|
THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]
[Copy link]
|
|
Reply sakura2503
klu x silap aku...jacob pn x jd tua jika dia kekal dlm bentuk werewolf...
& s ...
chaoyunjie Post at 15-12-2011 23:35 
ooo..aku x prasan plak masa baca New Moon dulu... hehe.. sbb tu kena baca balik semua buku Twilight ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 541# leon_mclaren78
pemahaman aku based buku Bm tu la...heheh nnt ko bca...cba la cek smula ye |
|
|
|
|
|
|
|
hehe...slmt membace! translation aku kat sinii main blasah jah! Mlm ni aku x larat nk translat ...
leon_mclaren78 Post at 16-12-2011 00:26 
yg versi melayu tu mcm buku ko tgh baca skang nie..sbb apa yg ko citer masa chapter memula tu sama ngan apa yg aku tgh baca skang nie..so x ikut movie la...lgpun tgk buku breaking dawn versi melayu nie dah ada seblum movie kuar.... |
|
|
|
|
|
|
|
buku versi BM tu ada e-book tak? kalo ada, nak gak baca.... hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
sukaaaa lak aku mbaca sinopsis si leon nieee aarrr...terus kan usaha kamu tuu keh........... |
|
|
|
|
|
|
|
buku versi BM tu ada e-book tak? kalo ada, nak gak baca.... hehe...
ladydolph Post at 16-12-2011 08:14 
hehe.. x de pengarang lg nak transelit ke E-book versi melayu....kalu aku ada masa boleh laa gak buat..ikut jer novel yg aku beli nie kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhahaha....hello team jacob...
aku pon team jacob gak.
nk tau, jacob ni sama mcm dgn ...
sakura2503 Post at 15-12-2011 14:39 
jacob tak makan tua.
btw... dia bukan serigala jadian pun. dia org adolah shapeshifter... actually dia org bleh je shift jadi bentuk lain.
somehow sebab kewujudan vampire..poi shapeshift jadik warewolves maybe sebab warewolves yg bleh bunuh vampire.
billy tua sebab dia bukan shapeshifter... gene skip generation gitu |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik dr tgk kat times sqre 
baby renesmee sgt sgt comel ok  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 547# wa'ah
oic, dia ni shapeshifter...
dia boleh berubah2 bentuk jd menda2 lain la...
mcm tu dia boleh la bertukar jd peti ais (kalau dia nak)... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 17-12-2011 22:58
Chapter 11 : Complications
Kat kelas, semua student dok pandangggg je Edward & Bella bjalan masuk & duk kat table diaorg. Masa duduk tu Bella dapati Edward x jarakkan lagi kerusi dia. Lupa nk bgtau...sblm ni kat dlm kelas, Edward mmg cuba duk sejauh yg boleh dari Bella sbb Edward x tahan bau darah Bella sedap sgt & dia takut x dpt kawal diri terkam Bella! Kalo kat muvi Twilight, ada delete scene Edward berangan terkam Bella masa kat dlm kelas! hehe... So skrg ni Edward duk rapat2 plak dgn Bella, sampai lengan diaorg hampir2 bersentuhan. Hari tu lecturer diaorg, Mr. Banner adakan subjek menonton muvi klasik... maybe subjek sastera kot. Mr. Banner tutup suis lampu & on tv serta video player. Kelas tu jadi gelap ala2 kat dlm panggung wayang. Start mula menonton sampai abis tayangan Bella x dpt tumpukan perhatian kat TV tp dia sibuk melayan feeling... Bila Edward duduk dkt sgt2 dgn dia mcm tu, Bella terasa mcm ada 'arus letrik' mengalir dari Edward terus ke badan dia. Bella sedaya upaya cuba mengawal diri dari menyentuh Edward sedangkan kat dlm hati dia nk je buat mcm tu! Bella berpeluk tubuh je sambil curi2 pandang Edward kat sblh dia dgn ekor mata... Bella rasa dia btul2 dh gilakan Edward, tp dia tpaksa berlagak mcm biasa. Sib baik la Edward x bleh baca fikiran Bella... kalo x...malunyeeee...
