|
Originally posted by aGuiLeHa at 31-7-2006 03:10 AM
SEARCH ada subboard sendiri... korang sume setuju dak?? =)
buat proposal..
submit to admin
sure leh kot kalo ramai yg nak..
ko jadi mod sana
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyakk aku xlayak laaa jd mod, hehehehe..
kalu search ade subboarb sendre kn best, ade tempat local rock fans bersembang2.. =) |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong
SEARCH perlu ada sub board nya sendiri....................
ni ade ke sub board jacylin victor budak setahun jagung
HIDUP SEARCH |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #550 zzul's post
:setuju: :setuju: :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
vote 4 subboard search...
vote 4 subboard search... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zzul at 8-11-2006 01:43 AM
aku sokong
SEARCH perlu ada sub board nya sendiri....................
ni ade ke sub board jacylin victor budak setahun jagung
HIDUP SEARCH
zzul, ko tlglaa wat proposal ekk.. submit kt admin.. =) |
|
|
|
|
|
|
|
Err.. sowi eh.. kluar topik sikit.. ada sesapa tau kid & din kuar dr search nape eh ? Suka sgt ngan depa.. tp nape dah x de???? ff: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #555 rossa47's post
huhuu.. rindu kan ngan depa dua..
skrg tgk search perform, menyirappp je aku kalu nengok si edrie hashim tu ade huhuhu... =(
xtau laa, bende ni masih mjadi misteri..
agaknye 'empire garden' xsiap2 sbb kid & din kot.. then amik team baru, siap satu album.. |
|
|
|
|
|
|
|
gambo terbaru Kid n Nordin, keluar kat Malay Mail last week..
Dorang dua ngan Yan Lefthanded, Lola XPDC/Search ngan unknown singer ada band baru - Lives
kejap aku tampal keratan sokkabar dia..
[ Last edited by deaf4ever at 12-11-2006 09:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dua artikel keluar sama2..
Din gan Kid satu artikel explain apa jadi
Amy pun dapat satu artikel explain apa jadi..
This is news to us, say Din, Kid
-by NUR AQIDAH AZIZI -
揥E had no idea. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lak Amy Search jawab apasal dektu dua kena buang
QUOTE:
Tough decision, says Amy
-by NUR AQIDAH AZIZI -
揕ACK of discipline! |
|
|
|
|
|
|
|
Lives
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu, mmg2 hal laa.. harap2 ngan LIVES ni depa bleh cari makan..
ade yan tu!! best2, hihihi.. lagu jiwa2 luka nga cinta pertama tu yan yg nyanyi ekk..
baru ku tahu..
konsert udah tunda ke jan.. sempat kumpul duit lagik!! ahaks!! =p |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert jubli perak Search 5 Januari
Oleh Rozdan Mazalan
Amy kesal syarikat korporat lebih utamakan kumpulan penyanyi luar
SELEPAS dua kali penganjuran Konsert S2 Celebration: Search XXV Anniversary ditunda tahun ini disebabkan tiada pihak yang sudi menaja mereka, akhirnya penantian kumpulan rock yang menjadi ikon penggemar muzik tanah air itu akan dilaksanakan juga apabila mengumumkan tarikh terkini konsert itu.
Sidang media baru-baru ini mengumumkan tarikh 5 Januari 2007 sebagai detik konsert ulang tahun mereka di Stadium Merdeka dan 7 Januari di Stadium Larkin, Johor Baharu.
Bagaimanapun, vokalis Search, Amy yang kecewa kerana konsert mereka sebelum ini terpaksa ditunda Amy meluahkan rasa kesal terhadap kebanyakan pihak korporat yang dilihat lebih selesa menaja dan mengagungkan band luar daripada negara sendiri.
揑ndustri muzik kita hari ini semakin hari semakin suram dirasakan, ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, begitulah nasib yang dialami band tempatan kita hari ini. Kami bukan menghalang kemasukan band dari luar mengadakan persembahan di negara ini dan tiada halangan selagi ia mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan. Namun, apa yang dikesalkan ada sesetengah penaja tidak yakin dengan kebolehan artis tempatan.
