CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
 Author| Post time 2-1-2017 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun terus tunjuk pic mamat tu kat aku dlm hp dia. Not bad. Elok rupa paras kalau nak berbanding dengan si Afiq yg berkulit gelap. Hmm elok la tu eisya kalau kau dah move on. Takde la duk jadi bodo tunggu orang yg dah tak sudi.

Lepas je eisya balik n tetamu2 lain pun dah beransur balik, kami pun berkumpul la sedara-mara,sembang2. Masa tu yg ada pun tak ramai. Mana yg tau story maklong tu stay la,termasuk aku. Sembang punya sembang,busu pun bukak cerita. Bila pikir2 balik, busu agak,si eisya ni ada 'memakai' sesuatu. Menurut busu,busu perasan sejak di Padang lagi. Tapi busu tak port sgt sebab tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Busu cerita,masa busu tidur kat hotel dengan eisya,lepas mandi n waktu dia nak bersolek,eisya ada pakai  'minyak' di atas kedua2 kening dia. Sebelum 'pakai', eisya duk pesan ke busu jangan tegur apa2 sewaktu dia sedang 'memakai'. Usai 'pakai', ringan je mulut busu tanya amende yang 'dipakai' eisya tadi. Eisya just jawab, 'ala takde apa pun busu. Eisya pakai utk keyakinan diri je. Kerja eisya kan selalu kena jumpa customer. Jadi eisya pakai la utk confident. Tu je. Takde apa pun'. Busu pun terima jela kata2 eisya tanpa pikir apa2 pun. Maklong tanya ke busu,macam mana bentuk minyak tu. Busu kata tak pasti sgt, tapi apa yang busu nampak,minyak tu dlm botol role transparent n busu ada nampak kayu kecik dalam minyak tu.

Rupa2nya waktu kenduri tadi,maklong ada minta tolong sorang orang masjid yg datang kenduri tadi tolong scan si eisya ni tanpa pengetahuan dia. Orang masjid tu memang cakap eisya ada 'memakai' sesuatu. Tapi tak diberitahu secara jelas eisya 'memakai' utk tujuan apa. Amboii kemain cpt org tua ni buat kerja. Tak sabar nak tau sgt la maklong tu. Hahahaahahahha. Jadi maklong decide utk tanya sebelah pihak Afiq pulak apa sebenarnya yang jadi. Yela selama arini,kami sekeluarga tak pernah dengar apa2 yg keluar dr mulut Afiq. Ego juga si Afiq tu pun. Payah nak ajak berbincang. Tapi maklong berkeras akan buat Afiq bukak mulut.
Bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh ade sambungan Cindai.. Scary rupanye Eisya tu

Curious nak tau next smbungan.. Tq sha
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 02:03 AM | Show all posts
The story is getting interesting. Tak sabar nak tahu daripada pihak Afiq pula. Jgn lupa sambung TT. Thanks for the update. At least, cerita bersambung juga akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Peh...lama menanti. Tq scha update..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Agknya apa la eisya tu pki eh..mohon nti klo ada update..tlg add lil skalu naa
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 05:24 PM | Show all posts
oh TT di mana kah dikauuuuu.. tak sabar ku menunggu mu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
...SAMBUNGAN: CINDAI...

Jadi, setelah sepakat dengan pakcik2 dan makcik2 aku (termasuk ayah si afiq),maka depa pun ajak bersemuka dengan si afiq. Mulanya dia berat jugak,tapi lepas ayah afiq pujuk,at last afiq setuju jugak untuk buka mulut. Tapi dengan syarat,Afiq taknak ada sorang antara pakcik n makcik aku paksa dia dan masuk campur lagi dalam hal rumahtangga dia. Sebab pada Afiq,dia dah ada keputusan dia sendiri. Selama hari ni pun,dia pendam sorang. Dia cuba sedaya upaya untuk tak buka aib sesapa. Bila pikir2 balik,betul kata afiq. Ramai sangat yang duk campurtangan hal depa berdua. Afiq jadi bertambah angin bila eisya duk canang sana sini masalah depa. Itu yang Afiq amik pendekatan untuk bersikap dingin. Ada sebab,kata Afiq.