Lps sejam, tayangan muvi tu tamat...Bella rasa lega sbb sejam tu terasa sungguh panjang. Dia sendiri x tau muvi apa yg Mr. Banner tayang td. Bila lampu dh on, Edward pandang & senyum kat Bella... dia kata muvi tu interesting. Bella just mengiyakan je. Bella mengeluh sbb lps ni dia kena g kelas gym. Edward temankan Bella pergi ke kelas gym tu, diaorg senyap je. Sampai je kat dpn kelas, diaorg brenti... Edward pandang Bella dgn ekspresi yg sedih, tp masih nampak gojes, buatkan Bella teringin nk menyentuh Edward! Bella nk ucap goodbye, tp dia rasa mcm tersekat kat tekak dia...suara x kuar! Then Edward angkat tangan dia & dgn penuh hati2 hujung jarinya menyentuh pipi Bella. Jari Edward dingin sgt2, tp Bella rasa sentuhan Edward tu terasa hangat! Pastu Edward terus pergi dari situ. Bella terus masuk ke kelas gym.
Kat gym Bella kena berlatih main badminton. Mike tawarkan diri nk jadi partner dia. Bella ekceli risau kalo masuk kelas gym sbb dia slalu x dpt nk balance diri dia... dia slalu jatuh tergolek. Mike faham masalah Bella, dia bgtau Bella, dia akan cover Bella. Tp masa main badminton dgn Mike, Bella memukul kepala dia sendiri & juga blkg Mike dgn raket dia. Tp Mike mmg terer main badminton, diaorg menang 3 kali games. Abis je main, Mike mula berbual dgn Bella, "Jadi... awak dgn Cullen, ya?" Suara Mike mcm x puas ati jah. Perasaan terima kasih & penghargaan terhadap Mike tetiba je hilang. Bella rasa kurang senang & jawab, "Itu bukan masalah awak Mike." Tp Mike terus bg komen, "Sy x suka awak dgn dia!" Bella jwb, "Awak x perlu rasa mcm tu." Mike masih bagi komen dia, "Cara dia pandang awak mcm... mcm awak ni makanan yg lazat!" Bella x menjawab, tp dia terus g bilik loker utk tukar pakaian.
Bella cpt2 tukar pakaian, argument dgn Mike td ditolak tepi sbb skrg dia rasa mcm 'ada rama2 kat dlm perut'..hehe.. dia rasa nervous... dia meneka kalo2 Edward sdg menunggu dia, ataupun dia terus pergi ke keta Edward & jumpa dia kat sana. Tp mcm mana kalo adik-bradik dia pun ada sama kat situ nnt? Tetiba Bella rasa risau... agak2nya diaorg tau ke yg dia dh tau rahsia diaorg semua? Masa ni Bella buat keputusan nk terus berjalan kaki balik umah tanpa melihat ke arah parking. Tp sesia je sbb masa berjalan kuar, dia tnampak Edward tgh bersandar kat dinding kelas gym. Bella x de pilihan, dia terus mendptkan Edward..."Hai!" Bella menyapa Edward dgn senyuman. "Hello!" Edward menjawab tersenyum juga...menawan! "Mcm mana gym?" Edward saja tanya Bella. Bella cuba cover, "Semuanya ok!" Edward tanya lg, "Betul ke?" Mata Edward memandang ke arah blkg Bella, Bella segera menoleh... Mike ada kat situ! "Kenapa?" Bella cuba menduga Edward. Pandangan mata Edward kembali semula ke arah Bella, "Newton mengganggu fikiran sy." Bella mula berasa annoying, "Awak bukan mendengar fikiran dia kan?" Edward terus bertanya, "Mcm mana kepala awak..ok ke?" Bella x menjawab, dia terus memusingkan badan & berjalan sambil komplen, "Sy betul2 susah nk percaya awak suka buat mcm ni!" Bella mula rasa rimas sbb Edward mengawasi dia melalui cara membaca fikiran kawan2 dia. Edward dgn pantas terus jalan di sebelah Bella & bgtau, "Awak yg ckp sy x tau mcm mana keadaan awak kat dlm gym... so sy rasa nk tau sgt2!" Diaorg berjalan beriringan tanpa berkata apa2 ke arah keta Edward. Perasaan Bella berbaur geram & malu.
