|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MOTHER NATURE IS THE ULTIMATE INSPIRATION
[Copy link]
|
|
Or yg sebetulnya hasil tepekan
|
|
|
|
|
|
|
|
Takperlah.. janji semua happy
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 13-11-2024 09:56 PM
prektis make perfek
Betui..
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti dinobat Biduanita Negara
[size=14.399999618530273px]Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, malam ini.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, malam ini.
Penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia. Sempena gelaran Biduan Negara itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu. Terdahulu, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin turut melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul Sejarah. Katanya, lagu berkenaan ditujukan khas untuk peminatnya. "SN Legacy Sdn Bhd & Universal Music Sdn Bhd menerbitkan buah tangan terbaharu, Sejarah. "Khas buat seluruh peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pencinta muzik di mana sahaja," katanya dalam satu hantaran di Instagram. ASN 2024 adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan dalam bidang kesenian negara, mampu melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia. Untuk rekod, ASN sudah diadakan sebanyak lapan edisi bermula 1993, 1995, 1997,1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir penganjurannya adalah pada 2009 dengan tokoh pernah menerima ASN ialah Tan Sri Dr Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Dr Ahmad Nawab (Seni Muzik) dan Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan). ASN diperkenalkan pada 1993 untuk mengiktiraf pencapaian menakjubkan penggiat seni dalam pelbagai cabang seni seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323563/siti-dinobat-biduanita-negara
|
|
|
|
|
|
|
|
Ina nafi anak kedua tak restui perkahwinan
[size=14.399999618530273px]Ina tampil menjelaskan ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri pada majlis pernikahannya kerana tertidur.
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Ina Naim tampil menjelaskan ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri, 14, pada majlis pernikahannya kerana tertidur.
Menerusi sesi langsung di TikTok, Ina ditemani suami baharu, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, berkata Sallman juga sengaja menyibukkan diri dengan membantu kerja di luar kerana takut diserbu media. "Ramai tanya pasal Sallman, hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elakkan wartawan bertanyakan soalan kepadanya. "Dia takut wartawan kejar, masa saya tengah sibuk mekap, dia kata ibu ramainya wartawan."Lepas itu, adik-beradiknya beritahu mungkin dia ke kubur arwah bapanya. Kemudian, Sallman ke masjid dan balik ke rumah. "Saya agak dia merajuk, rupa-rupanya Sallman masuk dalam bilik dan tertidur," kata Ina. Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Sallman tidak merestui pernikahan ibunya apabila wajahnya tidak kelihatan dalam video majlis perkahwinan Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu. Menurut Ina lagi, Sallman tidak seperti anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang sentiasa bersedia dan yakin berdepan media. "Dua anak perempuan saya wartawan tak bertanya. Hadie pula memang sentiasa bersedia, manakala Sallman tak berani nak bercakap," kata Ina. Dalam sesi langsung sama, Ina kelihatan cukup bahagia berkongsi suaminya memiliki persamaan dengan arwah suaminya yang juga penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad kerana suka memberikan kejutan bunga kepadanya. "Suami rajin beri bunga sama macam arwah suami. Sampai sehari sebelum nikah pun masih beri saya bunga. "Dia turut hadiahkan bunga untuk SS (Suhaimi) untuk diletakkan di kuburnya. "Bunga yang diberikan untuk saya banyak sangat hingga saya terpaksa buang. "Banyak persamaan suami dengan arwah, itu yang buatkan saya rasa Allah Maha Kaya," kata Ina. Ina dan Mohd Khairul berkenalan dalam media sosial apabila lelaki yang bertugas sebagai jurutera itu memulakan langkah dengan menghubungi Ina pada Mei lalu. Mohd Khairul berstatus duda kepada dua cahaya mata adalah peminat setia Allahyarham Suhaimi dan sangat mengidolakan cara penyanyi itu mendidik anak-anak dengan ilmu agama. Sementara itu, Ina bergelar balu selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada 15 November lalu.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1323524/ina-nafi-anak-kedua-tak-restui-perkahwinan
|
|
|
|
|
|
|
|
RM12.8 bilion wang tidak dituntut milik awam
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM12.8 bilion direkodkan sebagai Wang Tidak Dituntut (WTD) milik awam sehingga Oktober lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata jumlah itu adalah baki daripada RM17 bilion nilai keseluruhan WTD yang diserah syarikat dan firma. "Sehingga tempoh 31 Oktober lalu, jumlah keseluruhan WTD yang diserah oleh syarikat dan firma adalah berjumlah RM17 billion. "Jumlah bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak adalah RM4.2 bilion menjadikan baki WTD sehingga 31 Oktober lalu berjumlah RM12.8 bilion," katanya pada sesi penggulungan Rang-Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini. Amir Hamzah berkata, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melaksanakan 184 reruai di seluruh negara bermula 2022 bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam membuat tuntutan. "Taklimat juga diadakan kepada syarikat dan firma, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain bagi memberi kesedaran berkenaan WTD. "Sepanjang 2024, JANM sudah mengadakan sebanyak 108 taklimat," katanya. Mengenai cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, supaya kerajaan mempunyai perancangan melakukan pengesanan pemilik atau waris menggunakan data terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya wang itu dapat dikreditkan terus secara automatik ke dalam akaun mereka, Amir Hamzah berkata, pihaknya akan meneliti perkara terbabit. "Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat (YB) Pekan dan kami akan meneliti perkara ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323567/rm128-bilion-wang-tidak-dituntut-milik-awam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cadang harga makanan restoran mamak dinaikkan, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor beri penjelasan esok
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Armizan bercakap kepada pemberita pada Majlis Menandatangani MoU Perkongsian Data Harga antara KPDN bersama Mydin dan Redtick, di Subang Jaya, hari ini. - FOTO BERNAMA
SUBANG JAYA: Persatuan Usahawan India Muslim Johor akan dipanggil memberi penjelasan, esok, berhubung cadangan persatuan itu untuk menaikkan harga makanan sekurang-kurang lima peratus mulai tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada persatuan itu untuk menjelaskan sebab cadangan kenaikan harga berkenaan, mengikut Seksyen 21.2 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. "Disebabkan persatuan ini baru saja membuat pengumuman untuk tahun depan, kita bertindak proaktif kerana tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perkongsian Data Harga antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Mydin dan Redtick, di sini, hari ini. Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu kos operasi mereka terus meningkat dan pelaksanaan gaji minimum mulai tahun depan dijangka melonjakkan lagi kos operasi.