揇ulu, keadaannya berlainan sekali, banyak syarikat berani untuk menaja band seperti kami terutama syarikat rokok, namun kami sendiri akur dengan arahan kerajaan untuk tidak membabitkan syarikat itu sebagai penaja.
Mengapa syarikat korporat khususnya syarikat telekomunikasi lebih senang memberi penajaan kepada band luar berbanding band tempatan yang juga mempunyai kualiti setanding mereka, lebih-lebih lagi band yang mampu bertahan sehingga sekarang.
揓ika mereka membuat kajian secara terperinci, mengapa Search masih bertahan hingga ke hari ini? Soalan ini sebenar sudah cukup memperjelaskan jawapannya. Kerana kami masih mempunyai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan band kami dan kami turut mempunyai ramai peminat dari luar terutama Indonesia.
揝etidak-tidaknya berikanlah keadilan dengan membantu artis tempatan yang dapat membuka mata band luar mengenali kita, |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa kami dilayan macam kelas kedua?
Oleh Ellyna Ali
[email protected]
APAKAH nilai dan harga diri sebuah band rock ikon seperti Search? Agak subjektif untuk dihurai apatah lagi tiada satu pun pihak syarikat korporat khususnya telekomunikasi berminat menaja konsert sempena ulang tahun ke-25 kumpulan itu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Januari dan di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 7 Januari depan?
Apa kurangnya Search? Sedangkan, mereka bukanlah tergolong dari kalangan band muzik picisan yang baru hendak bertatih dalam persada muzik tanah air.
Sebagai band yang melayari perjalanan cukup jauh dalam industri ini, mereka tidak pernah jemu meneruskan legasi muzik rock yang diperjuangkan selama ini.
Biarpun banyak pahit getir dan turun naik yang terpaksa dilalui, Search masih tetap mampu mencetuskan evolusi sewaktu meledaknya era muzik rock ini dalam industri muzik rock kita bermula pertengahan era 70-an dulu.
Apa yang membanggakan, kewujudan Search turut mengubah senario industri muzik di Indonesia sekitar 1990-an apabila meledaknya lagu Isabella, akhirnya muncullah pelbagai band yang bermain muzik rock di negara seberang itu.
Dalam tidak sedar, Search sebenarnya menyuntik semangat mereka untuk muncul sebagai rocker. Tidak hairanlah mengapa hingga ke saat ini pun, pengaruh Search masih tetap kuat.
Ini cuma sebahagian kisah hebat Search yang mungkin masih lagi tidak disedari ramai. Belum lagi ditambah dengan beberapa kejayaan yang dilakar mereka sewaktu persembahan di luar negara bersama beberapa band ternama di Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan kejayaan mereka dalam setiap jualan album yang dihasilkan serta konsert yang dijayakan mereka di seluruh Malaysia sebelum ini.
Namun, mengapa Search masih dipandang sepi sebahagian pihak syarikat korporat khususnya telekomunikasi dalam soal memberikan penajaan terhadap konsert mereka ini.
Ironinya, kebanyakan syarikat telekomukanikasi ini lebih bermurah hati pula memberikan penajaan kepada artis atau band muzik dari luar.
Walhal, ada juga segelintir show artis dan band luar ini yang agak mengecewakan dan tidak mendapat sambutan langsung dari kalangan peminat muzik di negara ini?
Inilah dilema yang terpaksa dihadapi Search dalam usaha menjayakan dan merealisasikan konsert sempena sambutan ulang tahun ke-25 Search sehingga terpaksa ditunda dua kali sebelum ini iaitu 27 & 30 Ogos dan 10 & 12 November.
揚ersoalannya, mengapa harus wujud diskriminasi serta layanan kelas kedua kepada artis dan band luar berbanding artis dan band muzik tempatan kita?