Masa nk masuk dlm keta Edward tanya Bella, "Awak masih marah kat sy lg?" Bella selamba menjawab, "Dh tentu." Edward menarik nafas & bertanya lagi, "Kalo sy minta maaf, awak sudi maafkan x?" Bella menjawab, "Mungkin ya...kalo awak btul2 menyesali perbuatan awak...dan berjanji x akan buat mcm tu lg." Then Edward bertanya lg, "Mcm mana kalo sy btul2 menyesali perbuatan sy tu...dan sy setuju awak drive keta Sabtu ni?" Bella berfikir sebentar & rasa bagus juga kalo dpt offer mcm ni, then dia jwb, "Setuju!" Then Edward ckp, "Jadi... sy minta maaf sbb buat awak marah. Awal pagi Sabtu nnt sy akan muncul di dpn pintu rumah awak!" Bella menjawab, "Emm.. mcm mana kita nk explain kat ayah sy kalo dia nampak Volvo kat tepi jalan nnt?". Edward hanya tersenyum & menjelaskan, "Sy x bercadang pun nk bawa keta. Jgn risau, sy akan ada kat sana tanpa keta!" Bila sampai dpn umah Bella, Edward berenti keta kat blkg trak Bella. Bila Bella pandang Edward, dia dapati Edward pun tgh pandang dia... jauh ke dlm mata Bella. Dia bertanya Bella, "Dan..awak masih nk tau kenapa awak x boleh tengok sy masa berburu kan?" Bella menjawab, "Ya.. sy hanya nk tau mcm mana reaksi awak." Edward bertanya lg, "Sy ni menakutkan awak ke?" Bella menjawab & cuba berbohong, "Tak!" Tp Edward x mudah percaya.. "Sy minta maaf sbb menakutkan awak. Tp mmg awak x patut berada di tpt kami berburu." Bella ingin tahu, "Teruk sgt ke keadaannya?" Edward menjawab, "Ya..sgt2 teruk! Masa kami berburu, kami hampir hilang kawalan bila terhidu bau darah. Bygkan kalo awak ada dkt dgn sy masa tu..." Edward bercerita dlm keadaan yg tidak rela & berat hati. Bella nampak Edward memejamkan mata. "Bella, sy rasa awak patut masuk ke dlm rumah skrg." Bella buka pintu keta & berhati2 menutupnya. Then tetiba cermin pintu keta diturunkan. "Oh ya Bella, esok giliran sy pula." Bella kurang jelas & bertanya, "Giliran utk apa?" Edward tersenyum & berkata, "Giliran sy bertanya soalan kpd awak!" Kemudian Edward terus memecut pergi & hilang dari pandangan. Bella hanya tersenyum masa berjalan masuk ke rumah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 17-12-2011 23:08
...sambungan chapter 11...
Mlm tu Bella mimpikan Edward lg mcm selalu. Pagi esoknya Bella cpt2 bangun & bersiap2 utk ke kolej. Sebaik2 je keta Charlie pergi, Bella cpt2 melihat di tingkap. Dia ternampak keta Volvo silver di tepi jalan. Edward sengaja park keta di tepi jalan awal2 pagi sbb nk pastikan Charlie mmg ternampak keta tu park kat situ. Bella rasa seronok pulak buat plan yg pelik mcm ni! Edward dh ada menunggu di dlm keta dia. Masa Bella masuk ke dlm keta, Edward tersenyum -- dlm keadaan yg sgt2 gojes! "Slmt pagi!" Suaranya cukup menawan! "Apa khabar awak hari ni?" Bella menjawab, "Baik, tima kasih!" Bella rasa dia mmg sentiasa dlm keadaan yg sgt2 baik --- setiap kali Edward ada di sisinya! Edward menegur Bella, "Tp awak nampak letih." "Bella menjawab, "Sy x dpt tido lena." Edward dgn nada melawak menjawab, "Sama la dgn sy." Edward menghidupkan enjin keta. Bella ketawa mendengar jawapan Edward. "Ya lah, sy sepatutnya tido lebih lama sket dari awak! Jadi... apa yg awak buat mlm td?" Bella bertanya. Edward ketawa kecil & berkata, "X ada apa pun! Hari ni giliran sy tanya awak soalan." Bella rasa agak tertekan, "Oh ya lah.. apa yg awak nk tahu?" Bella x dpt bygkan apa perkara yg Edward minat nk tau ttg diri dia.