Makanya,jumpa la depa pakcik makcik aku ni dengan afiq. Tapi kami yg muda remaja ni tak dibenarkan untuk dengar. Apa yg aku sampaikan ni memang diceritakan semula oleh maklong ke aku. Menurut Afiq,pada awalnya dia memang suka dengan eisya. Dia amik keputusan untuk nikah dengan eisya atas dasar suka sama suka,sayang sama sayang. Segala yang dirancang berjalan dengan teratur sehinggalah hari pernikahan depa. Tapi,betullah kata orang-orang tua. Kita takkan tahu perangai sebenar pasangan kita sehinggalah kita tidur 1 bantal dengan dia. Tambah Afiq lagi, sejak dari malam pertama Afiq dah tak sedap hati pasal eisya. Cerita bermula bilamana si Afiq ni ternampak eisya sapu minyak di atas kening dia lepas eisya mandi. Afiq ada tanya eisya,minyak apa yg eisya sapu kat kening dia. Tapi eisya dengan acuh tak acuh dia jawab, 'itu minyak untuk naikkan seri muka..'. Terkejutlah si Afiq ni. Dia tak pernah tau pun yg eisya amalkan minyak tu selama ni. Mulanya si Afiq tak amik pusing pun pasal minyak tu. Dia iya kan je kata eisya. Nak ditegur malam tu,takut 'spoil mood'. Jadi dia biarkan je hal tu dengan alasan dia akan tegur eisya bila ada masa sesuai. Makanya,si Afiq pun berniatlah untuk tunaikan tanggungjawab nafkah batin dia sebagai suami ke atas eisya. Bila mereka dah nak mulakan 'permainan', alih2 Afiq terkejut bila rupa eisya 'tak seperti rupa eisya'. Maklong tanya, 'jadi macam mana?'. Afiq cakap, 'macam nenek tua. Berkedut2 dan kulit muka dia terkopek2!'. Allah. Terkejut semua yang ada kat situ. Tapi,dalam ramai2,maklong je yang pernah tengok 'rupa eisya' mcm yang digambarkan afiq. Tapi waktu tu,Afiq taktau pun apa yg jadi kat maklong n orang yang ada dalam rumah maklong (ie anak angkat maklong dan syifa). Afiq sambung lagi,terus afiq tak jadi nak teruskan 'permainan' n bagi alasan ke eisya yang dia penat. Tambah Afiq lagi,sungguh dia betul2 takut nak tidur 1 katil dengan eisya. Kesian afiq. Aku faham perasaan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 7-1-2017 12:15 AM
...SAMBUNGAN: CINDAI...

Jadi, setelah sepakat dengan pakcik2 dan makcik2 aku (termasuk ayah si af ...

Pendeknya...suspen je tt ni   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 7-1-2017 12:15 AM
...SAMBUNGAN: CINDAI...

Jadi, setelah sepakat dengan pakcik2 dan makcik2 aku (termasuk ayah si af ...

Eisya ni menuntut ilmu seri muka ni agaknya..
Mungkin nk jadi cantik, ada syaratnya yg harus dibayar

Ralit baca kisah eisya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadinya si Afiq ni duk pikir camna cara yang paling elok untuk tegur eisya. Dia seboleh2nya nak jaga hati eisya. Taknak bergaduh la orang kata. Yela,baru kahwin kan. Dalam mood honeymoon lagi. So Afiq amik masa jugak untuk bincang dengan eisya hal ni. Waktu tu,afiq tak bagitahu pun apa yang dia nampak ke eisya. Niat dia cuma nak tegur je pasal minyak tu tanpa beritahu hal sebenar. Bila masa dah sesuai,Afiq duduk bersemuka and tegur eisya cara baik. Dia taknak dah eisya amalkan apa2 yg salah disisi agama. Tambah Afiq, dia bukanlah nak tunjuk pandai bab agama,sebabnya dia sendiri masih lagi 'rongak' dalam bab agama. Tapi dia tau apa yang eisya buat tu salah. Jadi sebagai suami dia berhak untuk tegur. Tapi, Afiq kecewa. Sangat kecewa. Sebab eisya bermatian cakap minyak tu takde apa. Untuk aura positif je katanya. Afiq tanya lagi,mana dia amik minyak tu. Eisya just cakap,dia amik dengan sorang makcik yg dikenalkan oleh sorang kenalan eisya. And eisya tambah,dah bertahun dia pakai minyak tu atas alasan kerja! Disebabkan eisya berdegil,afiq jadi tawar hati,bengang,semualah. Nak dibukak cerita pasal malam pertama tu,Afiq tak sanggup. Sebab Afiq percaya,eisya takkan dengar pun cakap dia. Eisya ego, kata Afiq.