揟idak kisahlah kalau mereka mahu bawa atau taja mana-mana artis atau band muzik luar pun, namun setidak-tidaknya bantulah sama artis dan band muzik tempatan," kata vokalisnya, Amy.
Malah apa yang mengecewakan, selama membabitkan diri dalam industri ini, tidak pernah satu pun penajaan yang diterima band muzik otai rock ini daripada mana-mana syarikat telekomunikasi.
揔ami juga tidak tahu kenapa dan apa sebabnya. Namun, itulah hakikatnya. Hendak dapat tajaan daripada mereka pun, kami yang terpaksa usaha sendiri dengan menghantar kertas kerja. Bukan pakai air liur saja.
揔ertas kerja yang dihantar itu pula disertakan pula dengan persembahan yang bersungguh-sungguh. Malah visual mengenai produksi konsert itu turut kami persembahkan sama.
揝iap dengan lakaran pentas, kedudukan sistem bunyi dan juga sistem cahayanya. Pendek kata, kertas kerja yang disediakan itu memang dilakukan secara sempurna, siapkan dengan pecahan bajetnya sekali. Namun, ia tetap dipandang sepi," kata Amy lagi.
Kenyataan Amy itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana hakikatnya memang ada segelintir syarikat telekomunikasi di negara ini yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan artis atau band muzik tempatan.
揃agi, saya mereka yang bersikap begitu sememangnya pekak dan buta. Mereka juga tidak pernah buat kajian sejauh mana prestasi dan peningkatan yang dilalui sejak zaman awal pembabitan mereka di dalam industri muzik hinggalah ke saat ini. Kita membesar dan jadi semakin besar.
揗isalnya dalam konsert reunion Search yang diadakan di Stadium Merdeka kira-kira dua tahun dulu, lebih 40,000 peminat membanjiri stadium itu.
揇an ia sememangnya mencatat satu sejarah buat Search kerana masih ramai peminat kita yang terpaksa menunggu di luar pagar kerana kehabisan tiket. Malah, jumlah penonton yang datang itu juga turut mengatasi jumlah penonton Linkin Park. Walhal jumlah tiket yang dijual ketika itu ialah RM80," katanya.
Jelas Amy lagi, sebagai band yang berpengaruh, apatah lagi dalam saat hendak menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan mereka, Search seharusnya tampil dengan produksi konsert yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
揝ebab itulah kami perlukan sokongan daripada pihak korporat kerana untuk menghasilkan produksi konsert sebegini, ia sekurang-kurangnya memerlukan bajet sekitar RM500,000. Malangnya, sokongan sebegini tidak kami terima daripada syarikat korporat," katanya.
Sehubungan itu, Amy berharap, pihak kerajaan akan dapat meneliti semula mengenai pembabitan syarikat korporat dalam membantu memberikan sokongan terhadap pembangunan industri muzik tanah air kita.
Selain Amy, Search turut dianggotai Hillary Ang sebagai gitaris, Nasir (bassit) dan Yazid (dram) dan konsert mereka ini akan menampilkan Slank sebagai band muzik undangan.
Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-25 Search juga dianjurkan Tiga Events bersama Ozone Events bersama Seketariat Biro Membasmi Dadah Umno Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan. Tiket konsert berharga RM82 & RM47 di Stadium Merdeka (5 Januari) dan di Stadium Larkin, Johor pada 7 Januari (tiket RM37 & RM22). |
|
|
|
|
|
|
|
konsert guitariestories tu ada kumpulan babylon..
adik beradik kembar hassan ngan hussin babylon kan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Search tunda konsert Johor
Oleh Rudy Imran Shamsudin
SELEPAS berhadapan dengan sikap diskriminasi syarikat gergasi terutama telekomunikasi yang enggan menaja konsert artis tempatan, kali ini kumpulan Search terpaksa menunda sekali lagi konsert yang dirancang.
Konsert ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan Search yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Januari dan di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor pada 7 Januari, bagaimanapun terpaksa ditunda bagi lokasi di Johor Bharu.