Edward terus bertanya, "Apa warna kegemaran awak?" Bella menjawab, "Mungkin coklat." Edward bertanya, "Coklat?" Bella menjelaskan, "Ya, Coklat warna yg menarik... byk benda yg berwarna coklat...batang pokok, batu, tanah...tp semuanya dh dilitupi daun2 hijau di sini." Edward mendengar penuh minat, dia berfikir sebentar & melihat mata Bella, "Awak betul... warna coklat mmg menarik!" Sampai di kolej, Edward menoleh ke arah Bella sambil meletakkan keta di petak parking. "CD lagu apa yg ada kat dlm CD player awak skrg?" Bella teringat CD player hari tu, dia x kuarkan lg CD yg dihadiahkan Phil dulu. Bella terus bgtau Edward nama CD band yg berada dlm CD player dia tu. Edward tersenyum bila mendengar nama band yg disebut Bella. Dia menekan butang kompakmen CD player keta dia & mengambil CD tersebut serta menyerahkan kpd Bella. Itu CD yg sama! Lps tu Edward tanya mcm2 lg perkara tg diri Bella -- ttg muvi apa yg Bella suka & x suka, tpt2 yg Bella dh pernah lawati & juga tpt2 yg Bella ingin lawati, dan juga buku kegemaran. Kdg2 Bella terasa mcm sdg menjalai sesi soalan psychiatric dgn edward. Semua soalan2 yg ditanya Edward biasa je sampai Bella risau kalo2 jawapan dia membosankan Edward... tp Edward kelihatan berminat je.
Spt smlm, hari ni ada kelas menonton muvi lg. Spt smlm juga Bella sedaya upaya mengawal diri bila lampu dipadamkan. Dia masih terasa ada arus letrik mengalir dari Edward ke badannya. Lps habis kelas muvi, Bella kena g kelas gym juga mcm smlm. Edward tetap menunggu Bella sampai habis kelas. Kemudian diaorg balik sama2 & dlm pjalanan Edward masih bertanya byk soalan kat Bella. Sampai di dpn umah, Bella tanya Edward, "Dh abis ke soalan yg awak nk tanya sy?" Edward menjwb, "Ada lg sebenarnya... tp ayah awak dlm pjalanan balik umah." Bella bertanya, "Kita dh lewat sgt ke?" Edward menjawab, "Dh senja pun.." Edward terdiam seketika & kelihatan merenung jauh. Bella memandang mata Edward, kemudian mata Edward beralih ke arah Bella, "Skrg masa yg paling selamat utk kita... tp juga masa yg paling menyedihkan utk kita sbb hari ni dh berlalu dgn cpt, dh hampir mlm." Bella menjawab, "Sy suka mlm.. sbb kita boleh nampak bintang." Edward hanya ketawa, mood dia nampak baik. "Charlie akan sampai ke sini dlm masa beberapa minit lg... adakah awak nk bgtau dia ttg rancangan kita Sabtu ni?" Bella cpt2 menjawab, "Sy x akan bgtau, terima kasih! Jadi esok giliran sy pulak kan?" "Bukan...masih giliran sy, kan sy bgtau awak td sy blum abis tanya awak lg", jelas Edward. Bella mcm x puas ati, "Apa lg yg awak nk tanya sy?" Edward keluar & membuka pintu keta utk Bella, "Awak akan tau esok!" Tetiba Edward mcm terkaku di situ & kemudian dia bersuara, "Ini x bagus.." Bella hairan, "Kenapa?" Edward memandang Bella, "Ada perkara yg merumitkan bakal tiba." Edward segera masuk ke dlm kereta & bersedia utk memecut. Edward sempat bgtau Bella, "Charlie dh hampir nk sampai ke sini" , sambil Edward memerhati sebuah kereta lain yg muncul dari hujung jalan. Bella nampak Edward memandang ke arah kereta yg dtg seperti dia nampak sesuatu.. ekspresi wajahnya nampak berlainan & mcm kecewa disbbkan sesuatu. Edward terus memecut pergi. Hujan serta-merta turun.
