CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Andyscenes

Rumah No. 21

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2016 01:50 AM | Show all posts
Extra Chapter 20/11/2016  Page 27

Waktu ni aku masih kecil berumur 9 tahun, dimana ada satu kisah yang sangat sedih yang terjadi pada keluarga ini di kampung ku, kisahnya begini.

Pak Hassan, seorang yang baik, peramah, tidak sombong, seorang suami dan bapa yang penyayang. Sejak kematian isteri, dia berjanji dengan arwah isterinya yang dia tidak akan berkahwin lain dan akan memberi sepenuh kasih sayang pada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh, bekerja sebagai penoreh getah dan pekebun untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan dia tidak pernah mengeluh dengan keadaan hidup, malah rasa bersyukur kerana masih diberikan kekuatan dan kesihatan untuk bekerja, dengan pendapatan yang tidak seberapa itu, dia mampu untuk membesarkan anak-anak sehingga berjaya ke menara gading.

Anak-anak Pak Hassan masing-masing bekerja dalam sektor awam dan swasta di Lembah klang dan mereka juga sudah berkahwin tetapi mereka seakan akan lupa pada Ayah mereka, dimana mereka amat-amat jarang sekali menghubungi dan pulang ke kampung untuk melawat serta bertanya khabar. Suatu hari Pak Hassan jatuh sakit, oleh kerana rasa rindu yang terlalu pada anak-anak, Pak Hassan menghubungi anak-anak dan minta untuk melawat dia, akan tetapi anak-anak memberi berbagai-bagai alasan, sibuk bekerja dan sebagainya.

Pak Hassan terlalu marah sehingga terkeluar kata-kata begini "Jenguklah aku kali ini sahaja, selepas itu tak payah jumpa pun tidak apa" selepas didesak barulah mereka pulang ke kampung, malam tu selepas Pak Hassan tidur, mereka berbincang untuk menentukan siapa yang akan menjaga bapa mereka dan tiada siapa diantara mereka yang sanggup untuk menjaga pakcik hassan, perbualan itu tanpa disedari telah didengari oleh Pak Hassan, pilu hati Pak Hassan kerana anak-anak yang dijaga selama ini, diberi kasih sayang sanggup memperlakukan sedemikian rupa.

Keesokan harinya, anak-anak Pak Hassan dapati Ayah mereka telah hilang, kehilangan Ayah mereka dimaklumkan kepada Arwah Atuk aku, dimana arwah atuk aku waktu dikenali sebagai ketua kampung, maka selama seminggu orang-orang kampung mencari sehingga ke pelusuk kampung malangnya tidak jumpa, ramai yang membuat spekulasi yang Pak Hassan mungkin menumpang orang atau menaiki keretapi pergi kerumah saudaranya, tapi Pak Hassan hidup sebatang kera, tiada bersaudara dan hanya mempunyai kawan dikampung sahaja. Terpaksalah meminta pertolongan pak kiyai dan bomoh untuk mencari, Pak Kiyai mengatakan yang Pak Hassan telah dibawa bunian ke alam lain, kejap ada digunung tahan, kejap ada digunung ledang dan nama nama tempat yang aku tidak tahu.

Maka upacara untuk memanggil dan membawa pulang Pak Hassan dilakukan, hanya ahli keluarga dan orang yang terdekat sahaja yang dibenarkan ada sewaktu upacara dilakukan, sewaktu upacara itu berlangsung Pak Hassan benar-benar datang tetapi Pak Hassan enggan pulang kerana Pak Hassan lebih selesa tinggal disana, anak-anak Pak Hassan merayu dan minta Pak Hassan pulang ke pangkuan mereka dan berjanji untuk menjaga Pak Hassan, kerana rajuk dan kecewanya Pak Hassan, beliau tetap berkeras hati dan tidak mahu pulang, kemudian Pak Hassan hilang sekelip mata, bertahun tahun usaha anak-anak dan orang kampung memujuk Pak Hassan pulang tetapi beliau enggan sehingga ke hari ini, kadangkala orang kampung ada terlihat beliau sewaktu solat dimasjid tetapi selepas tahiyat akhir dan memberi salam, mereka dapati Pak Hassan sudah tiada dan ada kala dimana cucu beliau ternampak beliau pulang dan melawat cucu-cucunya dan memberi pesan dan nasihat.

Ini kisah benar dan ikut pengiraan, umur Pak Hassan sekarang ni sudah berumur 94 Tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2016 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sorry ayat terabur ampun yea
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp tetiba pak hasan punya cerita??

Ada berkait ke dgn rumah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 12:24 PM | Show all posts
Ape ni andy ?? nape tetiba cerita pak hassan lak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2016 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
WajibulGhunah replied at 20-11-2016 10:41 AM
Knp tetiba pak hasan punya cerita??

Ada berkait ke dgn rumah tu?

teringat kisah pak hassan, sbb dia antara sbb kenapa iols nk jumpa bunian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mirian1110 replied at 20-11-2016 12:24 PM
Ape ni andy ?? nape tetiba cerita pak hassan lak??

selingan hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 20-11-2016 12:50 AM
Extra Chapter 20/11/2016  Page 27

Waktu ni aku masih kecil berumur 9 tahun, dimana ada satu kisah ...

Rasanya pakcik Hassan tu dh bernikah dgn orang bunian dn dah selesa tinggal di alam sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2016 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 20-11-2016 09:02 PM
Rasanya pakcik Hassan tu dh bernikah dgn orang bunian dn dah selesa tinggal di alam sana.

xtaulah, pak hassan ni org alim cuma x tau nape dia xnk balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 10:34 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 21-11-2016 02:24 AM
xtaulah, pak hassan ni org alim cuma x tau nape dia xnk balik

org tua nie perangainya mcm budak kecik. lagi2 bab2 merajuk nih.

tp yelah kalo rajuknya mendalam...mmg susah nak dipujuk. lagipun mgkin pak hassan dah jumpa kebahagian sebenar yg dia inginkan.

tt. jgn lupa aaa lepas maghrib.

p/s: boleh plak yer ade citer selingan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 01:34 PM | Show all posts
tetiba citer pak hassan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:12 PM | Show all posts
dek andy harap dapat sambung cerite psl rmh no 21 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:35 PM | Show all posts
Suka hati TT lah nak cerita apa...aku layan aje

Tapi cerita rumah no 21 jangan dilupain dong
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 06:01 PM | Show all posts
Andyyyyyy.!!! Mana you..? Cepat sambung!!! I am back!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 07:25 PM | Show all posts
Andy tengah bz layan girlfriend dulu la tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:31 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:19 AM | Show all posts
andyyyy......mana sambungan citer andy tu....adoi...frust xde pulak sambungannya pg nie...adeh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 05:16 PM | Show all posts
Andyyyyyy I nampak you dekat BOD Pendidkan Seks. Sila pulang ke pangkuan thread you ni.!!!

cc: @Andyscenes

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 07:35 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 22-11-2016 05:16 PM
Andyyyyyy I nampak you dekat BOD Pendidkan Seks. Sila pulang ke pangkuan thread you ni.!!! :lol ...

huh! apa dia buat kat situ WS.

hahaha...kat sana yer melepaknya tt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 22-11-2016 05:16 PM
Andyyyyyy I nampak you dekat BOD Pendidkan Seks. Sila pulang ke pangkuan thread you ni.!!! :lol ...

ko plak wat pe kat situ whiskeyscotch?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:19 PM | Show all posts
arep83 replied at 22-11-2016 08:17 PM
ko plak wat pe kat situ whiskeyscotch?

Cari Andyyy laaa. Hahahahahahha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058825 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list