Penyanyi dan ketua kumpulan rock legenda tempatan itu, Amy berkata, penundaan itu dilakukan bagi menghormati penderitaan dialami penduduk di selatan tanah air yang kini dilanda bencana alam.
揚ada saya merayakan sambutan ulang tahun penubuhan kumpulan Search adalah sesuatu sangat bermakna. Tambahan pula sokongan besar diterima Search datangnya daripada Johor.
揂nggota kumpulan Search sebaik mungkin mahu kegembiraan ulang tahun yang dirancang sekian lama ini dapat dikongsi mereka, namun bagaimana ia dapat dilaksanakan jika ada antara mereka kini sedang bersedih.
揝aya tidak mahu di saat kita sedang bergembira pada malam konsert yang dijadualkan pada 7 Januari itu, ada rakan kita masih lagi bergelumang dengan banjir.
揗ereka kini sedang bersedih kerana kehilangan harta benda. Malah ada yang kematian orang tersayang. Perkara seperti ini harus kita hormati dan kalau boleh cuba membantu apa yang terdaya.
揂da peminat di Johor yang rapat dengan kumpulan Search memaklumkan dia hilang segala-galanya akibat bencana banjir dan kini tinggal sehelai sepinggang.
揗enunda tarikh konsert ini sebenarnya adalah sebahagian daripada rasa tanggungjawab kumpulan Search terhadap peminat yang sedang berhadapan dengan bencana yang tidak dirancang ini.
揃agaimanapun apabila segalanya sudah kembali sedia kala dan masyarakat di Johor sudah dapat melupakan trauma bencana yang dialami, barulah konsert ini akan diadakan, |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Gempar!! Search tarik dari S2 Konsert 5 Januari 2007
berita dari laman Web www.duniasearch.com
Berita Gempar!! Search tarik dari S2 Konsert 5 Januari 2007
2 Januari 2007
SEARCH telah menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert Search 25th Anniversary yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Januari ini. Semenjak 6 bulan yang lepas, pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd telah gagal memenuhi beberapa specificasi SEARCH yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat.
Perkara-perkara yang tidak dipenuhi oleh Tiga Events termasuklah ruang pentas, muzik kualiti, playback (klip video) dan teknik lampu.
SEARCH dan Tiga Events telah bersetuju untuk melantik Jalil Ngah sebagai produser konsert tersebut. Yamaguchi juga telah disebut-sebut sebagai sound engineer yang menjanjikan satu teknologi bunyi yang canggih. Akan tetapi, Jalil Ngah hanya dihubungi oleh pihak Tiga Events minggu lepas. Atas dasar tidak mahu membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga, Jalil Ngah telah menarik diri. Ini adalah kerana notis yang diterima adalah terlalu singkat dan ini akan menjejaskan mutu konsert dan muzik tersebut yang akan disampaikan kepada peminat yang dikenakan bayaran yang agak mahal.
SEARCH membayangkan sebuah konsert yang hebat dan gemilang sebagai hadiah kepada peminat-peminat SEARCH sempena ulangtahun yang ke-25. Konsert tersebut seharusnya menjadi sebuah hadiah istimewa dari SEARCH untuk peminat-peminatnya. Disebabkan SEARCH tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert-konsert biasa lain seperti Jom Heboh, SEARCH sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan oleh Tiga Event (anak syarikat TV3).
SEARCH hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Search Terus Rock n Roll
aku dah plan nak pegi konsert ni... ingatkan dah conform, selepas few times tertangguh... kalau dulu coz penaja ( syarikat telekomunikasi) buat hal... last minit tak jadi sebab dia ada taja konsert lain dekat2 tarikh 5hb tu... sekarang nie pengajur lak buat hal... tak boleh bagi kemudahan yg terbaik untuk band lagenda tanah air sendiri...
apa pun niat Search untuk buat hanya konsert yg terbaik untuk peminat sempena ulangtahun mereka yg ke 25 harus dipuji... Hidup Search...
keep on rock n roll |
|
|
|
|
|
|
| |
|