"Hai Bella," tetiba tdengar suara yg kenali daripada kereta hitam yg baru sampai di dpn umah Bella. "Jacob?" Bella menyapa. X lama kemudian keta Charlie pun sampai ke situ. Jacob dh pun keluar dari keta dia. Kat sblh passanger seat Bella tnampak ada seorg lelaki yg agar berumur duduk kat situ & Bella segera teringat lelaki tu ialah Billy Black, ayah Jacob. Billy mengamati Bella. Bella hanya tersenyum kat Billy tp wajah Billy nampak mcm terkejut ataupun mungkin nampak mcm ketakutan.. serta-merta senyuman Bella hilang. Td Edward ada menyebut 'perkara yg merumitkan'. Billy masih merenung ke arah Bella dgn pandangan bimbang. Bella mengeluh..adakah Billy mmg dh tau siapa Edward? Adakah dia percaya dgn legenda puak yg Jacob sendiri pun x percaya? Jawapannya mmg jelas di dlm mata Billy... ya dia mmg percaya!
-tamat chapter 11- |
|
|
|
|
|
|
|
a'ha chapter nie aku dah katam dah ptg nie...skang sampai kat diorg lepak kat padang berbunga liar kat dlm hutan tu....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
o ye... sori smlm aku layan Merlin kat TV3... x sempat nk wat posting kat sini... hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Suke tgk eclipse scene bella ajak edward ehem2 kt bedroom tuh, sebab ada lagu peberet iolss... My love - Sia  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 18-12-2011 16:57
Chapter 12 : Balancing
Bila Charlie kuar je dari keta dia, dia terus greet Billy & Jacob. Bella masuk ke dlm rumah & on semua lampu, dia hanya memerhati Charlie & Jacob membantu Billy di atas wheelchair masuk ke rumah. Charlie nampak hepi & bgtau Billy betapa lama diaorg dh x dtg melawat dia. Sambil menjawab, Billy mengerling ke arah Bella, "Sy harap kami dtg bkn pd masa yg salah." Ekspresi wajah Billy sukar utk dibaca. Charlie menjawab, "Jgn risau, nnt awak duduk la lama sket sampai game abis." Kemudian Jacob menyampuk, "Mmg itu la rancangan kami sbb TV kami dh rosak minggu lepas." Billy memandang Jacob, "Dan juga sbb Jacob sibuk sgt nk bertemu Bella!" Jacob nampak agak sentap & malu. Kemudian Bella mempelawa diaorg mkn, tp Billy bgtau diaorg dh siap2 mkn sblm dtg td. So Bella hanya sediakan makanan utk Charlie, dia terus ke dapur bila Charlie & Billy terus ke ruang tamu menonton TV.Kat dapur Bella terasa ada org di blkg dia. "Jadi ada apa2 cerita ke?" Jacob bertanya. Bella hanya menjawab, "Segalanya ok je. Awak pulak mcm mana, dh siap ke keta yg awak baiki tu?" Jacob menjelaskan, "Belum lg sbb sy kena cari alat ganti. Eh, trak awak ada apa2 masalah ke?" Bella menjawab, "X ada lah." Then Jacob berkata lg, "Oh... sy ingat ada masalah sbb sy tgk awak x drive pun trak tu." Bella menjawab kembali, "Sy tumpang keta kawan ke kolej." Jacob bertanya lg, "Cantik keta kawan awak tu. Sy x perasan siapa dia, sbb sy kenal hampir semua budak2 kat kawasan ni. Tp nampak mcm ayah sy kenal kawan awak tu." Bella x menjawab, dia sibuk sediakan mkn mlm utk Charlie & meminta Jacob menghulurkan pinggan kosong kpd dia. Jacob bertanya Bella, "Jadi... siapa dia?" Nampaknya Jacob masih berminat nk tau, Bella mengalah, "Edward Cullen." Bella hairan bila Jacob ketawa, Bella merenung Jacob. Jacob kelihatan tersipu seketika & berkata, " Patut la ayah sy nampak lain mcm je td!" Bella menjawab, "Yalah, nampaknya dia x sukakan kuarga Cullens." Jacob merungut, "Mmg org tua tu suka percaya benda2 karut!" Bella bertanya Jacob, "Awak rasa ayah awak akan cerita ke ttg Cullen kat ayah sy?" Jacob memandang Bella seketika & berkata, "Sy x rasa dia akan cerita."
