## 14
Jawab teka teki dalam pantun
sila jawab sebelum jam 11.59 tghmlm - 18/07/2011.

1.
ada bersama terasa senang
jika tiada susah jadinya
diguna dihutan pastinya tenang
cubalah teka apakah bendanya 
pergi ke kedai membeli kapas
leka melihat si pohon rotan jawapan yang pasti ialah kompas bisa membantu ketika di hutan

2.
baju baru dibeli si nyonya
bila dicuit bunyi bergetar
kecil badannya ramping pinggangnya
cuba teka janganlah gentar 
makan biskut dua keping
setelah jemu menjamu laksa memang lebah pinggangnya ramping tapi awas amat berbisa

3.
berwarna putih harum baunya
berdebu putih halus rasanya
bukan tepung apa agaknya
cubalah teka apa bendanya

Selepas berlari terasa letih Rambut mengurai lantas diikat Bedak memang berwarna putih Baunya harum lagi memikat

4.
hilang buah bukannya malang
rasanya manis bukan kepalang
dari luar isi boleh dibilang
buang kulit isi dah terbilang

Cantik sungguh si bunga dedap Daun di dahan jatuh melurut Cempedak dan nangka amatlah sedap Dihidangkan sebagai pencuci mulut 
5.
bantu nenek bakar dahulu
disimpan tidaklah basi
dibuang kulit nampaklah bulu
dibuang bulu nampaklah isi

Bau kambing amatlah hamis
Membakar satay gunakan arang Jagung kukus enak dan manis Menjadi kesukaan ramai orang 
jawaban adalah muktamad
kacang gelembu bergantung pada momod midory
|