Justeru, pengusaha restoran mamak dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula dari lima peratus, mulai tahun depan. Mengulas lanjut, Armizan memberi contoh sebelum ini melalui Ops Kesan 2.0, KPDN telah mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan berikutan penyasaran subsidi diesel serta kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). "Ada pihak yang membuat pengumuman kenaikan harga tetapi setelah dipanggil dan diminta memberikan penjelasan, didapati alasan tersebut tidak relevan. "Contohnya, sektor pembinaan mendakwa kenaikan harga disebabkan penyasaran subsidi diesel, sedangkan sektor itu sebenarnya tidak layak menggunakan diesel bersubsidi," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mengeluarkan notis dan mengambil tindakan bawah Ops Kesan 2.0 untuk memastikan kenaikan harga hanya dibuat berdasarkan kos sebenar yang relevan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323521/cadang-harga-makanan-restoran-mamak-dinaikkan-kpdn-panggil-persatuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran Biduanita Negara lambang penghargaan pejuang seni - Siti Nurhaliza
[size=14.399999618530273px]Siti menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024. - Foto Ihsan Siti Nurhaliza
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Penyany tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan Anugerah Khas Biduanita Negara yang diberikan kepadanya bukan sekadar pengiktirafan terhadap kerjaya seninya, tetapi juga didedikasikan buat semua pejuang seni tanah air.
Sambil memanjatkan kesyukuran, Siti atau nama sebenar, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, mengakui pengiktirafan diterima itu hadir dengan tanggungjawab yang cukup besar untuknya terus menabur bakti dalam bidang yang menjadi kecintaannya sejak hampir tiga dekad lalu. "Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024. "Terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi atas anugerah ini. "Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seni, namun lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanahair. "Amanah dan kepercayaan ini juga adalah satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman. "Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat. Sayq berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik. "Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara," katanya melalui satu kenyataan media. Sehubungan itu, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu berjanji akan terus bekerja keras tanpa mengenepikan nilai positif dalam setiap karya dihasilkan yang menjadi tanda dagangnya selama ini. "Justeru, saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga dan dihargai kerana inilah warisan yang perlu dipelihara," luah pemenang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 itu. Dalam pada itu, penganugerah itu turut mengembalikan ingatan Siti terhadap kata-kata yang pernah diucapkan arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang mengaitkan lagu Bunga Melur dengan keperibadian dirinya. "Dalam meraikan detik paling manis dan bermakna ini, ingatan saya tertoleh kembali mengingatkan bait-bait kata arwah ayah, Allahyarham Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan saya seperti bunga melur iaitu lagu kegemaran arwah. "Ibarat gadis desa bunga melur, sederhana… "Walau kering tak bercahaya bunga melur… "Baumu memikat jiwa…", ujar Siti. Sementara itu, juara Bintang HMI 1995 itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepaa semua pihak sambil berharap anugerah berkenaan memberi semangat untuknya terus menghasilkan karya berkualiti, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di luar negara. "Saya sentiasa mengingatkan diri, setiap kali meraih sesuatu kejayaan, rezeki ini adalah berkat doa dan sokongan semua pihak yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seni saya yang kini sudah mencecah 29 tahun. "Justeru, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus khususnya kepada orang-orang terdekat saya iaitu suami, anak-anak, ibu, arwah bapa, kaum keluarga, pengurusan, petugas dan kakitangan. "Tidak ketinggalan, rasa terima kasih ingin saya panjangkan kepada syarikat-syarikat rakaman serta semua penerbit, komposer dan penulis lirik yang pernah terbabit dalam kerja penerbitan album saya selama ini. "Penghargaan juga buat semua sahabat-sahabat media di semua platform yang setia memberi sokongan kepada karier saya selama ini. "Tidak dilupa buat peminat tersayang dan pencinta muzik di seluruh rantau ini serta semua yang mendukung kerjaya saya selama ini. "Tanpa pembabitan anda semua, pencapaian ini tidak mungkin dapat saya kecapi. "Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi dan motivasi buat saya untuk terus menghasilkan karya terbaik dan membawa keindahan seni muzik Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya. Terdahulu Siti menerima Anugerah Khas, Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, malam tadi. Pada majlis itu, Siti turut melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1323578/gelaran-biduanita-negara-lambang-penghargaan-pejuang-seni-siti
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siti berjanji akan terus bekerja keras tanpa mengenepikan nilai positif dalam setiap karya dihasilkan yang menjadi tanda dagang selama ini. - Foto Ihsan Siti Nurhaliza |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Paus buat aksi 'terbang' di Pulau Payar Langkawi curi
[size=14.399999618530273px]Foto tular [size=14.399999618530273px]
LANGKAWI: Video tular memaparkan seekor ikan paus melompat tinggi di perairan Pulau Payar di sini, meraih pelbagai komen netizen di media sosial.