Namun Bella masih risau kalo2 Billy buka cerita pasal hal Cullen & mengaitkannya dgn hubungan dia dgn Edward. Bella duduk bersama2 diaorg kat dpn TV sampai games habis. Masa tu Bella plan kalo Billy cuba timbulkan hal ni, dia akan cuba halang. Bella x berani nk tinggalkan Charlie dgn Billy. Last2 bila game habis, Billy & Jacob nk berangkat pulang ke rumah. Sebelum keluar, Billy ucap terima kasih kat Charlie & dia sempat juga memandang Bella sambil berkata dlm nada yg agak serius, "Bella, jaga diri awak bebaik." Mlm tu Bella x mimpi apa2 sbb mungkin dia terlalu letih. Esoknya dia bangun seperti biasa, masa dia turun ke bwh utk bersarapan Charlie menegur, "Awak nampak ceria hari ni." Bella hanya menjawab, "Hari ni Jumaat!" Bila Charlie dh bertolak pergi keja, Bella cpt2 keluar & dia ternampak Edward sedang duduk menunggu dlm keta Volvo dgn cermin pintu yg diturunkan & enjin keta yg telah dimatikan. Bella terus masuk ke seat sebelah Edward. Edward tersenyum ke arah Bella -- membuatkan Bella berasa mcm nafas & jantungnya terhenti seketika. Bella x dpt nk gambarkan kalo2 ada lg makhluk yg lebih gojes dari Edward sbb segala yg ada pd Edward nampak sudah cukup sempurna.
"Awak tido lena x mlm td?" Edward bertanya. Bella sempat berfikir.. mungkin ke Edward sedar betapa suaranya sgt2 menarik! Bella berlagak spt biasa, "Baik2 saja. Mcm dgn awak mlm td?" Edward menjawab, "Sgt menyenangkan!" Edward masih tersenyum. Bella bertanya, "Boleh sy tanya awak sesuatu?" Edward segera menjawab, "X boleh! Hari ni hari sy!" Dia hanya tersengih & memulakan sesi soal jawab dgn Bella. Edward byk bertanya Bella ttg ibunya, Renee -- ttg hobi, apa yg mereka akan buat bila ada masa lapang, juga ttg nenek Bella, kawan2 sekolah --- dan yg buat Bella rasa segan & malu bila Edward bertanya ttg budak2 lelaki yg dia pernah dating. Bella mendedahkan yg dia x pernah kuar dating dgn sesapa pun masa di Phoenix. Edward kelihatan terkejut, sama sepertimana reaksi Jesssica & Angela masa dia bgtau diaorg dulu. Edward bertanya, "Jadi awak x berjumpa lelaki yg sesuai dgn awak ya?" Bella menjawab, "Kat Phoenix mmg x ada." Masa di cafeteria, Edward bersuara, "Sy sepatutnya biarkan awak drive keta sendiri ke kolej hari ni." Bella hairan, "Kenapa?" Edward menjawab, "Sy nk kuar dgn Alice lps lunch ni." Bella terkebil2 dlm perasaan yg agak kecewa, "Oh..x apalah kalo mcm tu, sy boleh jln kaki blk umah nnt." Edward cpt2 bersuara, "Sy x akan buat awak berjalan kaki balik umah. Kami akan amik trak awak kat umah & tinggalkan kat sini utk awak." Bella menjelaskan, "Tp sy x ada kunci trak dgn sy skrg. Sy pun x kisah kalo berjalan kaki blk umah." Edward menggelengkan kepala,. "Trak awak akan berada kat sini, kuncinya akan ditinggalkan kat palam kunci dlm keta --- kecuali kalo awak takut ada org nk curi!" Edward ketawa. Bella bersetuju. Dia bertanya, "Jadi awak pergi mana kejap lg?" Edward menjawab, "Berburu. Kalo esok kita keluar berdua, sy akan lebih berhati2... tp awak masih boleh batalkan kalo awak rasa x nk pegi."
