totokreturn posted on 10-4-2013 01:28 PM
sambil tuh jom dengarkan lagu2 dari pakatan rakyat khas untuk rakyat semua...
Lagu Nyanyi ...
mat sabu 'muka abg bau booreet, mah' ni bertanding gak kat pendang?
Mat Sabu tak cerdik batal MoU RM4.2b
Muar: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan tidak cerdik apabila mahu membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion dimeterai pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA ‘13).
Hasrat itu yang akan dilaksanakan jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), disuarakan Mohamad ketika berceramah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, kelmarin bersama tuduhan kononnya sebahagian hasil daripada urus niaga itu akan menjadi milik pemimpin Barisan Nasional (BN).
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata perjanjian itu dimeterai dalam kalangan syarikat swasta tanpa membabitkan kerajaan yang sebaliknya hanya menjadi saksi pemeteraian berkenaan.
Tidak tahu perbezaan
“Nampak sangat (Mohamad Sabu) tak tahu. Dia nak batalkan MoU, kononnya tak mahu membazirkan duit negara, sedangkan perjanjian itu adalah antara pihak swasta. Dia nak jaja isu ini supaya rakyat marah, kononnya perjanjian itu membazirkan duit rakyat,” katanya.
|