Menerusi video berdurasi 17 saat dimuat naik oleh Kelab Skuba Langkawi (KSL) di akaun Facebook dan Tiktok, menunjukkan ikan paus itu melompat tinggi, malah disifatkan netizen seolah-olah melakukan aksi 'superman'. Video itu mendapat 47,000 tontonan dan dikongsi lebih 106 netizen selepas dimuat naik di Facebook semalam. "Dalam perjalanan pulang dari Pulau Payar selepas menyelam, dan ikan paus yang megah ini memutuskan untuk mencuri perhatian! Sungguh mempesona ketika melihatnya!. "Ini saat yang menarik dalam perjalanan pulang. Maaf video agak bergegar sebab terlalu teruja," menurut catatan yang mengiringi hantaran video itu di Facebook. Aksi lincah paus terbabit membuatkan penonton kagum, malah ramai yang meluahkan rasa teruja di ruangan komen. "Wahh best nya live depan mata. Subhanallah. Selalu tgok kat tv (televisyen) je kan," komen Nur Ain Arifin. "Pernah tengok kt sana... sampai feri duk ikut dia... pastu saya missed flight," kata Max Purnama Masura. Sementara itu, Pengajar KSL, Shafila Ismail, ketika dihubungi berkata, video itu dirakamkan pada Ahad lalu, kira-kira jam 1.20 tengah hari. "Ketika itu saya bersama 11 tetamu menaiki dua bot dalam perjalanan pulang selepas melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling di perairan Pulau Payar, sebelum terserempak aksi paus spesies Bryde yang melompat tinggi. "Tetamu kami teruja melihat kejadian itu, tapi bagi saya kejadian itu adalah perkara biasa selepas kira-kira enam tahun berkecimpung dalam aktiviti membawa pelancong melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling," katanya. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu dia dan rakan-rakan kerap menemui aksi paus Bryde dan yu paus atau nama saintifiknya rhincodon typus melompat ketika dalam perjalanan pergi dan balik ke Pulau Payar.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323557/ikan-paus-buat-aksi-terbang-di-pulau-payar-langkawi-curi-perhatian
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketika Allah membiarkan kita..
1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedakah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap enteng perintah-perintah Allah.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e.
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh dari bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.
Namun Allah tetap memberikan..
1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan terus menerus.
3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.
4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.
Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ.
Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat. Maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.” |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sindiket luar negara sasar graduan jadi scammer – Polis
MOHD. SHUHAILY ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Seminar Penguatkuasaan Atipsom 2024-Awareness To Action di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka.
MELAKA – Pihak polis mendedahkan taktik terbaharu sindiket penipuan luar negara kini menyasarkan graduan universiti untuk dijadikan scammer dengan tawaran gaji permulaan mencecah RM5,000. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, graduan-graduan terbabit akan ditawarkan pekerjaan yang diperlihatkan sebagai tulen seperti bahagian khidmat pelanggan, perhubungan awam dan sokongan teknikal. Katanya, mereka yang terpedaya bagaimanapun akan dikerah menjadi scammer dan ahli sindiket judi dalam talian di negara tersebut. “Akan datang kita akan berdepan dengan kes pemerdagangan manusia yang semakin mencabar. Ada rakyat kita bukan bersekongkol, tetapi berperanan mengajak rakan-rakan ke luar negara. “Terutamanya lepasan universiti yang ingin mula bekerja dengan tawaran gaji lumayan tanpa menyedari mereka menjadi ahli sindiket,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Penguatkuasaan Atipsom 2024-Awareness To Action: Mobilising Against Human Trafficking and People Smuggling di sebuah hotel di Banda Hilir, di sini, hari ini. Mengulas lanjut beliau berkata, antara negara-negara yang dilaporkan terlibat adalah Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/13/sindiket-luar-negara-sasar-graduan-jadi-scammer-polis/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kena habiskan cuti
nanti masuk office bertimbun keje
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|