|
I love abg AMY.. :love: nak sangat pegi konsert neh.. tapiii.. ermmm.. dahla dekat awal2 bulan dan awal Tahun.. susahnyaa nak cuti!!!!!!!!!!! :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
apa la Celcom... concert samson boleh taja, konsert Search tak boleh... apa kes....
nasib baik aku pakai Maxis |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu...aku pun dah beli tiket search..
apehal jadi mcm ni.
kot ye pun marah takde penaja n marah kat penganjur apsal search nak kecewakan peminat lakss....sampai ati dorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Ulang tahun yang memalukan Search
Oleh: ABD. AZIZ ITAR
揑NI adalah sesuatu yang amat memalukan bagi Search selepas impian untuk meraikan ulang tahun yang ke-25 pada Jumaat ini (malam ini) berkecai begitu sahaja, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tr3e at 4-1-2007 06:25 PM
huhuhu...aku pun dah beli tiket search..
apehal jadi mcm ni.
kot ye pun marah takde penaja n marah kat penganjur apsal search nak kecewakan peminat lakss....sampai ati dorg.
aku dah beli, nampak2 hangus je la, kalo ada refund pun aku nak kena gi PJ ke hapa ntah, mana la aku reti sangat merayap kat msia ni..
nasib baik aku nak gi KL jugak , kalo tak burn duit tiket, burn cuti keja, kalo aku dah booking tiket bas pun burn jugak...
Tapi aku jauh2 pun naik bas je, dari Perlis ke, Spore ke alrite lagi, korang bayangkan peminat2 Sabah Sarawak, giler tu nak kena naik kapalterbang...aku tak rasa murah cam naik bas express je.
SEARCH!! Wa heartbroken!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 5-1-2007 06:48 AM
aku dah beli, nampak2 hangus je la, kalo ada refund pun aku nak kena gi PJ ke hapa ntah, mana la aku reti sangat merayap kat msia ni..
nasib baik aku nak gi KL jugak , kalo tak burn duit ...
search mmg tak sayang peminat. dia ingat prinsip dia jer...tak nampak the big picture. betul le mcm yg ko ckp. kalo peminat dtg jauh2 dari sabah or sarawak semua mcm mana?
member aku dari melaka pun siap apply cuti nak tgk search. apa yg dpt?
inilah "hadiah" search utk peminat. |
|
|
|
|
|
|
|
Penawar Search
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
Kecewa tiada syarikat korporat berminat menaja konsert ulang tahun ke-25
KONSERT Rentaq Serantau yang dibawa khas oleh DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjadi penawar kepada kumpulan rock legenda, Search selepas impian untuk menganjurkan konsert ulang tahun ke-25 tidak kesampaian.
Penyanyinya, Amy sebelum ini pernah meluahkan kekecewaan berikutan tiada satu pun syarikat korporat, khususnya telekomunikasi, berminat menaja konsert sempena ulang tahun ke-25 kumpulan itu. Yang pasti, kerjasama daripada DiGi memperlihatkan sinar baru dalam cita-cita Search untuk mengadakan konsert mega.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 3 Februari depan bermula jam 8 malam itu bakal menyaksikan ikon rock ini berkongsi pentas dengan Ratu Rock, Ella dan dua jagoan dari Indonesia, Radja dan Inul Daratista.
Ketika dihubungi baru-baru ini, Amy melihat konsert ini sebagai satu permulaan baik buat Search untuk 2007.
揝aya terharu dengan kesungguhan DiGi mengundang Search menjayakan konsert ini. Setidak-tidaknya konsert ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk merealisasikan impian sambutan ulang tahun ke-25 Search.
揝aya berharap DiGi sudi menaja lebih banyak konsert artis tempatan pada masa depan. Keprihatinan syarikat telekomunikasi gergasi ini secara tidak langsung membantu industri seni suara tanah air lebih berkembang. Dengan adanya konsert sebegini bukan saja memberi sinar kepada artis, bahkan memberi lebih peluang pekerjaan kepada pemuzik, krew, jurutera bunyi dan mereka yang terbabit di belakang tabir, |
|
|
|
|
|
|
|
Search selepas banjir
MEMAHAMI penderitaan ditanggung mangsa banjir di selatan tanah air, ikon rock, Search terpanggil mengadakan konsert amal di Johor Bahru.