"Sy x nk batalkan. Pukul berapa sy mesti jumpa awak esok?" Bella bertanya. Edward menjawab, "Terpulang kpd awak... esok Sabtu, awak x nk tido lama sket ke?" "Bella cpt2 menjawab, "Tak!" Edward tersenyum & berkata, "Kalo mcm tu kita jumpa mcm biasa la. Charlie ada ke esok?" Bella menerangkan, "Tak...dia pergi memancing dgn kawan dia esok. Jd apa yg akan awak buru mlm ni?" Edward menjawab, "Apa2 saja yg kami temui nnt. Kami x akan pergi jauh." Bella masih bertanya, "Kenapa kali ni awak pergi dgn Alice?" Edward menerangkan, "Alice byk menyokong sy. Yg lain2 tu sy ragu2 sket." Bella mencuri pandang adik-bradik Edward yg lain kat meja biasa diaorg lepak tu. Then Bella bg komen, "Diaorg x akan suka sy." Edward x setuju, "Bukan mcm tu, diaorg hanya x faham kenapa sy x boleh berenggang dgn awak." Bella menjawab, "Sama la...sy pun x faham kenapa!" Edward menggelengkan kepala perlahan2, "Sy dh bgtau awak... awak sendiri x nampak dgn jelas ttg diri awak sendiri. Awak x sama spt org lain yg sy kenal. Awak membuatkan sy rasa tertarik sgt2. Awak bkn spt org lain, tindakan mereka mudah utk dijangka. Tp awak selalu berikan sy kejutan." Bella hanya diam & memandang ke arah meja Cullens sambil berfikir kata2 Edward buat dia rasa mcm dia adalah subjek kajian sains! Tetiba Rosalie mamancang ke arah Bella dgn pandangan yg semacam.. Bella seakan2 x mampu nk mengalih pandangan dari Rosalie, Edward tiba2 mendesis perlahan & Rosalie segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Barulah Bella dpt mengalih padangan ke arah Edward. Edward bersuara, "Maafkan sy pasal tu.. dia hanya bimbang... bahaya kalo sy byk abiskan masa dgn awak di tpt awam mcm ni... dan berakhir dgn kejadian yg x diingini." Kemudian Edward menekup muka dgn tangannya. Bella ingin menenangkan Edward, tp dia x pasti mcm mana. Tgn Bella hampir mencapai Edward tp dia cpt2 turunkan tgn dia kat atas meja..risau kalo2 reaksi dia buatkan keadaan bertambah kusut.
Seketika kemudian Bella cuba berlagak normal, "Awak dh nk pergi skrg ke?" Edward menurunkan tgn dari muka dia & menjawab, "Ya." Kemudian mood dia mcm bertukar ok.. dia kembali tersenyum. Alice tetiba muncul kat blkg Edward. Edward memperkenalkan Alice kpd Bella. Alice segera menegur Bella sambil memberikan senyuman yg mesra, "Hai Bella! Akhirnya kita dpt juga berjumpa." Suara Alice pun sama menawan sepertimana Edward. Bella membalas kembali, "Hai Alice!". Edward hanya memandang Alice dgn pandangan yg bimbang. Alice bertanya Edward, "Awak dh bersedia nk pergi ke?" Edward menjawab, "Hampir bersedia... jumpa awak kat dlm keta nnt." Alice segera berlalu dari situ, pergerakannya sgt lancar buatkan Bella rasa iri hati. Bella berkata kpd Edward, " Patut ke sy ucapkan 'semoga berseronok' kpd awak, atau perkataan tu sesuatu yg kurang sesuai bagi awak?" Edward menjawab, "Tak la...perkataan tu ok je." Kemudian Bella berkata, "Jadi...semoga berseronok, ya!" Edward tersengih & berkata, "Sy akan cuba! Awak pun... jaga diri baik2. Janji dgn sy. Jgn terjatuh!" Bella hanya berkata, "Sy akan cuba sedaya upaya sy!" Mereka segera bangun dari kerusi & Bella berkata kpd Edward, "Jumpa awak esok." Edward menjawab, "Tentu awak rasa spt masa lambat nk berlalu kan.. sy akan jumpa awak pagi esok." Edward tersenyum lg. Seperti hari tu, tangan Edward menyentuh pipi Bella perlahan2, dan kemudian dia memusingkan bdnnya & segera berlalu dari situ. Bella hanya memandang Edward sehingga dia hilang dari pandangan.
...bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok..tunggu sambungan..hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Suke tgk eclipse scene bella ajak edward ehem2 kt bedroom tuh, sebab ada lagu peberet iolss... My lo ...
Keduarc Post at 18-12-2011 14:40 
oo...terima kasih ks tajuk lagu erk....aku tgh download nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 559# honeybee80
Mmg layan giler lagu tuh  |
|
|
|
|
|
|
| |
|