi sebuah konsert yang disifatkannya sebagai perjumpaan semula ataupun reunion.
"Saya senang sifatkan konsert ini sebagai sebuah konsert reunion Slam bukan sahaja pertemuan semula sesama anggota tetapi juga dengan peminat. Dalam durasi hampir dua jam persembahan, insyaAllah saya akan sampaikan lebih 25 buah lagu popular dengan pembahagian beberapa segmen termasuk rangkaian lagu-lagu secara medley," katanya.
Tambahnya Zamani lagi, dalam merancakkan perjalanan konsert tersebut, mungkin akan ada penyertaan beberapa artis muda yang pernah membesar dengan lagu-lagu Slam untuk turut sama membuat persembahan.
Bagaimanapun semua itu masih dalam perancangan.
Harga tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual antara RM88 sehingga RM399.
Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi www.ticketpro.com.my atau menghubungi talian 03-78807999. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
xpe berubah..iol tetap nk pegi jugakkkkk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-3-2016 11:39 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
seroja23 replied at 25-3-2016 10:44 AM
xpe berubah..iol tetap nk pegi jugakkkkk..
Khen? Iols pun tetap nak pergi jugak!!!
Tenkiu @l1a tlg tepek berita. Ada banyak gambar hensem slam kat fb lili,tapi iols tak sempat share. Beraura slam ni walau kertu |
|
|
|
|
|
|
|
kertu is osem..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-3-2016 01:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seroja23 replied at 25-3-2016 12:02 PM
kertu is osem..
Kertu slam je osem,group lain kussss semangat tgk sume bapak2 org |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 24-3-2016 09:55 PM
Berubah pulak harga tiket lepas PC tengahari tadi. So ni updated version
cc: @sukebintang @seroj ...
Harga yg baru ni reasonable sikit..hehe..tunggu plan seating plak..
Kalau tgk komen komen kat fb or ig mcm ramai je nak pegi..kene beli tiket awal awal la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-3-2016 02:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sukebintang replied at 25-3-2016 02:04 PM
Harga yg baru ni reasonable sikit..hehe..tunggu plan seating plak..
Kalau tgk komen komen kat f ...
Iols pun kuar sit layout kang nak beli jugak. Harus tak lepaskan peluang,lama dah tunggu konsert,ni umur matang dah utk pegi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by l1a at 25-3-2016 03:33 PM
Konsert Kurnia titik mula SLAM kembali aktif Posted on March 25, 2016 by Farol Mustafa
JARANG membuat persembahan secara berkumpulan dalam mana-mana acara besar dan selepas 20 tahun tidak membuat konsert di Malaysia, peminat-peminat Slam bakal dihiburkan secara eksklusif dalam satu konsert yang diberi nama Konsert Kurnia Slam pada 14 Mei ini bertempat di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur.
Kumpulan yang dianggotai oleh Zamani, Shah, Eddie, Ajak , Man dan Lily ini sememangnya cukup popular dengan lagu-lagu seperti Kembali Merindu, Nur Kasih, Gerimis Menundang dan Tak Mungkin Berpaling sejak penubuhan mereka pada tahun 1992.
Melihat kejayaan konsert besar kumpulan rock seperti Search dan Wings sebelum ini, Shah yang mewakili rakan-rakan Slam lain meluahkan rasa yakin dan kesediaan untuk mengembalikan memori peminat dalam konsert skala besar mereka kali ini.
“Melihat Search dan Wings contohnya berjaya dengan konsert mereka sebelum ini, kami juga mengharap band pop seperti Slam bakal mendapat sambutan peminat dalam konsert nanti.
“Tahun ini juga genap 20 tahun Konsert Grand Salam Unplugged di Satdium Negara pada tahun 1996 dahulu. Justeru kami mahu tunjukkan Slam yang dahulu dan sekarang ini.
“Peminat pastinya sudah boleh jangka apa yang mereka bakal saksikan pada malam konsert nanti. Jadi tidak rugi untuk mereka hadir. Pastinya apabila melakukan konsert kami akan buat sebaik mungkin sebagai balasan semula kepada peminat,” ujar Shah.
Bercakap dalam sidang media yang diadakan, Shah juga memberiahu konsert itu nanti sebagai tanda kumpulan Slam kembali secara aktif di gelanggang seni.
“Sebenarnya memang kami ada perancangan untuk merakamkan lagu baru, namun niat tersebut masih belum kesampaian. Mungkin kami akan promosikan lagu baru menjelang konsert nanti.
“Konsert ini juga bakal menjadi pengukur untuk kembali aktif. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, tiada alasan buat kami untuk tidak kembali aktif,” jelas Shah.
Anggota Slam belakang dari kiri, Man, Shah, Ajak dan Lily. Duduk hadapan, Zamani. (tiada dalam gambar Eddie). FOTO: UTUSAN.Sementara itu bercerita tentang persediaan mengadakan konsert skala besar, lima anggota Slam meluangkan masa selama satu bulan setengah bersama melakukan latihan setiap hari. Mereka juga tidak mengambil sebarang undangan menyanyi agar mereka cukup sedia bertemu peminat pada malam konsert.
Bagi Zamani selaku vokalis, dia akui bukan mudah untuk menyanyikan lebih dari 20 buah lagu dalam satu persembahan. Latihan yang diadakan setiap hari pasti mampu memberi keyakinan buat Zamani untuk menghiburkan peminat.
“Saya tidak ada sebarang petua atau cara khas untuk konsert ini. Cuma apabila sudah lama tidak melakukan konsert, saya perlu berlatih setiap hari bersama band. Dengan latihan barulah dapat kembalikan suara seperti menyanyikannya dahulu.
“Kami akan menyanyikan lagu-lagu Slam pastinya dan sebab itu perlu sedikit penyusunan semula agar lagu-lagu kedengaran baru,” kata Zamani.
Tiket Konsert Kurnia Slam akan mula dijual bermula 30 Mac nanti dan boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my. Pembeli tiket VVIP juga dapat meluangkan masa bersama Slam dalam sesi meet and greet yang bakal diadakan.
Pengarah Persembahan Konsert Kurnia Slam, Shamil Yusof dari Urban Creative Synergy Sdn. Bhd. memberitahu konsert tersebut juga akan dirakamkan secara visual untuk tayangan di sebuah stesen televisyen nanti.
Insta Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa zamani mcm kurus nehhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-3-2016 07:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
l1a replied at 25-3-2016 03:31 PM
Konsert Kurnia titik mula SLAM kembali aktif ...
Bestnya dirakam utk tayangan kat tv!! Inilah yg kita mahu!! |
|
|
|
|
|
|
|
l1a replied at 25-3-2016 03:31 PM
Konsert Kurnia titik mula SLAM kembali aktif ...
ohhh...ada kat tv gak nnti...bolehla tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|