Konsert diberi nama Search Selepas Banjir ini akan berlangsung di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 10 Mac ini, jam 8 malam. Mereka yang berminat berhibur sambil menderma boleh membeli tiket konsert bernilai RM45.
CAK difahamkan, tiga hari sebelum konsert, sebuah kontena berisi barangan sumbangan kumpulan tersohor itu akan diletakkan di depan tapak persembahan.
Sesiapa yang bermurah hati menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan harian seperti makanan dan pakaian boleh meletakkan sumbangan mereka ke dalam kontena itu.
Manakala yang berminat menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai boleh melakukannya pada malam konsert.
Semua sumbangan akan diedarkan kepada mangsa yang dikenal pasti sehari selepas konsert berlangsung. Orang ramai dialu-alukan mengedarkan sumbangan itu bersama Search. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga konsert ni menjadi kenyataan dan Search terus mengadakan konsert di masa hadapan.
Peminat setia masih menunggu konsert ulangtahun Serach ke 25. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Search untuk mangsa bah 10 Mac
26-02-2007
JOHOR BARU: Sebagai tanda simpati terhadap ribuan rakyat Johor yang dilanda bencana banjir baru-baru ini, kumpulan rock Search akan mengadakan konsert bagi mengumpul wang untuk disumbangkan kepada mereka.
Konsert yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Johor Baru itu akan diadakan pada 10 Mac, mulai pukul 8.30 malam.
Bertemakan "Konsert Search... Selepas Banjir" anjuran Bidara Megah Sdn Bhd dan Rizh Management, konsert kumpulan rock terkenal tanah air itu dijangka dihadiri kira-kira 6,000 penonton.
Amy, selaku vokalis kumpulan itu, berkata beliau terpanggil untuk mengadakan konsert itu selepas membantu mangsa banjir di kawasan Seri Medan, Batu Pahat, baru-baru ini.
"Selepas melihat keadaan mereka, kita rasa bertanggungjawab untuk mengumpul wang dan kita sedar untuk memulihkan kehidupan yang terjejas bukan senang dan ia mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya yang merupakan anak jati Johor kepada pemberita mengenai konsert itu di sini hari ini.
Amy, yang turut ditemani anggota-anggota lain kumpulan itu Hillary dan Yazid, berkata tiga hari sebelum berlangsungnya konsert, pihaknya akan meletakkan tiga buah kontena di stadium dan orang ramai yang ingin memberi sebarang sumbangan barang keperluan boleh meletakkannya dalam kontena itu sebelum barangan itu diedarkan selepas konsert.
"Kita yakin konsert ini mendapat sambutan yang hangat selepas konsert pada 2004 dan tentunya ramai peminat Search dahagakan lagu-lagu baru dan lama kami," katanya.
Tiket berharga RM45 boleh didapati di Stadium MBJB, Danga Bay serta kompleks membeli-belah di sekitar Johor Baru mulai 4 Mac ini dan mereka yang ingin memberikan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hatta Mubarak di talian 016 368 19 17. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamak_kg_kastam at 7-3-2007 11:43 PM
deaf lu orang jb ke?
Wa part time orang JB
kejap nak tampal gambo gig selepas banjir dan setlist dia |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah deaf... puas aku mencari review konsert masa kat johor hari tu... masa konsert tu aku tak boleh pegi sebab ada hal lain yg clash dengan tarikh tu...
tak sangka lak Joe wings main untuk Search malam tu...
dan aku masih mengharap Search akan mengadakan konsert ulangtahun ke 25 secara besar-besaran di KL... hidup SEARCH... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #580 mamak_kg_kastam's post
mnasir ker... huhuhu.. tak pernah rgk gambo dier ala2 rock gitu.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha...kelakarnya tngok gmbo ni, esp m nasir. buruk sgt seluar dia! :lol
cmner agaknya rasa pakai suar ketat cmtu ek?
[ Last edited by sayangidaku at 21-3-2007 08:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|