Sejak dari tu,Afiq cuba untuk protes dengan tindakan eisya yg degil tu. Maklong tanya ke afiq,selalu ke afiq nampak 'rupa' eisya tu. Afiq kata ada masa2 tertentu je. Tapi yang pasti,mesti waktu malam. Ada sekali tu,eisya pernah mengadu ke busu yang Afiq selalu balik lewat malam,kadang2 subuh baru balik. Rupa2nya si Afiq takut nak hadap bila eisya berubah muka. Sebab tu kekadang Afiq tidur di bilik abang/adik dia. Sebab dia takut. Aku teringat apa yang jadi dekat syifa malam yang dia whatsapp aku sebab dia rasa semacam dengan eisya. Nak pandang eisya pun tak mampu,kata syifa. Alangkan syifa pun yang baru sebilik dengan eisya pun dah takut,inikan Afiq yang sememangnya berbulan2 tidur sekatil sebilik dengan eisya. Tu sebab dia cuba cari peluang untuk elak bermalam dengan eisya.

Tambah afiq,ada sekali tu,dah lama afiq tak nampak 'rupa' eisya tu. Jadi,dia cuba kuatkan hati. Dah nama pun lelaki. Ada pulak yang sah. Jadi,dia nekad untuk cuba 'malam pertama' sekali lagi dengan eisya. Menurut afiq,tengah2 'naik',sekali lagi 'rupa' eisya tu muncul. Mau tak terkejut beruk mamat tu. Terus hilang nafsu n perasaan takut yang teramat muncul tetiba. Terus afiq cakap kat eisya,dia taknak teruskan tanpa beritahu eisya pape. Hal ni eisya pernah mengadu ke maklong. Eisya syak,afiq ni takde nafsu terhadap perempuan. Padahal,dia taktau yang suami dia duk takut tengok muka dia yang berubah jadi nenek tua. Hal ni bukan setakat maklong je yang tau. Keluarga eisya pun tau pasal ni n suspect yang Afiq ni gay. Pasal mulut eisya ni,afiq tercabar n rasa eisya cuba nak aibkan dia. Sebab tu afiq bertambah marah walhal dia bermatian taknak aibkan eisya, isteri dia. Cuba sedaya upaya tak bukak cerita sebenar. Sebab tu Afiq bersikap dingin dengan eisya masa di Padang tempoh hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah kata orang,kalau kita berkawan dengan syaitan ni,senanglah syaitan lain nak damping. Dah ada jalan,orang kata. Bila pikir2 balik,adalah hikmah apa yang jadi ni. Kiranya disebabkan hal 'cindai' di Padang tu,permulaan terbongkarnya kisah afiq n eisya ni. Terbongkar habis segala apa yang jadi. Kalau tak,sampai kesudah keluarga kami taktahu penderitaan yang afiq tanggung selama ni.

Dipendekkan cerita,lepas raya aidilfitri baru ni,Afiq dah talakkan eisya di Mahkamah. Dia dah tawar hati sangat2 dengan eisya dengan apa yang jadi. Eisya pun dah redha je diceraikan. Sebabnya dia mengaku yang dia dah ada pengganti Afiq (abg R yang dia cerita kat aku tu). Dah tak kesah dah,katanya. Afiq pulak berseloroh dengan eisya, 'semoga abg R kau tu tabah nak hidup dengan kau'. Camtu la kesudahan cerita Afiq n Eisya. Afiq percaya sampai sekarang pun eisya masih amalkan benda tak betul tu. Supaya 1 hari nanti eisya tu baliklah kepangkal jalan.

