Edited by mbhcsf at 14-3-2017 10:48 PM
ni ...
http://www.muftiwp.gov.my/index. ... am-adalah-al-qur-an
- Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah, sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW, seburuk-buruk perkara adalah perkara baru yang direka (tiada asal di dalam agama) dan setiap bid’ah (perkara baru) itu adalah sesat”. [Riwayat Muslim (867)]
Imam al-Nawawi berkata, para ulama’ mengatakan bahawa lafaz atau perkataan hidayah di dalam hadith di atas mempunyai dua makna: [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 153/6]
Pertama: Petanda atau petunjuk yang disandarkan kepada para rasul, al-Qur’an dan juga hamba. Sebagaimana firman Allah:
وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ Maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah pemberi petunjuk dengan al-Qur’an ke jalan yang lurus”. [al-Syura:52]
إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ Maksudnya: “Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) serta memberikan berita gembira buat orang-orang yang beriman”. [al-Isra’:9]
|