CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 18-7-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 17-7-2017 10:22 PM
anna
Sambung laa lagi kisah buaya nie,
Mnarik laa

Dee..mmg ada.. jap lg ye. Tgh guna fon ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2017 11:24 AM | Show all posts
Kisah yang satu ni pun pasal buaya....

Dulu2 pengangkutan utama dari kampung ke bandar kuching, adalah melalui sungai...
dari darat tu pun boleh, tp penat la nak berjalan kaki hampir 2 jam nak ke jalan besar untuk mengambil bas ke Bandar Kuching.
Klu melalu jalan air, jarang yg berdayung.. kebanyakannya menggunakan enjin bot.
paling lama pun 40 mnt jer nak smpi ke bus stop yg terdekat untuk menunggu bas..

dan bus stop tu adalah di jeti tempat bot tunda abah aku ditenggelamkan dulu..

apa yg merisaukan penduduk adalah berkemungkinan terserempak dengan si bedal tu...
bahaya wooooo....
klu dilibasnya perahu, gerenti terbalik..
paling seriau kalau ada budak2 dalam perahu tu...

klu tak silap aku masa tu aku darjah 4..
sekolah mengadakan program lawatan sambil belajar ke bandar kuching..
antara tempat2 yg bakal kami lawati adalah kilang F&N, Kilang Myojo, Mayang teh, Kilang Pasu, Muzium Negeri, Planetarium Kuching,
Jong Crocodile & Tasik Biru. paling best, Zoo Haji Tahar. (Skrg dh ditutup)

dari sekolah ke simpang jalan besar, cuma ada 2 pengangkutan..
pilihan pertama - jalan darat, klu naik jip pun berapa orang jer boleh naik? tak sampai kot 10 orang..
jalan berbukit bukau tanah liat kuning..
licin dan possibility untuk tayar mendap melekat tu mmg ada klu musim hujan..

pilihan ke-2 , melalui sungai..
speed boat tu boleh naik pon paling ramai 8 orang murid jer..
sedangkan rombongan tu ada dalam 50 orang murid..
jadi nak berangkut tu kena beberapa trip..
aku trip yg ke dua..gatal tak nak naik jip..nak merasa naik bot pulak..heheh

semasa bot kami melalui sebuah lekuk sungai yang kami sebut lubuk merah (sebab ada semacam 1 pintu gerbang dipermukaan air dan sekelliling tu tanah merah)

dari jauh kami terdengar bunyi seakan2 letupan... beberapa kali bunyi letupan kedengaran...

semakin menghampiri, yang jelas nyata dipandangan mata kami adalah 2 ekor buaya bersaiz besar sedang berlaga di daratan..
betul2 diatas pintu gerbang berkenaan.....

dan bunyi letupan yang kedengaran sebenarnya adalah hasil daripada libasan ekor ke atas belakang satu sama lain..
bunyinya mmg kuat..puk! puk! puk!

pengemudi bot terus mematikan enjin bot dan mula mengayuh perlahan dan menghimpit ke tepian bagi melepasi buaya2 tersebut...
jarak kami hanya beberapa puluh meter sahaja...tak seorang pun yg mengeluarkan sebarang bunyi...

sebaik melepasi tempat tersebut, segera pengemudi bot menghidupkan enjin dan memecut menuju ke jeti yang jaraknya lebih kurang 1 km dari lubuk tersebut.

Baki trip yg seterusnya hanyalah melalui jalan darat. Pengemudi bot tidak mahu mengambil risiko mengangkut pelajar melalui sungai.

Begitu juga selepas berakhirnya lawatan tersebut, hanya pengangkutan darat yg digunakan untuk  menghantar pelajar balik ke asrama.

Bagi penduduk yang mempunyai pengankutan motosikal, mereka sama2 membantu menghantar pelajar ke asrama termasuklah abah aku.

Apa yang bagusnya, penduduk kampung sekitar mmg sangat bekerjasama dan tolong menolong di antara satu sama lain.
Tak dinafikan setiap penduduk walaupun kampung berlainan mempunyai hubungan yang sangat baik di antara satu sama lain.
Sebab apa??  Sebab mereka semua tu ada talian persaudaraan. Almaklum lah..setiap kampung tu terdiri dari adik beradik atau sedara mara yang berkahwin dengan penduduk kampung berhampiran yang kebetulan pun ada talian persaudaraan.

Seluruh penduduk kampung dan penduduk sekitar akan bergotong royong dan bersama-sama meraikann setiap pesta atau majlis di kawasan tersebut.










Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:23 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-5-2017 07:58 PM
Yg ilmu penawar bisa ular & ubat cancer tu, tak tau leh diturunkan ke tidak...nnt aku try tya..

klau bleh diturunkan, bagi dekat you la Anna
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:23 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-5-2017 07:58 PM
Yg ilmu penawar bisa ular & ubat cancer tu, tak tau leh diturunkan ke tidak...nnt aku try tya..

klau bleh diturunkan, bagi dekat you la Anna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 12:29 PM | Show all posts
azie999 replied at 18-7-2017 01:23 PM
klau bleh diturunkan, bagi dekat you la Anna

aku nak juga klu tak de pantang larang yg berat2 azie...hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:29 PM | Show all posts

Anna, batu gemala lipan tu sekarang siapa simpan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 18-7-2017 07:49 AM
Takde la kena minta izin dee..
Tp bila bab pantang larang ni jgn dibuat enteng...
Takut tak tert ...

Seram lak...
anna
  
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 18-7-2017 07:51 AM
Entah..aku pun tak tau...takkan nak bertanya kot..huhu

Xpe2 anna...
Jus menanya kan jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 18-7-2017 11:24 AM
Kisah yang satu ni pun pasal buaya....

Dulu2 pengangkutan utama dari kampung ke bandar kuching, a ...

Makaiii,
Saspen yer yer anna...
    
Mayang Teh tu ada lagi x skrg nie
anna..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 01:19 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-7-2017 09:48 AM
yg kat kampung ni betul babe..
sungai yg kat tempat aku tu 1 of the famous sungai yg byk cerita b ...

anna, bujang senang tu specific nama utk seekor buaya besar ke?? I ingat bujang senang tu nama manja utk semua buaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 01:31 PM | Show all posts

penjaga nie mungkin utk jaga kita je kot. xde bg kesan buruk
pendamping nie mungkin dia suka berdamping dgn kita utk kepentingan dia sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 01:36 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 18-7-2017 12:29 PM
aku nak juga klu tak de pantang larang yg berat2 azie...hehehe

betol. takut jugak kite x mampu nk ikot or terlupa ke kan.. kesan dia berat tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 01:37 PM | Show all posts
okay, dah khatam benang Anna.. tunggu next cite plak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 01:42 PM | Show all posts
azie999 replied at 18-7-2017 01:29 PM
Anna, batu gemala lipan tu sekarang siapa simpan?

pakcik aku simpan...

tapi selalunya apa benda yang ko dapat dari alam ghaib ni ada pantang larang yangeterpaksa diikuti..
jika terlanggar pantang larang, berkemungkinan kuasa pada benda tersebut akan berkurang atau benda tu akan tiba2 ghaib..
klu setakat kuasa berkurang, at least masih boleh diperbaiki dangan mengadakan satu upacara khas...
tp klu hilang, mmg rugi la sesiapa yang telah menyimpan benda tersebut..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 01:47 PM | Show all posts

tp kan Dee...dari apa yang aku dengar ada beberapa kemungkinan..
'alah ayu' akan menyebabkan malapetaka..mcm mana nak terangkan eik?

'alah ayu' ni lebih kurang bermaksud tidak bernasib baik
atau pun..biasanya sesuatu yg ada penjaga sangat ditakuti..
mungkin jika tersilap langkah, penjaga tu akan makan tuan..lebih kurang macam tu la dee..

mcm dalam kes corak anak gerasi ni, sama ada gila atau mati jika melanggar pantang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 01:48 PM | Show all posts
DeeHanania replied at 18-7-2017 01:36 PM
Makaiii,
Saspen yer yer anna...
     

Mayang Teh tu rasa ada lagi kot..kat area serian..menghala ke Tebedu..salah satu check point immigresen ke Kalimantan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 01:51 PM | Show all posts
baca cerita ttg buaya ni...

sapa ada pernah dengar ttg "Tok Puang"?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 01:54 PM | Show all posts
azie999 replied at 18-7-2017 02:19 PM
anna, bujang senang tu specific nama utk seekor buaya besar ke?? I ingat bujang senang tu nama man ...

azie.....

Bujang Senang tu sebenarnya nama seekor buaya lagenda berpuaka di Sarawak.

Asalnya adalah seorang pemuda iban yang bertapa untuk membalas dendam terhadap kematian ahli keluarganya.

Tapi skrg ni, orang suka sebut buaya tu as bujang senang mungkin sebab mudah untuk dorg describe 'buaya' itu 'apa'..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 01:55 PM | Show all posts
azie999 replied at 18-7-2017 02:31 PM
penjaga nie mungkin utk jaga kita je kot. xde bg kesan buruk
pendamping nie mungkin dia suka berd ...

mungkin juga azie..
so far, aku tak pernah lagi ada apa2 yang pelik..
cuma klu ada apa2 yang pelik berlaku, aku boleh rasa 'hint' secara tak langsung ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 01:57 PM | Show all posts
azie999 replied at 18-7-2017 02:36 PM
betol. takut jugak kite x mampu nk ikot or terlupa ke kan.. kesan dia berat tu

betul azie...
yang paling aku tak nak adalah bila sesuatu ilmu tu kena terima pendamping then kita kena jaga dan macam2 upacara yg pelik kita kena buat..
itu yg aku malas..
sebab aku bukan jenis yang berdisiplin klu tiba tang hal2 puja memuja nih...huhuhu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.352966 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list