Kesimpulannya,masing2 beringatlah kalau nak buat perkara mengarut ni. Kalau kita nak cantik,kita amalkan je pemakanan sihat. Kalau nak kukuh dalam kerjaya,mintak tolong dengan Allah. Jaga solat. InsyaAllah kejayaan tu milik kita kalau kita jaga hubungan kita dengan Dia. Wallahualam.
TAMAT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw,aku cuma nak bagitahu (sebelum ada yang tanya),aku sampai ke hari ni taktau minyak apa yang eisya pakai sampai muka dia boleh berubah jadi nenek tua. Afiq sendiri pun taktau dan decide taknak amik tau pun. Dan afiq sendiri dah pesan jangan sesekali di antara kami yang cuba2 untuk korek dr eisya selepas depa bercerai. Mayb memang betul pun dia pakai minyak tu untuk nampak cantik atau untuk confident (macam yang eisya claim),cuma caranya tak betul. Tahlah. Hanya eisya yang tau minyak apa sebenarnya yang dia pakai. Macam aku sendiri,aku tengok muka dia cantik je. Kulit bersih. Berseri je kalau pandang. Tapi mayb aku tak duk serumah dengan dia,jadi aku tak boleh nampak. Atau mungkin,aku memang sejak azali tak boleh nampak benda2 ni. Yang nyata,bukan setakat Afiq je..maklong,syifa and anak angkat maklong pun pernah TERnampak 'rupa' si eisya ni. Tapi bila ditanya ahli keluarga afiq yang lain,depa tak pernah pulak nampak. Mungkin orang terpilih je kot yang berpeluang untuk tengok. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 05:25 AM | Show all posts
Terima kasih TT sebab akhirnya berjaya menamatkan kisah ini.

Finally, segala-galanya terjawab. Takda yang tergantung.

Puas hati sangat dengan cerita TT.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin minyak tu byk kegunaan ( seri muka dan rezeki ) . Benda gini semua bergantung pd jin setan ni. Sebab tulah wajah berubah..
Ada terbaca, minyak penyeri muka ni memang disebut nama pemakai je. Kalau org lain guna tak menjadi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 7-1-2017 04:01 AM
Mungkin minyak tu byk kegunaan ( seri muka dan rezeki ) . Benda gini semua bergantung pd jin setan n ...

tula..baru 1st time terjadi dekat ahli keluarga sendiri..hishh nauzubillah..kalau dah buat janji dengan jin syaitan,takde apa yg baik pun..benda tu akan makan balik diri sndr..qu puteh kan ada,buat apa susah2 pakai minyak bagai..hahahahahaah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tau kisah Abg Hitam pulak tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 7-1-2017 02:24 AM
Btw,aku cuma nak bagitahu (sebelum ada yang tanya),aku sampai ke hari ni taktau minyak apa yang eisy ...

Terima kasih tt..akhirnya  tamat sudah.. ada cite sambung lagi yerk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 7-1-2017 02:07 PM
nak tau kisah Abg Hitam pulak tak?

Abg hitam org minyak ke?... nak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 7-1-2017 05:26 PM
Abg hitam org minyak ke?... nak

ahahahahaha ok soon..dun worry,short story je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
10. Abang Hitam

Sebelum aku nak start short story ke 10 ni,aku nak recap sikit kat ampa la. Kot terlupa kan. As mentioned earlier,aku ada sorang adik kecik yang beza umur dengan aku lebih kurang 20tahun. Perempuan. Kisah yang bakal aku ceritakan ni berkisar pasal adik kecik aku tu la. Waktu kejadian ni, aku masih mengaji dekat U. Ampa pernah dengar pasal 'kawan ghaib'?. Haaa ini berlaku kat keluarga kami waktu ni. Agak scary juga la waktu tu sampai mak aku pun jadi takut.

Kalau nak ikutkan,masa adik aku baby lagi dah ada 1 kejadian berlaku kat dia. Waktu tu baru 7 bulan camtu. Dia menangis tanpa henti. Hanya berhenti time tidur dengan makan je. Waktu lain menangis sepanjang masa. Mata terbeliak ke atas. Kalau tidur dalam buai,kena tutup pakai kain sebab dia menangis sambil mata terbeliak ke atas. Kesian sangat aku dgn mak abah waktu tu. Setiap kali aku telefon mak,background kat belakang mesti dgr suara adik aku menangis. Hampir 2 minggu jugak keadaan camtu. End up bila dah tak tahan,bapak aku panggil pakcik aku seorang ustaz kat johor tolong datang rumah ubatkan adik aku tu. Bila pakcik aku datang,mengucap dia. Rupa2nya adik aku ada 'benda' nak ajak main. Kebetulan waktu tu bulan 7. Ghost month menurut kepercayaan kaum cina. Sebabnya jiran kami berbangsa cina. Depa sembahyang nenek moyang. So 'nenek' tu singgah agah2 adik aku kat buai.  Allah. Seram wei. Alhamdulillah lepas je pakcik aku ubatkan adik aku,terus dah tak melalak cam sebelum ni. Mak dgn abah pun dah boleh jalani kehidupan normal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.060782 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list